Monday, October 31, 2011

Blogger Tolong Jangan Jadi Macam Beruk Ini

Gua versi dodle


Gua pasti 92% orang malaysia kalau sebut beruk akan tahu macam mana rupa bentuk beruk yer dak..???


Kalau tak tahu beruk, monyet pasti tahu yer dak..?? kalau bangang gak yang tak tau apa itu beruk dan monyet pergi tanya orang sebelah kau tu apa itu beruk...('',)


Wah...kasar tak ayat gua...hehe..,


Di zaman serba canggih dan moden ini bermacam ragam orang yang gua jumpa, gua selaku penulis sebuah blog yang bernama Erti Kehidupan nak tekankan untuk perangai blogger sahaja., sebab yang baca blog majoriti blogger kan?


Perangai dunia luar tu gua rasa di facebook dan ceramah-ceramah dah ramai orang tegurkan yer dak..??

Gua memang baru lagi dalam dunia blog ini, tapi kira lama di antara yang baru..hehebenda dan isu paling gua benci dalam dunia blog ialah bila seorang blogger yang berperangai seperti beruk ini..



Betulkan gambar atas tu beruk..??? ker monyet....lantak la apa pun k..hehe


Maksud tersirat gambar atas itu ialah blogger tolong jangan jadi macam monyet itu seperti

- suka mengendap blog orang lepas itu kutuk kemain dan tembak kaw kaw
- wusha blog yang kau tak suka,lepas itu carik kesalahan bodoh dan buat entri kutuk blogger
- suka wusha blog seseorang dan cari point bangang untuk kutuk, yang positif tidak pula dipuji
- jadi silent reader untuk jadi wartawan menjaja cerita bangang kepada orang lain
- lagi apa ek..fikir la sendiri kepada siapa yang terasa..hee


Cuba la jadi blogger yang aman seperti .............erm..tanak la tunjuk contoh blogger nanti dia bangga..hahaha contoh2 yang senang ialah nama yang ada dalam bloglist gua la senang cita...


Baca contoh blogger bangang di SINI


Sekian...Peace (~_^)v

p/s : monyet itu tiada blog, itu perumpamaan sahaja

Fak...!!! versi 8

Dah lamo den tak buek entri FAK....ta ni yer dak...?? den bukan tanak buek tapi takda idea nak update..hehe


Kali ini dah masuk versi ke 8 dah entri FAK..!! den...


Argh....jahanam pulak buat entri cakap negeri sembilan ni, bukan orang paham nanti yer dak..?? bukan apa aura kejuaraan Negeri Sembilan masih membara...hahahah


Malas nak bebel banyak..gua ada kerja ni FAK..ta yang baru ni gua copy paste jer..hahaha

 Awek tengah tidur


5 LARANGAN DALAM TIDUR :


1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.


2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.


3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita


4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas


5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya , hihi


***************** 

Tambahan

- Lelaki jangan tidur pakai spender nanti adik bongsu tak naik...hahahahha gua tak pasti FAKta ni betul ker tak, cuba lu orang try...('',)


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : ada lagi zaman orang berak tak flush ni kan..derm..!!!!!!

Saturday, October 29, 2011

Sian Ponyu Nangis



Gua tengok kemain ramai lagi update status di Facebook mengenai final piala malaysia di antara Negeri Sembilan dan Terengganu yer dak..?? ker facebook gua sahaja...hee


Ada yang kemain sedih dan bengang lagi dengan kekalahan ganu.., dan ada juga yang kemain seronok lagi nismilan menang..


Ada juga yang pertikaikan kenapa ramai orang update status pasal bola.., dah tengah cerita pasal bola ramai la update pasal bola takkan nak tetiba update status pemenang juara lagu kan..! derm..!!


Kalau tanya gua sokong mana., opkos la gua sokong nismilan nama pun ujang yer dak..?? hee


Kepada penyokong penyu atau lebih tepat lagi terengganu padan muka la sebab kalah ok..hahaha, di antara blogger ganu yang tengah sedih yang gua tau ialah

- hamzah ian
- iqbal
- ammar
- qaseh raihan
- Qaseh dalia


Keseluruhan perlawanan tadi gua puji Hairuddin omar , kunalan, shukor adan, manaf mamat dan ashaari...


Sekian...Peace (~_^)v



p/s : siapa lagi penyokong ganu ek..hihi

Friday, October 28, 2011

PESANAN & NASIHAT TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK

Alhamdulillah kerana kita masih lagi hidup dimuka bumi ini sehingga hari ini iaitu hari JUMAAT, macam biasa setiap hari jumaat gua selitkan entri berunsur ISLAMIK...('',)



Si Comel Ujang9897


Sedar tak sedar gua dan semakin hampir menjadi seorang bapa.., agak terharu dan teruja dengan kehidupan gua yang telah tertulis di luh mahfuz (betulkan kalau gua silap)

Gua selaku manusia normal pasti mengimpikan zuriat yang sentiasa berada pada landasan ISLAM. jadi gua tulis entri ini supaya anak ABAH nanti baca dan boleh tersenyum dengan nasihat yang abah ingin sampaikan ini

Abah petik dari Ayat Al-Quran iaitu :

***************

Surah Luqman ( لقمان) ayat 16 - 19


 يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.


يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ 
عَزْمِ الْأُمُورِ

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.


 وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".


***************

Doakan anak gua lahir dengan selamat dan sempurna,InsyAllah dalam hujung bulan 2..('',)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : terima kasih kerana puji gambar gua comel...hahahaha


Thursday, October 27, 2011

Gua bersama Ibu Muda

Gua sekarang memang sibuk,update sambil lewa jer sekarang,jika ada ayat tak paham sila maafkan..tQ ('',)




Semalam cuti raya macha depabali gua rasa masing-masing sibuk dengan aktiviti yer dak..?? gua sebagai manusia normal pun ada aktiviti ketika cuti semalam. siapa tiada aktiviti dia tak normal..('',)

Kalau zaman bujang dulu aktiviti gua kalau cuti ialah pergi wusha-wusha awek.., tapi disebabkan sedar diri ini dah jadi suami orang, so aktiviti gua haruslah bersama dengan bini yer dak..??

Aktiviti gua ialah shooping barang baby...hahahahah..gila pelik gua rasa yang gua bakal jadi bapak ni...beli benda yang tak pernah gua beli ...ohsem..ohsem..


100_5992

Gambar di atas ialah blogger yang bernama Ibu Muda ,(yang dukung baby) Bini gua bernama Yana dan Lelaki melayu terhebak Ujang9897


Gua dan yana roger Ibu Muda sebab rumah dia dekat dengan warehouse my dear ni, so kami bersarapan pagi bersama dan shooping bersama...kenapa nama dia Ibu Muda ?? sebab muda-muda dia dah jadi ibu..dan dia muda,so dia Ibu Muda...(tak paham sila buat2 paham)


Apa hebatnya Ibu Muda ni...??? tak taukan...meh gua bagitau ok...,lu orang mesti tau yang Hot FM ada buat audition jadi DJ..??


Ibu Muda ni salah seorang yang datang uji bakat menjadi DJ dan lagi hebatnya dia berjaya dan bakal menjadi DJ hotfm wo....!!!!!!!!

Tahniah la akak WANI @ Ibu muda


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : blogger pun boleh jadi DJ betul-betul hebak..!!!



tags : pemenang DJ Hotfm, nama DJ hotfm baru

Shark Night 3D jahanam..!!!



Malam semalam gua bersama dengan Mejah pergi tengok wayang Free yang bertajuk SHARK NIGHT 3D di Mid Valley.

Kenapa gua dapat tiket free jawapan dia sebab NUFFNANG kasi, kenapa free tak perlu la gua jawap yer dak..?? sebab ramai dah tahu sebab apa

Kenapa gua pergi dengan Mejah jawapan dia sebab gua dapat 2 tiket dan Yana tak dapat pergi so gua ajak Mejah...

 Gambar curi dari Finaz


Kalau lu orang tanya gua best ke tak Shark Night 3D., Jawapan gua


-Jahanam gila jalan cerita dia tak best langsung

- Jalan cerita yang memang dah boleh agak dan memang tak best gila..argh!!

- Baik tengok cerita Upin dan Ipin lagi best..

- Filem paling tak best yang gua pernah tengok..


RATING

0.1/10


*********

Siapa rasa nak gak pergi tengok sila la tengok.., gua rasa jadi tak best salah satu faktor sebab banyak potong kot...kot la..tapi gua rasa kalau tak potong pun tetap tak best..hahaha

Lagi satu gua ingat kan dapat tengok 3D, tapi kecewa pulak tak 3D derm..!!


Antara rakan blogger yang hadir tengok wayang free semalam di mid valley.., ada 2 movie satu Shark Night lagi satu tajuk dia Don't Be Afraid Of The Dark

* update nama blogger yang ada

- Jamar dan tunang
- Amal dan awek-awek
- Cik epal dan Sam


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : Lepas ni tengok wayang free aku bukan tomboi dan toyol lak...hehe

Tuesday, October 25, 2011

Soalan Bangang Yang Buat Orang Lagi Bengang



Soalan Bangang Yang Buat Orang Lagi Bengang !! Ggrrrrrr !!


1)Bila orang nampak anda baring tutup mata....
Soalan: Hyee! tidur ke?
Jawapan: Tak la,aku training mcm mana nak mati nanti...

2)Imagine anda bawa tv anda yang rosak gi jumpa technician untuk repair,dia mesti tanya gak:
Soalan: Nak repair tv ke?
Jawapan: Tak la,aku bosan! so sje aku bwk tv ni jln2.

3)Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda:
Soalan: Hyep! da bangun?
Jawapan: Ish,aku tengah tido sambil berjalan-jalan...

4)Kawan anda call phone umah anda dan...
Soalan: Hello?.. Ada mana ?
Jawapan: Kat sini haa ,kat bus stop!!!

5)Diorg nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah-basah..
Soalan: Eh baru mandi ke?
Jawapan: Ehh! Mana ada , Aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!!

6)Anda di dalam toilet , pintu berkunci , ada gak orang ketuk pintu dan tanya anda..
Soalan: Ada orang tak?
Jawapan: ( *Suara Kiut* ) Mana ada orang!! Taik yang bercakap ni!!


 ***************

 INI ENTRI COPY PASTE DARI FACEBOOK


Kekadang gua pun jadi salah seorang yang bangang ni...hahahaha


Banyak lagi di PAGE KISAH LAWAK


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : sibuk gila gua sekarang..derm..!!!(bukan mengeluh)


Monday, October 24, 2011

Laser Warzone memang terbaik..!!!!



Semalam bertembat di I-City Shah Alam gua bersama rakan blogger lain telah join Battle of the Elite Forces" Yana ada hack blog gua semalam buat entri cerita pasal ini..derm..klik SINI


Selama 25 tahun gua hidup ini, ini adalah pertama kali gua main menatang laser ni..hahahah.., serius rasa macam arghhh!!!!!!!!   wuuuuuuuuu!!!! yeeehaaaaaaaaa!!!!!!!! macam tu la gamaknya perasaan gua tak boleh nak terangkan macam mana bestnya main menatang laser ni..


Game semalam ada 10 team dan di bahagi kepada 2 kumpulan.., lu orang nak tau tak team gua dapat no berapa....???? ce teka...gua rasa lu orang teka mesti betul punya la..cuba bayangkan la gua yang macho ni join kan dapat no berapa..??? teka la ok...hihi

Gambar sekitar Battle of the Elite Forces

 Team Tali Barut (team gua)

 Gua botak..hahaha

 Baju nyorokkan lengan bajet ganas

 Muka nak pailang


 Amoi bahan cuci mata..hahaha...(hebat woi jeritan mereka)

Salah satu team musuh..hihi

gambar kredit FB laser warzone

 **************

Dah teka belum team gua dapat no berapa...??? apa la bukan susah pun nak teka..kalau gua main dah tentu la team gua no last..hahahahahaha
Tapi sumpah enjoy gila layan laser warzone ni...!!! rating game ni gua bagi

10/10.!!!

Nampak macam bangang jer mula-mula..tapi satu game 10 minit tu dah boleh pancit wei..!! kitaorang main semalam 4 game memang perghh!!!!!!! penat..!!!

Sampai sekarang urut lutut gua sakit, urat peha gua sakit, urat betis gua sakit..tapi memang puas hati..arghh!!!!!!!!!!!


Kalau nak datang main ini detail dia

Lokasi : I-City (shah alam)
Mon - Fri:13:00-01:00
Sat - Sun:10:00-01:00


Biasa
1 game = Rm18

 Ahli
1 game = RM15

Student
1 game = Rm12

Geng Gua semalam






jap lagi sambung...ada keja...

tag : harga laser warzone, 



Sunday, October 23, 2011

Berjuang Dengan Laser


gua keluar berperang hari ni...
Hazman yang ajak...
benda free memang gua join je...lalalala~





pelik dan unik taktik perjuangan gua...
gua tak pernah main menatang laser nih...
macam paintball tapi tiada kekotoran...
cuma pancaran cahaya laser...


balik dari berjuang gua story kat lu-ols...
apa status kemenangan gua...
muahahahaha~
okebai~!








p/s::  dah habis berperang tu sila balik rumah dengan segera ye...ai takut duduk rumah sorang-sorang...hihi~ (^^,)




(HACKED BY YANAMIB~)

Friday, October 21, 2011

Nak taw..?? Blog tidak Bernama

Assalamualaikum...

rini wa nak tulis pendekk jerrr...wa nak taw....

aper benda yang lu orang wat sebelom lu orang masuk tidoooo!!!!!hahahaha... mesti best kan...cecitee ckittt....kongsi ckit ngan wa....





                               smart tak....tp nie bukan bilik wa...ni bilik idaman wa!!!


**************


Best tak entri atas tu...?? gua copy paste jer dari Blog Tidak Bernama..hahahahaha


Saja bosan-bosan cari entri orang gua copy best gak yer dak..??? , saja nak kenalkan blogger yang bernama


Gua suka entri dia yang atas tu sebab dia penyokong ARSENAL..hahahaha, nak kasi idea sikit dekat mamat ni.., entri dia best-best cuma kena perbaiki sedikit penulisan dari segi singkatan ayat seperti 

x = tidak
rini = hari ini
wat = buat

Apapun gua rasa dia baru lagi dalam blog dan tak salah kasi idea untuk dia lagi bagus untuk akan datang yer dak..?? dan yang lain-lain nak ikut terpulang...heee

Salam kenal bro Blog Tidak Bernama dari gua -Ujang9897



Sekian...Peace (~_^)v


p/s : siapa rajin jengok la blog member seorang ni...kalau rajin lagi follow la dia..hehe



Peristiwa Nakhbah@Nakbah (15 MEI 1948)

Salam Jumaat yang indah, seperti biasa setiap jumaat gua cuba kongsikan entri dari blog abang gua Zabid9897 yang lebih kepada Islamik hihi




Apa itu Nakhbah@Nakbah..?? maksud Nakbah@nakbah ialah malapetakan atau bencana besar.


Apakah Tarikh-Tarikh yg kita ingat dan selalu ada dalam kelander hidup kita...???? DAN selalu kita RAIKAN

Contohnya :

1. Bday Gua Sendiri 7 November 1986 (7eleven)
2. Bday Kekasih Hati 8 Januari 1986
3. Tarikh Keramat 29 April 2011
4. Hari Raya 1 Syawal Tiap-tiap tahun
5. Merdeka 31 Ogos Tiap-tiap tahun
6. New Year 1 Januari Tiap-tiap tahun dan lain2 tarikh lagi

TAPI ada juga TARIKH2 YG AGAK PENTING JUGA kita KURANG ingat seperti:

1. 12 Rabiulawal Tahun Gajah - Kelahiran Rasullullah S.A.W
2. 27 Rejab - Peristiwa Israk Mikraj
3 4 Rabiulawal 1407 - Kelahiran Mohd Azfar b. Roslan


Tapi hari ni gua nak cerita tarikh yg patut kita bagitau dan sebarkan supaya KITA dan KELUARGA kita SERTA UMAT ISLAM keseluruhannya terus menerus tanpa henti MEMBENCI YAHUDI lahanatullah...!!!!!


Ianya adalah tarikh 15 MEI 1948 berlakunya Pengistiharan NEGARA HARAM ISRAIL dan bermulanya Titik Hitam pada SAUDARA KITA di PALESTIN.


Sebenarnya gua pun baru tau Tarikh 15 MEI 1948 ada peristiwa Nakhbah, setelah diberitahu oleh Khatib Di Masjid Tabung Haji Kelana Jaya

Rentetan Khutbah Pada Jumaat tadi adalah LEBIH KURANG SEPERTI di lawan web ini : http://hatiwanita.wordpress.com/2008/06/04/peristiwa-nakbah-malapetaka/


Korang mesti malas nak KLIK dan baca yer dak..??


Jangan MALAS baca.... sebab ingatlah DUIT GAJI, ELAUN, CLAIM, KEUNTUNGAN, DUIT, HARTA yg korang DAPAT adalah REZEKI daripada ALLAH...


Baca yer wahai Saudara Islam ku SEKELIAN tidak hari ini hari lain pun takpa...Yahudi memang terlalu kejam dan memang musuh ISLAM.., kejahatan Yahudi bukan dari zaman kita sahaja tetapi dari dulu lagi



 
"anda buat, anda dapat.."


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : "Apa yg kita post jangan harap ada org baca atau harap org komen(bukan utk glamour). TETAPI dengan apa yang kita post berharaplah dapat keredhaan drpd Allah SWT (,'')"  petikan dari entri gua yang INI

Thursday, October 20, 2011

Badan dah macam di himpap Gajah



Tamat sudah atau selesai sudah perniagaan jual bunga gua sempena konvokesyen di UPM selama 5 hari nak tengok gambar klik SINI , kepenatan gua sekarang memang tak dapat di huraikan dengan kata-kata bak kata pepatah melayu


"Berat mata memangdang, berat lagi bahu yang memikulnya"


Tapi gua rasa pepatah tu tak sesuai pulak digunakan sebab orang pandang gua sekarang mesti nampak biasa jer...,tapi hakikatnya bahu gua ni dah macam di himpap gajah.., serius penat dan terlalu letih gila...!!!!!!!!!  arghhH!!!!!!!! macam mana cara gua nak cakap kepenatan gua ni ek..,tolong la bayang kan...


Gua sekarang ni terasa nak pergi massage jer, dah la gua tak pernah pergi massage ni...tengok macam best jer...ce tengok gambar orang kene massage ni




Gua pun tak paham minah ni stim atau gersang, ker memang camtu rupa orang kena massage ek.., nak suruh YANA urut dia tak larat pulak...


Area bangi katner ek ada massage badan  macam ni...., gua tanak macam dekat uptown sebab kalau yang jenis macam tu sakit...argh..!!!



Monday, October 17, 2011

Gua Cuti Jual Bunga untuk Pelajar

Siapa mat bunga dekat sini..?? meh jumpa gua..


Beberapa hari ini gua bercuti bekerja..,bukan bekerja sahaja gua cuti malahan menulis blog pun gua cuti..hahaha ayat nak skema jer


Gua cuti sebab tolong mak kesayangan gua berniaga jual bunga sempena Konvokesyen di UPM, tolong mak dapat pahala yer dak..?? selain tu mak gua pun upah la gua gak...dapat la gua simpan duit untuk masa depan anak-anak...sekali lagi skema


Gua tak dapat nak bebel panjang-panjang sebab tengah sibuk sekarang ni,biasanya gua penyibuk bukan sibuk..hahaha.


Semalam Ammar seorang blogger hensem datang jumpa gua di gerai bunga gua...rajin tol mamat tu datang..hahaha..thanks bro..


