Thursday, July 28, 2011

FAK...!!! versi 2

 
AMARAN KERAS 
"sila baca sampai habis"


 Tak keras pun amaran tu..., tapi kalau nak baca dari atas baru boleh tahu segala FAKta


1. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

2. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

3. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

4. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

5. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

12. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya

*sumber dari email gua


 "75% pembaca didapati tidak baca entri ini sepenuhnya, terus skip ke bawah tol tak hee"


entri FAK versi 1 klik SINI


Sekian...Peace (~_^)v

P/S : tak sabar nak ke stadium petang ni...

33 Orang Memberi Komen & Pendapat

dah pernah bace dah fakta ni sbb tu ak tak cube sentuh telinga pakai siku wakakakaka

aaaaaa.. terguling2 Mommy gelak baca entry nih. kikiki.. 5,6,7 mmg x tahan. ya.. dh try cuba guna siku td. erk.. heeee

ok first time bace nih! dh tru sentuh telinga pakai siku jgk tp x berjaye...mknanye, aku normal la tu...hahaha

hahhahak3.. aah, ak skip.. mne ko taw nie... cehhh

haha..aku try gak gune siku tu...

mmg aku tak baca pun ... sbb boring byk sgt tulisan .. terus komen je ...

saya baca sampai abes..tapi ape pown xbole muahahaha...

"75% pembaca didapati tidak baca entri ini sepenuhnya, terus skip ke bawah tol tak hee"

salah sorangnye aku. ahahaha

ceh...........iye2 cuba sentuh telinga guna siku...mana tau kalo bleh sentuh ujang follow blog sue...ekehkeeehh...

tak bace jugak sebab dah bace sebelum ni hehehe

kan kan..sebab gua pun tak baca entri ni..hahahah

hahahaha.....aku xsentuh telinga guna siku pon.kekekeke
lawak gila doh! ^_^

no.8 tu tak boleh blah betul...dah kena tempeleng pun boleh makan lempeng lagi...haahahahaha

aku tekun k baca smpai hbs n aku x cube sentuh telinga dgn siku hehehe..nmpk sgt aku percaya kat ko hehe

ye ngaku tak baca semua sebab dah pernah baca.. samalah through emel jugak..;)

11. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

aku gelak guling2 yg nie.hahahahahha
mula2 xpaham apa kaitan tndak bls smp kenyang and kenapa nasi ayam.hahahaha..lampi gile..

betul tu tak baca sampai habis...sbb da penah baca...hheee

nombor enam tu en buat sakit hati je mmg susah siku nak capai telinga. hahah dah try dah takboleh hm

eleh main ubah2 time plak..;D

oopsss sorry. arisha baca sampai habis tau. hahaha.
isk tak logiklah klo ada orang boleh sentuh telinga guna siku. it wasting our time saja untuk buat test -,-

ohh. aku tak try sebab aku dah pernah try sentuh telinga guna siku. tak dapat -.-

eh, eh, ce kau try jilat siku kau. dapat tak ? haha. i mean sentuh siku guna lidah. haha, selamat mencuba :D

FAK la singapore nih..drama x sudah2..hahahha

sebaik saya baca lelaju sampai lupa baca fakta no 6!!





hee^^

"75% pembaca didapati tidak baca entri ini sepenuhnya, terus skip ke bawah tol tak hee"

sgt btol..coz dah pnah bce.. =)


EmoticonEmoticon