HEADER INI BOLEH DICONTENG...('',)

Wednesday, September 19, 2012

KOHAJA punya SPEED TRAP..!

Malam tadi gua pergi tengok wayang di Sunway Piramid.., gua bukan nak cerita pasal Sunway Piramid.., tapi gua nak cerita pasal perjalanan pulang dari Sunway Piramid ke rumah gua iaitu Bandar Baru Bangi.Macam biasa dalam perjalanan dari Sunway Piramid ke Bandar Baru Bangi gua akan lalu LDP iaitu Lebuhraya Damansar Puchong.., tau dak jalan mana gua lalu ni..? tak tau sudah sebab tak penting pun..hihi

Ok, sambung cerita. Malam semalam bila keluar dari Sunway Piramid gua memang dah ngantok gila..walaupun jam ditangan gua pada waktu itu baru 11.15pm.., bagi gua 11.15pm tu dah memang waktu untuk tidur la..kalau yang bujang2 gua rasa 11.15pm tu waktu ramai online FACEBOOK kan kan..!! kalau untuk yang dah berkawin pulak waktu untuk berjogging..hahaha...ok2 tanak lucah!!

Sambung cerita lagi. sepanjang perjalanan pulang kaki gua tak putus tekan pedal minyak dengan kelajuan 140km/j ..,jalan LDP ni bila malam memang agak clear la so orang normal yang berjiwa muda macam gua memang normal bawak laju.., orang muda yang bawak kereta perlahan ni tak steady langsung..hihi.., sekali sekala gua toleh kiri kanan melihat keindahan malam perjalanan pulang dari sunway ke bangi ni.., dalam hati gua berkata " indah sungguh pemandangan malam ini" .

Dipendekkan cerita bila sampai di tol terakhir LDP di puchong sebelum sri kembangan tu mata gua dah memang semakin mengantuk..!!, lepas sahaja tol jalan memang tak banyak kereta..gua menekal pedal minyak lagi kuat dengan kelajuan 168km/j... sekali bila sampai di jalan sebelah Shell sebelum MAHA tu

"klik...klik"

Satu pancaran cahaya seperti flash kamera terpancar di tepi kereta gua..

"wah ada paparazi amik gambar kita la" kata gua kepada adik gua

"ish angah bukan artis buat apa paparazi amik gambar" balas adik gua

"haah kan..derm derm.. ni mesti speed trap" kata gua sambil menoleh ke tepi tingkap

Bila gua toleh je memang ada kamera yang canggih tahap gaban berdiri tegak di tepi jalan.., rupa paras kamera tu macam gambar bawah ni.



Agak cilaka gak la amik gambar curi ni..grrrrr.., gua rasa sebelum ni takda.., mesti baru pasang ni..harap2 la kamera dia rosak so tak la gua kena saman...hahaha

Pagi ni gua google apa nama menatang canggih jenis Speed Trap ni.., google punya google baru gua tahu nama dia SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK (AES) kata nya buat kamera itu untuk lokasi yang banyak eksiden..so kalau orang tau ada speed trab orang akan slow.., dalam hati gua memaki ..WAKLU..!!!!!!!!!!!

Adoiyai.. moral of the story jangan bawa kereta laju-laju.., nanti kena saman..!! memang malang tidak berbau betul nasib gua...,harap2 la tak kena saman..


Sekian..Peace (^_^)v


p/s : takda mood nak review wayang malam tadi...grrrr

14 Comments
Comments

14 comments:

Anum said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

makin canggih nie

Mira Adzlia said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

huhu....mmg kne pandu scare bhemah cenggini

Bro Framestone said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hope dari Melaka ke Johor tiada la ek..

Boleh 180km/j selalu he..23x

Dilakochan said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kah kah kah. Aku pun dh terkena dek PAPARAZZI b4 exit tol kajang aritu Dr putra mahkota nk ke KL baru pacak gak tu, KOHAJA sgt!

aDisH.sHidA said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

HAHHAHAHA...ujang ujang lepas nie wat selalu boleh la PAPARAZI ambik gambo lagi....

KOHAJA kan...

Myra Jay said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bahay nieh..
Kena lebih berhati2 lepas ni ;D

MizzTina said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kt putrajaya ada gak..kemain gabak besar kamera dia.. aku try lalu situ hari tu, semua kete automatik bw slow giler..hahaha.. kelakar pun ada..

Phat said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

janji arsenal menang bro

Mr feckry said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bawa mcm mana yang belaja kat jpj dulu

Nurul Akmal said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alooo sian kat ujang.. hehehe

tapi try cek saman speedtrak ni kat online dulu dah masuk system belum.. kalau belum masuk system bayaran dia murah jer..

MRie RNie said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Biasalah tu. Time untuk collect duit untuk Tahun depan...nanti bajet tak cukup plakkan nak bagi duit. kih3..

Tapi biasanya rakyat malaysia ni apa kisah dengan speed trap. den tengok kat Highway tu pon melambak speed trap. tapi laju jer kereta meluncur selaju keretapi.

Ima Salsuzaima said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha.padan la muka ko.saman ler jwbnye.ngehngeh

Yanie Kader said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lha.... x pasal2x.... klau sudi t singgah ke blog saya---> fairyhackers.blogspot.com

aizamia3 said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eemm.. jangan jalan nak balik umah ai pun ada sudah.. susahler cenggitu.. :(
bukanler nak laju jeee tapi ngantuk pandu slow2 ni.. :(

psstt: harap2 camera tu nak try test error je.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang