Model
Baru-baru ini iaitu pada 13 dan 14 januari 2012 yang lalu, aku bersama 14 rakan blogger yang lain di jemput bersama menyertai program "
Test Drive Hybrid Vehicle Awarnes Campaign". Program
Test Drive Honda Insight Hybrid ini khas untuk blogger sahaja itu yang best.!!
Terima kasih kepada pihak
HONDA MALAYSIA kerana menjemput aku join event ini.., serius terasa memberahikan gila join event ni..hahaha, thanks joey.!! 1st time beb join event macam ini.
Pengalaman aku bersama event ini ada aku kongsikan di
SINI <---
Ok dekat bawah ni aku nak kongsikan kepada korang
Kelebihan Honda Insight
***************
Al-kisah pengalaman memandu Honda Insight..
Sehari sebelum join event
~lokasi di pejabat aku bersama rakan pejabat aku bersembang.,
Aku : dani..dani.., esok aku nak pergi event test drive honda insight..hehe
Dani : Owh.., kereta hybrid tu ek..?
Aku : haah..kau tau ker..? mesti mahal kan..
Dani : memang la mahal..mesti 100k ke atas tu.., untung kau dapat test drive nanti ceritakan dekat aku ok
Aku : orait...('',)
*nampak tak.., 1st impresion orang tentang kereta hybrid mesti mahal.
***************
Secara jujurnya pandangan pertama aku tentang
Kereta Hybrid ini berbeza sebelum mencuba dan selepas mencuba dan aku pasti anda yang belum mencuba pasti macam aku yer dak..??
Sebelum ini aku sendiri tak tau apa itu Hybrid terasa bodoh jer..hahahahha, tapi takpa dengan pengalaman aku bersama Honda selama 2 hari banyak ilmu yang aku dapat dan mengenai kereta hybrid dan perkara paling penting ialah tanggapan orang luar mengenai kereta hybrid atau lebih tepat lagi Honda Insight jauh terpesong, contoh terdekat dialog di atas..
Hybrid (maksud hybrid)
Ok secara ringkas dan dan mudah di fahamkan Kereta Hybrid maksudnya ialah ianya boleh menggunakan lebih daripada 1 jenis bahan api.., paham dak..?
Contohnya masa kita start enjin..pakai enjin cecair.. bila dah jalan..momentum dah ada.. motor elektrik amik alih.. bila berhenti dekat trafic light ke.. otomatik ia akan bertukar ke enjin semula...('',)
(Enjin + Motor = Hybrid)
Kedua-dua enjin dan motor ini digunakan silih berganti mengikut keadaan tertentu.., best kan? secara logik akalnya menjimatkan minyak yer dak..?? tapi bukan secara logik tapi memang pasti jimat menggunakan Honda Insight ni..hee
Honda Insight Hybrid Mahal kan..??
Kalau aku cakap RM150,000 mahal tak..? ok mesti la mahal kan...,
Kepada yang masih belum tahu, Honda Insight ini harganya bawah rm100,000 ok...('',)
Yer..!! harga Honda Insight tak sampai RM100,000 ..., sejak Honda Insight mula di lancarkan, Honda target jualan Honda Insight ialah 4000 unit, tetapi Dec 2011 lalu jualan Honda Insight telah mencecah 4567 unit..! secara tak langsung menjadikan rekod jualan kereta Hybrid terbanyak di Malaysia..
Jadi dengan penjelasan ayat aku atas tu dah dapatkan jawapan Honda Insight ini mahal ke tidak..hihi
Benda pertama yang paling ramai orang suka mengenai Honda Insight ini ialah paling MURAH (dikalangan kereta Hybrid)
Kalau korang terkejut dengan harga dia aku pun terkejut..hahaha
Design Honda Insight (Hybrid) ni tak lawa ??
Honda Insight
Ramai yang berfikiran design Kereta Hybrid ini tak lawa, tetapi cuba tengok gambar Honda Insight atas tu, tak lawa ker..? secara peribadi bagi aku design kereta Hybrid keluaran Honda(Honda Insight) ni cantik.
Rekabentuk Honda Insight ini memang direka khas untuk aerodiamik atau bahasa mudahnya potong angin, itu sebab kebanyakan reka bentuk kereta hybrid bentuknya lebih kurang iaitu untuk potong angin., harus diingat tujuan keluaran kereta hybrid ini ialah untuk mesra alam..('',)
Tidak boleh dinafikan lagi reka bentuk dalaman Honda Insight ini memang kelihatan cantik dan mewah seperti juga kereta keluaran Honda yang lain yer dak.?
Aku bila masuk dalam kereta Honda Insight ini je mimik muka aku dah macam orang kena kejutan elektrik teruja jugak la.., lagi- lagi bila malam kita dapat tengok lampu-lampu yang ada dalam Honda Insight sangat cantik
Honda Insight Jimat Minyak
Benda kedua yang orang suka mengenai Honda Insight ialah penggunaan minyak yang sedikit atau lebih tepat lagi murah..!! dah la harga murah, penggunaan minyak pun murah.
Berdasarkan pengalaman aku bersama kumpulan aku memandu Honda Insight ini dari Petaling jaya melalui hulu langat~semenyih~bangi lama,~ nilai ~ seremban ~ port dickson ~rantau ~ pedas ~ Air Keroh iaitu sejauh 211 kilometer.., anda bayangkan berapa jauh perjalanan itu dan minyak yang digunakan lebih kurang RM20 sahaja. Secara purata 1 tangki penuh Honda Insight ini boleh pergi sejauh 1000km..('',) best kan..hihi
Ini semua gara-gara adanya ECON mode..hihi (asyik hihi jer aku dari tadikan)
Dengan adanya ECON MODE penggunaan minyak memang dapat dikurangkan kerana fungsi dia akan mengubah kuasa keluaran enjin mengikut kelajuan dan pergerakan kereta.
Selain itu ia juga boleh menjimatkan tenaga ('',) seperti penggunaan airkon akan berhenti bila kita tekan break.., cara nak gunakan ECON MODE senang sahaja hanya tekan butang hijau seperti gambar di atas. Senangkan nak guna..seperti memetik suis lampu toilet dirumah jer...hihi
Yang best Honda Insight ini ada Speedometer yang fungsinya memberi anda info tentang penggunaan petrol..hehe..,ala-ala guru disiplin gitu, (bila aku bawa kereta nampak je kaler biru dah rasa cuak..hahaha..)
Senang cerita maksudnya pada meter kelajuan kereta anda , bila kelajuan dan cara panduan tertentu, kaler pada speedometer anda akan berubah-ubah
Bila kaler
Biru - maksudnya tak berapa nak jimat minyak
Hijau kebiruan - sederhana penggunaan minyak
Hijau - yezza.., jimat minyak..!!! cayang dia...hihi
Keselesaan Pemanduan
Pertama sekali keselesaan yang aku rasa bila mahu memulakan pemanduan ialah bila masa enjin mula dihidupkan..,
Bila pulas sahaja kunci punya la lembut bunyi enjin dan tiada gegaran langsung., bila enjin dah start tak rasa macam dah start enjin..hahaha nasib baik tak terpulas dua kali..
Lokasi perjalanan untuk Pandu Uji Honda INSIGHT adalah seperti berikut :
Petaling Jaya --> Hulu Langat ( Driver Switch Stop )
Hulu Langat --> Semenyih ( Driver Switch Stop )
Semenyih --> Bangi Lama ( Driver Switch Stop )
Bangi Lama --> Seremban ( Driver Switch Stop )
Seremban --> Port Dickson ( Driver Switch Stop )
Port Dickson --> Rantau
Rantau --> Pedas
Pedas --> Melaka (Philea Resort)
Dari Petaling Jaya ke Melaka (Philea Resort) perjalanan kami sejauh sejauh 211 kilometer..
Amik kau..semua jenis jalan pihak HONDA bawa kami ,dari jalan kampung, jalan bukit, jalan berliku, jalan berlubang, dan juga jalan mati..,takda la mana ada jalan mati..highway ada la..hee
Banyak jenis jalan itu yang best dan mencabar kerana kami semua dapat menguji Honda Insight ini se maksimum yang mungkin yer dak.?