Nie gua tepek la beberapa contoh gambar yang gua amik di kedai gua...


gerai gua bernombor 4!


 anak² toke besar! =)


 dapat free belon..limited stok!


 mak gua sangat hebat menggubah bunga


 bini gua yang keletihan


dapat FREE kad ucapan lagi


antara gubahan bunga yang mak gua buat


bear ni bukan mak gua buat...tapi kak Wati (toke besar) buat...atas ni antara HOT items yang dijual...comel kan 'haiwan²' tu?? =P







p/s: gambar gua takde sebab gua pegang kamera...grrr~

p/s²:  siapa student/staff upm sudi² singgah gerai gua yang nombor 4 tu  ^__^

p/s³:  terima kasih kepada semua yang membeli~!

Friday, October 14, 2011

Renungkan dan Motivasi Kepada Blogger dan Manusia

 Gambar Hiasan Heliza



"Apa yg kita post jangan harap ada org baca atau harap org komen(bukan utk glamour). TETAPI dengan apa yang kita post berharaplah dapat keredhaan drpd Allah SWT (,'')" -ujang9897

Ha...ayat diatas itu dituju kepada semua blogger, kalau blogger sudah tentu manusia yer dak..?? jadi teruskan la update dan update dan update lagi...,selain itu teruskan la update segala status Facebook dengan ayat-ayat yang positif ok..,('',)


Kebiasaan ayat yang positif dan berunsur agama akan tidak menarik perhatian bukan gua cakap tapi kajian yang cakap.., so gua setuju dengan fakta itu sebab gua pun sama..hahahha


 Sekian..Peace (~_^)v


p/s : siapa pergi konvo UPM nak beli bungan cari gua di gerai no 4 (belakang dewan)
 

BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW

Seperti sedia kala..setiap jumaat gua akan tepek hasil copy paste entri dari blog abang gua yang bernama Zabid9897...hehe


 Ustaz Ujang


Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW pasti sangat berimpian utk berjumpa Nabi SAW didalam mimpi yer dak..??. Cerita org jumpa dgn Nabi SAW mmg selalu aku dgr, Tapi semuanya bukan drpd siaran langsung daripada org yg mimpi tu. yang aku pernah dgr jika sesiapa bermimpi berjumpa Rasulullah SAW maka ianya adalah benar krn syaitan tidak boleh menyerupai NABI SAW walaupun dalam mimpi.

Kisah ini adalah drpd seorang yg pernah aku jumpa live, pernah bersebelahan dengannya(masatu tgh mandikan jenazah kawan aku). Beliau adalah Tuan Guru Dato' Haron Din.


Apakah amalan yg boleh dilakukan utk bertemu Rasulullah SAW?

Berjumpa dgn Nabi SAW adalah satu hadiah drpd Allah, , Orang kafir pun pernah mimpi jumpa dgn Nabi SAW, Sejarah Melayu menceritakan Islamnya Paramiswara sbb mimpi bertemu Nabi SAW. (klik dibawah ini utk ikuti cerita selanjutnya)



 




p/s : Gua jual bunga di pesta konvo UPM...carik gerai no 4



Thursday, October 13, 2011

Best sangat ker isap



Perbualan ala-ala Gay di antara Naz dan Pejal 

Lokasi : Rahsia
Waktu : Lepas Zohor


*************

Naz : Buka le..

Pejal : Nk wt pe?

Naz : Nk isap..

Pejal : Isap buat per?

Naz : Nak bagi stim..

Pejal : Line x clear..

Naz : Nyorok le skit..

Pejal : Pernah isap ker?

Naz : Dh bnyak kali..

Pejal : Sape punye?

Naz : Kawan punye le..

Pejal : Best ke isap ni?

Naz : Best..!!!

Pejal : Rase cm mne?

Naz : Panas, sedap, ishh2.. Nk rase ker?

Pejal : Nk le...!!!


