Monday, April 30, 2012

Aksi Manja Babygirl Gua

Cuti hujung minggu baru-baru ini kecoh dengan kejadian perhimpunan BERSIH yer dak..?? macam- macam hal yang berlaku pada perhimpunan BERSIH. nak kata gua tak amik tahu tipu la kan..,

Tetapi gua tak terlibat dalam perhimpunan BERSIH kerana pada masa itu gua bersama yana pergi ke SEGAMAT untuk menghadiri majlis kenduri kawin.

Pada masa yang sama buat pertama kalinya gua bawa babygirl gua berjalan jauh..hehe.., babygirl dan yana duduk di belakang kereta jer..maksud gua duduk di belah belakang ok..grrr

Yang bestnya babygirl gua seronok jer dia baring di kerusi belakang..('',)



Memanjang tidur jer dia dalam kereta..bila bangun je untuk senyum ataupun untuk menyusu...('',) banyak aksi dia dalam kereta ni..yang banyak gambar dia ada dalam kamera mama dia.

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : undian sehari sekali anda masih diperlukan..sekarang no3...tolong vote di SINI <---



.

Biodata Hazwan Bakri

Hazwan Bakri

Nama Hazwan Bakri sekarang akan sering disebut-sebut oleh semua peminat bola sepak tempatan selepas dia berjaya menjarikkan 3 gol ketika perlawanan persahabatan bola sepak berkelas A antara Malaysia vs Sri Langka

Hazwan Bakri juga sering dipuji oleh Safee Sali dan juga Ong Kim Swee..,

Pada tahun 2011, Hazwan Bakri telah dipanggil untuk bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-23. Beliau menampil permainannya pada 13 Disember 2011 bermain menentang Sydney FC. Beliau telah menjaringkan kemenangan 3-0 bagi Malaysia dengan K. Gurusamy menjaringkan satu lagi gol.

Hazwan ketika beraksi untuk pasukan Kuala Lumpur


Pemain kelahiran Labuan ini mula dikesan bakatnya oleh KLFA ketika dia beraksi untuk skuad Wilayah Persekutuan pada Sukma 2008 di Terengganu dan diserapkan ke skuad Piala Presiden, setahun kemudian.


*****************

BIODATA HAZWAN BAKRI 

Gambar Hazwan Bakri


Nama : Ahmad Hazwan Bin Bakri

Tarikh lahir : 19 Jun 1991

Umur : 20 tahun

Tempat lahir : Labuan

Posisi : Penyerang

Pasukan : KL --> Harimau Muda

Antarabangsa : Harimau Muda (Malaysia)

Jurulatih Individu : Ujang9897



********************

Hazwan Bakri


Ahmad Hazwan Bakri , 20, kini menjadi ‘peledak harapan’ skuad B-23 negara itu selepas menjaringkan empat gol sepanjang tiga aksi persahabatan di Sydney, Australia – dua ketika menewaskan Sydney FC 3-0 dan dua ketika membelasah Central Coast Mariners 4-1,

 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  menggunakan sepenuhnya khidmat Ahmad Hazwan secara ‘pinjaman’ sepanjang saingan Liga Singapura 2012.

Hazwan bakri masih memiliki kontrak bersama Kuala Lumpur sehingga hujung musim 2012.Nama Hazwan masih  dalam senarai pemain skuad Piala Presiden dan dia layak beraksi untuk Kuala Lumpur pada Piala Malaysia, selepas saingan Liga Singapura berakhir,.

*************

pergh..dah macam wartawa sukan dah gua bercerita..hahaha..

Sekian..Peace (~_^)v


tags : Hazwan Bakri harimau muda, tempat lahir hazwan bakri, tinggi hazwan bakri, biodata hazwan bakri, gambar pemain harimau muda hazwan bakri

Sunday, April 29, 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Buat Saya



Hari ini iaitu 29.4.2012 merupakan ulang tahun perkahwinan pertama antara aku dan isteri aku iaitu Yana..('',). Rasa sekejap jer setahun tu...,maksudnya aku dah setahun bergelar suami..hehe.

