Saturday, September 29, 2012

Kantoi sex di pejabat

gambar hiasan

Ada seorang budak yang pemalas belajar di sekolah nama dia NAZ.., disebabkan dia malas belajar semua kerja-kerja bagus yang diminta di tolak.

Tapi Allah maha adil, Naz dapat juga bekerja sebagai seorang Pak Guard di sebuah kilang terkemuka di Seremban.

Di pendekkan cerita hari pertama Naz kerja jadi Pak Guard, dia dapat tangkap 2 orang staf sebab melakukan sex di dalam pejabat.

*************

 Naz : Woi..! Ini dah menyalahi undang-undang syarikat!

 Lelaki: Undang-undang apa?

 Naz : Tak pakai uniform!

Lelaki : derm..

*************


Sekian...Peace (^_^)v


p/s : baca nak lucah je korang kang...=)


Friday, September 28, 2012

Keputusan Bajet 2013



Bajet 2013

Antara beberapa keputusan bajet 2013 tadi ini antara yang gua ingat dan ada kena mengena dengan gua..hee

 1) Rebat RM 200.00 untuk pembelian telefon pintar untuk belia berumur 21 - 30 tahun.

- So gua tergolong dalam golongan belia..hehe

 2) Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia diteruskan dengan menaikan kadar dari RM 200.00 ke RM 250.00 untuk para pelajar IPTA/S

- Jangan la ada kes jual-jual lagi...takmo takmo

 3) Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) sebanyak RM 500.00 diteruskan kepada isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.....DAN RM 250.00 KEPADA ORANG BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS YANG BERPENDAPATAN RM 2000.00 KE BAWAH.

- erm dapat la juga ringankan beban kepada mereka yang perlu

 4) Bonus kepada Penjawat Awam 1 bulan setengah gaji.... Setengah bulan telah diberikan pada Hari Raya yang lepas, setengah bulan lagi akan diberi pada Disember depan, setengah bulan lagi akan diberi pada januari 2013.

- gua boleh la juga dapat merasa bonus lebih sebulan sebab sebelum ini tak pernah dapat..('',)

5) Hutang PTPTN siapa yang bayar habis dalam masa setahun akan diskaun 20% manakala kalau bayar konsisten akan dapat diskaun 10%

- no komen..hihi

****************

Ramai juga gua tengok yang mengeluarkan pendapat masing-masing dengan keputusan Bajet 2013 ni.., ada yang mengatakan pancing undi dengan duit dan macam-macam lagi...

Gua tak nafikan yang mesti semua yang dibagi itu untuk kepentingan mereka juga.., mana-mana yang pegang pun sama nanti.., so gua malas nak kaitkan dengan politik walaupun hakikatnya memang semuanya politik..('',) 

Apa yang gua dapat gua bersyukur dan mana yang tak dapat juga bersyukur..., banyak juga gua tengok yang bising dengan pembahagian bajet 2013 ini hasil income blog dia juga lain macam tak dibisingkan pulak..('',)


Sekian...Peace  (^_^)v


p/s : Berapa banyak gaji kau tak penting yang penting berapa baki gaji kau..,itu pasal pengurusan kewangan yang sangat penting

tags : bonus kerajaan bajet 2013, bonus penjawat awam bajet 2013,bonus kakitangan kerajaan 2013, komen bajet 2013, bonus penjawat awam 2013,keputusan bajet 2013, 

Belajarlah...!




Salam jumaat,

Belajar itu penting dalam hidup kita..tidak kira usia..,

"BELAJARLAH orang muda..siapapun boleh belajar, belajar dengan KESUNGGUHAN..saya BELAJAR AGAMA ketika berumur 25 tahun..."
(Ustaz Azhar Idrus)

 Belajarlah AGAMA ALLAH, belajarlah ERTI HIDUP, belajar UBAH DIRI, belajar apa saja, hakikatnya  pasti indah., cuma prosesnya agak berat dan menuntut PENGORBANAN..perlu kuat berlawan dengan hati dan perasaan, dengan keeogan yang mencengkam diri..dengan rasa cukup apa yang telah termiliki..jangan takut buat silap, hilangkan rasa MALU YANG TIDAK BERTEMPAT..yakinkan diri..('',)