jalan bukit di hulu langat~semenyih
Dengan semua jenis jalan yang aku lalu, aku dapat merasakan kelebihan yang ada pada Honda Insight, anda yang berminat dengan Honda Insight jangan sekadar tanya pendapat orang yang belum mencuba kerana dari segi teori tidak sama dengan praktikal betul tak..?? nak tau tanya aku..hehe
Jalan berliku - yezza..!! honda insight memang terbaik..,
Jalan Bukit - Jika lawan dengan kereta sport mesti la berbeza betul tak., tetapi aku ingat Honda Insight ni bila lalu jalan bukit mesti macam siput jer, tetapi tanggapan aku meleset kerana selamba jer rupanya bawa honda insight ni daki bukit..hahahaha..memang terbaik, sori la honda sebab pandang rendah, korang jangan jadi macam aku ok..hihi
Lebuhraya (highway) - Bila aku test drive jalan highway memang '
smooth' jer, aku tak tahu la honda marah ke tak aku bawak laju..hihi, bila aku bawa Honda Insight 162km/j di highway serius tak rasa., aku ingatkan baru 120km/j macam tu tapi tiba-tiba
kakchik tegur "eh ujang bawak 162km/j tu" aku terkejut..hahaha., sori ek Honda sebab lenjan laju2 tapi memang best
tak rasa gegar dan dalam kereta tak bunyi angin pun
Muka selamba bawa Honda Insight, abaikan jerawat ok
Untuk keselesaan penumpang pula pengalaman aku duduk di sebelah pemandu rasa happy jer..tak caya tengok gambar bawah ni
ala tomey-tomey
Dengan muka senyum kambing aku, dah boleh menunjukkan keselesaan bila duduk di tempat penumpang kan..hihi..comel betul tengok gambar sendiri..hahaha
Honda Insight ni paling sesuai di pandu di kawasan bandar kerana konsepnya yang mesra alam., bagi untuk mereka yang inginkan bunyi ekzos yang bising Honda Insight bukan pilihan yang tepat kerana bunyi enjin dan eksoz Honda Insight sangat mesra alam.., baru orang respek yer dak..?? hahaha
Keluasan Bonet
Gambar bonet belakang Honda Insigt aku tak sempat amik jadi gambar ini semua sumbar dari google
Makcik-makcik dan akak opis aku benda wajib dia tanya ialah Bonet belakang, meh aku jawap ek akak-akak.
Bonet honda insight tidak la mengecewakan dan daripada gambar sumber google ini apa yang aku dapat terangkan ialah bila kerusi penumpang belakang diturunkan keluasannya besar siapa ada baby tu nak letak stroler muat la..hee
Bonet Honda Insight ini kira besar dibandingkan dengan kereta hybrid yang lain kerana keistimewaannya baterinya disimpan di bawah bonet.
**************************
Kelebihan Membeli Honda Insight
5 tahun jaminan untuk bateri
- jadi anda tak perlu risau tentang kos penukaran bateri seperti yang ramai pertikaikan mengenai kereta hybrid
Harga Bateri kurangkan kepada 40%
Sistem brake dan stereng yang moden dan canggih
- keselamatan dan keselesaan yang best
Prestasi enjin Honda Hybrid seakan 1.6cc walaupun sebenarnya hanya 1.3cc...('',)
Rating
Keselesaan Pemanduan : 9/10
Keluasan Bonet : 8/10
Harga : 10/10
Penjimatan Minyak : 10/10
Bentuk dalaman kereta : 10/10
Kerusi : 8/10 ( kalau dapat kulit memang terbaik)
**************************
Balik dari event test drive honda aku singgah ke rumah mak aku dan berborak dengan dia
Aku : mak semalam boboi bawa honda insight best..
Mak : owh yang kereta hybrid kau cakap tu ker., apa yang best
Aku : banyak la mak.., nanti mak baca la blog boboi ek..boboi dah terangkan dekat blog..malas nak cerita panjang-panjang dekat mak.hihi
Mak : hek eleh.., yerla-yerla..nanti kawan-kawan mak nak beli kereta mak suruh dorang baca blog kau ok. ada seorang member mak tu nak beli katanya.
Aku : ok...terbaik...!!!!
Sesiapa yang nak tahu mengenai Honda Insight ni jangan tanya kepada mereka yang sekadar tahu sahaja., kekandang mereka yang berkonsi mengenai kereta hybrid kepada anda sekadar tahu teori sahaja tol tak.?? Teori tidak semestinya sama secara praktikalnya..,aku dah cuba dan lagi tahu praktikalnya Honda Insight
Nak tahu mengenai Honda Insight(Hybrid) tanya la kepada aku ataupun mereka yang telah mencuba dan merasainya sendiri..hihi
************
Akhir sekali aku ingin tampilkan gambar aku bersama kereta Hybrid hebat abat ini iaitu
Honda Insight ('',)
Peraduan Gambar
I Have An Insight
Pantun 2 kerat
Kereta Handsome sesuai untuk semua,
Alahai Honda Insight sayang dia..('',)
"I Have An Insight"
Amacam pendapat korang mengenai Honda Insight dan gambar aku bersama Honda Insight ('',)
Sekian...Peace (~_^)v
tags : Honda Insight prise, kelebihan honda insight, gambar honda insight, test drive honda insight