Monday, April 11, 2011

Rukun Nikah

  Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,


 Pengantin lelaki


Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.


Pengantin perempuan

 
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.
 

Akad (Ijab & Qabul)
 
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.
 

Wali
 
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.
 

Dua orang saksi

Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.


sumber dari SINI 


Dah hafal Heliza terus tunjuk tanda good...,tanda sokongan padu kepada aku..('',)

Dan
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
Yana Pulak tersenyum riang kerana aku telah hafal dan boleh la kawin nanti...wahahahaha




" Aku nak jemput Heliza datang kenduri kawin nanti..di harap dia dapat hadir..('',)"




Sekian...Peace (~_^)v


 
P/S : Jangan gagap sudah time akad nikah..('',)


49 Orang Memberi Komen & Pendapat

KEMBALI MENGIKUTI MATAPELAJRAN MUNAKAHAT MASER SEKOLAH AGAMA...

good yg ni perlu taw kalau mau kawin,huh jgn gagap lak nanti time akad nikah yea ujang huhu tenang2 aja yea kalau takut doalah bebanyak+ambik air sembahyang ye huhu

wah debaran kian terasa.. nantikan berapa kali Ujang kena lafaz akad tu.. jgn terkuncil dah yer... kekekekeke

bila tarikhnya ujang? tak nk hantar kad kat akak ke? :)

huhuhu heliza saje di jemput..yg ada kat sini x nak jemput ke?

lariiiii bawa ati!

derm...!!! esok entri jemputan besar-besaran ek...,

=)

sujud syukur pn kena praktikkan!!

pandainyaaa ujang..nnt nk kad nikah skali lafaz ja tau..kank tergagap2 lak..

ujang...sekarang lafas akad nikah senang jer...

"aku terima nikah dengan mas kahwin tersebut"

Ko kena belajar doa time usap ubun2 isteri lagi ni Ujang. Pastu solat dengan isteri lagi. Ikut sunnah Rasulullah SAW. Hee

ko tertinggal syarat wali tu mesti lelaki yg mahram kpd pengantin perempuan.contohnya ayah kandung atau abang/adik lelaki kandung.

soklan-soklan cepumas dari tok kadi pun kena get ready tau....

aku harap walaupun kau lepas...saksi ko kata.."tak sah".. hahahhaha...

sampai 3 kali tu... hahah...

bagus....lafaz akad dah hafal ke belum nie...jgn kena terjun sungai dah le jang

sekali jer lafaz yer! jgn bebanyak kali, penat yana tunggu....

good..
moga segalanya dipermudahkan nanti..
^^,

meh baca sini tau.. ada something yg menarik. hahaha,
http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/04/gara-gara-ujang-bagi-kentut-kan-dah.html

mesti berdebar-debar kan sekarang?

hahahahahahahah...

jangan ko buat entry mase lafaz akad tu sudah... =p

ha ha ha. dah x sabo nak kawen kee? hihihii

gua,lu tak ajak pun kan..so sad..
sob..sob..sob :(

AKU PUN HARAP HELIZA LEH DTG JENGUK KENDURI KO!!!! U R THE BEST BOS!!!! HEHEHEHE

dah ready dah nie? bile kendurinye.....

new:
http://rosmimarazak.blogspot.com/2011/04/pre-wedding-aishah-shamsul.html

bgus2 harus lancar sebagaimana tulis dlm blog ni . slalu tgk spupu zara nak akad nikad muka pucat tersipu sipu malu je . hahaha . btw , lawanye gmbr kak yana tuu !

Caya la bro.. hahaha

Moh le usha entry teman nih haa..
Komen Saye Terhadap Pengomen

teringat waktu tok kadi tny aku time nak akad nikah taun lps. huhu

salam.wah blogger fofular sudi dtg jenguk blog + follow..arigatou nee :)

perrgghh!! go lah abg ujang. siap taip dkt blog. kegunaan mse hdpn. ala~ x lme lg. chaiyyookk!

encik ujang..
jemput je heliza..
dia mg friendly..
g je jumpe dia kat ofis..
sure dia dtg gak..
dia jarang mengecewakan org yang telah jemput dia..

heliza kate die ikot aku, aku dtg baru die dtg, hahahah

agak2 kan ujang, lokasi kat mana eik??
kalau johor kak sure datang..

ko gagap sbb tgh plan nak beli peti ais...hahahah!!!

gud luck ujang, sekali lafaz ok hahaha

ujang!!gud lark nanti..hehehhe..

heliza dah majok dah kot..dia xdpt ujang..mestilah dia kuciwa..xkn hadir punya la ke kenduri kawen ujang..miahahha...*kalau ikut mimpi saya hari tu la :P

errr...dah baca entry azroy gersang anak murid saya tu kan??nanti jangan blur pula ea..hehhehee~~

gud luck!!
jgn tersasul sebot name heliza sudah...hahahaha

semua dah cukup...mungkin kurang lagi panduan...so jom baca panduan di http://friendshipworlds2u.in-malaysia.org/2011/03/anda-nak-kahwin.html

all the best ujang..jaga kak yana leklok :)

moga berjaya dengan jayanye.. lepas tu lega dah.. sebelum tu je.. kihkihkih..

cheh.. aku bolehler berlagak bukan aku yang kena.. hahaha

ade meja vvip utk blogger tak haha

amalkan senaman kemut.. mudah-mudahan bahagian hendaknye.. haha


EmoticonEmoticon