Monday, February 27, 2012

Kisah Si Penjual Ikan


Gua perhatikan sekarang ini banyak orang suka memberi nasihat dan pendapat kepada seseorang, ada bagusnya untuk mereka yang memberi pendapat yang positif yer dak..?

Kekadang ada yang sanggup bertikam lidah untuk menegakkan pendapatnya yang sentiasa betul..derm..!! kalau dalam dunia blog ini pun ramai yang memberi idea dan pendapat tetapi pasti ada yang tidak setuju dan setuju.

Gua tertarik dengan cerita ataupun kisah SI PENJUAL IKAN ini.., banyak benda tersirat kita boleh belajar.. gua rasa ramai yang dah pernah baca dan ramai yang belum pernah baca..hee


 **********************

 Gambar Hiasan


Al-Kisahnya...

Ada seorang lelaki ini menjual ikan segar dipasar. Ia memasang papan pengumuman bertuliskan "DISINI JUAL IKAN SEGAR"

Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang menanyakan tentang tulisannya. "Mengapa kau tuliskan kata :DISINI ? Bukankah semua orang sudah tau kalau kau berjualan DISINI , bukan DISANA?"

"Betul juga!" fikir si penjual ikan, lalu dipadamkan kata "DISINI" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN SEGAR".

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga menanyakan tulisannya.

"Mengapa kau pakai kata SEGAR ? bukankah semua orang sudah tau kalau yang kau jual adalah ikan segar, bukan ikan busuk?"

"Betul juga" pikir si penjual ikan, lalu dipadamnya kata "SEGAR" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN"

Tak lama kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga menanyakan tulisannya : "Mengapa kau tulis kata JUAL? Bukankah semua orang sudah tahu kalau ikan ini untuk dijual, bukan dipamerkan?"

Betul juga pikir si penjual ikan,, lalu dipadamnya kata JUAL dan tinggalah tulisan "IKAN"

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga menanyakan tulisannya : "Mengapa kau tulis kata IKAN?, bukankah semua orang sudah tau kalau ini Ikan bukan Daging?"

"Betul juga" pikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.

sumber

**********************

Moral Of Story


Bila kita ingin memuaskan semua orang, maka yakinlah itu suatu yang mustahil....

Sudah menjadi fitrah manusia untuk berbeza pendapat.

Jadi utamakan suara hati anda... biarlah orang lain berpendapat..., tapi seringlah, telan saja pendapat mereka...yang penting apakah sesuai dengan kata hati anda?... jika tidak, maka berpegang lah dengan mengatakan... "Tidak!... maaf" :)


"kita mungkin berbeza pendapat tetapi tidak perlulah bertegang lidah untuk menegakkan pendapat kita"


Sekian..Peace (~_^)v


20 Orang Memberi Komen & Pendapat

sokong...
tak mudah untuk puaskan hati semua orang...kadang kadang kite perlu ade pendirian sendiri...tak perlu diikut kata2 orang..

ujang pun sama ye.. diana pun ada jual ikan juga kat sini.. http://www.dianarashid.com/2012/02/disini-jual-ikan-segar.html

be yourself

sebab nak puaskan sume pihak, last2 ape pun tak dapat

buat jer apa kita fikir, jgn fikirkan org lain nak kata apa... y slh x semestinya betul, y btl x semestinya salah...

setuju tu..
kita boleh dengar nasihat dan cakap org..
tp jgn biarkan org buat keputusan utk kita..
kita sendiri yg kena fikir..
apa yg terbaik utk diri sendiri..

assalamualaikum ujang...yer la biar la apa org nak ckp janji kita buat perkara yg betul...:)

sejak jadi papa nie, abg ujang tulis entry yang serius lah.. :) sangat membuat kita berfikir, tak perlu ikut sangat kata orang sebab orang tak tahu sangat apa yang kita nak..

beza pendapat x pe..tp bila nak suro org terima pendapat kita tu yang ssh sikap mcm tu

Oleh kerana itu.... jom kita tulis apa yang kita suka , tahu dan faham....dalam blogging... as long kita rasa selesa dengannya...

meh nak sambung..

ending of the story:
orang xtau pon ad kedai ikan kat c2 sb takde papan or whatsoever.

penjual ikan pon sepatutnya kena la pk. org kritik tak semua bnda kita kena ikut. kalau dah rse tu yg terbaik, better berdebat la jugak rather than terima bulat2..

first time dgr cte nie. thx share. :)

kita tak boleh asyik nak dengar pendapat orang je, ada masa kita perlu buat keputusan sendiri..

betul jugak kan.at last, buang terus papan tanda tuh

x pernah baca. tq for sharing hehe...

yaa! thats rite..
aku suka dengan kisah ni..

sangat sukar untuk memuaskkan hati semua orang.. dapat puaskn majoriti pun jadi la..

asal kn kite share mende yg baik, tu dah cukup puas. teguran yg baik jd kan panduan, yg buruk jadikan teladan

setuju!! tetapkan pendirian kita :)

walau pandangan jauh berbeza tak bermakna ada salah ada benar..


EmoticonEmoticon