Friday, March 18, 2011

Fadhilat Jumaat

 (Ujang Yang Comel)


ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).


"ANDA BUAT....ANDA DAPAT"

Sumber dari Pakcik Google  

P/S : sori kawan-kawan..sibuk sikit, tak sempat singgah kentut di blog kawan-kawan....


Artikel Terkait

23 comments

Ustaz yuyu cakap, dari mula nak mandi sunat solat jumaat, sampai ke habes solat, kita balik rumah, kita di limpah beriban pahala. :)


best nya jadi laki T_T

salam

semoga apa yg kita lakukan
diberkati amin.

pastikan sebelum p masjid...berwuduk dahulu di rumah...selangkah kita berjalan ker masjid...setu dosa kecik kita gugur..

wow...byk ilmu gak aku dpt hari ni..komen2 mcm ni aku suka..=)

fadhilat hri jumaat sgt byk, hoho

Ustaz aq cakap lagi , nabi biasa potong kuku dulu sebelum pergi solat Jumaat :)

disyariatkan agar berpagi-pagian bagi golongan lelaki yang akan mendirikan solat jumaat...maksudnya awal2 pagi lagi dah buat mandi sunat, wudhuk semua tu, dan duduk di masjid buat amalan sunat sambil tunggu masuk waktu solat jumaat...banyak pahala...bersyukurlah jadi lelaki...:)

sebab tu untung negeri2 yang cuti hari jumaat...:)

jangan lupe barwuduk sebelum g masjid...selangkah kita bertapak pahala lah yang kita dapat

bagus2...comel sinchan tu. selalu lucah je :P

syukur...kau dah berubah ujang ^^

ENTRY HOT : Hari Ini Dalam Sejarah

jom g masjid..dah dkt dah ni..hehehe

dan ingatlah bahawa hari jumaat jgak adalah hari kiamat...sbb tuh Allah mnggalakkan setiap hambanya membaca yasin pada mlm jumaat..supaya andainya esok berlaku kiamat..kita dah ada bekalan yang dilakukan pada mlm itu..:)

nnt update khutbah jumaat lak ^_^

nak komen lari drpd tjuk nie :

penghargaan utk Ujang9897..(^_^)

http://akukanila.blogspot.com/2011/03/dulu-bangku-kosongskrg-ujang9897.html

setuju ngn kak yana~ nanti update khutbah jumaat lak^^

alhamdulillah..akhirnya ada perkongsian ilmiah dari ujang..hehe..kira balance la..semalam agak2 sx hari ni islamic.. =)

bagus2...

khutbah jumaat td psl ape? hapdet la skali...;P

khutbah tadi pasal MEROKOK..

entri MEROKOK dah buat semalam..=)

alhamdulillah,ujang dh smakin matang,.hehe,..pastu next entri brtmbah mtang,..haha,.

baiknya ujang ...haha ..
ok guro je tuh ..
jumaat kan penghulu segala hari .. byk fadhilatnya


EmoticonEmoticon