HEADER INI BOLEH DICONTENG...('',)

Tuesday, October 9, 2012

Review Filem Aku Terima Nikahnya



Gua berkesempatan join majlis Pra Tonton Filem AKU TERIMA NIKAHNYA yang diadakan di TGV Sunway Piramid. Filem lakonan dari 2 pelakon cun dan hensem ini iaitu Nora Danish dan juga Adi Putra pasti dinantikan untuk peminat filem Romantik..heha


Mesti korang masih ingat dengan drama yang popular lakonan 2 pelakon ini iaitu drama TENTANG DHIA yer dak..?? haaa gitu la KIMIAnya lakonan mereka dalam Aku Terima Nikahnya..auw auw..



Filem pertama arahan Eyra Rahman ini bagi gua boleh diberi pujian kerana banyak juga babak yang boleh membuatkan peminat filem romantik mengalirkan air mata..hehe., walaupun ada yang pertikaikan Filem arahan Eyra Rahman ini tiru filem luar dan juga amik idea luar..bagi gua apa salahnya kita tengok hasil dari anak tempatan walaupun dia ada amik idea luar..., kiranya akak Eyra Rahman ada buat reseach gak la yer dak..?? ke tak setuju.., tak setuju pun takpa sebab pendapat masing2..hee



Dari segi lakonan Adi Putra tak boleh nak dinafikan lagi..dia bukan sahaja boleh berlakon aksi tapi jadi mat jiwang pun ok..hehe.., Nora Danish pulak dari Filem ini gua tengok memang ratu air mata betul la..memang dia gunakan pengalaman diri dia untuk menjiwai watak seorang isteri yang diabaikan..cuma ada beberapa dialog yang agak lawak dikeluarkan oleh Nora danish..kekadang nampak kaku..cowi....('',)

Secara peribadi filem romantik gua suka arahan abang Hashim Rejab...('',)


Review Filem AKU TERIMA NIKAHNYA

- Ok bagi gua filem ini permulaan dia agak slow sikit kerana kurang dialog dan lebih kepada video saat romantik..tapi itu cara  pengarah cuba menunjukkan kepada penonton betapa secocoknya pasangan dua sejoli ni..ok la..tak mencacatkan sangat filem.., satu pujian ialah pengarah bijak mengambil mood penonton untuk menunjukkan romantik tanpa cium mulut..kalau orang putih romantik jer cium mulut yer dak..?? tapi best apa tengok orang comolot..hahahahaha..derm derm


- Pertengahan jalan cerita bermulanya saat sedih dan cabaran yang dialami oleh Arlisa lakonan Nora Danish.., ketabahan seorang isteri menghadapi cabaran yang suaminya tidak kenal dirinya kerana kena penyakit hilang ingatan selepas eksiden..di sini bermulanya pengarah bermain dengan emosi penonton..kalau terkehel dan masuk kan diri korang dalam filem ini kaum hawa pasti menitiskan air mata..('',)

Bertambah konflik lagi bila Johan ada perasaan kepada kawan karib Arlisa iaitu Suriya lakonan mon ryanti.., pergh..bila tengok agak kurang ajar gak la kawan baik dia ni..hehe..jahat jahat..hee

- Di hujung filem ada babak dalam trailer yang disangka buruk sebenarnya tidak...siapa yang buat trailer juga boleh diberi pujian...('',)

Apapun tahniah kepada pengarah..!!!!!!!!!!


Babak yang buat korang akan geram..!!


Arlisa yang tengah dahagakan pelukan Johan datang dari belakang dan berkata "abang...sayang rindu sangat dekat abang" (sambil memeluk dari belakang)

Johan dalam pada masa yang sama melepaskan tangan Arlisa dari pelukannya sambil berkata "maaf saya belum bersedia"

derm derm..!!! Nora Danish tu wei..hahaha


Layan Trailer dulu sebelum ke panggung..baru best..!!!!




Filem ini korang akan tertanya-tanya apakah kesudahannya....??

- adakah johan akan mati..??
- adakah Arlisa akan mati..??
- adakah johan menceraikan Arlisa...??
- adakah Johan akan berkahwin dengan kawan Arlisa iaitu Suriya..??
- adakah filem ini happy ending atau sebaliknya..??

Semua ini menjadi tanda tanya kepada korang semua.., nak tau kesudahan filem ini saksikan di Pawagam berhampiran korang pada :

11 Oktober 2012


***********************

Bila tengok Filem Aku Terima Nikahnya gua memang teringat saat gua diijabkabulkan dengan Yana.., baju sama kaler yang dipakai yer dak..?? tapi gua lagi hensem la dari Adi Putra..hahaha


Dan gua lagi romantik dari Adi Putra..hahaha


Rajin bacalah



Sekian...Peace (^_^)


p/s : hari ini gua bertolak ke LONDON bercuti bersama Yana...('',)

Tags: Aku Terima Nikahnya Review, review aku terima nikahnya, pelakon aku terima nikahnya, pengarah aku terima nikahnya, review filem aku terima nikahnya, gambar filem aku terima nikahnya

17 Comments
Comments

17 comments:

combi said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kena tgk neyh!

pha is said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pergh..suspens btol reviewnya....

Cikgu Sarah said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kena g tgk nie~

arenyss dyla said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe..agak2 bila nk kuar pawagam cita kisah cinta ujang n yana nie..

♥fatenn meera♥ said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amboi abg ujang, dan2 je pomote yang dia..hahaha

Anum said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kena tonton nie

Huda said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat Bercuti Ujang & Yana.

Mira Adzlia said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hihi..nnti buat filem bru plak...cinta yana & ujang...kompem box office..hihi

Kathy Tuah said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kene pegi tgk ni..eh, ko dgn yana dah start holiday kan? hati2 bawak baby tu ^^

Cik Sara said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Demmmm... tengok triller pun dah rasa nak menitik air mata...
Selamat bercuti Yana dan Ujang! Dan baby Zafirah juga..=D

Marya Hana said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

disebabkan aku peminat Adi Putra, aku memang tertunggu-tunggu filem ni.

tapi still takleh terima statement MEMBUNUH ko yang last tu :

* ko lagi handsome dr AP? demmm
* ko lagi romantik? ok yg ni ambiklah.. haha.

Nurul Akmal said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah.. review dari Ujang cam best...

Selamat bercuti buat ujang & family.. take care..

Mak Wardah said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam kenal, tunggu review dari kawan2 baru fikir nak tengok ke tak

Mr & Mrs Sallehudin said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

OOOooo.. tak tau laa nk g tengok or tak movie ni.. btw happy holiday...

Yana Libra said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best eh??

boleh lah nak g tgk pasni..huhu~


Azney Shamsuddin said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

boleh lah tapi tak menangis pun huhuhu

SumBody Me.. said...Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dah tgk muvi ni semalam. Memang best. Sedih. Tak kisah la kalo sama dengan filem luar (The Vow & ) pun.

Tapi scene 'maaf, saya belum bersedia' tu memang kelakar. 1 panggung kot gelak..haha..dah terbalik pulak. Bukan patotnya dialog2 mcm tu diucapkan oleh perempuan ke?*ok, cliche.. haha..

apa pon, x rugi tgk muvi ni..dapat jugak sokong arena perfileman tempatan..kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang