Blog peribadi seorang insan bernama ujang

Thursday, July 26, 2012

Cara Mengorat Lelaki Pemalu

Contoh Lelaki Pemalu


Salam..,

Gua rasa sifat pemalu ni tidak mengira jantina maksudnya bukan ada pada wanita sahaja tetapi ada pada kaum lelaki juga yer dak..??? siapa yang tak setuju kene setuju gak hahahhaha

Wanita zaman sekarang ni lebih ramai daripada lelaki , jadi wahai wanita sila jangan malu nak mengorat lelaki ok..!! zaman sekarang ni sebenarnya lelaki lagi ramai pemalu dari wanita...hahaha *jangan percaya

Ok gua selaku salah seorang lelaki yang pemalu di bumi ini terarik dengan artikel dari member gua mengenai Cara Memikat Hati Seorang Lelaki Yang Pemalu..hihi


**************************

1. Sensitif

Cara pertama untuk memikat hati jejaka pemalu adalah dengan bersikap lebih sensitif. Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk jejaka pemalu, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.

2. Bersikap Comel Dan Manis

Cara lain untuk memikat si dia adalah dengan bersikap secomel mungkin. Cuba latih diri anda untuk bersikap pura-pura malu walaupun anda adalah seorang yang sangat terbuka. Sensasikan dirinya dengan kiriman coklat dan bunga dan cuba untuk tersenyum simpul di hadapannya. Percayalah, taktik ini benar-benar mujarab untuk memikat si dia yang pemalu.

3. Bersikap Ramah

Sesetengah lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun untuk kategori lelaki pemalu, mereka sebenarnya mencari gadis yang boleh dijadikan rakan. Cuba lah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan diri masing-masing.

4. Jangan Gelojoh

Ingat bahawa jejaka pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka ya. Memang benar gadis perlu mengambil langkah pertama tapi selepas itu perlahankan langkah anda, jadikan ia lebih semulajadi.

5. Kenali Si Dia

Apa sebenarnya yang jejaka pemalu inginkan? Ia tidak lain adalah mempunyai gadis yang ingin mengenali jiwa mereka. Jika anda mahukan cara terbaik memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan bicara. Usik sedikit dirinya secara sopan, nescaya dia lebih sukakan diri anda.

6. Pujilah Si Dia

Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, semua jejaka gemarkan wanita yang menyukai dirinya memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah contohnya anda sukakan warna baju atau fesyen terbaru rambutnya. Untuk yang lebih berani, puji bentuk tubuhnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki!

7. Lakukan Secara Lembut

Apabila anda berurusan dengan lelaki yang benar-benar malu, salah satu cara untuk memikat si dia adalah lakukan semua perkara dengan secara lembut. Jadilah gadis yang mudah didekati, sentuh hatinya secara lembut dan halus dengan membiarkan dia tahu bahawa anda suka dia!

8. Gerak Bahasa Tubuh

Perhatikan bahasa tubuhnya adakah si jejaka benar-benar bertindak balas dan suka dengan usaha anda selama memikat si dia. Adakah dia mula memikat anda kembali? Mata anda selalu bertentangan? Jika ya, inilah tanda si dia mula memberi ruang kepada anda. Jika tidak, anda harus cuba lagi ya!

9. Bersikap Kelakar

Bila anda cuba memikat si jejaka pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang benar menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.

Memikat jejaka pemalu tidaklah semudah memikat jejaka kebanyakan. Anda mungkin mahu main sedikit sehingga permainan, samada menjadikan diri anda lebih mudah didekati atau mendekati dia! Jadi wanita, jika ada jejaka pemalu dalam fikiran anda yang anda minati sekian lama, ayuh lakukan sekarang!

kredit : Nota Hati

**************************

lelaki  pemalu ni, dia kalau sayang macam mana pun dekat perempuan tu dia steady jer..,('',)


Sekian...Peace (~_^)v

p/s : siapa ada pasangan dia pemalu...sombong dan pemalu beza k..('',)



46 Comments
Comments

46 comments:

Anum said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehehehe

:: Mrs.Eady :: said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lelaki pemalu ni, dia kalau sayang macam mana pun dekat perempuan tu dia steady jer..,('',) <--- statement yg paling ku setuju!!

khairolina said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hihihi.. aq xpena lg nak ngorat lelaki pemalu... hmmmm . tp kekadang lelaki pemalu ni xbest kot sebab dia xsporting dgn member gf dia.. tp yg best bg lelaki pemalu,dia susa nak ngorat pmpn lain... ahahaha...

Unknown said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Fakta di atas byk kebenarannya sbb suami kita pun jejaka pemalu. Bulan senang nak tackle dulu..tp Alhamdulillah berkat kesabaran & cara kita yg sgt prihatin, akhirnya dpt positive response :)

myyra said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lelaki pemalu ni stie org nye. aku pun ad. aku sndri yg cari numb dia. padahal kte org tk prnh knl pun sblm ni. 3 thun kte org besame :)

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

klu dia pemalu so kita ni haruslah jd tak brp malu...kan...kan??

Tracey said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mak ai..sekali kalau dah lama kenal, nak masuk meminang pun dia malu juga amcm?? huhuhuu...

Tracey said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mak ai..sekali kalau dah lama kenal, nak masuk meminang pun dia malu juga amcm?? huhuhuu...

@YUNID@TI said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

MY HUSBEND PEMALU... TAPI BERTEMPAT ....

Nadot said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hoho..comel entry ni...suke kawan dengan laki2 pemalu ni..nmpak je malu..tp once dah boleh bercakap...banyak gak cakapnye.. :)

|| amira || said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha . no komen about this :)

ros maisara said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahah entah kenapa artikel ni rasa macam kelakar n cute...lelaki pemalu ni masa zaman skolah sy ramai lah.. bila dah abes sekolah, xtaulah malu dorang dah hilang ke mana..tiba2 jadi poyo semacam hakhakh

nuruashia said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sejak bile ko pemalu ni ujang?? ehhehehe

nini said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

My bf sangat la pemalu.....dan yang tak leh blah dia cakap saya ngorat dia...hahahaha..=p

aizamia3 said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dak Ujang pemalu..? kihkihkih..

Mira Adzlia said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tp lelaki klu pemalu sgt, ssh gak ek...

p/s : benarkah incik ujang sorg yg pemalu??muskil..hahaha

ezumie esbarisma said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehehe tp xbest lak asyik ppuan je mule dulu..dh si laki malu sgttt..hohoho

Syafik Coklat said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya pemalu , ngoratlah saya =p . hahaha

Mizah Merali said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

baca entry ni--senyum sorg2..entry yg lucu.lelaki pmalu dgn pendiam ni sama gak kan..best kawan dgn orang camni..ppuan yg malu dan pdiam asalnya pun berani sakat lelaki pmalu ni..best..hahaha..klu dgn lelaki yg xpemalu, kmbali normal jd pmalu ppuan tu..

Nurul Akmal said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha.. Kalau nak ngorat perempuan pemalu camne plak.. Hehehe

RaDiO@CtIvE said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Betoi.. Betoi suka pmpn cmtuh.. Ahaha

RaDiO@CtIvE said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Betoi.. Betoi suka pmpn cmtuh.. Ahaha

Ardini Humaira said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

selamat mengorat! eyh? haha larikssssss

Nurlyla said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

okeh, untuk mengorat perempuan pemalu pula, lelaki yang perlu jadik macam ni.. tak payah cara lain. begini pun ok.. haha, nice info. (info ke?)

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hihihh...kite nk tekel lelaki pemalu la...cmne ekk..cara ni dh guna tp xbrkesan...

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sye suke tgk lelaki pemalu.. Deorg de tarikkn dierg tersendiri

cikmella-kun said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe. betu lahh entry nih, susah na kawan dengan lelaki pemalu a.k.a pendiam. tapi bila dah kenal sporting jugakk,:D

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gua pemalu,tetepi nak sgat banyak teman,,,,,,

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

org yg pemalu ni mmg kna ada cara nak tgor .. kena caranya, memang sempoi b'kwn dgn diorg ^_^

mcm mana lak kalau org tu sempoi jea .. tapi, bila dia rasa perasaan pd org yg dia syg tu nak kantoi, cepat2 dia cover balik ..sampai org yg dia syg tu pun jd keliru .. org cm ni, nk wat cm ne lak? any tips?

btw, entry ni mmg cute .. huhu~

Wunney said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tp lelaki pemalu ni hati dia xbole ramal.. Ssah nk bace.. Kne sbr tahap tinggi.. Setuju sgt2 yg lelaki pemalu ni dea amat2 la stady.. Cmne buat pun xtahu.. Xpandai nk tunjuk rase cinta.. Tp yg dicintaiye saje tahu yg dea cinta kita.. Org lain xkn dpt rase ;)

4feet8 said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha.. sy rasa sy ni agresif sgt kot.. hehe..

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus gak tips2 nie..nanty aku wat . .hak2 . .masalahnya calon pun takder ,hahaahhahaahah

sha my heart said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lelaki pemalu, susah nak pikat.

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tips yg sgt membantu...tqvm

haniekunie said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hehehe

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hampir semua lelaki pemalu itu sangat setia. Contoh bf aku.

Josephine said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

BF sy pun sorang yg pemalu tp sy x pasti nk pikat hati dia dgn cara yg awk bg tu...hehehe..

@kutopsecret (Dahlia) said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sebelum kawin suami sy seorg yg pemalu...sy pOn tak sedar mcm mane sy pikat dia

Ariana said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lama x tgk ujang..huhuu...

yAyAh AcHiK said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lelaki pemalu ni, dia kalau sayang macam mana pun dekat perempuan tu dia steady jer..,('',) <-- yg nie mmg stuju.,
tp susah gak dpt laky mcm nie., jenis xbrape nk ckp psl prasaa., sakit hati ke., marah ke., dye diam je.,
kena fikir sdiri., aq plak jenis blur -.- lmbt ckit r.,
ape2 pun aq tetap syg dye., haha

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

disebabkan dalam usaha nak ngorat lelaki pemalu, sampai kat sini aku jadi nye.. hahaha .. lelaki yg pemalu ni nampak cute .. :D

ewanira wrwi said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aku kenal sorang mamat ni..di yg ngorat aku dulu..tp awal2 dia dh ckp dia malu ngn pompuan terutama org yg dia suka...aku pun dh lama suka dia..sbb sifat pemalu dia tu mjadikn dia sweet sgt2...tp dlm tempoh perkenalan..aku mmg kena byk sbr..sbb dia jenis steady jer..nk jumpa pun susah, klu jumpa tkebil2 malu..kdg2 mengintai aku dr jauh..sbb malu nk bdepan ngn aku..kdg aku naik fedup..dia ni still nk kt aku ke tak..tp klu bab mengayat dlm sms..mmg tip top..nk tunggu dia lamar aku???..entah la...bila agaknyer..x kan aku nk g lamar dia kot? Tp dlm diam2 dia dh bgtau family dia, dia suka aku..Boleh sapa2 bg idea nk buat cmner ngn lelaki mcm ni..

ewanira wrwi said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aku kenal sorang mamat ni..di yg ngorat aku dulu..tp awal2 dia dh ckp dia malu ngn pompuan terutama org yg dia suka...aku pun dh lama suka dia..sbb sifat pemalu dia tu mjadikn dia sweet sgt2...tp dlm tempoh perkenalan..aku mmg kena byk sbr..sbb dia jenis steady jer..nk jumpa pun susah, klu jumpa tkebil2 malu..kdg2 mengintai aku dr jauh..sbb malu nk bdepan ngn aku..kdg aku naik fedup..dia ni still nk kt aku ke tak..tp klu bab mengayat dlm sms..mmg tip top..nk tunggu dia lamar aku???..entah la...bila agaknyer..x kan aku nk g lamar dia kot? Tp dlm diam2 dia dh bgtau family dia, dia suka aku..Boleh sapa2 bg idea nk buat cmner ngn lelaki mcm ni..

adriana_abidin said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kesabaran dh hampir hbs dh pikat lelaki pendiam :'(

Lydia said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Xtau la napa... but .. really .. this entry makes me laugh alone .. haha ..

Anonymous said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aq suka kat lelaki pndiam sorg tu, tp bila aq tengok dia, bila mata betntgn,dia trus tgk kat lain n wat xtau...aq dah ptus asa lah,da xtau dah nk wat cmn,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terbaru