Wednesday, May 23, 2012

Video Lee Chong Wei cedera di Piala Thomas


Sebelum ini masalah bahu.., kali ini buku lali yang dialamai oleh jaguh badminton negara Dato Lee Chong Wei.., kesian gua tengok...

Bawah ini adalah Video bagaimana Lee Chong Wei terkehel dalam perlawanan menentang Dermark




**********************


Datuk Lee Chong Wei terduduk menangis sejurus disahkan tidak dapat meneruskan kempen badminton Piala Thomas dan terpaksa menyerah kalah kepada Peter Hoeg Gade dalam aksi Kumpulan C semalam.

Banyak yang bermain di fikirannya apabila melihat buku lalinya semakin membengkak.

Kesakitan dan kesedihan akibat tidak dapat meneruskan permainan mendorong lelaki kelahiran Pulau Pinang berusia 29 tahun itu mengalirkan air mata.

Namun, jurulatihnya, Tey Seu Bock mendedahkan, kesedihan Chong Wei sebenarnya lebih kerana terlalu bimbang akan nasibnya menjelang Sukan Olimpik di London, 27 Julai ini.

Malah, Seu Bock sendiri mengakui, perkara pertama yang bermain di fikirannya ketika melihat anak didiknya itu terduduk di belakang gelanggang, sejauh mana kecederaan yang dialami.

Apatah lagi selepas melihat buku lali Chong Wei kian membengkak akibat terseliuh ketika cuba mengangkat hantaran Gade.

Kata Seu Bock, beliau serta merta teringat nasib yang menimpa bekas jaguh perseorangan negara, Wong Choong Hann, enam tahun lalu.

Choong Hann mengalami kecederaan ketika sedang menentang Korea Selatan pada suku akhir Piala Thomas di Jepun, 2006.

Natijahnya, dia yang merupakan ketua pasukan dan perseorangan pertama Malaysia ketika itu terpaksa diterbangkan pulang serta merta ke tanah air selepas putus tendon Achilles.

Dia juga terpaksa melupakan badminton selama enam bulan.

“Bila melihat keadaan Chong Wei, saya terus teringatkan Choong Hann. Hati saya cukup bimbang dan apabila saya pergi melihat Chong Wei, perkara pertama yang saya suruh dia lakukan adalah menggerakkan jari-jari kakinya.

“Lega hati saya apabila melihat ia masih boleh bergerak, tidak seperti Chong Hann dulu, yang langsung tidak dapat menggerakkan jari dan kemudian terpaksa melupakan badminton untuk enam bulan. Kalau ini berlaku kepada Chong Wei, ia memang menakutkan," akui Seu Bock, yang turut berada di tempat kejadian ketika Malaysia dilanda musibah enam tahun lalu.

Selepas menjalani ujian MRI (magnetic resonance imaging) di sebuah hospital tempatan semalam, tendon buku lali kanan Chong Wei disahkan koyak dan kecederaan itu memerlukan tiga hingga empat minggu untuk pulih sepenuhnya.

Chong Wei akan diterbangkan pulang ke Kuala Lumpur awal pagi ini, di mana dia akan melakukan satu lagi ujian MRI di bawah pengawasan Institut Sukan Negara (ISN).

Begitupun, Seu Bock menegaskan, dengan Sukan Olimpik masih ada tiga bulan untuk berlangsung, ia adalah tempoh yang cukup untuk pemain itu sembuh. - Utusan

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : tengok gambar gua bersama chong wei di SINI<--- tolong like gambar ok..

tags : video lee chong wei tercedera di piala thomas, video lee chong wei injured, video lee chong wei tercedera

5 Orang Memberi Komen & Pendapat

entahlah.. pada mama malaysia ni terlau mengharap pada yg satu, habis segala keringat diperah,.. x pa ler, DLCW mungkin bukan rezeki Malaysia nak menjulang p Thomas dan olimpik 2012...

mmg sdeh bile tak dpat troskan game sbb cdere..paham prasaan tu..

sedih pulak tengok DLCW terkehel...

kesian nye kat dlcw...
smga smbuh cpat la

assalamualaikum ujang...kesian nyer permain negara kita Dato Lee Chong Wei terpaksa mengalah akibat kecederaan n kesakitan yg dialaminya itu moga beliau cpt2 sembuh...:)


EmoticonEmoticon