Sunday, May 27, 2012

Anwar tak buat provokasi



Nurul Izzah Anwar menolak dakwaan Umno bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan provokasi ketika ceramah PKR di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, Lembah Pantai, Khamis lalu.

Menurutnya, beberapa wartawan yang membuat liputan ceramah tersebut mempunyai bukti melalui rakaman video berhubung insiden yang berlaku.

"Masyarakat boleh menonton rakaman video itu dilaman Youtube. Orang ramai yang hadir semasa ceramah di pangsapuri itu dilaporkan dilempar dengan batu, telur dan botol air," katanya.

Menurutnya, sebanyak empat laporan polis dibuat berhubung kejadian yang berlaku itu.

Beliau membuat kenyataan itu ketika menemani mangsa, Raja Ismail Raja Din, 60, yang terkena balingan objek keras membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai, hari ini.

Sementara itu, Raja Ismail mendakwa dia dilastik dengan objek dipercayai bebola gegalas pada malam kejadian.

"Sebelum pengsan, saya berlari ke arah Nurul Izzah di pentas ceramah untuk menyelamatkan diri dengan menutup kesan cedera di kepala," katanya.


*****************

Video Sideng Media Insiden Serang Ceramah Anwar


PKR menggesa Umno sama-sama mengecam tindakan samseng dan mengatakan tidak kepada politik samseng yang menular ekoran insiden membaling batu dan telur ke arah lokasi ceramah dihadiri Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kerincih


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : I love Islam
 

 

4 Orang Memberi Komen & Pendapat

kaji dulu apa yg berlaku. jangan main tuduh je kan

ceramah ni betul2 kt bwh rumah je... bising giler dua2 parti nak ceramah dekat2. cmne tah jmb blh lepaskn dua2 parti berbeza ceramah dekat2... heh

betul liyana, kat melaka ni PR duk ceramah kat rakyat, yg BN duk ceramah kat PR (semua speaker menghala ke ceramah PR).. aku yang lalu lalang kat situ pun pelik.. salah satu keunikan di Malaysia


EmoticonEmoticon