Friday, January 21, 2011

Perkara pantang disebut semasa dating (utk lelaki)

1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”

What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.



2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”

Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara
hebat.



3. “I punya ex-girlfriend dulu….”

Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.



4. “Cuba tengok perempuan tu…”

Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.



5. “I tak cukup bagus untuk you.”

Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.



6. “I takde mood lah.”

Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.



7. “Perangai you macam mak you lah.”

Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.



8. “Takyahlah nak emo…”

Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!


9. “I tak sukalah baju tu…”

Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.



10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”

Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!


amik kat jiwang

29 Orang Memberi Komen & Pendapat

Betul tu..
Menyampah kalo laki ckp camtu..
Nsb baik Hafiz tak pernah ckp camtu kata aku.. *Perasan lg

OMG gilew betul la!!!
hahahaha!
bnda2 nie boleh dikira sebagai HARAM
kalau nak cakap depan awek.
Silap hari bulan, mau kena pelempang free

dah kawin ngn hubby lebih 15 tahun, namun masih tak faham sikap dia...confiusss

wahai lelaki,tulun ler jgn sebut yg number 5 tu.kalu suka sgt sebut ape kate p men jauh2.org da syg dia.nk ckp xckup bgus pula :(

no 3 & no 4 memg aku cukup pantang!!
brani ckp la..rase la pelempang jawe dr aku dgn ikhlasnye

nice entry ujang...
cayalah......
paling tak suka bila lelaki sebut yang no.5 dan no.8....
kalo no.10 confirm reject awal2.....hehe...

grr jgnla sebelom kawen je cmtu kn. HAHHA.

en ujang mcm tu ke..hehe..bertuah kak yana..ekeke..

ada tak awek yang tak kesah ngan benda2 ni

aku tak puas hati ni, apsal ko tetiba jadi baik ni

maneleh aku setuju ngan musuh baik aku

aku pening ni, aku nak cakap no comment je la ngehngehngeh

hebat..abg ujang semakin matang dalam arena percintaan~ hahaha

jgn lupa jemput klo kawen eaa...

Sj tag anda!
http://shahjiehan.blogspot.com/2011/01/autoping-entri-di-bloglarian-fb-sesi.html

waaaa...tak setuju..hahaha..saya tak kisah pun encik bf saya ckp psl ex die..hoho..

saya tak kisah pun die tak suka kwn saya..bukan die pun yg kena kawan ngan kwn saya..hihi

dan..saya lebih suka die ckp cntik ke x baju sy..kalau tak cntik sy tak pki..(^_^)

hehe..jujur ko letak kredit kat bawah tu...nasib aku perasan..

ada lagi ayat yang tak patut kalo dating dengan pompuan...

"hantar i balik rumah mak i"...

haha...

salam


wowww banyak juga tips2 yg perlu dipraktik ni haha.. info amat bermakna ni..


*jmpt dtg blog, ada contest.. ;)

no. 4 dgn 6 tu mcm slalu dgr jek...lalalala~ =P

PW - hihi

ibu muda - cis

areliff - sila2

tieah - good2

chinatshu - bagus2

mozuba - sila ikut

farahd - tak elok lempang


EmoticonEmoticon