Apa barang sambut anniversary sebagai kapel yer dak..?? orang sambut anniversary sebagai suami isteri...hehe bakar line kepada yang bujang-bujang.., yang kapel sambut anniversary bagi apa jer boleh..gua yang dah kawin ni macam-macam boleh bagi..hahahah.., tapi sayangnya yana masih kena berpantang..hahahaha (sambil hentak2 kaki)

Dalam masa setahun ini gua dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aimy Zafirah..syukur Alhamdulillah.., kalau nak ceritakan bagaimana cara perkenalan gua dengan yana memang panjang la kan.., ada ker yang nak tahu macam mana..('',) dekat blog YANA ada ceritakan baca SINI <--..ker nak gua ceritakan..?? hehe


Majlis kenduri kahwin dirumah gua berlangsung pada tahun lepas iaitu pada 1 Mei 2011 yang juga dihadiri lebih 60 orang blogger diseluruh Malaysia. senarai nama yang hadir pada kenduri gua ada di SINI <---klik


********************

Dengan kehadiran ramai rakan blogger di majlis gua itu , secara tak langsung Majlis Kenduri itu dicalonkan untuk "kategori Yahoo! Social Media Gathering of The Year" sempena Digi Wwwow Award 2012. Jadi kepada anda semua diharap boleh membantu untuk mengundi 1 hari 1 undi bermula 23 April - 13 Mei 2012. Kerjasama antara korang semua amat gua hargai..thanks geng..! ('',) gambar kawin ada juga di SINI


Untuk Mengundi klik SINI
- klik vote
- login via Facebook or twitter
- klik vote semula dan komfirm kan.


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : terima kasih kepada kawan-kawan yang masih setia menjadi kawan saya..('',)


Saturday, April 28, 2012

Gambar Perhimpunan Bersih 3.0



Perhimpunan Bersih 3.0 , 2012 sekarang mesti tengah hangat di sekitar Kuala Lumpur.,Berita ini menjadi topik perbualan hangat menerusi laman sosial seperti Facebook. Difahamkan perhimpunan ini juga akan disertai bersama 84 NGO.Dalam pada itu ianya masih mengekalkan lapan tuntutan terdahulu iaitu


-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas dan adil
-Masa kempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik koto

*****************

Seperti apa yang dirancang oleh pihak penganjur , perhimpunan kali ini akan berlangsung pada 28 april 2012 dan dijangka akan mengumpul lebih ramai daripada sebelum ini., ye ke idak kita nantikan jer la beritanya

 Gambar Perhimpunan Bersih 2012








Video Perhimpunan Bersih 2012







Tags : gambar perhimpunan bersih 2012, gambar sekitar perhimpunan bersih di kuala lumpur, gambar perhimpunan bersih 28 april 2012,

Friday, April 27, 2012

Mohon VOTE dari kawan2.!




Tahun lepas berlangsungnya majlis perkahwinan 2 orang blogger hensem dan cun iaitu gua dan isteri gua..hahaha,

Majlis itu dihadiri lebih 60 orang blogger dari seluruh Malaysia..,

Gua selaku tuan punya badan mohon jasa baik kawan-kawan untuk vote entri gua dalam kategori


 Sosial Media Gathering of The Year

untuk vote klik SINI <-

- klik vote
-login as Facebook atau twitter korang 
- klik vote sekali lagi untuk konfirm..('',)

Terima Kasih sebab VOTE..hehe

 
Saya perlukan undian anda setiap hari..tQ


************


kalau rajin gak vote gua untuk kategori blogger of the year...,klik banner dekat tepi sidebar untuk mengundi..thanks..=)


Pemenang "meh komen blog gua" meh kenal



Semalam gua ada bagi soalan teka-teki untuk dijawap tengok SINI <<, dan 5 orang yang berjaya  jawap terpantas dan cepat akan gua pilih sebagai pemenang untuk diberi penghargaan seperti letak dibloglist khas dan juga letak banner free di blog gua selama 2 minggu..('',)

Jadi pemenang untuk soalan semalam ialah :



1)  Kay_are - gua pernah buat entri untuk mamat ni dulu.


2) Asfiza Sharifuddin - salam kenal..cantik header dia..jiwang..('',)



3) Miss no right - blog karton..best.., salam kenal..('',)



4) Haslinda - saya jadi follower dia nanti dia sayang..hee..salam kenal ('',)



5) Kamalul Ariffin -  mamat ni dah lama ada blog tapi jarang update.., salam kenal..('',)


*********************

Ramai yang jawap dengan betul tapi gua pilih 5 yang terawal ok..., antara jawapan lain yang ramai jawap ialah sebab air laut hilangkan kesan..('',)

Kepada tuan 5 blog diatas sila la hantar banner blog korang untuk diletak diside bar di email gua ok.., atau pun facebook gua.., kalau tak hantar gua tak letak...gua letak dekat bloglist jer..

