Monday, March 19, 2012

Misteri Jodoh

JODOH.

Inilah yang sering kali berlegar dalam benak fikiran manusia yang masih menanti siapa pasangan hidupnya di dunia ini.
Jodoh itu di tangan Tuhan.Tiada sedikitpun kuasa dari tangan manusia untuk menetapkan siapa yang bakal kita kahwini kelak.

Barangkali ramai yang menyangka bahawasanya jodoh itu mampu di rancang mengikut kebahagiaan diri sendiri,namun kenyataannya adalah tidak.Jodoh itu merupakan ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.

Bila sudah punya kekasih hati yang cantik/kacak,jangan terlalu takbur.Usah kita berlagak seolah-olah kita memang tahu orang yang kita cintai selama beberapa tahun itu adalah jodoh yang terbaik buat kita.Maksudnya,apabila kita jatuh cinta dan cinta kita berbalas,usah berlagak seperti kita tahu orang yang kita cintai dan mencintai kita itu adalah jodoh kita,kerana jodoh itu adalah salah satu dari rahsia Allah.

Zaman ini,sudah berapa banyak kes manusia yang bercinta bertahun lamanya,seakan sudah yakin mengenali antara satu sama lain tapi pengakhirannya cinta mereka putus di tengah jalan.Justeru,cinta yang di anyam selama ini atas dasar apa?
Kerana rupa?Harta?Nafsu?
Kerana itu hati masing-masing mula berubah?

Ada yang beranggapan bahawa bercinta dahulu sebelum bernikah itu penting kerana mahu mengenali terlebih dahulu hati budi seseorang yang bakal kita habiskan sisa-sisa umur bersamanya.
Dari situ akan bermulanya istilah 'couple' - dating setiap hari,bermadah cinta setiap detik.
Dan bila sampai waktunya untuk akad nikah,sudah hilang rasa keterujaan,perasaan berdebar-debar terhadap pasangan.Kerana apa? Kerana kita sudah biasa lakukannya sebelum bernikah.Barangkali perasaan bosan juga mula menguasai diri.

Maka,tidak hairanlah kalau ada pasangan yang baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga sudah mula menampakkan diri di mahkamah syariah.Sudah lali fenomena tersebut pada masa kini.

Pernikahan yang di dirikan atas dasar nafsu dan cinta semata-mata tidak akan kekal.Perasaan cinta itu akan ada pasang surutnya.Nafsu juga akan pudar.Justeru,andai kedua-duanya sudah hilang,apa lagi yang tinggal untuk mengukuhkan institusi rumah tangga?



Bernikahlah kerana Allah Taala.Jadikan gerbang perkahwinan itu sebagai satu ibadah.Kerana dalam dunia rumah tangga itu,masing-masing punya tanggungjawab yang perlu di tunaikan.Alangkah indahnya jika di saat si suami mengimamkan solat,isteri dan anak-anak turut serta menjadi makmum di belakang serta mengaminkan segala doa yang di panjatkan.Itulah nikmat yang bakal di perolehi andai semua yang kita lakukan kerana Allah.

*credit kat ain


*********************

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Percayalah selain mati, jodoh juga perlu ditunggu gilirannya..('',)


28 Orang Memberi Komen & Pendapat

thanks for sharing bro!! nak share dekat entry juga...sgt nice

insyallah, jodoh kita semua pasti ada... cuma cepat dan lambat je!

mana nk click like ni .....

wei cite la plak detik pertemuan ko ngan yana nk tau gak

wah! teruja sy bercakap pasal kahwin :)

aihhhh.. macam kena dengan status fb tadi je...hahaha

*jodoh itu rahsia Allah,..*

aihhhh.. macam kena dengan status fb tadi je...hahaha

*jodoh itu rahsia Allah,..*

JODOH, kita mungkin merancang ingin menjadikan dia pasangan hidup kita hingga akhir hayat kita, tetapi Allah lah yang menetukan segala-galanya. Mungkin dia yang kita inginkan itu adalah memang jodoh kita, mungkin juga dia yang kita inginkan itu bukan jodoh kita. Allah lebih mengetahui.

akak pernah buat entri pasal jodoh ni jugak dulu & pendapat & pandangan dlm entri akak pun lbh krg sama je mcm ni entri ni. Memang betul Jodoh itu rahsia Allah. kita takkan tahu selagi tidak sah lafaz akad tu..

betul jodoh perlu ditunggu gilirannye ^^

sngt setuju!
jodoh bkn sama sekali d tnn kita
ia rahsia allah

jodoh kne cari n tunggu..tbe mse die akn dtg pd org yg tepat n benar :)

jodoh itu rahsia Dia.yup..tiada apa yang dapat menyakinkan kita bahawa dia jodoh kita selamanya.... jodoh tak bergantung pada lama mana atau sekejap mana. tapi bergantung pada hati yang benar2 ikhlas kerana Allah.

Portaljodoh.com - Laman Mencari Jodoh Anda

http://www.portaljodoh.com

Sila Dftar secara percuma

Portaljodoh.com - Laman Jodoh Anda

http://www.portaljodoh.com

Sila dftar secara percuma!!

insha'allha..aku cuba yg terbaik..thanks..

ye jodoh adalah Rahsia Allah...Allah sj yg tahu siapa jodoh kite...an sape pun kite bercinta,lame mane pun bercinta bagai nak rak..blom tentu die adalah jodoh kite kn...waktu akad nikah tulah brulah kite tau,dielah jodoh yg halal Allah beri untuk kite di dunia..mudah-mudahan hingga heaven..... ^_^

Oh my jodoh..!!

Ada kah ssorg tu jodoh pa bila sudah menikah lpas tu bercerai??

Ada kah ssorg tu jodoh klu sudah menikah bertahun2 lpas tu bercerai?

kalau begitu tolong jawab pertanyaan saya ttg jodoh

bagaimana kalau seorang muslim (wanita/lelaki) memiliki istri non muslim smpe mati ! apa ini bisa di katakan jodoh.? berati kita nikah sma non muslim bs mengatakan, Allah menjodohkan saya dengan non muslim! lalu mengapa kita di larang menikah dgn non muslim?, lalu mengapa ada ayat yang mengatakan nikahi wanita krn imannya, pilihlah krn imannya dsb, itu bukannya Allah memberikan kita pilihan? silahkan jwb ke lukmanindrajaya@gmail.com di tunggu bung admin ..

Salam hormat,
Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan pemerintah seluruh alam.

Mengapa dan bila isu tersebut dibicarakan? biasanya ia akan diperdengar apabila seseorang ditimpa musibah putus hubungan atau kematian seseorang yang disayangi.

Saya percaya, semua yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi adalah dengan kuasa Tuhan yang maha berkuasa. Tetapi mengapa hanya 2 isu tersebut yang biasa orang berkata? Apa yang saya fahami ialah ia untuk menenangkan orang.

Apa yang kita tahu akan terjadi akan datang? Tiada satu apa pun. Tuhan menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hendak, jangan disalahkan orang lain jka terjadi sesuatu, kerana mungkin ia juga ada kaitan oleh tangan kita sendiri.

Hanya Tuhan yang maha mengetahui.


EmoticonEmoticon