Tuesday, August 14, 2012

Wawa Zainal Sedia Duit Raya RM5000


BINTANG muda yang semakin mencipta nama dalam seni lakon, Wawa Zainal turut berkongsi rasa gembira menyambut kedatangan Syawal kali ini di kampung halamannya.

Mengakui hari raya yang mendatang memberikan kelainan buatnya, pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin ini membuat persiapan awal dengan menyediakan duit raya untuk diberikan kepada ibu bapa dan adik-adiknya.

Teruja bakal pulang berhari raya di Lahad Datu, Sabah, gadis berusia 21 tahun ini tidak sabar-sabar menunggu masa untuk pulang bertemu keluarga dan saudara mara di kampungnya itu.

“Kemeriahan hari raya pasti terasa kerana semua adik-beradik Wawa akan pulang ke kampung. Jadi, meskipun sibuk dengan jadual di sini, Wawa tidak mahu terlepas sambut raya bersama mereka.

“Alhamdulillah, tahun ini tawaran berlakon semakin banyak, jadi apabila ada rezeki lebih, Wawa mahu berkongsi dengan keluarga. Malah, sejak awal lagi Wawa sudah peruntukkan duit raya untuk diberikan kepada emak dan ayah, adik-adik serta anak buah,” katanya yang menyediakan RM5,000 untuk duit raya.

Mengulas mengenai keghairahannya untuk pulang ke kampung halaman,Wawa memberitahu, dia rindukan suasana semasa mereka berkumpul satu keluarga di pagi raya.

Malah, yang paling dinantikan ialah makanan yang dihidangkan sewaktu pagi raya seperti bakso, lemang, ketupat dan rendang.

“Bezanya beraya di kampung (Sabah), kami sediakan makanan bakso di pagi raya. Selain itu, ada juga makanan lain seperti ketupat dan kuah kacang, rendang serta lemang,” katapelakon filem Seram Sejuk yang akan ditayangkan pada 19 Ogos ini.

Dalam pada itu, anak kelapan daripada 11 adikberadik ini juga merancang untuk membelikan baju raya buat adik-adiknya.
-SINAR


************************


Wawa....nak duit raya..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Wawa Zainal dan Gua


Sekian...Peace (~_^)v


p/s :Kenapa gua nampak gemuk..??? derm derm..!!


tags : gambar wawa zainal, wawa zainal biodata,

10 Orang Memberi Komen & Pendapat

Suka ngan dia... comel..

Ujang memang nampak gemuk pun, hehehe

minat ngn wawa..cantik sgt beliau nih...5000 hengget tu duit raya...pergh!!dasat la..

wah,5k tu..nak sikit gak~~ hehe :P

banyak tu..tp tak ape bersedekah..

siap ckp tu ... huk eleh ... blakon keras je ....

eh eh tetiba plak aku ... hahaha

tapi ko dah dapat duit raya dari david teo kan.... lagi best

Jang nampak macam zizan Nin! Bhahahahha~


EmoticonEmoticon