Dalam masa 2 minggu akan datang gua akan buat soalan lagi dan cari pemenang yang baru...rajin-rajin komen blog gua nanti ada ganjaran..('',)

Sekian..Peace (~_^)v

p/s : kawan2..tolong VOTE aku dekat SINI<---  thanks..('',) sehari sekali

Thursday, April 26, 2012

Meh Komen Blog Gua dan Menang

Promosi 1



Pada suatu hari..,gua  berjalan ditepi pantai teluk batik .., dah dekat pantai sudah pasti la gua berjalan di atas pasir pantai yer dak..??(dapat bayangkan tak..)

Gua berjalan di atas pasir tanpa mencecah air laut, tetapi bila gua toleh ke belakang tak ada pulak kesan tapak kaki gua,  kenapa  ek..????


 *****************

3 pengomen terawal dengan jawapan yang betul akan gua letakkan banner blognya di sidebar dan juga gua letakkan bloglist khas untuk setiap pengomen jawapan yang betul dan tepat..('',) (selama 2 minggu)

Entri khas akan dibuat dan di ping ke lebih 600k orang like di Facebook..('',)

Segala komen tidak akan dipublish..sehingga keesokan harinya..('',) korang boleh meneka dengan komen sebanyak yang korang nak..., jangan SPAM sudah ok sayang..('',)


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : p/s : kawan2..kalau rajin tolong VOTE aku dekat SINI<---  thanks..('',)

Wednesday, April 25, 2012

Senarai Pemenang Anugerah Astro Arena 2012



BAGAI sudah dijangka, dua nama yang tidak asing dalam arena bola sepak negara, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee dinobat sebagai Atlet Lelaki Berpasukan Pilihan dan Jurulatih Pilihan pada Majlis Anugerah Astro Arena 2012, di Kuala Lumpur, semalam.

Khairul Fahmi dengan nama jolokan Apex mendapat undian tertinggi dengan 76 peratus menewaskan empat pesaing lain Bryan Nickson Lomas (Terjun), Adrian Ang (Bowling), Cheng Chu Sian (Memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki).

Bukan setakat itu sahaja, bola sepak sekali lagi terbukti sukan pilihan apabila pemain termuda dalam skuad Olimpik negara Mohd Nazmi Faiz Mansor diangkat sebagai Atlet Muda Pilihan, selain aksi final Sukan Sea 2011 antara Malaysia menentang Indonesia menjadi Perlawanan Pilihan orang ramai.

Menambah manis rentetan kejayaan pelumba basikal negara, calon Olahragawati Kebangsaan 2001 Nur Fatehah Mustapha menerima Anugerah Wanita Berpasukan Pilihan dengan undian 39 peratus.

Senarai penerima anugerah tahun ini turut menyaksikan penambahan tiga lagi anugerah iaitu Jurulatih Pilihan, Blog Sukan Pilihan dan Perlawanan Pilihan.

Blog Sukan Pilihan memilih Suarasukan1mas yang banyak membincangkan dan memaparkan topik sukan tempatan terutama sukan bola sepak negara oleh pemiliknya Muhd Aiman Aminul Abdullah yang meraih undian 58 peratus.

Sementara atlet lompat tinggi kebangasaan Lee Hup Wei merangkul Anugerah Kebangkitan Pilihan dengan undian sebanyak 51 peratus.



Senarai pemenang Anugerah Astro Arena 2012


Atlet Lelaki Berpasukan - Khairul Fahmi Che Mat (76 %)

Atlet Wanita Berpasukan - Nur Fatehah Mustapha (39 %)

Atlet Muda Pilihan - Mohd Nazmi Faiz Mansor (60%)

Kebangkitan Pilihan - Lee Hup Wei (51%)

Jurulatih Pilihan - Ong Kim Swee (65%)

Blog Sukan Pilihan - Suarasukan1mas (Muhd Aiman Aminul Abdullah) (58%)

Perlawanan Pilihan - (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011) - Malaysia mln Indonesia (62%)

Meja Sukan Pilihan - Harian Metro (35%)


**********************


BIODATA KHAIRUL FAHMI CHE MAT <--


Sekian Peace

tags :  pemenang anugerah astro arena 2012, pemenang anugerah sukan astro arena 2012

Korang Jenis Mana..??