Mereka terus buka kotak rokok dah isap bersama, nasib baik mereka tak GAY


*AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN*


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : gua tak hisap rokok

Wednesday, October 12, 2011

Siapa Ni..?? dan Promosi Bunga

____________________19¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶3____________
__________________3¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶3__________
_______________1¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶9________
... ______________¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶9_______
____________¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_______
... __________1¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶9______
_________1¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶1___
________1¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶__
________¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_
_______¶¶¶¶¶¶¶99¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
______3¶¶¶¶¶91_______139¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶311111111______1¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____9¶¶¶¶¶¶3131311111_________133333399¶¶¶¶¶¶9¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶333331111111111_1_1__________11133339¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶31333111111111111111111111111111333333¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶13331111111111111113111113111133333339¶¶¶¶¶¶3
_11__¶¶¶9111113331_11111111111111131111133333399¶¶¶¶¶¶9
_¶¶319¶¶13119¶¶¶¶¶3____1111111111111113111133399¶¶¶¶¶¶9
_¶¶91¶¶9111¶¶¶¶¶¶¶¶¶91____11111_11___111333339¶9¶¶¶¶¶¶1
_3¶31¶¶3139¶933399¶¶¶¶91_11111_____1139¶¶¶¶¶9999¶¶¶¶¶¶_
__933¶¶113¶933¶¶3339¶¶¶¶91333311139¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶99¶¶¶¶¶3_
__193¶¶11333¶¶9_9¶93999¶¶9131119¶¶¶¶¶¶99399¶¶¶99¶¶¶¶1__
__1339311113¶¶__¶¶¶__99399__1_3¶¶¶999339¶933¶¶¶9¶¶¶¶3¶9
__19333311133991_3__1331331113¶¶39933¶¶33¶¶9¶¶¶9¶¶¶¶¶¶9
__1933333111133993993113331113¶1191_9¶¶9_¶¶¶¶¶99¶¶¶¶¶¶_
__1933933311_11111133113331113¶9333313119¶¶9339¶¶¶9¶9__
__19339333311_1111311111331_19¶33339939¶¶¶93139¶¶9¶1__1
___999993333111111111311333119¶933133339931339¶¶993__11
____3339933331111_111133311113¶931133331313399¶¶¶9__111
______19993333111111133311___39¶1133111113399¶¶¶9__1111
______19993333111111333931___3¶9313331133399¶¶¶99_11111
_______¶9993331111113¶¶¶¶3313¶¶¶9133313¶999¶¶¶¶¶1111111
_______393933333311113999¶¶¶¶¶¶931333399939¶¶931111111_
____1___¶933393333333333399¶¶¶931333999939¶¶¶__11111___
________99333333333393313939¶999399999999¶¶¶11111111__1
_______9¶¶993333999933333139999999999999¶¶¶3_1131111_1_
_____9¶¶¶9¶993399¶¶¶¶¶¶¶9¶¶¶99¶999999999¶¶¶¶1_111111__1
__39¶¶¶¶31¶¶9999999939399¶¶9¶¶¶¶99339¶¶¶¶¶¶¶¶3111111_1_
3¶¶¶¶¶¶¶__¶¶¶99999¶¶¶9333139¶¶¶39999¶¶¶¶9¶¶¶¶¶¶3____1__
¶¶9¶¶¶¶¶__3¶¶¶993339¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶99999¶¶¶¶9933¶¶¶¶¶91_____
¶9¶¶¶99¶___1¶¶¶9333311339999939999¶¶¶¶9393_3¶¶¶¶¶¶91___
999¶¶¶9¶_____9¶¶¶99931111113399¶¶¶¶¶¶33333__9¶¶¶¶¶¶¶¶3_
¶9¶¶¶¶¶¶3_____1¶¶¶¶¶¶¶¶999¶¶¶¶¶¶¶¶¶3111331__1¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
¶¶9¶¶¶¶¶9_______19¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶3___11111__1¶9¶¶¶¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶9¶9¶1_________3¶¶¶¶¶¶¶¶¶93_____111_____3¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
¶¶9¶¶¶99¶1____________393331______111_______3¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
¶9¶9¶99¶¶3____________3393_______11_________3¶9¶¶¶¶¶¶¶¶
99999¶9¶¶9__________9¶¶¶¶¶¶_________________3¶99¶¶¶¶¶¶¶
9999¶¶99¶9_________93¶¶¶¶¶¶¶________________¶99¶¶¶¶¶¶9¶
999¶9999¶¶________93_¶¶¶¶¶_13______________1¶999¶¶¶¶¶¶¶
¶9¶¶9¶99¶¶1_____191__¶¶¶¶___13_____________3¶¶¶¶¶9¶¶¶¶¶
939¶¶¶99¶¶9____191__1¶¶¶¶____13____________¶¶¶¶¶¶99¶¶¶¶
999¶99¶99¶¶___11___1¶¶¶¶3_____11___________¶¶99¶¶¶¶¶¶¶¶
¶¶9¶99¶¶9¶¶1_11____¶¶¶¶¶3______11_________3¶¶99¶9¶¶¶99¶
¶¶¶¶¶¶9¶¶¶¶1______9¶¶¶¶¶¶________1________9¶¶99999¶¶¶9¶
9¶9999¶99¶¶3______¶¶¶¶¶¶¶_________________3¶9¶¶9¶¶9¶9¶¶


Siapa pandai buat macam ni tolong buatkan untuk gua...hehe


Hari ini gua tak dapat meng on9kan diri kerana menguruskan urusan yang penting seperti urusan seri paduka hihi


Kepada kawan-kawan atau sesiapa yang akan pergi ke konvokesyen UPM pada sabtu sehingga selasa nanti, nak beli bunga hidup cari la gua ok...diskaun RM5...hahahah


Gua tolong mak gua jual bunga nanti..berniaga kecil-kecilan, jangan beli bunga di tepi jalan MAHAL..!!! beli di belakang Dewan Besar ok...('',)


Ni gambar gua tahun lepas masa jual bunga..., tahun lepas takda blog tak dapek nak pomot..hahaha

Dulu kurus jer....hihi


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : perut gua makin buncit la..derm..!!



