Friday, February 4, 2011

Rukun Solat

Tadi time jalan-jalan di blog aku singgah blog salah seorang musuh ketat aku...iaitu

ORANG GILA


Entri die mengenai Rukun Solat.,

Ok nie aku nak jawap soalan Musuh aku sambil berkongsi


Beza antara Syarat Sah Solat dan Rukun Solat

Syarat Solat

-Perkara-perkara di luar solat yang membuat solat tidak sah tanpa perkara-perkara itu. Dengan kata lain, syarat solat adalah persiapan yang dilakukan sebelum solat berkenaan dengan waktu, tempat dan kesucian.

Syarat-syarat Solat ( 8 perkara )

1. Islam

2. Berakal sihat

3. Mumayyiz (mampu membezakan antara baik dan buruk)

4. Masuk waktu solat

5. Suci daripada hadas

6. Suci daripada najis

7. Menutup aurat

8. Mengadap kiblat


Rukun Solat

-Rukun ialah bahagian yang dengannya tertegaklah sesuatu. Rukun solat tidak boleh ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Apabila salah satu rukun ditinggalkan, solat itu tidak sah (batal)

Rukun Solat ( 13 perkara )

1. Niat.

2. Takbiratul-Ihram

3. Berdiri bagi yang mampu.

4. Membaca surah Al-fatihah.

5. Rukuk dengan tama’ninah

6. Iktidal dengan tama’ninah.

7. Sujud dua kali, dengan tama’ninah.

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah.

9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir

10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.

11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.

12. Membaca salam.

13. Tertib.

Sekian...

"Anda Buat..,Anda Dapat"


P/S : sumber dari Pakcik Google

11 Orang Memberi Komen & Pendapat

bagus ! Calon suami yang dicari memberi tazkirah di tengahari. hehe. !

Jang..ape tu tomak ninah ek? he he. [saje je tanyer..nak suruh pembace len peka...:D]

cik bulat - kongsi dari entri NAz...

PW - tomak ninah ek..hehe, berhenti seketika..jgn smyg mcm roket..hehe

hehe..tomak ninah dalam blogwalking pun bagus..sebab baca entri jangan laju2..kang baca xsampai habes.. =P

argh!! ni jawapan pakcik g0ogle, aku nak jawapan tulus ikhlas ko

dahlah wajah hensem, macho.. taf badan ketul2.. soleh pulak tu si Ujang ni... untung isteri..


*Jang, sila bayar ini perkhidmatan*

sejuk hati aku bila dapat tau ujang dah insaf....

alhamudulilah.. sejuk hati... :P

as salam..
bagus~
ada bantuan dari pakcik~
syabbas~ mcacma ni la ujang! digeruni kerana kebernasan ideanya membuli mawi junior~

suka entri baru ni ;)
sekali sekala ada tarbiyah~

heheheheh.. tertibe aku teringat satu kisah best lak.. =p


EmoticonEmoticon