Sekian..Peace (~_^)v


p/s : kawan2..kalau rajin tolong VOTE aku dekat SINI<---  thanks..('',)

LIVE STREAMING Barcelona vs Chelsea



Pertembungan hebat hari ini untuk menentukan siapa akan ke Final antara Chelsea vs Barcelona LIVE






link problem..sementara tengok 
 SINI <---- ok
SINI <---ok
SINI <------- ok


Keputusan

Barcelona 2 - 1 Chelsea

Terbaik perlawanan malam ini


Tags : live chelsea vs barcelona, live streaming chelsea vs barcelona, barcelona vs chelsea online, siaran langsung barcelona vs chelsea 2012, results barcelona vs chelsea, keputusan barcelona vs chelsea

Tuesday, April 24, 2012

Biodata Ujang9897




Baru-baru ni ada beberapa awek cun tanya nama sebenar gua.., disebab kan dia cun gua bagitau la nama sebenar gua kan..,hahahaha

Sebelum ini ada dah gua buat entri pasal Biodata gua ni tapi dalam entri kontes apa tah..,ni gua tepek balik untuk tatapan media masa lampau




BIODATA UJANG

Nama Sebenar : Mohd Azfar b. Roslan.

Nama Tipu : Ujang , Aaron aziz, Brat pitt ,

Tarikh Lahir : 7 / 11 /1986 ( 7 eleven)

Tempat Lahir : Hospital Kuala Lumpur

Tinggi : sama tinggi dengan awal ashaari

Berat : Lagi ringan dari afdlin syauki

Status : Bujang (gua tipu)

Bekas Awek : Heliza Helmi , Lisa Surihani , Yana Samsudin

Artis Kegemaran : Gua sakai..semua artis gua jumpa gua suka..hahahahhah


******************


Sekian..Peace (~_^)v


mohon vote untuk majlis kenduri kawin gua dan yana..klik SINI <--


p/s : rindu baby

Monday, April 23, 2012

Koleksi Terbaik Simkad Tunetalks SuperHero The Avengers Limited Edition



Kepada semua peminat filem action pasti tak sabar nak tengok filem terbaru iaitu The Avengers yer dak..?? gua merupakan salah seorang peminat filem Marvel ni..dari Spiderman,Hulk,Iron Man, Thor, Captain America, Fantastik Four dan juga X Men..semuanya gua dah tengok..('',)

Tak lama lagi filem The Avengers akan keluar di pawagam pada 27 April 2012 ini..,pasti tiket semua cepat jer habis kan..


Tunetalk Malaysia dengan bangganya membawakan Marvel’s The Avengers with Tune Talk bersempena dengan filem yang ditunggu -tunggu ramai ini selain menawarkan barangan terbaik iaitu Simkad versi superhero The Avengers.Cun wooo!!! ce tengok




Semuanya ada 6..korang boleh sebat sekali semua..,gua selaku peminat Iron Man sudah pasti akan sebat yang ironman punya dulu takut habis..hehe..

Korang juga boleh dapatkan poster limited edition dengan harga RM10 sahaja.




Apa yang menariknya, Tune Talk dengan murah hati ingin memberi tiket eksklusif untuk tayangan Premier ‘The Avengers Marvel’ yang ditayangkan pada 26 April 2012 di Golden Screen Cinemas (GSC), Pavilion Kuala Lumpur. Para peminat boleh menebus Tune Talk Points untuk dapatkan tiket secara percuma.

Maklumat Lanjut : Facebook Tunetalks


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : gersang gila nak tengok The Avengers..!!!


Kisah Pak Pandir

Entri Re Post (test)




Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan
menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong
getah.


"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di
kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar
tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan
kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya,

"Kenapa Bang?"

Pak Pandir pun menjawab,

"Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."




SEKIAN....PEACE (~_^)v




P/S: ngantuknya.....!!!!!!!!!!!!!!

Kenangan DIGIMON 1997

Siapa yang lahir tahun 80an atau awal 90 mesti kenal apa itu DIGIMON yer dak..?? ke tak kenal..?? derm..!!

Untuk sesiapa yang tak ingat apa itu DIGIMON ni gua tunjuk contoh gambar DIGIMON..



Haaaaa...ingat dah...hehe, zaman gua sekolah rendah dulu menatang ni la paling popular.., tak macam zaman sekarang budak-budak pergi sekolah main PSP jer..tak kenal menatang Digimon ni yer dak..?

Digimon ni memang dah macam binatang peliharaan dah.., dalam pada masa yang sama dia akan menjadi rakan karib kita..hehe, siap boleh berak wo...!!!!!


 Siapa ada digimon ni bila datang sekolah jer mesti cari kawan2 untuk lawan..Yeeehaaaaaa



Binatang peliharaan gua dulu bernama METAL GREYMOON ('',) tengok bawah ni..



Punya tinggi pengaruh digimon ni kawan gua dulu sanggup curik duit mak dia untuk beli digimon..hahahaha., ada kawan gua tu bila besday jer mintak mak bapak hadiah beli digimon ni.

Gua dulu ada Digimon lagi sempoi, gua curik Digimon kawan gua...('',) sori ek kawanku..diriku tak mampu beli dulu jadi ku curik Digimon milikmu.., lama-lama kantoi curik member gua punya..dia baik hati dia sedekah jer..('',) untuk kawan dengan anak orang kaya ni..hahahah

Mahal woo digimon ni..tak silap gua dalam RM50-RM60 macam tu.., ada member gua bernasib baik main tikam 50sen jer dah dapat Digimoon ni..JILAKA tol.!!

Nama digimon ni dulu ada banyak antara yang gua ingat ialah Metal Greymoon, teddymoon,agumoon, dan apa jadah lagi tah..yang pasti memang best..!!

 Digimon ni paling gua tension bila kita bela elok2 lupa bagi makan atau buang berak dia, tiba2 mati..!! rasa nak campak jer Digimon bila mati..hihi..dah mati nanti dia jadi telur balik comel kan.


Tapi bila dah lama-lama ada digimon ni , korang pasti tau cheats dia..('',) siap siapa nak tahu cheats dia soh bayar..hehe ,bila nak lawan cheats dia tekan AAABBBAA tu yang gua ingat la..

Gua rasa budak sekarang ni kalau ada Digimon mesti dorang tak layan dah sebab sekarang lagi canggih, tapi bagi sesiapa yang pernah main Digimon ni pasti terasa nak beli balik dan main balik yer dak..??


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : siapa ada jual, gua nak beli...('',)

Sunday, April 22, 2012

Template Baru Blog Pening



Ada sesiapa tempate baru blog dia dah tuka kepada yang baru..??

Gua tak tau la namanya apa template ke layout ke apa tah..tapi yang pasti bila buka blogspot dah berbeza dengan sebelum ini.

Entri ni saja nak try2 update..hee..

Sekian..Peace(~_^)v

Friday, April 20, 2012

Gambar Nazirulhazwan Bersama Babygirl Saya

Cerita lama..., dan gambar yang dah agak lama..('',)


Nazirulhazwan aka gayboy datang melawat babygirl gua sebenarnya dah lama.., dan dah lama dah dia mintak gambar dia bersama babygirl gua..gua jer yang lambat upload..hehe

Naz ni muka pun macam orang lama so gua saja2 jer upload gambar lama sikit...,

Lama sebenarnya gua tak jumpa Naz ni.., last jumpa pun tahun lepas bila gua berjumpa heliza.., dah lama kan..??


Photobucket
Naz bersama babygirl

Lama gila kot si Naz ni dukung anak gua.., dukung punya lama pun anak gua tanak tidur, nampak sangat takda ciri-ciri kebapaan..('',)

Di belakang Naz yang bertudung PINK itu ialah awek si Naz ni..dah lama gak dorang kapel..bila nak kawin gua tak tau..hee

Lama gak la Naz lepak rumah gua.., sampai tumpang solat pun salah kiblat..bengap punya Naz..hahaha

Photobucket

Tengok la gaya sengal Naz memujuk babygirl gua supaya tidur..tapi sayangnya lama dukung tidak berjaya tidurkan anak gua.., takleh lawan yuyu zulaikha..('',)

Siapa belum kenal si Naz ni jangan la kenal dengan dia.., sebab blog dia semua berunsur lucah...('',) tak caya pergi tengok...masuk SINI <----

Bila cakap lucah jer mesti ramai yang nak tengok yer dak..?? cis..!!!

**********************

Ayat di atas gua menaip tanpa semak dan juga tanpa rancangan dan membaca semula...('',) sori la kalau ayat dah tunggang langgang sebab gua memang dah lama tak reti nak bebel-bebel..

Motif entri saja nak bagi gambar Naz bersama babygirl gua kepada dia..

Soalan gua..., berapa banyak gua guna perkataan LAMA ek...??? 

Sekian...Peace (~_^)v

p/s  : 

Khas Untuk Semua Muslimah


Salam jumaat..('',)

Entri ringkah pada hari jumaat untuk dikongsikan...


********************

PERINGATAN UNTUK SEMUA MUSLIMAH :

- Wanita kelemahannya pada AURAT..
 - Lelaki kelemahannya pada SYAHWAT..

Maka tidak perlu berkata :

“LELAKI YANG SALAH kerana tidak mampu MENJAGA PANDANGAN mereka!”
Sedangkan kita sendiri yang KALAH DALAM MENJAGA AURAT..


"Sesungguhnya WANITA ITU ADALAH AURAT, maka jika dia keluar (rumah) syaitan akan mengikutinya (MENGHIASINYA agar menjadi FITNAH bagi lelaki), dan keadaannya yang PALING DEKAT dengan Rabbnya (Allah) adalah ketika dia berada di dalam RUMAHNYA."
(HR Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaimah, & ath-Thabrani)

via : lelaki soleh idaman wanita soleh

******************** 


Sekian...Peace (~_^)v

p/s : semoga anak kecil ku ini menjaga auratnya apabila dewasa kelak

Thursday, April 19, 2012

Bergaya bersama Bifa's Collezion

Salam.,

Ada yang dah kenal dengan Bifa's Collezion dak..?? sesiapa yang rajin beli pakain on9 mesti ada yang dah kenal yer dak..??


Gua nak poyo gak la boleh dak..? gua merupakan salah seorang pemilik sehelai baju dari Bifa's Collezion..hehe.., baju yang gua pilih seperti di gambar bawah ini



Amacam hensem dak gambar mamat atas ni.., so kalau gua pakai 10 kali lebih hensem kan kan..hahahaha
gua pilih baju ni dari album facebook dia dekat SINI <--- awek2 boleh pilih baju nak kasi hadiah untuk kekasih korang..hee

Baju pilihan gua yang atas itu sudah di pos ke rumah gua.., nanti gua tunjukkan bajunya ok..tunggu entri dari gua.. model baju versi gemuk..hahahaha

Sesiapa yang berkenan nak beli baju dari Bifa's boleh wusha di blognya banyak pilihan woo..!!!





Tengah Ada Sale..!!!!!
( Bestnya shopping di Bifa's Collezion kerana join ahli rm2 jer.., beli 2 helai kos penghantaran percuma)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : baju perempuan banyak lawa-lawa wei...!! serius..!!


Babygirl dah Sunat....yeeeee

Salam.,

Sunat.., gua pasti yang tengah baca sekarang ni mesti dah sunat yer dak..?? baik lelaki ataupun wanita..ke ada yang belum sunat lagi meh gua sunatkan..hahahahha

Ok sambung cerita..,

Pada selasa lepas gua bawa babygirl gua ke klinik az-zaharah untuk cucuk 2 bulan dan juga sunat sekali..('',) gua time babygirl kena sunat memang gua tak tengok..('',)

Doktor : encik tanak tengok ker

Saya : erm...takpa la doktok..takyah susah2..('',)

Doktor : jadah apa susahnya tengok jer la..

Saya : buweeekk!! tanak tengok..hehe

Doktor : derm..




Gambar atas menunjukkan saat babygirl gua nak kena sunat..sedih jer dia tengok gua dan yana...('',) lepas kena sunat babygirl gua di bawa untuk timbang berat badan dia..



Berat babygirl gua yang berusia 2 bulan sekarang ialah 5.1kg.. dah macam berat beras dah..hehe

Untuk cerita lanjut korang baca la blog bini gua si YANA ok .., ke ada yang dah baca..heee,


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : dah ada anak ni lain wo....

Wednesday, April 18, 2012

Tolong Jangan Bogelkan Saya....

Hai.., salam.

Zaman sekarang ini manusia makin kreatif.., salah seorangnya ialah gua...hahaha , takda la gua tak kreatif pun..,

Ce tengok gambar bawah ni... bestkan..,siapa yang dah tengok duk diam-diam..hahahah



Respek dekat siapa yang buat lukisan ini...., sebenarnya banyak lagi lukisan kertas macam ini yang gua nampak di facebook..hee

Sekian..Peace (~_^)v


p/s :Seni itu indah.,namun jika seseorang itu tidak berseni tidak berkmaksud dirinya tidak indah..hee

Setelah berjam mengadap Timeline Facebook..hehe

Ramai yang ada facebook kan..., gua pasti ramai jugak profile Facebook korang dah tukar kepada timeline yer dak..?? walaupun agak bengap gua rasa timeline ini tapi gua maki pun bukan mark dengar so gua teruskan jer la dengan timeline ni..hee

Gua selaku tidak mahir dalam bidang seni ini teringin juga untuk memiliki Cover Photo untuk timeline gua yang canggih.hee.., setelah berjam edit menggunakan PAINT..akhirnya jadi gak la ala-ala comel gitu.., nak guna photoshop tak reti..hahhaha, ini hasilnya..('',)

Photobucket



Sesiapa yang ada facebook tu meh la add gua.., gua nak wusha sikit cover photo korang smart ke tak..('',)


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : SIBUK

Monday, April 16, 2012

Alhamdulillah Gambar Babygirl dapat no3



Gambar di atas ialah gambar babygirl yang gua pertandingkan untuk BREAST FEED BABY CONTEST anjuran Emumshop di Facebook pada bulan lepas..

Alhamdulillah hasil klik LIKE daripada rakan-rakan, gambar Babygirl berjaya mengumpulkan sebanyak  1913 like..,Gambar babygirl berjaya mendapat no 3 daripada 308 penyertaan...('',)

Gambar bawah ini ialah beberapa barangan yang dimenangi untuk no 3..., eh betul ke ayat gua ni..grrrrrr


Antara barang yang dimenangi ialah Breast Pump( kalau terjemah bahasa melayu lucah gila..hahaha) , cooler bag, Ice pack, Storege Bags, total semuanya RM193.00. yang belum kawin mesti tak tau apa menatang barang-barang ni kan..hehe

Kalau hadiah pertama lagi best wo...,apa pun bersyukur dapat no3 daripada tak dapat apa-apa yer dak..??

Sekali lagi terima kasih kepada kawan-kawan yang dah Like gambar babygirl dan tolong promote gambar tu.., yang tak Like lain kali kalau ada kontes lagi tolong like ok..hehe

Terima kasih gak kepada adik ipar gua yang tolong joinkan kontes tu...,gua dan yana tolong promote..('',)


***********************



Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Lepas ni macam rajin pulak nak join kontes pasal baby...('',)

Battleship Best..!!

Setelah sekian lama gua bersama isteri tidak pergi menonton wayang berbayar (sebelum ni tengok wayang free jer hehe) baru-baru ini gua bersama isteri pergi  menonton filem Battleship. Itupun disebabkan gua teruja dengan review dari ramai kawan-kawan mengatakan filem ini best.!!


Apa gua nak cakap yeee.. memang filem ini sangat best...('',)

p/s : malas taip panjang2..hahaha

 

Friday, April 13, 2012

Gambar Babygirl Bersama Moyangnya(anjang aki)



Yana merupakan cucu sulung kepada Baharudin Omar , manakala babygirl saya pula merupakan cicit sulung kepada Baharudin Omar...('',)

Sekian...Peace (~_^)v


WANITA dan AURAT


Salam Jumaat,

WANITA dan AURAT memang perkara yang sangat sensitif bila dibangkitkan.

Ditegur dengan cara lembut , ada juga membantah . Ditegur dengan cara yang kasar, lagi ramai yang membantah. Mereka yang menerima dengan negative, adalah mereka yang tidak boleh terima hakikatnya bahawa membuka aurat adalah HARAM !

Berjihad di jalan ALLAH tidak perlu memikiran hati manusia. Jika terlalu memikirkan, maka kita pun tidaklah menegurnya dan membiarkan sahaja mereka berada dalam keadaan yang dimurkai ALLAH.

"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." Imam Hassan Al-Basri

via : Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

*****************


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : takda istilah wanita bertudung tidak cantik..percayalah.

Video Mat Rempit Masuk Longkang (lawak)

Sebut saja mat rempit pasti dalam kepala otak kita dah tau orang bawak moto yer dak..? gua dulu bawak motor gak tapi gua bukan mat rempit tetapi mat motor..beza ok..hehe

Gua malas bebel pasal mat rempit, video bawah ini gua rasa agak lawak juga..hehe layan jer la ek..('',) mamat ni siap gelak lagi...sengal..hahaha





Walaupun agak sengal aksi dia, tapi gua harap biar la dorang enjoy setakat main motor untuk suka2 jer..hehe

Sekian..Peace (~_^)v


Thursday, April 12, 2012

Kisah Saya Dan Mak Saya

Nak nak story pasal mak gua.,(recycle)

Mak gua merupakan seorang mak yang penuh dengan teguran membina.., gua merupakan anak kedua dari empat adik beradik. Lebih sukacitanya gua nak bagitahu ialah gua merupakan anak paling disayangi di dalam keluarga.(blog gua cerita mesti la nak up yer dak..?)

Yang comel berbaju pink itu ialah gua..yer gua pakai pink..


Sejak gua dah kawin ini, agak jarang sekali bersua muka bersama mak kesayangan gua., tapi paling idak pun seminggu sekali gua akan datang jumpa mak kesayangan gua..,yer gua memang anak mak sebab itu ramai perempuan gilakan gua..hahaha

Sambung cerita.Baru-baru ini gua singgah jumpa mak gua dirumahnya.


**************

Lokasi : ruang tamu rumah mak
Waktu : Dekat-dekat Isyak

Sedang gua lepak sambil tengok tv3  , tiba-tiba gua di kejutkan soalan cepumas oleh mak gua

"angah.., umur kau dah berapa yer..??" tanya mak gua selamba sambil mulutnya mengunyah coklat cabury yang di beli oleh adik gua

"erm.. dah 25 mak..,tapi muka babyface lagi kan mak..hehe " jawap gua dengan penuh sopan dan comel

sambil pandang ke arah gua mak gua berkata " dah 25 tahun anak mak kan..,mak nak tanya satu soalan boleh..? "

" takkan la apar nak jawap tak boleh mak..hahaha."  gua jawap sambil meneruskan menonton tv3.


*pelepuk...!!! sebijik bantal terbang hinggap di kepala gua..


" kau dah sembahyang magrib belum..!!!??, isyak dah nak masuk waktu ni..bla bla bla bla..!!!" 
bebel mak gua sambil diperhatikan oleh adik2 gua.

Gua yang memang agak bengap terus bangun meninggalkan mak gua membebel dan pergi solat..


Moral Of The Story

- Tengok tv masa mangrib tu jangan tinggal solat wei...!!
- Tak elok tangguhkan solat..


" Cerita rekaan semata-mata, mak gua tak ganas macam tu.hihi"

Dah baca abis..???
kalau dah sila tekan "Ctrl A"

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : saya sayang mak saya.., anda bagaimana..??

Gambar Gempar Bumi Aceh Indonesia 2012

Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia terkini Melanda Malaysia pada 11 April 2012. Menurut sumber, satu gempa bumi 8.9 Scala Richter telah berlaku di wilayah Aceh Indonesia pada 11 April 2012. Sehubungan itu, Amaran Tsunami Di Georgetown & Port Dickson bakal merasi impak gegaran daripada fenomena tersebut.

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung – Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.

Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.

Bekalan elektrik dilaporkan sudah terputus di seluruh Bandar Aceh. Bandar Aceh dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan dunia luar.

*********************



GAMBAR SEKITAR DI PANTAI THAILAND




Pantai Patong

Pantai Phuket

GAMBAR SEKITAR DI MALAYSIA (PENANG)




GAMBAR SEKITAR BANDAR ACEH




*******************

Gempa bumi Aceh April 2012
Tanggal11 April 2012
Waktu:15:38:37 WIB (UTC+7)
08:38:37 (UTC)
Lama:5 menit[1]
Kekuatan8.6 Mw[2]
Kedalaman:229 km (142 mil)[2]
Episentrum:2.311°LU 93.063°BT[2]
(431 km dari kota Banda Aceh)
Negara yang terkena Bangladesh
 India
 Indonesia
 Malaysia
 Singapura
 Sri Lanka
 Thailand


********************

"Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya." - Kaab bin Malik RA


Sekian...

tags : gambar gempar bumi indonesia 2012, gempar bumi aceh indonesia 11 april 2012, gambar gempar bumi di thailand 11 april 2012, gambar gempar bumi di malaysia 11 april 2012, gambar tsunami di indonesia 11 april 2012, gambar tsunami di aceh 2012,foto gempar bumi di aceh 2012, gempar bumi terkini