*via lelaki soleh idaman wanita solehah

Sekian...Peace (~_^)v


. p/s : Sesungguhnya saya masih belajar, sedang belajar..sentiasa akan belajar, dan Allah itu ADA..sentiasa ada untuk saya..♥♥ ('',)

Wednesday, September 26, 2012

Koleksi Topi Buat Babygirl Gua

Koleksi topi yang gua beli untuk babygirl gua ini adalah sempena nak pergi LONDON pada 9/10/12 ni..hihi.., sebab apa gua pergi LONDON boleh baca SINI <---

Gambar semua curi dekat entri YANA..hahahaha 


1 .TOPI SEMPOI

 

 
Topi ni agak sempoi dan gua rasa dah macam lelaki pulak anak gua pakai topi ni..hahaha 

2. Topi Pink
 
Topi ni gua suka sebab bila babygirl gua pakai kelihatan agak comel..kalah wo gua punya comel..hahahha 

3. Topi RAP

Ni lagi satu topi yang bila pakai babygirl gua nampak macam lelaki..tapi kalau dah pakai baju perempuan orang ingat lelaki juga gua rasa nak tampar jer..('',) 

4 Topi Bunga

Topi ni gua tak pasti ada beli ke tidak...ke YANA pakai dan main amik gambar jer..hahahah 


5. Topi ARSENAL


Yezza...topi ni paling gua suka gila sebab ada lambang ARSENAL..!!!!  bendalah ni gua tak beli topi sahaja tapi 1 set baju dah seluar Arsenal untuk babygirl gua.., susah wo cari pakaian baby arsenal yang gua selalu jumpa Mengyu dan Chelsea..tak best langsung..nasib baik ada jumpa Arsenal...hihi


**************************

Topi ni gua beli dekat Kenanga Wholesale City, berdekatan dengan penjara pudu...murah gak la shooping sini...tapi kalau orang kaya dorang nak butik2 jer orang sederhana macam gua ni jer tak kisah shooping dekat sini...hahahaha

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : tak sabor nak bercuti ke LONDON..pestime naik kapal terbang jauh2..hahaha

Monday, September 24, 2012

Kisah Kucing Digilis Kereta..adoi..!!!(18SG)

GAMBAR HIASAN


Dalam dunia ini kalau lelaki yang minat kucing memang ohsem gila la..., perempuan kalau tau lelaki suka dan bela kucing mesti akan cepat jatuh cinta sebab bagi seorang perempuan lelaki yang bela kucing ini mempunyai jiwa yang sangat lemah lembut...kalau tak caya tanya perempuan.., kalau perempuan cakap tak maksudnya gua tipu korang la..hahahaha, ke ada yang mengangguk kepala tanda setuju dengan fakta gua..('',)

Gua kecoh je lebih padahal gua pun takda bela kucing hihi.., tapi gua agak respek jugak la kalau lelaki yang bela kucing ni.., kalau gua perempuan gua akan carik kapel yang bela kucing..hahahah..lantak korang la nak carik kapel macam mana..,('',)


************************

KISAH BENAR

Al Kisah gua nak cerita ini ialah mengenai kucing digilis kereta...!!

Lokasi : Taman Desa Surada
Masa : Tak ingat

Pada suatu hari kisah tragis ini telah terjadi pada gua.., sedang gua duduk sambil meneguk air milo ais kurang ais menggunakan cawan milo free, tiba-tiba gua tengok ada seekor kucing yang umurnya tidak gua pasti berapa.

Dia main kejar-kejar dengan lipas..gua biarkan sahaja sambil meneguk seteguk lagi milo ais.., selang beberapa minat lepas itu entah macam mana lipas itu lari tengah jalan gua pun biarkan sahaja..,

Entah kucing itu bangang ke apa.., dia pergi kejar jugak lipas itu.., dalam pada masa yang sama kebetulan ada kereta lalu.., kucing itu dengan tidak perasan tiba-tiba PANG...!!!!!

Kucing itu kena gilis dengan kereta itu sampai lenyek.., kesian gila kot..!!! lepas itu boleh pulak lipas itu gelak..!!! siot betul..!!! lalu hati kecil gua berkata

"bodoh punya cerita Oggy and The Cockroaches"

lepas itu gua terus tutup TV...('',)

*sumber idea roq


Sekian...Peace (^_^)


p/s :  korang ada bela kucing dak..??


Friday, September 21, 2012

Geram Dengan Babygirl Gua..!! eeeee




***********************

Kepada yang kenal gua lama ramai gak yang tahu gua memang seorang lelaki yang sukakan budak-budak.., mungkin itu salah satu sebab kenapa gua menjadi rebutan makcik-makcik untuk menjadikan gua menantu..hahahaa..

Cerita dekat blog sendiri kena puji diri sendiri sebab blog sendiri la yer dak..?? hihi.., ok sekarang gua dah pun jadi bapak selama 7 bulan.., dah jadi bapak mesti la ada anak yer dak.?? anak gua pun dah masuk 7 bulan...,

Sebelum ini biasa seronok main dengan anak orang jer sekarang ni dah anak sendiri lagi seronok tengok gelagat dia.., dah la comel macam gua kecik-kecik dulu...sumpah gua kecik-kecik comel wei..!!! tak caya gua lempang kang..!!

Sepanjang jadi bapak orang ni macam-macam gua dah buat.., antaranya tak pernah basuh berak orang lain tapi dah ada anak ni gua basuh berak dia wei..biasanya basuh berak sendiri jer..hihi..sengal cerita berak lak...

Tapi gua memang geram denan babygil gua.., balik kerja mesti gomol-gomol pipi dia...hihi..malam baru gomol mak dia pulak..hahahaha

"hai uncle and aunty semua..."


Gua dan YANA kalau nak bawak anak kitaorang jalan-jalan pergi mana-mana mesti seronok tayang-tayang anak dekat orang lain.., kekadang bila selisih dengan orang saja jer tunggu orang puji..

"eeee comelnya baby tu.."
" eeee geramnya tengok baby tu.."
"bulatnya mata dia..."
"tembamnya pipi dia.."

Itu antara ayat biasa yang kitaorang dengan...hihi... tapi ayat paling gua tak boleh lupa ialah dari NORA DANISH

"comelnya baby ni.., owh..patut la ikut muka papa dia.."


kisah pasal NORA DANISH baca SINI <---klik



Sekian..Peace (^_^)v


p/s : tak sabar nak pegi LONDON bawak baby jalan2..('',)


Wednesday, September 19, 2012

KOHAJA punya SPEED TRAP..!

Malam tadi gua pergi tengok wayang di Sunway Piramid.., gua bukan nak cerita pasal Sunway Piramid.., tapi gua nak cerita pasal perjalanan pulang dari Sunway Piramid ke rumah gua iaitu Bandar Baru Bangi.Macam biasa dalam perjalanan dari Sunway Piramid ke Bandar Baru Bangi gua akan lalu LDP iaitu Lebuhraya Damansar Puchong.., tau dak jalan mana gua lalu ni..? tak tau sudah sebab tak penting pun..hihi

Ok, sambung cerita. Malam semalam bila keluar dari Sunway Piramid gua memang dah ngantok gila..walaupun jam ditangan gua pada waktu itu baru 11.15pm.., bagi gua 11.15pm tu dah memang waktu untuk tidur la..kalau yang bujang2 gua rasa 11.15pm tu waktu ramai online FACEBOOK kan kan..!! kalau untuk yang dah berkawin pulak waktu untuk berjogging..hahaha...ok2 tanak lucah!!

