Friday, September 28, 2012

Keputusan Bajet 2013



Bajet 2013

Antara beberapa keputusan bajet 2013 tadi ini antara yang gua ingat dan ada kena mengena dengan gua..hee

 1) Rebat RM 200.00 untuk pembelian telefon pintar untuk belia berumur 21 - 30 tahun.

- So gua tergolong dalam golongan belia..hehe

 2) Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia diteruskan dengan menaikan kadar dari RM 200.00 ke RM 250.00 untuk para pelajar IPTA/S

- Jangan la ada kes jual-jual lagi...takmo takmo

 3) Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) sebanyak RM 500.00 diteruskan kepada isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.....DAN RM 250.00 KEPADA ORANG BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS YANG BERPENDAPATAN RM 2000.00 KE BAWAH.

- erm dapat la juga ringankan beban kepada mereka yang perlu

 4) Bonus kepada Penjawat Awam 1 bulan setengah gaji.... Setengah bulan telah diberikan pada Hari Raya yang lepas, setengah bulan lagi akan diberi pada Disember depan, setengah bulan lagi akan diberi pada januari 2013.

- gua boleh la juga dapat merasa bonus lebih sebulan sebab sebelum ini tak pernah dapat..('',)

5) Hutang PTPTN siapa yang bayar habis dalam masa setahun akan diskaun 20% manakala kalau bayar konsisten akan dapat diskaun 10%

- no komen..hihi

****************

Ramai juga gua tengok yang mengeluarkan pendapat masing-masing dengan keputusan Bajet 2013 ni.., ada yang mengatakan pancing undi dengan duit dan macam-macam lagi...

Gua tak nafikan yang mesti semua yang dibagi itu untuk kepentingan mereka juga.., mana-mana yang pegang pun sama nanti.., so gua malas nak kaitkan dengan politik walaupun hakikatnya memang semuanya politik..('',) 

Apa yang gua dapat gua bersyukur dan mana yang tak dapat juga bersyukur..., banyak juga gua tengok yang bising dengan pembahagian bajet 2013 ini hasil income blog dia juga lain macam tak dibisingkan pulak..('',)


Sekian...Peace  (^_^)v


p/s : Berapa banyak gaji kau tak penting yang penting berapa baki gaji kau..,itu pasal pengurusan kewangan yang sangat penting

tags : bonus kerajaan bajet 2013, bonus penjawat awam bajet 2013,bonus kakitangan kerajaan 2013, komen bajet 2013, bonus penjawat awam 2013,keputusan bajet 2013, 

6 Orang Memberi Komen & Pendapat

haha tgk kt laman sosial sjak ptg td mcm2 cite psl bajet nih.. negatif positif same bnyk, ape pun itulah yg tlh dirancang oleh kerajaan malaysia utk rakyatnya.. snang ckp, klau xnk jgn ambik, klau nk ambik la hahaha

Dah kira untung dah kerajaan bagi kemudahan macam ni..x kesah la nak pancing org undi dan sebagainy...yg penting kemudahan utk kita sebagai rakyat MALAYSIA...n pasal undi tu, rasanya semua dah pandai pk nak pilih sapa...peace!!..D:

aku suka part last, pengurusan kewangan itu PENTING!:-)

Dibawah paras kemiskinan delete September 29, 2012 at 1:48 AM

Wuuu tak layak rm250. Harap baucer buku jela camnehhh.

untung lah kakitanagn awam mcm sy nie nie kakitangan NGO je ape pun tak de

untung lah kakitagan awam mcm sy nie kakitangan NGO JE APE PUN TAK DAPAT


EmoticonEmoticon