Zackzukhairi Kawan Gua (wordless wednesday)

Dulu....dia tak kenal gua.., gua kenal dia...haha




mamat ni tak susah nak carik dah..dia bukan ada kat JEPUN tapi UPM tak caya klik SINI


Sekian..Peace (~_^)


p/s : minggu depan gua berniaga jual bunga di konvo UPM

Tuesday, October 11, 2011

Lokasi Ujibakat Pilih Kasih Musim ke 3


Gua baru balik dari Press Conference Pilih Kasih Musim ke 3 semalam, jadi dapat la beberapa Info pasal program Pilih Kasih ini, jagi gua kongsi la serba sedikit ok...('',)


*********

Pilih Kasih program realiti terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini sudah berdiri kukuh sebagai satu jenama kukuh apabila mampu melaksanakan misi mencungkil bakat baru dengan cara tersendiri.

Sedar tidak sedar program Pilih Kasih yang bakal masuk ke musim ke 3. Pada musim pertama menyaksikan anak muda kelahiran Bagio, Filipina, Iqbal Mazlan melangkah bergaya sebagai juara manakala musim kedua diungguli wanita, Livonia Ricky Guing, pastinya sesiapa pun yang diangkat sebagai pemenang kali ini tetap punya aura tersendiri.



SENARAI TARIKH DAN LOKASI UJIBAKAT PILIH KASIH 3



TARIKH LOKASI UJIBAKAT PILIH KASIH 3

22 & 23 OKTOBER 2011 THE SUMMIT, BATU PAHAT, JOHOR

29 & 30 OKTOBER 2011 AEON BUKIT TINGGI, KLANG, SELANGOR

12 &13 NOVEMBER 2011 CENTRAL SQUARE, SG PETANI, KEDAH

19 & 20 NOVEMBER 2011 TBC

26 & 27 NOVEMBER 2011 CENTRE POINT, SABAH

3 & 4 DISEMBER 2011 THE SPRING, SARAWAK

10 &11 DISEMBER 2011 KL SENTRAL, KL


***************

Program ini bakal mengekalkan pengarah tersohor, Erma Fatima, Hamzah Tahir, Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai tenaga pengajar.


Gua masih menunggua gambar-gambar dari kawan-kawan untuk ulas lebih lanjut mengenai Pilih Kasih Musim ke 3


Gambar blogger ketika Press Conference Pilih Kasih Musim ke 3 klik SINI


Sekian...Peace (~_^)v

tags: lokasi audition pilih kasih musim 3, tarikh ujibakat pilih kasih musim ke 3

Jumlah Kenaikan Gaji Tahunan Baru Perkhimatan Awam

Baru-baru ini pembentangan belanjawan 2012 ada mengatakan Kenaikan gaji tahunan untuk kakitangan kerajaan yer dak?

Gua pun tak pasti kenaikannya berapa kerana berbeza mengikut Gred.., jadi gua rasa gambar ini secara sahihnya macam ini la kot mengikut gred...hehe




Ada kata sikit, ada kata lantak la.., ada kata takda kene mengena dengan aku..dan ada juga kata tukar pemimpin..


Terpulang la kepada sesiapa yang nak bersuara,hak masing-masing yer dak..?? yang gua pasti gua selaku terkena tempias dengan kenaikan gaji ini tetap bersyukur


sekian..peace (~_^)v


p/s : kalau gaji naik banyak mana pun pengurusan kewangan jahanam tak guna gak..('',)

tags : skim gaji baru 2012, jumlah gaji baru mengikut skim, kenaikan gaji tahunan perkhidmatan awan, gaji tahunan baru kerajaan 2012, jumlah gaji mengikut gred 2012, kenaikan gaji kakitangan awam 2012, jumlah kenaikan gaji gred 17 kerajaan, New salary increase scheme after budget 2012, skim gaji baru 2012, gaji baru 2012, kenaikan gaji tahunan baru,

Penat ler Pilih Kasih 3

Hai.....!!!!!

Ceh..tajuk dah macam apa tah..,sebenarnya gua baru balik dari Press Conference Pilih Kasih Musim ke 3 bersama dengan beberapa rakan blogger yang lain. Bukan Pilih Kasih 3 yang penat..gua yang penat

Pilih Kasih musim ke 3 ini ada beberapa perubahan yang dilakukan yang akan gua cerita nanti ok, sekarang penat nak menaip..

Gua tepek gambar mana yang ada jer



Gambar gua yang mana satu ...?? dah pasti bersebelahan dengan wanita cantik bernama Erra Fazira..hehe, lagi sebelah gua tu myra, lupa lak gua nak amik gambar dengan myra derm..!


Kenapa gua duduk sebelah Erra..?? sebabnya gua makan sebelah dia..,dia yang ajak gua..lepas tu dia suruh gua teman dia makan...erm..lepas tu apa lagi ek gua nak tipu...owh..lepas tu Erra kata gua hensem..erm..lagi gua nak tipu apa ek.. tanak la tipu dah..nanti orang kata gua poyo yer dak..??


