Monday, July 30, 2012

Nora Danish bersama Babygirl dan Gua




Minggu lepas gua ada pergi majlis Iftar MiG..., baca SINI <---

Secara kebetulan adalah beberapa Artis yang hadir turut serta bagi memeriahkan majlis.., salah seorangnya ialah NORA DANISH..

Nora Danish bagi gua memang seorang yang sukakan budak-budak sebab dia dari tempat duduk boleh bangun sebab nampak kecomelan anak gua..hehe


**********************

Orang pertama yang dukung babygirl pada majlis itu ialah pengarah hebat iaitu Hashim Rejab

Hashim Rejab

Sedang abang Hashim Rejab dukung tiba-tiba Nora Danish dari tempat duduknya bersuara


Nora Danish : eh...eh..comelnya..,meh nak dukung

Hashim Rejab : Nah * sambil hulurkan babygirl kepada Nora Danish

Nora Danish : geramnya pipi dia...auw auw






Nora Danish : anak sapa comel nie..nak bawa balik la..

Hashim Rejab : tu ha papa dia *sambil tunjuk kearah gua

Nora Danish : owh ni ke papa dia..?

Ujang : haah..*jawap gua ringkas sambil tersipu-sipu malu

Nora Danish : owh patut la comel.., ikut muka papa dia

Ujang : (~_~) hanya tersenyum malu

Nora Danish : sapa nama u

Ujang : erm..ujang 

Nora Danish : owh..jom la amik gambar...

Ujang : owh...ok2...






Sekian...Peace (~_^)v


p/s : gua hero dalam cerita ni, so kena la sedapkan jalan cerita..hehe


Sunday, July 29, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama MiG

muka gua menahan lengoh dukong baby..=)


Semalam gua bersama isteri sempat menghadiri ke Majlis Berbuka Puasa anjuran MiG bertempat di Wisma MiG


Terima kasih kepada MiG kerana sudi menjemput gua ke Majlis Iftar mereka...


Majlis pada malam itu diserikan lagi dengan 2 orang pengacara majlis yang best iaitu Along Raja Lawak dan juga Azhar Mustafa.., gila 2 orang ni..hahaah



Seperti biasa ucapan dari bos besar MiG iaitu Mejar David Teo bagi perasmian majlis pada malam itu.., tapi ucapan dia bukan malam petang la..hahaahha


Makanan yang MIG sediakan memang best.., ada ayam masak merah, ayam golek., udang apatah (gua tak mkn seafood) dan menu paling gua suka ialah SATEY....


Benda paling best majlis pada malam itu ialah bos besar kasi ANG POW wei..hahahaah..masyuk..!!!!


* nanti la gua sambung...gambar tak edit lagi..hahaha


Sekian..Peace (~_^)v


Friday, July 27, 2012

Kita Baca Tapi Tak Paham


Salam Jumaat.,

Gua pasti semua umat Islam mesti hafal bacaan duduk antara dua sujud yer dak..? tapi gua tak pasti semua paham maksud dia ke tidak..

Sekadar berkongsi sahaja..bukan niat mengajar...

******************

Rabbighfirli - ALLAH meluaskan pintu taubat , tetapi kenapa tidak mahu bertaubat?

Warhamni - ALLAH tidak menzalimi hamba2Nya , tetapi kenapa yang haram tetap di teruskan ?

Wajburni - Meminta ALLAH menutup aib2 mu , tetapi kenapa suka mengumpat ?

Warfa'nii - Meminta ALLAH mengangkat darjat mu , tetapi kenapa sombong dengan si miskin ?

Warzuqnii - Rezeki ALLAH Maha Luas, tetapi kenapa suka mengambil dengan cara yang haram?

Wahdinii - ALLAH sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah , tetapi berapa ramai yang buat-buat tidak tahu ?

Wa'aafinii - ALLAH beri kita kesihatan yang baik , tetapi kenapa digunakan dengan cara yg tidak berfaedah?

Wa'fuannii - ALLAH Maha Pengampun , tetapi kenapa masih mengulangi kesilapan yg sama ?

******************

Kita meminta pada ALLAH selalu setiap kali solat , tetapi kita sendiri tidak mahu mengambil iktibar apa yang jadi dalam diri kita. Tanya pada diri kita sendiri, sudah yakin kah solat kita diterima ALLAH ? Lakukanlah yang terbaik bukan sahaja didalam solat, lakukanlah jua diluar solat.

Kalau kita fahami setiap bacaan dalam solat kita insyaallah setiap kemungkaran yg akan dilakukan akan terhalang


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : kalau gua ada buat silap mohor tegur..kritik dan teguran berbeza sket ok..hihi


Thursday, July 26, 2012

Cara Mengorat Lelaki Pemalu




Salam..,

Gua rasa sifat pemalu ni tidak mengira jantina maksudnya bukan ada pada wanita sahaja tetapi ada pada kaum lelaki juga yer dak..??? siapa yang tak setuju kene setuju gak hahahhaha

Wanita zaman sekarang ni lebih ramai daripada lelaki , jadi wahai wanita sila jangan malu nak mengorat lelaki ok..!! zaman sekarang ni sebenarnya lelaki lagi ramai pemalu dari wanita...hahaha *jangan percaya

Ok gua selaku salah seorang lelaki yang pemalu di bumi ini terarik dengan artikel dari member gua mengenai Cara Memikat Hati Seorang Lelaki Yang Pemalu..hihi


**************************

1. Sensitif

Cara pertama untuk memikat hati jejaka pemalu adalah dengan bersikap lebih sensitif. Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk jejaka pemalu, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.

2. Bersikap Comel Dan Manis

Cara lain untuk memikat si dia adalah dengan bersikap secomel mungkin. Cuba latih diri anda untuk bersikap pura-pura malu walaupun anda adalah seorang yang sangat terbuka. Sensasikan dirinya dengan kiriman coklat dan bunga dan cuba untuk tersenyum simpul di hadapannya. Percayalah, taktik ini benar-benar mujarab untuk memikat si dia yang pemalu.

3. Bersikap Ramah

Sesetengah lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun untuk kategori lelaki pemalu, mereka sebenarnya mencari gadis yang boleh dijadikan rakan. Cuba lah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan diri masing-masing.

4. Jangan Gelojoh

Ingat bahawa jejaka pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka ya. Memang benar gadis perlu mengambil langkah pertama tapi selepas itu perlahankan langkah anda, jadikan ia lebih semulajadi.

5. Kenali Si Dia

Apa sebenarnya yang jejaka pemalu inginkan? Ia tidak lain adalah mempunyai gadis yang ingin mengenali jiwa mereka. Jika anda mahukan cara terbaik memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan bicara. Usik sedikit dirinya secara sopan, nescaya dia lebih sukakan diri anda.

6. Pujilah Si Dia

Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, semua jejaka gemarkan wanita yang menyukai dirinya memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah contohnya anda sukakan warna baju atau fesyen terbaru rambutnya. Untuk yang lebih berani, puji bentuk tubuhnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki!

7. Lakukan Secara Lembut

Apabila anda berurusan dengan lelaki yang benar-benar malu, salah satu cara untuk memikat si dia adalah lakukan semua perkara dengan secara lembut. Jadilah gadis yang mudah didekati, sentuh hatinya secara lembut dan halus dengan membiarkan dia tahu bahawa anda suka dia!

8. Gerak Bahasa Tubuh

Perhatikan bahasa tubuhnya adakah si jejaka benar-benar bertindak balas dan suka dengan usaha anda selama memikat si dia. Adakah dia mula memikat anda kembali? Mata anda selalu bertentangan? Jika ya, inilah tanda si dia mula memberi ruang kepada anda. Jika tidak, anda harus cuba lagi ya!

9. Bersikap Kelakar

Bila anda cuba memikat si jejaka pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang benar menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.

Memikat jejaka pemalu tidaklah semudah memikat jejaka kebanyakan. Anda mungkin mahu main sedikit sehingga permainan, samada menjadikan diri anda lebih mudah didekati atau mendekati dia! Jadi wanita, jika ada jejaka pemalu dalam fikiran anda yang anda minati sekian lama, ayuh lakukan sekarang!



**************************

lelaki  pemalu ni, dia kalau sayang macam mana pun dekat perempuan tu dia steady jer..,('',)


Sekian...Peace (~_^)v

p/s : siapa ada pasangan dia pemalu...sombong dan pemalu beza k..('',)



Wednesday, July 25, 2012

Mercun Pop Pop .. hihi

Mercun Pop Pop


Gua rasa siapa zaman budak-budak dia yang agak steady mesti rajin main merjun yer dak..?? Dulu pantang bila bulan puasa jer mesti terhegeh-hegeh nak carik mercun.., member gua ada siap rahsiakan lagi dekat mana dia beli mercun kononnya biar dia sorang jer ada mercun, memang jahanam gila perangai.!

Tapi semakin meningkat usia ni gua rasa nafsu nak main mercun tu dah berkurangan...hihi, nak ikutkan duit lagi ada jika dibandingkan dengan zaman budak-budak dulu yer dak..? gua pun tak pasti mana gua dapat duit beli mercun dulu..hahahaha

Semalam gua jalan-jalan dekat warta bangi.., tetiba ternampak ada abang hensem jual mercun Pop Pop.., pergh..!! nafsu gua dah macam nafsu kuda bila nampak abang tu jual mercun Pop Pop...('',) mercun Pop Pop moden la ni lain sikit...

Dan sekarang gua tak tau apa motif gua beli mercun Pop Pop ni.., yang lagi tak boleh blah tu gua siap main campak-campak dekat dinding opis ni...

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : siapa nak perang mercun pop pop mai opis gua..('',)

Tuesday, July 24, 2012

Hamzah Ian Bersama Babygirl

Pemilik blog terbangtinggitinggi iaitu Hamzah Ian sebenarnya seorang yang penyayang..., walaupun muka dia nampak lebih kepada muka seorang pembunuh yang kejam dan juga muka perogol..hahahaha

nampak muka perogol dia



Dekat sini gua buktikan yang dia seorang yang penyayang kepada BABY., gua tengok gaya dia dukung babygirl gua, menampakkan dia memang sukakan kepada budak-budak...tak tau la dia hipokrit ke apa..hahaha

Teori gua mengatakan mana-mana lelaki yang sukakan pada budak-budak akan digilai oleh ramai kaum wanita.., so tidak mustahil Hamzan Ian lepas ini akan menjadi kegilaan ramai wanita yer dak..hahaha

Ala gua pun sukakan budak2 sebab tu ramai makcik-makcik nak jadikan menantu..tapi gua tetap pilih YANA...*wajib puji diri sendiri ('',)

Bawah ni gua sediakan beberapa gambar Hamzah Ian bersama babygirl gua





*malas nak buat dialog

*************************

Sekali sekala kita puji kawan sendiri apa salahnya yer dak..??? daripada buat entri duk maki orang buat apa..hihi

Owh..lagi satu sepanjang bulan Ramadhan ini Hamzah Ian berniaga di Baazar Ramdhan di Bangsar..sesiapa berdekatan boleh la singgah di Bazaar sana



Sekian...Peace (~_^)v


p/s : siapa rajin tolong LIKE gambar babygirl gua di SINI <---




Monday, July 23, 2012

Panggilan Hangit (Kantin Penipu)

Gua tiap-tiap pagi mesti akan dengar Panggilan Hangit, dan mesti gua gelak...hahahaha

Kantin Penipu





Nie yang daripada FBI...


credit : hotfm

Restaurant Brisik Ramadhan Buffet



Baru-baru ini gua berkesempatan  ke Restaurant Brisik di Jaya One Petaling Jaya untuk satu majlis pengenalan Ramadhan Buffet.

Nak tau apa Maksud BRISIK..?? baca gambar bawah ni..hihi



Pada majlis ini semua tetamu diberi layanan yang cukup mesra oleh staf Restaurant Brisik. Yang diketuai oleh Hartina Arssid – Pengurus Mylittlewing12.com



*******************

Kita wusha dulu gambar-gambar sekitar majlis di Restaurant Brisik ni..hihi

Staf yang sporting

pantri yang sempoi

 Sesi memasak dari chef yang comel

antara rakan blogger yang turut hadir


Masakan pada hari itu semua sosnya adalah daripada HEINZ..terbaik..!!





dan juga daripada penaja SIMPLOT.! POPCORN Hashbrown sangat sedap..!!!




( Picture Credit to Hazman Fadzil )


*******************


Menu  di Restaurant Brisik Pada Bulan Ramadhan 
(JUADAH@MAGRIB)

Sempena Bulan Ramadhan , Brisik Restaurant menydiakan menu Buffet dengan harga yang berpatutan iaitu RM45nett bagi Dewasa dan RM22.50nett bagi kanak – kanak. Dengan menamakan sebagai Juadah @ Maghrib pelbaga menu disediakan. Buffet Ramadhan disediakan dari 23 Julai 2012 – 15 Ogos 2012. ('',)


STARTER :
rojak buah,Gado gado,Tahu bakar,grilled veggies,fruit salad,pasta salad
fried honey chicken,keropok,fried mee

MAIN COURSE 1 :
Ikan bakar such as kembung pepes / pari / tilapia/bawal/lele/
seafood...Rice with lalapan

MAIN COUSE 2 :
steamboat on each table with varieties
Serve in pot with tum yam sup and chicken soup

DRINK :
panas :
Kopi ‘ o ’
Teh ‘ o ‘
Nescafe ‘ o ‘

Ais:
air suling
es selasih
es cincau soya

DESSERT : mixed kueh nyonya and etc.


MENU LAIN YANG ADA DI SINI IALAH :




************************

Keterangan Lanjut :

Name of restaurant : BRISIK restaurant
Cuisine : Indonesian Siamese Cuisine
Add : 10-01 Palm square
Jaya One
72, jalan University Petaling Jaya Selangor
Tel : 03 79586681
h/p : 016 616 3666 . 012 257 6868 .
service time : 10:30 am to 10:30 pm
service day : everyday

Terima kasih kepada
Heinz – www.heinz.com
Simplot – www.simplot.com.my
Majalah AROMA


Sekian...Peace (~_^)v


Sunday, July 22, 2012

Senarai Bazaar Ramadhan 2012


Bila mula je bulan Ramadhan antara tempat yang akan ramai orang singgah ialah Bazaar Ramadhan yer dak..?

Senarai kawasan bazar ramadhan ni gua rasa penting juga untuk kita tahu lokasi-lakasi untuk kita shooping makanan..hehe

Gua senaraikan Bazar ramadhan 2012 sekitar kuala lumpur dan selangor jer la ek,, sebab gua duduk area sini..,

Di Lembah Klang ni memang banyak Bazar Ramadhan, ni gua sediakan beberapa Lokasi Bazaar Ramadhan untuk tahun 2012


Kebiasaannya orang mula ramai berbusu-pusu ke Bazaar Ramadhan seawal jam 5 petang lagi.., yang datang awal tu gua tak tau la kan..haha

Menu pula memang sangat banyak untuk dipilih macam gua suka ROTI JOHN

Bawah ini gua senaraikan beberapa Tempat Bazaar Ramadhan Di Selangor :



SUBANG JAYA
SS18, Subang Jaya (Jalan SS18/6)


USJ 7, Subang Jaya (Jalan USJ 7/3c – Hadapan Gerai Majlis USJ 7)

USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)

USJ 1 Pangsapuri Angsana (Tapak Pasar Malam)

Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)

Taman Batu Tiga (Hadapan Gerai Majlis Tmn Batu 3)

Putra Heights (Berhadapan Flat Sri Mutiara)

PUCHONG

Tmn Puchong Perdana (Jalan Perdana 2)

Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 2/10)

Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 1/10 – Sebelah Surau Ra’ayah)

Tmn Puchong Prima (Jalan Prima 5/3)

Tmn Puchong Utama (Jalan Utama 2/1)

Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong (Jalan Wawasan 2/22)

Pusat Bandar Puchong (Jalan Bandar 3- Tapak Bersebelahan Tesco Puchong)

Puchong Utama (Tapak Pasar Malam Puchong Utama – kecuali hari selasa)

Puchong Indah (Tapak Pasar Malam – kecuali hari isnin)


KINRARA


Bandar Kinrara Sek 5 (Jalan BK 5A/1)

Tmn Kinrara Sek 1 (Jalan Taman Kinrara 1/1)

Tmn Perindustrian Kinrara (Jalan TPK 2/1 & 2/2)

Tmn Kinrara Sek 4

Hadapan Gerai UPEN Puchong Jaya (Petak Letak Kereta)


SERDANG


Tmn Seri Serdang (Jalan 18/35)

Tmn Universiti Indah (Jalan 2/10)


SERI KEMBANGAN


Tmn Pinggiran Putra (Jalan PP 1/2)

Tmn Equine (Jalan PP 1B)

Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/2)

KAJANG


SEPANJANG JLN MASUK KE SMAP, KAJANG

TAPAK BAZAAR MALAM REKO SENTRAL

JALAN UTAMA, SEK 2, TMN KAJANG UTAMA

TAPAK PASAR MALAM KOMPLEKS HENTIAN KAJANG

TEMPAT LETAK KERETA, HADAPAN DERETAN KEDAI TAMAN ZAMRUD

HADAPAN DERETAN KEDAI & KILANG IKS SG. JELOK.( TEMPAT LETAK KERETA )

DATARAN PRIMA SAUJANA, TMN. PRIMA SAUJANA, KAJANG

KAWASAN TANAH LAPANG ( TAPAK FUNFAIR ), TAMAN KAJANG PRIMA

TAPAK PASAR TANI ( TMN RAMAL INDAH )

JLN KAJANG MEWAH 10

DI BELAKANG TESCO BATU 14, KAJANG


CHERAS KAJANG


TAPAK PAKIR DESA SERDANG ( HADAPAN BANGUNAN MINLON )

JALAN TEMENGGUNG 21/9, SEK. 9, BDR MAHKOTA CHERAS ( TAPAK PASAR MALAM )

LEBUH TAMING, TAMAN TAMING JAYA

BERHAMPIRAN LOJI KUMBAHAN TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN

TMN. SUNTEX, BT. 9, CHERAS

JLN CHENGAL 4, TAMAN IMPIAN EHSAN

KAWASAN LAKE VALLEY JALAN SUARASA 8/4, BDR TUN HUSSEIN ONN

DI JALAN CP 4/38, TMN CHERAS PERDANA

JALAN CJ 8, TAMAN CHERAS JAYA

PADANG AWAM, TAMAN CHERAS UTAMA ( TAPAK PASAR MALAM LAMA )

BANDAR BARU BANGI


TAPAK PASAR MALAM SEKSYEN 16, BANDAR BARU BANGI

TEMPAT LETAK KERETA JALAN 3/69, SEKSYEN 3, BDR BARU BANGI

DIHUJUNG JALAN 2/3A, KAWASAN DUA, BDR BARU BANGI

HADAPAN ASRAMA KOLEJ POLYTECH MARA BANGI

JALAN SERI PUTRA ½, BDR SERI PUTRA

JLN 7/7B, SEK 7, BDR BARU BANGI

DI TEMPAT LETAK KERETA & JLN SUSUR KOMPLEKS PKNS BANGI

BERANANG


TAPAK PASAR MALAM, BDR TASIK KESUMA

TAPAK PEKAN SEHARI BERANANG

HULU LANGAT


TAPAK PASAR MALAM TAMAN SERI NANDING

BERSEBELAHAN PADANG FUTSAL,TMN DESA SENTOSA

SEMENYIH

JALAN SEMENYIH SENTRAL 1

SEKSYEN 1, BERHAMPIRAN DENGAN PASARAYA BILLION BDR TEKNOLOGI KAJANG

SHAH ALAM


SEKSYEN 2

SEKSYEN 7 (TPM)

SEKSYEN 13 (STADIUM SHAH ALAM)

SEKSYEN 17 (TPM)

SEKSYEN 18 (TPM)

SEKSYEN 20 (BERHAMPIRAN TPM)

SEKSYEN 25

SEK. U2 TTDI JAYA (TPS)

SEKSYEN U3 (SUBANG PERDANA)

SEKSYEN 6 (TLK REST. DAUD)

SEKSYEN 7 (JLN PLATINUM AD 7/AD) REST ALI CORNER

SEKSYEN 7 (JALAN KRISTAL AS7/AS)

SEKSYEN 8 (DEKAT SURAU BLOK 17-18)

SEKSYEN 16 (HDPN DEWAN ORG RAMAI)

SEKSYEN 18 (JLN 18/34 – KLINIK AHMAD SHAH)

SEKSYEN 19 (TPM)

SEKSYEN 24 (TPK USAHAWAN MIKRO)

SEKSYEN 27 (TAPAK PASAR MALAM)

SEKSYEN 28 (BERHAMPIRAN KFC)

SEKSYEN 31 ( JLN ANGGERIK ARANDA B 31/B DEPAN PONDOK POLIS KOTA KEMUNING)

SEKSYEN U5 (JLN UTARID U5/10) TPM

SEKSYEN U8 (JALAN C U8/C BKT JELUTONG HDPN MY MYDIN)

SEKSYEN U10 (TAPAK PENJAJA SEMENTARA)

SUBANG 2 (TAPAK PASAR MALAM)

SEKSYEN U13 (SETIA ALAM – CIMB BANK)

SEKSYEN U20 (BBSB FASA 1) (BUKIT RAHMAN PUTRA)

SEKSYEN U20 (BBSB FASA 2) (PEJ LUNCAI EMAS)

SEKSYEN U20 (BBSB FASA 3) (ECONSAVE)

AMPANG


PANDAN INDAH (TLK PADANG PERBANDARAN MPAJ)

PANDAN JAYA (TLK JALAN PANDAN 3)

CHERAS INDAH (HADAPAN DEWAN KOMUNITI)

PANDAN MEWAH (TLK SEBELAH PADANG)

PANDAN CAHAYA (TLK JALAN PANDAN CAHAYA 1/1)

TMN MELAWATI ( HADAPAN PEJABAT POS LAMA )

KG PANDAN (TLK PANDAN UTAMA)

MEDAN SELERA ANGSANA HILIR (TLK)

LEMBAH MAJU (BERHAMPIRAN SIMPANG EMPAT)

KG TASEK PERMAI ( HADAPAN MASJID )

KG MELAYU (JALAN JATI)

AU 2 ( JALAN AU2A/16 )

AU 4/1 (HADAPAN SEVEN-ELEVEN)

AU 5 (TLK MEDAN SELERA)

TMN PERMATA (HADAPAN PASARAYA HARI-HARI)

MELAWATI JALAN E1

BUKIT ANTARABANGSA (JALAN WANGSA UKAY 2)

UKAY PERDANA (HADAPAN RESTORAN ALI MAJU)

TAMAN MELOR (TLK)

BANDAR BARU AMPANG (PASAR BANDAR BARU AMPANG)

AMPANG WATER FRONT (TLK FASA 2)

BUKIT INDAH (SEBELAH RESTORAN DALILA, TLK)

AMPANG JAYA (TLK JALAN 1)

KOMPLEKS MUHIBBAH ( TAMAN NIRWANA )

KERAMAT PERMAI ( JALAN AU1D )

AU3 (TLK FLAT PKNS 13 & 14)

PANDAN INDAH JLN 3/2B

TAMAN KOSAS (TLK JALAN KOSAS 1/1)

PANDAN PERDANA (HADAPAN GUARDIAN)

CHERAS HARTAMAS (BLOK A1, FLAT BUKIT SEGAR)


BATU CAVES


Taman Wilayah Selayang Fasa 3
Tapak Parking Pasar Selayang

Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching

Sentul Pasar

Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh

PPR Batu Muda

Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh

Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara


*********************

Ayam Golek

Kalau di Bazaar Ramadhan PKNS Bandar Baru Bangi ni makanan yang popular ialah AYAM GOLEK..., tempat korang pulak apa yang popular..ker takda..hahahaha


Sekian...Peace (~_^)v

p/s : korang suka mana apa..??


tags : senarai bazar ramadhan selangor 2012, senarai bazar ramadhan kuala lumpur 2012, senarai bazar ramadhan 2012, bazar ramadhan 2012, bazar ramadhan di KL, Bazar ramadhan di selangor, bazar ramadhan di shah alam, senarai bazar ramadhan di KL,Senarai Bazaar Ramadhan 2012 sekitar Lembah Klang, Bazar ramadhan di lembah klang

Senarai Buffet Ramadhan 2012


Setakat ini gua takda lagi plan nak pergi mana-mana Buffet Berbuka Puasa di mana-mana tempat.., ada beberapa tempat yang Yana cadangkan nak merasa Buffet Ramadhan pada tahun 2012 ni..hehe

Antara yang terdekat dirumah gua untuk Buffet Berbuka Puasa ialah Puri Pujangga UKM , Kalau nak makan biasa-biasa dekat bangi ni banyak antaranya Village View Bangi, Wong Solo, Soho, Restauran Cina Muslim dan banyak gila la..hehe

Puri Pujangga UKM

BUFFET RAMADHAN 2012 | PURI PUJANGGA UKM

Harga:-
RM45 nett untuk dewasa
off 50% untuk kanak-kanak

Untuk maklumat lanjut:-
03-89213361/3362

********************

Ni senarai buffet dan promosi di hotel sekitar kuala lumpur sempena bulan ramadhan 2012 :

Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL Ramadan Buffet 
Price: RM135++ adult RM75++ Kids 3~11
Reservation:  03-2145 1811 /  03-2145 1833 /  03-2020 5055
Address: TH02, Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur 


Hotel Maya Ramadan Buffet at Maya Brasserie
 Price: RM80 Adult (Half price for kids between 5 -12years)
Reservation:  03-2711 8866 ext 258
Address: 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Riverside Restaurant Putra World Trade Centre ( PWTC )
Tempahan:   03-40433999 / 03-449 3386 
Alamat: No1, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur Harga : RM45 ++


Restoran Sri Melayu – Buffet Ramadhan Ramadan
Tempahan:   03-2145 1811 /  03-2145 1833 /   03-2020 5055 
Alamat: No1, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur 
Harga: RM70++ Adult, RM40++ Kids, 15% untuk warga tua


Boulevard Hotel Mid Valley Wild Rice Restaurant 
Tempahan:   03-2295 8124 
Alamat : Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia 
Harga dari :11 - 15 Aug 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 - 12yrs 
Harga dari : 16 Aug - 5 Sept 2010: RM85 adult, RM43 Kids 6 - 12yrs 
Harga dari : 6 - 8 Sept 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 - 12yrs


HOTEL MAYA KUALA LUMPUR
Tempahan:   03-2711 8866  ext 258 
Alamat: 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Websites : http://www.hotelmaya.com.my


Dynasty Hotel Selera Kampung Ramadhan Ramadan Buffet
Tempahan:  03-4043 7777  ext. 3301. 
AAlamat: 218 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.


Cititel Mid Valley Ramadhan Buffet
Tempahan:  03-2296 1188 
Alamat: Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia 
Harga dari :  11 - 17 Aug 2010: RM60 adult, RM30 Kids 6 - 12yrs 
Harga dari : 18 Aug - 2 Sept 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 - 12yrs 
Harga dari :  6 - 8 Sept 2010: RM55 adult, RM27.50 Kids 6 - 12yrs


Hotel Nikko Middle Eastern Treats Ramadhan Ramadan Buffet
Tempahan:   03-2782 6168 
Alamat: 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia 
Harga: RM99++ Adult, RM69++ Child


Dynasty Hotel Selera Kampung Ramadhan Ramadan Buffet
Tempahan:  03-4043 7777  ext. 3301. 
Alamat: 218 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. 
Harga: RM68.00++ adult RM34.00++ child *


PNB Darby Park Cafe Ramadhan Ramadan Buffet
Tempahan:   03-7490 3838 
Alamat: 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur 
Harga: RM65++ Adult, RM35++ Child


Corus Hotel Ramadhan Ramadan Buffet
Tempahan:  03-2161 8888  ext 123 
Alamat: Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. 
Harga: RM63++ Adult, RM43++ Kids


Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL Ramadan Buffet
Tempahan :  03-2145 1811 /  03-2145 1833  /  03-2020 5055 
Alamat: TH02, Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur 
Harga : RM135 ++ Adult , Kids RM75 ++



tags : senarai promosi buka puasa 2012 , senarai buffet bulan puasa 2012, buka puasa promotion 2012, ramadhan promotion 2012, senarai buffet hotel kuala lumpur,buffet ramadhan 2012, promosi buffet ramadhan 2012, promosi buka puasa 2012, senarai promosi hotel buka puasa 2012