Thursday, August 30, 2012

Review Filem SAM (Saya Amat Mencintaimu)



Semalam gua baru menonton Filem SAM arahan pengarah termuda di Malaysia iaitu Syafiq Yusof., walaupun Filem SAM dah agak lama keluar di pawagam tapi semalam gua baru berkesempatan tengok di wayang.., pra tonton tak pergi hari tu rasa rugi pulak..hihi

 Syafiq Yusof


*******************

Review Filem SAM

- Seperti yang gua duga.., filem terbaru Skop Production memang tidak mengecewakan..!! sebenarnya gua tanak tengok dekat wayang filem SAM ni.., tapi fikir rugi tak tengok dekat wayang kalau Filem Skop Production ni sebab Skop Procution filem dia memang tak rugi kalau tengok di wayang sound effect dia memang best..hihi

Jalan cerita atau Plot Filem SAM ni bagi gua memang genius dan sangat cantik disusun oleh Syafiq Yusof.., serius gua tabik dekat budak kecik ni..umur 18tahun dah berjaya hasilkan filem kretif macam ni.., permulaan jalan cerita yang santai dan ceria lepas tu mula dengan suspen dan ditambah dengan aksi..auw auw..memang cukup garam la kalau dalam masakan tu orang cakap.

Walaupun ada beberapa babak yang agak kantoi antaranya babak Lisa tuam muka Sam menggunakan ais lepas tu tiba-tiba Jefri(syamsul) datang bagi ais.., selain tu ada dialog yang neelofa kata dapat tiket konsert free..tiba2 dia kata beli pulak keesokan harinya..('',) tapi tu tak jadi masalah sebab kesalahan kecil tak kacau plot jalan cerita..hihi

Kekuatan filem ini gua rasa semua main peranan yang sangat baik.., Syafiq berjaya mengarah dengan bagus dan penggunaan kamera pun sangat mantap..!!!! memang gila syafiq ni gua respek dengan view kamera yang dia buat..maybe pengalaman dia dari filem pendek kot..hebat2..!!, selain itu kesemua pelakon memang terbaik termasuk pelakon tambahan...gila lengkap la..hahaha


Haikal(azad) lakonan dia memang rasa nak tumbuk jer..!! menjadi gila..geram gila gua..hahaha

Lisa ni takyah cerita la..gua tengok dia dalam filem ni derm..!!! geram2..

Sam lakonan dia memang takleh nak pertikaikan..dari romantik, ganas, garang, lawak semua dia boleh..


Jalan cerita SAM ni susah nak di agak..gua tak bajet pulak ending cerita dia macam tu...,hihi.. tapi gua rasa filem ini boleh di prequelkan ('',)

*******************

Apapun gua nak ucapkan tahniah kepada Syafiq Yusof kerana dia memang genius tak pedulilah bapak dia kaya ke apa tapi idea dia dalam filem ini memang patut di tabik..!!

Mungkin ramai yang tak puas hati dengan ending cerita ini tetapi plot cerita dia sangat mantap..!! Kutipan Filem SAM boleh meletup ni..!!



Ujang : Thanks Lisa sebab teman gua tengok wayang

Lisa : no hal la..lagipun Yusri tau dah..

Ujang : ok..,jumpa lagi..

Lisa : apa2 mesej ok...tata


RATING
9.5/10


Sekian...Peace (~_^)v



Wednesday, August 29, 2012

Satu Keluarga Pink... auw auw


Raya dah habis gua baru sibuk upload gambar pagi raya..hahahahaha, lantak la janji gua upload juga dekat blog ni ha...berpuluh tahun akan datang boleh tengok lagi..hihi

Raya tahun ini gua satu keluarga berkumpul di Melaka iaitu kampung belah mak gua..., abang gua dan gua set tahun ini beraya di belah kitaorang sebab tahun lepas dah beraya umah mertua..heee

So set la satu keluarga untuk pagi raya tahun ini temanya ialah kaler PINK..auw auw.., ('',) nak cari baju raya kaler pink ni gua memang cerewet.., pusing la mana2 pun gua takkan beli kecuali last minit seminggu raya baru beli..hihi


Koleksi Gambar Raya 2012 bertemakan PINK

Inilah keluarga Roslan Ali bersama menantu-menantunya...('',)


Atuk dan Nenek dukung cucunya..('',)


 Abang gua(zabid) bersama keluarga


Gua bersama Yana


2 orang adik gua Atiah dan Yien


Mak dan Abah bersama babygirl gua..('',)


Pagi raya hari tu masa tengok TV baru tahu yang tema baju raya gua sekeluarga sama dengan tema baju raya Perdana Menteri kita...hahahaha.., 

Ada ke yang tema raya tahun ini kaler pink gak.?? hihi


Sekian..Peace (~_^)v



Tuesday, August 28, 2012

Namee Roslan., Terima Kasih ..!!!


Hai nama sebenar saya Mohd Azfar b. Roslan.., dan gua nak cerita pasal Namee Roslan..('',)
*camharam mukadiah entri gua..hahahah


*******************

Gua saja nak ucapkan terima kasih kepada Namee Roslan atau nama sebenar beliau iaitu Nameerah binti Roslan..eh betul ker gua main sebat je nama sebenar dia ni..hihi

Dulu kecoh pasal Namee ni lelaki la..kerana di facebook beliau tak banyak gambar..ramai gak rakan blogger yang terdekat tak yakin yang Namee ni real..hahahah..tapi sekarang semua dah terjawap kerana dia dah tunjukkan diri beliau dan gambar keluarga beliau di blognya tengok SINI <---

Bukan isu Namee yang gua nak ucapkan terima kasih ni tapi sebenarnya nak ucapkan terima kasih kepada Namee sebab bagi baju raya kepada anak gua...!!! hihi

kenapa muka gua sedih ni..??derm.!


Namee pos baju raya kepada anak gua dah lama tapi tak pakai-pakai lagi, so bila raya kedua hari itu anak gua merasmikan baju raya pemberian Namee Roslan..('',) thanks dik..!!!

Raya kedua tema gua memang biru polkodot.., betul ke gua eje ek..?? lantak la..hahahaha.., tema kaler biru tu sebab nak kenakan dengan baju yang Namee Roslan bagi dekat anak gua ni..auw auw.., sila tacing Namee..!!

Namee Roslan ada bagi 2 helai lagi sehelai kaler merah..dah pakai tapi lupa nak amik gambar.hihi



Raya kedua hari itu gua dekat seremban ada mesej si Namee ni nak singgah di rumah dia area Seremban 2.., sekali dia tak replay mesej..derm..!!! hahahaha baru nak buat suprise singgah rumah dia dengan baju raya pemberian dia.., ('',)

Raya tahun ini teman baju raya Namee pun biru gak...gua curik gambar dekat blog dia ni...lantak la dia kasi ke tak gua curik jer...hahaha


Apa pun terima kasih ek Namee Roslan dengan baju raya yang lu bagi dekat anak gua ni..serius cantik..!!!! hihi

Sebenarnya dekat facebook ramai gak tanya gua yang betul ke gua dengan Namee ni adik beradik..hahaha, nama bapak je sama wei.., tapi orangnya lain-lain..dan  muka pun lain ma..dia cun gua hensem..

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : raya ni nak kumpul duit raya anak gua..hihi


Monday, August 27, 2012

Perempuan Kuat Curang Oi..!!!

HIASAN


Curang...!!!

Gua rasa start dari semalam heboh pasal isu perempuan Malaysia adalah no 3 paling ramai curang di dalam dunia...dan gua pasti 98% wanita di Malaysia tak setuju dengan fakta tu yer dak..??

Fakta yang dikeluarkan oleh surat khabar dari Ghana yang dipetik dari laman web dari China dan laporan pulak dikeluarkan oleh KOSMO..hihi kemain berjela sumbernya yer dak.?

Bawah ni petikan KOSMO yang bertajuk "Wanita Malaysia Paling Ramai Curang"




Tapi gua rasa perempuan yang pernah curang tu tak setuju jugak tetapi memang terasa dengan fakta tu..hihi., gua tak pasti la pulak celah mana kajian dorang pasal perempuan Malaysia ni...,

Tapi kepada yang tak curang tu jangan la nak mengamuk sangat sebab korang yang tak curang tu bukan dalam golongan 39% tu...,  jangan juga persoalkan mak kawan kita bila dia keluarkan fakta ni kerana mak-mak yang baik tak tergolong dalam 39% tu ok...ingat fakta tu tak kata semua...('',)

Kaum lelaki yang pernah ditipu dan dicurangai oleh wanita mesti setuju gila dengan Fakta ni sebab dorang dah kena batang hidung..hahahahah


"Kebiasaannya perempuan akan berlaku curang bila mereka pernah dicurangi...,('',)"

"Lelaki curang memang buruk perangai..., tapi kalau perempuan yang curang buruk GILA perangai...('',)"


Sekian...Peace (~_^)v



Thursday, August 23, 2012

Ragam Di Lebuhraya Ketika Raya


Salam...,

Gua rasa ramai lagi yang masih di kampung terutama yang kampungnya jauh-jauh yer dak..?? gua raya ke dua dah balik ke rumah dah di bangi..hihi

Tapi baru raya ke dua jalan dekat highway dah jem gila...grrrrr, gua tak dapat bayangkan macam mana suasana di highway bila hari sabtu atau ahad ni..


Lokasi : Lebuhraya Plus (seremban-bangi)


Gua bila jem ni memang emosi gila..., kalau boleh bakar lemang dekat highway ni memang gua dah bakar dah lemang...mulut gua akan bebel-bebel bila jem ni dan gua suka cari gaduh dengan pemandu lain sebagai hiburan...hahahaha

Lokasi perjalanan gua tak la jauh sangat iaitu dari serembang ke bangi jer..tu pun dah sakit hati kalau kena jem.., tak tau la kalau korang yang sangkut jem yang perjalanan dia lagi jauh mesti sakit hati yer dak..?? so padan muka..hihi



Memang sakit hati wei bila jem ni..., sampai gua sempat amik kamera di seat belakang dan siap snap lagi gambar bila jem ni..., yang lagi bangangnya punca jem ialah ada eksiden di highway bertentangan...gila memang nak bunuh jer rasa orang yang slowkan kenderaan untuk tengok eksiden tu...ish ish


***********************

Bawah ni ragam yang gua jumpa 

 Comel jer brother ni nonggeng..hihi

 Selesa jer brother ni menunggang

Barang kali potong angin bila tunduk yer dak..?


Sebenarnya motif gua amik gambar brother bawa motor ni ialah teringat zaman gua balik kampung naik motor..('',) gitu lah sebenarnya gaya gua bawa motor bila balik kampung..hihi

Sebenarnya cara pemanduan begitu tak bahaya pun..bukannya berasing bagai...hihi.., cayalah bro...semoga suatu hari nanti brother bawa motor ni akan mampu beli kereta untuk pulang ke kampung juga...('',)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : berhati-hati di jalanraya


Wednesday, August 22, 2012

Aksi Malam Raya..auw auw


Tahun ini gua beraya di kampung belah emak gua iaitu di Melaka.., ada ke blogger sini orang melaka..?? lahabau...hahaha...

Seperti biasa bila malam raya gua dan kazen akan bermain mercun ataupun bunga api..walaupun bunga api dan mercun zaman sekarang dah macam bangang tapi belasah jer la..

Malam raya aritu selepas magrib gua baru nak mandi..tapi bila gua baru jer nak beristinjak gua terdengar letupan mercun mancis di depan rumah nenek gua.

Tak sempat nak beristinjak terus gua keluar dari toilet dan pergi main mercun dulu..hihi

**********************

Adik gua dan kazen gua dalam proses membakar mercun apa jadah gua tak tau nama


Gua mula mencapapkan diri menunjukkan tanda best best


Mercun ke bunga api jadah ini semakin stim mengeluarkan larvanya...


Gua yang semakin terjua dengan pancutan api dari bunga api ni terus melompat tanda sokongan kepada bunga api ini...


**********************

Serius sakit hati gila kalau main mercun dan bunga api zaman sekarang ni.., bunga api yang kaler merah tu kalau zaman gua belum baligh dulu dekat seminit satu batang tapi sekarang 10 saat jer dah padam..macam hampeh..!!! menci..menci..!!

Lagi satu bila malam raya gua suka main bunga api buatan sendiri dari pada sabut dawai pencuci pinggan tu tau dak..?? ala yang bila kita bakar dan pusingkan dia akan jadi cantik gila tu tau dak..?? derm...!! cetak sungguh gaya imaginasi korang..!!

Ni ha..



Sabut tu bila kita bakar dia akan membara dan bila kita pusing-pusingkan serius memang cantik gila..hihi, tapi sayangnya sabut zaman sekarang dah macam mercun zaman sekarang..cepat lemau..so serius hampeh..sekali lagi menci menci..=(.

**********************

Ada ke sesiapa yang berani upload gambar sendiri yang tak semenggah macam gua dekat blog.., gambar dengan tuala bagai...hahaha


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : dapat gak gua duit raya tahun ini..hehe.., nampak sangat muka gua babyface..auw auw



Saturday, August 18, 2012

Khas Untuk Korang Tersayang




Ye gua memang sayang korang semua...,  so ucapan ini memang untuk korang yang tersayang ok.

Ni ghayo ke duo den bersama blog..


Bila nak ghayo ni jangan nak bongih-bongih..., cubo buek saba ok..biaso la tu di jalan ghayo orang beghasak-ghasak tok pulang ke kampong..('',)


Dalam dunia ini lelaki memang ramai buaya,
So nak ucapkan selamat hari raya..('',)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : den tak saba nak makan lomang ghayo ni..peberet


Friday, August 17, 2012

Gua Rasa Best Gila Raya Tahun Ini


Salam Jumaat Kawan...,

Gua pasti semua orang Islam yang normal sekarang pasti rasa tak sabar menyambut syawal yer dak..? ada yang dah sampai ke kampung halaman dan ada juga yang masih bekerja hari ini *gua la tu.

Dan gua pasti juga ada yang tidak dapat menyambut raya pertama bersama keluarga kerana bekerja..., tapi kalau yang sesuka nak bekerja nak nampak 3 kali ganda tu agak sengal jugak la sebab nak duit semata-mata.

Raya pada tahun sebelum ini iaitu 2011 gua buat pertama kali dapat beraya berdua iaitu bersama isteri gua si YANA..., syok wo satu perasaan yang sukar digambarkan bila dapat beraya bersama isteri..hihi.,


Gambar atas ini ialah pada raya tahun lepas di Kampung belah mak gua iaitu di Melaka..., tahun ini rumah dah lain sikit sebab bahagian yang depan tu dah dirobohkan so tahun ini rumah nenek gua berwajah baru..hihi.

Jika sebelum ini perasaan gembira bila dapat beraya bersama Isteri.., tetapi pada tahun ini Alhamdulillah gua bertambah gembira kerana dapat beraya bertiga ditambah dengan seorang puteri sulung gua iaitu Aimy Zafirah..('',) auw auw..

Gambar atas ni gua bersama isteri gua Yana dan juga anak gua Aimy Zafirah...


Woi isteri gua bukan Yana Samsudin tu tau.., tapi Siti Liyana.. memang dua-dua nama YANA. Jangan main gila kata dua-dua tu isteri gua kang bukan jadi Bini Biniku Gangster tapi Bini Biniku Yana..hahahaha


Selamat Hari Raya ek.., kalau gua ada buat salah mohon maaf..


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Tahniah kepada sesiapa yang buat pertama kali dapat beraya pada tahun ini bersama isteri ataupun anak, 


Thursday, August 16, 2012

Lawak Baru Lepas Beromen

Alkisahnya....,

2 orang pasangan skandal di atas katil






**********************


Jangan marah ek...,hihi.. sukati gua jer dorang baru lepas beromen kan..entah2 baru bangun tidur....

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : sila hati-hati dijalan raya bila balik kampung ni


Wednesday, August 15, 2012

Biodata Sean Gan Giannelli

Sean Gan Giannelli

Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli kini menjadi sebutan peminat bola sepak tempatan.

Jom kita tengok dulu Siapa Sean Gan Giannelli ni


*************************

Nama: Sean Gan Giannelli

Umur: 15 tahun

Posisi: Penyerang

Tempat lahir: Kuala Lumpur, Malaysia. (Bapa
org Itali, Mak org Malaysia)

Sekolah: Sekolah sukan bukit Jalil

Pengalaman: Menyertai skuad Malaysia U14,
Malaysia U16 dan Malaysia U17.

Cita-cita: Menyarung jersi Harimau malaya dan
menjadi pemain professional.

Jurulatih Individu : Ujang9897

*************************

Selepas Nazmi Faiz, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam, kini seorang lagi pemain bola sepak Malaysia berjaya menawan kelab luar negara.

Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli, akan menyertai kelab Itali, Atletico Arrezo untuk pasukan bawah 17 tahunnya di Tuscany pada 20 Ogos ini, selepas berjaya
menawan hati jurulatih dan kakitangan teknikal kelab baru-baru ini.

Sean yang berdarah campuran Itali-Malaysia, merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berlatih serta bermain dengan pasukan Bukit Jalil bawah 17 tahun, iaitu skuad pelapis pasukan kebangsaan.

Bapanya, Massimo memberitahu Bernama dari Milan, beliau berbangga dengan pencapaian anak lelakinya memandangkan remaja itu menjadi rakyat Malaysia pertama mewakili kelab bola sepak remaja Itali selepas
menjalani percubaan pada Jun. "Dia anak muda yang bercita-cita tinggi dan matlamat hidupnya ialah bermain bola sepak secara profesional pada tahap tertinggi di Eropah dan daripada apa yang dia capai setakat ini, tidak ada apa yang tidak boleh dilakukannya," katanya menambah yang beliau sedang melakukan persiapan untuk Sean di Itali.

Katanya kepantasan dan teknik yang dipamer Sean sebagai pemain penyerang, memikat hati ketua jurulatih kelab Serie D itu Abel Balbo, yang juga bekas pemain pasukan Argentina dan bermain bersama legenda bola sepak Maradona. Balbo menyumbat 150 gol ketika bermain dalam Serie A dan pernah bermain untuk kelab AS Roma, Udinese, Fiorentina, Parma dan Boca Juniors.- Bernama

*************************




Sekian...Peace (~_^)v


tags : tempat lahir sean gan giannelli, pemain muda remaja di luar negara, pemain remaja negara di italy, biografi sean gan giannelli, tempat lahir sean gan giannelli, tinggi sean gan giannelli, umur sean gan giannelli

Tuesday, August 14, 2012

Lagu Raya (Metallica di AidilFitri)

Metallica


Video Lagu Raya tribute to Allahyarham S.Jibeng,M.Sharrif and Metalicca., Video Raya dari Metallica ni memang gempak..('',)





Gua rasa ramai yang dah tengok video ni yer dak..?? hihi

Gua tengok video ni tergelak sampai nak terkencing...,sakit perut gua gelak siap penuh dah pundi kencing gua..hahaha..,siapa la punya kerja ni.? memang terbaik la...!!


Bawah ni lagi satu video yang di edit oleh geng yang sama..hahahahahaah



Padan muka...padan muka...hahahhaha.., gaya semua memang kena....cis cis..kreatif betul depa ni...

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : metallica nyanyi lagu raya, lagu raya dari metallica, Metallica di Aidilfitri, lagu raya lawak, 

Wawa Zainal Sedia Duit Raya RM5000


BINTANG muda yang semakin mencipta nama dalam seni lakon, Wawa Zainal turut berkongsi rasa gembira menyambut kedatangan Syawal kali ini di kampung halamannya.

Mengakui hari raya yang mendatang memberikan kelainan buatnya, pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin ini membuat persiapan awal dengan menyediakan duit raya untuk diberikan kepada ibu bapa dan adik-adiknya.

Teruja bakal pulang berhari raya di Lahad Datu, Sabah, gadis berusia 21 tahun ini tidak sabar-sabar menunggu masa untuk pulang bertemu keluarga dan saudara mara di kampungnya itu.

“Kemeriahan hari raya pasti terasa kerana semua adik-beradik Wawa akan pulang ke kampung. Jadi, meskipun sibuk dengan jadual di sini, Wawa tidak mahu terlepas sambut raya bersama mereka.

“Alhamdulillah, tahun ini tawaran berlakon semakin banyak, jadi apabila ada rezeki lebih, Wawa mahu berkongsi dengan keluarga. Malah, sejak awal lagi Wawa sudah peruntukkan duit raya untuk diberikan kepada emak dan ayah, adik-adik serta anak buah,” katanya yang menyediakan RM5,000 untuk duit raya.

Mengulas mengenai keghairahannya untuk pulang ke kampung halaman,Wawa memberitahu, dia rindukan suasana semasa mereka berkumpul satu keluarga di pagi raya.

Malah, yang paling dinantikan ialah makanan yang dihidangkan sewaktu pagi raya seperti bakso, lemang, ketupat dan rendang.

“Bezanya beraya di kampung (Sabah), kami sediakan makanan bakso di pagi raya. Selain itu, ada juga makanan lain seperti ketupat dan kuah kacang, rendang serta lemang,” katapelakon filem Seram Sejuk yang akan ditayangkan pada 19 Ogos ini.

Dalam pada itu, anak kelapan daripada 11 adikberadik ini juga merancang untuk membelikan baju raya buat adik-adiknya.
-SINAR


************************


Wawa....nak duit raya..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Wawa Zainal dan Gua


Sekian...Peace (~_^)v


p/s :Kenapa gua nampak gemuk..??? derm derm..!!


tags : gambar wawa zainal, wawa zainal biodata,

Monday, August 13, 2012

Papa dan Mama bersama Babygirl

Selamat minggu baru...,

Gua tak tau nak update apa dengan faktor kesibukan melanda....,jadi gua tepek gambar jer la untuk entri hari ini..hahaha



Papa dan Zafirah



Mama dan Zafirah


Babygirl ikut muka papa dia ke ikut muka mama dia..??? ('',)


Sekian Peace (~_^)v


Sunday, August 12, 2012

Video Namewee Kutuk Lin Dan jadi isu besar

Namewee


"lempang la saya..." kata namewee kepada korang..
*gurau je..kang sia2 gua kena saman..hahaha


*************************

BEIJING - Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.

Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.
- bernama

ni kot Video Namewee Kutuk LinDan



*************************

Gua tak paham dengan mamat ni..., sayang toi.., dia ni berbakat tapi salah guna tempat ataupun tak reti guna tempat

Orang akan suka kita kalau kita berbakat dan guna pada tempat yang betul.., kekadang ramai orang rasa dia hebat dan nak tunjuk dia hebat...tetapi hakikatnya bila kita rasa kita hebat secara tidak sengaja kita akan tunjuk kebodohan kita..hurm..

Apapun respek dengan Dato Lee Chong Wei ni...dia sangat matang dan profesional..eh betul ke gua eje profesional ni ek..?? hahahaha

Sekian...Peace (~_^)v

p/s : namee kutuk lindan, isu namewee kutuk lin dan, video namewee lindan , video namewee lin dan

Saturday, August 11, 2012

Tanda Malam Lailatul Qadar

Tanda Malam Lailatul Qadar



[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)

[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)



Semoga Allah memudahkan kita untuk meraih malam tersebut. Amin Yaa Mujibas Saailin.

Artikel ini masih berlanjut pada pembahasan "Menanti Malam 1000 Bulan", insya Allah.


Sekian..Peace (~_^)v

Friday, August 10, 2012

IKLAN RAYA BERNAS

Ahmad and Fizi

Iklan Raya Bernas ini bagi gua sangat menyentuh perasaan.....=( serius bukan senang nak buatkan orang sedih dalam iklan ini, tapi Iklan Raya dari Bernas ni berjaya membuatkan ramai penonton menitiskan air mata




Tahniah kepada syarikat Bernas dan tenaga produksi. iklan yang cukup meruntun jiwa. Marilah kita sama-sama membantu anak2 yatim dan fakir. serta hormati ibu bapa sementara masih ada.

10 bintang utk iklan raya ni..!! producer untuk iklan raya ni seorang gadis berbangsa cina....nama dia Cheong Wai Leng. kawan kepada blogger Ainul Hayat =)

Reservoir Production Directed By | Hafiz Ibrahim
Executive Producer | Ryan Khoo Producer | Cheong Wai Leng

Lu orang bayangkan la..syarikat beras pun boleh buat kita menitiskan air mata dengan video yang tak sampai 8 minit.., tak perlu pun nak layan ombak rindu yang berjam tu..

************************

Suatu ketika, Rasulullah saw bertemu beberapa anak yatim yg sedang bermain dan Baginda mengusap kepala anak yatim berkenaan dan berkata, "Aku juga anak yatim, siapa yg mengasihi anak yatim bererti dia mengasihi diriku. Aku dan orang yg mengasuh anak yatim berada di syurga seperti ini (Rasulullah memberi isyarat jari telunjuk dan jari tengah yg direnggangkan sdkt antara kedua2 jari itu )," Hadis riwayat Bukhari

************************



Sekian..Peace (~_^)v

tags : Iklan raya dari bernas, iklan raya anak yatim, video iklan raya bernas, video iklan raya 2012, iklan raya 2012, video raya bernas, video iklan hari raya bernas