Al-kisahnya ~
Sedang gua lepak makan-makan dengan member opis, tiba-tiba seorang rakan sepejabat gua tegur gua pasal isu blog..
Lokasi : cafe
Masa : 1pm(waktu malaysia)
"Kenapa entri blog kau dah tak macam dulu..????" tanya member gua
"entri macam mana..? " gua tanya balik kepada dia(tah bila dia baca blog aku)
"dulu sehari 3-4 entri sehari kau update kan..,entri lucah bermakna plak tu..hahaha" jawap member gua sambil gelak
"owh.., sebabnya orang macam kau la " gua menjawap persoalan dia dan meneruskan makan...
Setiap orang pasti ada kategori kawan dan juga kenalan yer dak..?? sama macam gua..gua pun ada kawan dan juga kenalan.
Tetapi tak semua kenalan dan juga kawan kita baca blog kita yer dak..?? apatah lagi keluarga kita sendiri kan..tak semua kenalan kita tahu yang kita ada blog dan juga membaca blog kita.
Untuk seorang blogger pasti akan rasa gembira bila dapat tahu yang kenalan dan juga rakan kita baca blog kita yer dak..?? jawap la yer ker dak..?? hehe
Secara jujur pada permulaannya gua pun rasa gembira bila dapat tahu yang kawan-kawan sekolah lama dan juga kawan-kawan masa belajar dulu baca blog gua..tidak ketinggalan rakan pejabat dan juga keluarga dah mula baca blog gua..
Perasaan bila ramai baca blog kita tu bukan sahaja gembira tetapi macam bangga dan puas gila..hahaha..,ibaratnya seperti korang tak tahan berak lepas tu bila dapat lepaskan berak tu rasa lega gila...haaa cmtu la perasaan puas nya boleh bayangkan dak..?? ~sengal
Ok sambung cerita ~ pada gua bila kenalan dan rakan rapat baca blog kita mula-mula memang rasa happy dan bangga..tetapi lama kelamaan perasaan TERGANGGU itu datang secara tiba-tiba dalam jiwa gua ni..,tak tau kenapa.
Perasaan itu ada dan datang bila masa situasi yang kita tidak tahu kenalan kita baca blog dan mereka bertanya kepada kita isu blog, itu sungguh-sungguh annoying..masakan tidak..mereka tidak meninggalkan kesan yang mereka singgah di blog kita,tau2 jer sebenarnya mereka baca blog kita...hurm..
Contoh Situasi
Situasi 1 - Majlis Perkawinan Kawan Sekolah
Member : wei ujang..,si blogger erti kehidupan..tak update blog ker..?
Ujang : hehe (dalam hati bila masa pulak dia tau aku ada blog)
Situasi 2 - Reunion Politeknik
Member - wah manjang dengan artis jer kau ek sekarang.?
Ujang - artis celah mana..?
Member - tengok dekat blog kau asyik bergambar dengan artis jer
Ujang - owh..hee (dalam hati bila masa pulak dia tau aku ada blog)
Situasi 3 - Di Pejabat
Akak Opis - jang nanti tolong ajar akak buat blog ok..
Ujang - owh..hehe (dalam hati bila masa pulak dia tau aku ada blog)
TERBARU
Situasi 4 - Di Cafe Pejabat
Student - bang..bila nak follow blog saya
Ujang : owh..hehe (dalam hati bila masa pulak dia tau aku ada blog)
Dan banyak lagi situasi yang berlaku
Gua mula rasa tiada privasi untuk menulis sebebasnya seperti dulu sebab terasa malu dan juga segan bila mendapat tahu yang ramai menjadi silent reader blog kita adalah rakan terdekat..serius rasa malu..!!
Gua nak merepak dan melucah seperti dulu memang rasa sungguh janggal sekali...hehe, selain itu kematangan diri sejak ada anak ini memainkan faktor utama nak kurangkan merepek sepeti dulu..('',)
Tetapi gua rasa macam tak best bila menaip tidak menjadi diri sendiri...so gua rasa nak kembali sengal macam dulu boleh dak..??? hahahaha
Antara entri terdahulu gua yang banyak merepek ada di Label Sidebar gua iaitu