Tengok la gambar gua yang poyo tu, siap panjat kerusi nak masuk dalam gambar punya pasal..hahahah, tapi gua tak paham kenapa si andyhot tu orang amik gambar dia korek hidung...('',)

Terima kasih la kepada Ben Ashaari dan Bro Jejai kerana ajak gua join event ni.., nanti-nanti gua ulas pasal Pilih Kasih Musim ke 3 ni ek...


Antara blogger yang hadir tadi


ada lagi gua tak ingat...yang gua ingat gua jumpa Erra Fazira..haha


gambar semua gua curik dari Ben Ashaari, jangan bagi tahu dia yang gua curik gambar k..tQ


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : siapa nak jadi pelakon pergi join Pilih Kasih ni

Tags : Press Conference Pilih Kasih Musim ke 3 , Pilih Kasih Musim ke 3

Monday, October 10, 2011

Jawapan Sebenar Heliza Mengenai Isu HUDUD


Heliza Helmi

Gua pasti 85% rakyat Malaysia  mengenali Heliza yer dak..?? dan gua pasti juga Heliza tak kenal korang yer dak..?? hahaha

Baru-baru ini kecoh pasal Artis komen mengenai ISU HUDUD.., dan dari jawapan artis-artis memang menyakitkan hati...nak baca sila ke blog  SOLIHIN ZUBIR <--

Gua suka blog Solihin Zubir ni sebab isinya memang best...('',)  pasal isu Hudud gua ada baca salah satu komen dari HELIZA, dan gua agak terkejut juga komen dari heliza..

Tapi gua inginkan kepastian dari HELIZA gua tanya sendiri di Facebook beliau (dah kawan kena la tanya)



Kak Zeq adalah pengurus peribadi Heliza...



Selepas itu Heliza menjawap kebenarannya



Gua tanya kepada Heliza supaya dia tahu yang keratan akbar kata-kata dari dia telah tersebar dan ramai telah salah tafsir..,

Lebih ngoi lagi..wartawan tak tulis pun kata-kata Heliza yang sebenar...derm..!!! itulah dia dunia hiburan sekarang.

Selepas kes Heliza itu, ramai yang hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada Heliza, dengan itu dia baru-baru ini bersama dengan Kak Zeq (pengurus) pergi membuat ulasan sebenar dari komen dia yang hangat diperkatakan.


Kata-kata dan jawapan dari Heliza yang dipetik dari Keratan Akbar
*****************

"Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi komen kerana sedar ilmu dimiliki tidak seberapa, malah saya ada menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada pakar, ulama dan orang bijak pandai untuk mereka membuat pertimbangan. Ini kerana saya bukan orang yang berhak berbicara mengenai hal ini.

“Bagaimanapun, berlaku silap faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya faham pemahaman orang mungkin berbeza dengan apa yang saya sampaikan,” katanya.


Ulasan penuh di Sinar Harian...klik SINI <---


*****************


Gua selaku kenalan HELIZA (pergh ayat nak poyo..hahaha) nak bagitau yang sebenarnya komen heliza mengenai HUDUD bukan seperti yang heboh diperkatakan.., Kata-kata Heliza telah disalah tafsirkan dan wartawan memang macam tu kerja dia.., tapi takkan la Heliza nak salahkan wartawan yer dak..??


Kesian heliza aku wei nangis-nangis dan runsing dia fikir pasal ni.., ('',)  kak zeq dan heliza meminta supaya semua orang tidak salah tafsir dengan kata-kata yang wartawan tulis di keratan akbar sebelum ini..,


Kepada Ija..rilek ek..jangan cedih-cedih ('',)


Gambar Hiasan Bersama Heliza...

Waktu berbuka puasa bersama muzik FM

Promosi Syurga Cinta

Ketika Perjumpaan Sahabat Blogger


Biodata HELIZA klik SINI

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : lepas ni jangan tak suka HELIZA dah ek..hihi


tags : hudup heliza, komen heliza mengenai hudud, heliza komen pasal hukum hudud

Saturday, October 8, 2011

Seram Nih...~~



"Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.."

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit..yer dak..?? sama macam keadaan gua sekarang la takda kredit..hahaha

Tapi.......

Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita




"Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga"





***********

Seram gua baca ayat di atas ini......... korang pikir la sendiri ok...


Sekian....Peace (~_^)v


p/s : nak pahala banyak kawin la ek..hehe

Friday, October 7, 2011

Nak Berak Pun perlu Kecoh ker..??!!

 Cerita ini pasal BERAK 

gua copy paste.!!

 Ini gambar Naz


*********


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, ramle singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk ramle beli. Ketika ramle sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut ramle terasa memulas.

Apalagi ramle pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ke tandas ramle tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi ramle pegi yang disebelahnya. Baru saja die duduk, ramle terdengar orang dari sebelah bersuara,

"Haa, camna sekarang ?" ramle pun bukan suka nak berbual dengan orang yang tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya die balas juga,

"Ok gak ler".

Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??" Iskk... ramle mula rasa musykil tapi die balas,

"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??".

ramle selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!


*************


Moral of the story

- jangan menyampuk time orang bercakap.

- berak tu sila la kusyuk baru best ~ ~


p/s : gua  pernah alami situasi lebih kurang di atas..