Thursday, October 25, 2012

Review Filem Budak Pailang


Gua sekali lagi berkesempatan menghadiri majlis Pra Tonton Filem dari MIG iaitu Filem Budak Pailang arahan abang Hashim Rejab .



Filem Budak Pailang ni merupakan filem ke 68 MIG dan juga merupakan filem aksi pertama arahan abang Hashim Rejab yang sebelum ini lebih sinonim dengan cerita berkonsepkan romantik..hehe

Secara ringkasnya Budak Pailang kisah :

Bard(Aeril) dari jahat jadi baik
Rodi(Niezam) dari baik jadi jahat
She(Wawa Zainal)  dari baik jadi jahat



********************

Review Filem Budak Pailang

- Ok dari segi jalan cerita permulaan agak slow walaupun ada aksi pergaduhan, tetapi ada sedikit yang kurang kick..gua pun tak pasti dari segi apa..mungkin faktor beberapa pelakon baru dan juga beberapa pelakon yang terlalu over untuk kelihatan pailang...itu pendapat gua. Tapi sekurangnya ada peluang pelakon baru untuk beraksi

- Lokasi filem di sekitar Kuala Lumpur yang dipilih oleh pengarah sendiri.., memang menarik lokasi yang dipilih oleh abang Hashim Rejab kerana nampak macam real live view..ha camna gua nak terangkan pun tak tau..hahaha

- Dalam filem ini dialog untuk menunjukkan gangster tak berapa sangat tetapi aksi yang tunjukkan dalam filem ini memang ada kelas tersendiri..bukan kelas sekolah tu ok..tapi kelas tersendiri la...hihi.., Aksi pailang dalam filem ini memang kena dengan watak Airel iaitu budak yang baru habis sekolah yang nak jadi pailang..senang paham budak baru nak UP la..haa..

- Dari sembang gua dengan semalan.., Aeril bagi tahu tak adil watak dia nak dibandingkan dengan watak pelakon dalam filem gangster lain kerana watak yang dia mainkan bukan gangster otai remaja.., tetapi watak yang dia lakokan ialah seorang budak nakal yang baru habis sekolah yang baru nak cari pengaruh..macam gua cakap tadi budak baru nak UP.., secara peribadi gua memang suka lakonan Aeril


-  Dalam filem ini kelebihan dia adalah Stand Fighting yang ditunjukkan.., pengarah tidak menggunakan konsep double body.., aksi yang ditunjukkan dalam filem ini memang lakonan pelakon tu sendiri..., aksi  Aeril Zafril dengan Niezam memang terbaik...*sila tepuk tangan..


Niezam gua tengok mutu lakonan dia memang mantap..walaupun jarang-jarang kita tengok lakonan dia tapi bagi gua dalam Filem Budak Pailang dia memang berjaya melakonkan watak langsi dia dengan berjaya.., kira dalam filem KL Gangster dia ni dah macam Ajib la..heee..cuma dialog tak banyak tapi gaya dia tiptop.!!

Niezam Zaidi

Bila gua borak dengan Niezam masa pra tonton filem ni dia kata watak jahat yang dia lakonkan dalam filem ini memang kena dengan jiwa dia.. jadi memang takda masalah untuk dia menjiwai watak pailang ataupun budak jahat..secara peribadi dia lagi susah melakonkan wataknya yang jadi NERD..hee..

Berbeza pulak dengan si comel Wawa Zainal , dia kata bila melakonkan watak ganas lagi susah jika dibandingkan dengan watak lembut...biasa la perempuankan..perempuankan memang dijadikan lembut..*ayat backup wawa..('',)

Tak caya tengok gambar hiasan  bawah ni..lembut je wawa kan..hihi

Wawa Zainal


- Filem budak pailang ni memang aksi yang ganas.., siapa yang pernah tengok cerita gangster filem jepun atau korea ha gitu la ganasnya aksi dalam filem ini.., dia takda tanya banyak atau berpantun untuk gaduh..cara dia datang2 jer terus kasi kaki ataupun penumbuk sulung...so memang best.

- Gua paling suka babak gaduh di Car Wash dan juga scene akhir di rumah si Alex...dush..dush.. bunyi tumbukan gadoh dorang..hehe


Tagline Filem Budak Pailang ialah " Pukul Aku Sampai Mati" baca pun dah langsi yer dak..?

Nak tahu apa kesudahan Filem Budak Pailang...??

- Adakah Bard mati..? She mati..?
- Apa punca She dari baik jadi jahat.
- Aksi pasti mendebarkan...

Meh tengok Trailer dia yang gempak..!!




Saksikan di pawagam pada 1 November 2012 ('',)

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : kalau rajin gua update cerita gua gaduh dengan Aeril Zafril..hee


tags : Budak Pailang, Review Budak Pailang, Pra Tonton Filem Budak Pailang, Review Filem Budak Pailang, Pelakon Filem Budak Pailang

16 Orang Memberi Komen & Pendapat

aksi selalunye ganaskan..huhu

kene tengok nih

wawa zainal tu muka cam boring je gambar ngan ko JANG.... ekekekekee

comellll sangatt wawa zainal >w<

bw here!

Kalau begitu OK juga lah kan? Maybe ada masa, boleh pegi tengok juga nanti.

saya minat airiel tu. .filem pape pon sedap kalo dia ada hikhik

retis retis ... lepas ni ada cerita baru ... UJANG Gengster lak ... hhuhuhuhu ... aku nak review

hhehe tgk trailer cite ni aritu aeril ni mcm susah nk agkat wawa,haaha

teringat angah raja lawak mase cite hantu dlm btol kicap, die kate wawa ni nmpak kurus tp berat,,

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT. Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

I baru tengok filem ni semalam di 1U. Boleh I tanya macam mana u dapat invite untuk menghadiri pratonton?


EmoticonEmoticon