Iklan Raya Bernas ini bagi gua sangat menyentuh perasaan.....=( serius bukan senang nak buatkan orang sedih dalam iklan ini, tapi Iklan Raya dari Bernas ni berjaya membuatkan ramai penonton menitiskan air mata
Tahniah kepada syarikat Bernas dan tenaga produksi. iklan yang cukup meruntun jiwa. Marilah kita sama-sama membantu anak2 yatim dan fakir. serta hormati ibu bapa sementara masih ada.
10 bintang utk iklan raya ni..!! producer untuk iklan raya ni seorang gadis berbangsa cina....nama dia Cheong Wai Leng. kawan kepada blogger Ainul Hayat =)
Lu orang bayangkan la..syarikat beras pun boleh buat kita menitiskan air mata dengan video yang tak sampai 8 minit.., tak perlu pun nak layan ombak rindu yang berjam tu..
Suatu ketika, Rasulullah saw bertemu beberapa anak yatim yg sedang bermain dan Baginda mengusap kepala anak yatim berkenaan dan berkata, "Aku juga anak yatim, siapa yg mengasihi anak yatim bererti dia mengasihi diriku. Aku dan orang yg mengasuh anak yatim berada di syurga seperti ini (Rasulullah memberi isyarat jari telunjuk dan jari tengah yg direnggangkan sdkt antara kedua2 jari itu )," Hadis riwayat Bukhari


