Tuesday, March 29, 2011

Sindrom Facebook Melanda Remaja

 NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook.
Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.

Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.

"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.

"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press.
Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu. - Agensi

Sumber KOSMO 


*********************

Kelakar pun ada...,sebab terkena batang idung aku...hehe..,tapi Sindrom Facebook aku dulu jer..,sebab dulu aku selalu mengadap Facebook duk main game POKER.

Nak tengok 10 orang pertama mendaftar Facebook klik SINI



Sekarang SINDROM aku dengan BLOG...tak mengadap BLOG sehari rasa dah gersang gila..., mengadap blog lagi best bagi aku sekarang dari mengadap Facebook...hehe ('',)

Sekian..Peace(~_^)v


" Tapi ingat jangan sebab Blog, kerja pun terabai.."



P/S : Nak pergi Bekpes MCD lagi...




22 Orang Memberi Komen & Pendapat

sama ar..dulu aku memang addict gila2 ngan fesbuk but skang kegilaan aku lebih kepada blog..fesbuk kind of boring nowadays..

kan ko selalu gersang..hahahah

Ramai jugak yg update citer ni.. Ape2 pun, aku tetap nak bukak citer AFFFFFFFFFFF terakhir..

Entry Terbaru 1 : Amy Search Pengetua AF Musim Kesembilan?

Dah tak suka facebook jugak! Sebab, dah lebih suka berblog... ^__^

Mekdi lagi dia... tak takut gemok ke? hehehe...

akak dolu addicted berladang...ala..Farmville tuhh...sampai dah masok level 100...tapi skang dah malas..cemuih!!!.bosan!!!boring!!!..muakkk!!!!...kekadang seminggu x bukak fesbuk...

fb aku membusankan
pusing2 member2 rapat aku gak aku berborak
kat luar borak dgn dorg gak
muak

haha

setuju
best nyer layan blog dari layan facebook

Ape yang penting, keje jagan lupa

dengar citer sindrom blog lagi dasat..better watch out..bhaaaha

sib bek dh xremaja..jd xpela befb berblog..ahakss..

tp mmg bahaya a kalau smpai stim2 mcm kamu..kihkih

ieb pun dah kene sindrom angau dengan belog nie

fb dah tak berapa nak layan sangat dah.. kecuali nak publish entry jer..

hehe tu r tu. ak da lame tak hapdet status kat fesbuk

bekpes mcD?,.wah3,bando amat ni,.haha,.

aah kan,dlu aku addicted gle ngan fb,dah ade blog xbkak fb pon xpe..

aku dah addicted dengan blog..dah la nak final dah ni...huhu

ye betul.. kalau sehari tak jengah blog walaupun blog sendiri rasa macam ada yang kurang..

mula-mula en. suami tarik muka juga tapi bila dah tunjukkan apa yang ada dalam blog, fuh.. nasib baik en. suami memahami 'kegatalan' isterinya ini.. hahaha...

btol2...dl agak addicted gak ngan FB....ari2 update status.....skrg nih bukak jer FB jenguk2 jer...layan blog lak skrg =)

as salam..
hehe~ku pun tak layan fb dah. register sekadar nak amik file, tengok link entri orang lain, dan borak2 sikit~

tah nape dah x gile fb sgt skang ni. blogging lebih menggairahkan =D


EmoticonEmoticon