Sambung cerita lagi. sepanjang perjalanan pulang kaki gua tak putus tekan pedal minyak dengan kelajuan 140km/j ..,jalan LDP ni bila malam memang agak clear la so orang normal yang berjiwa muda macam gua memang normal bawak laju.., orang muda yang bawak kereta perlahan ni tak steady langsung..hihi.., sekali sekala gua toleh kiri kanan melihat keindahan malam perjalanan pulang dari sunway ke bangi ni.., dalam hati gua berkata " indah sungguh pemandangan malam ini" .

Dipendekkan cerita bila sampai di tol terakhir LDP di puchong sebelum sri kembangan tu mata gua dah memang semakin mengantuk..!!, lepas sahaja tol jalan memang tak banyak kereta..gua menekal pedal minyak lagi kuat dengan kelajuan 168km/j... sekali bila sampai di jalan sebelah Shell sebelum MAHA tu

"klik...klik"

Satu pancaran cahaya seperti flash kamera terpancar di tepi kereta gua..

"wah ada paparazi amik gambar kita la" kata gua kepada adik gua

"ish angah bukan artis buat apa paparazi amik gambar" balas adik gua

"haah kan..derm derm.. ni mesti speed trap" kata gua sambil menoleh ke tepi tingkap

Bila gua toleh je memang ada kamera yang canggih tahap gaban berdiri tegak di tepi jalan.., rupa paras kamera tu macam gambar bawah ni.



Agak cilaka gak la amik gambar curi ni..grrrrr.., gua rasa sebelum ni takda.., mesti baru pasang ni..harap2 la kamera dia rosak so tak la gua kena saman...hahaha

Pagi ni gua google apa nama menatang canggih jenis Speed Trap ni.., google punya google baru gua tahu nama dia SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK (AES) kata nya buat kamera itu untuk lokasi yang banyak eksiden..so kalau orang tau ada speed trab orang akan slow.., dalam hati gua memaki ..WAKLU..!!!!!!!!!!!

Adoiyai.. moral of the story jangan bawa kereta laju-laju.., nanti kena saman..!! memang malang tidak berbau betul nasib gua...,harap2 la tak kena saman..


Sekian..Peace (^_^)v


p/s : takda mood nak review wayang malam tadi...grrrr

Friday, September 14, 2012

Perempuan Penghuni Neraka



Salam Jumaat,

Setiap umat ISLAM di dunia ini yang normal pasti nak masuk SYURGA yer dak..?? dan pasti semua tak sanggup masuk NERAKA yer dak..??


CIRI- CIRI PEREMPUAN PENGHUNI NERAKA
 (OLEH USTAZ AZHAR IDRUS)

Perempuan yang TIADA CITA-CITA melainkan :
MAKAN.
MINUM.
TIDUR.

Di suruh SOLAT, tak nak.
Di suruh BERPUASA, tak nak.
Di suruh belajar MEMBACA QURAN, tak nak.
Di suruh BERTUDUNG, tak nak. Apatah lagi hendak MENUTUP AURAT.
Hidupnya HANYA untuk bergembira dan berseronok.
Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Astgfirrullahalzim...... ♥

*via lelaki soleh idaman wanita soleh

********************


Sekian...Peace (^_^)v


p/s : semoga kita semua dapat masuk ke SYURGA


Wednesday, September 12, 2012

Hari Kurang Ayat Rabu (Arsenal)


Bulan 10 ni gua nak amik gambar di sini...('',)


Sekian..Peace (~_^)


Tuesday, September 11, 2012

Ana Suzana seorang akak yang GILA




*****************

Sabtu baru ni gua ada datang beraya ke rumah seorang akak blogger bernama Ana Suzana ni.., gua sebenarnya malas nak pergi rumah dia sebab dia musuh gua..hahahaha

Nama blog Akak Ana Suzana ni ialah Cahaya Cinta Ku.., gua pun tak pasti kenapa nama blog dia macam tu..., nak kata minah jiwang bila jumpa kepala otak dia mengalahkan orang gila..hahahha

Gua 1st time jumpa kak ana ni.., tapi time jumpa ni kalau tanya dia soalan apa-apa 79% jawapan mesti merepek...hampeh betul rasa nak tampor-tampor jer.., nasib baik bini orang..hahaha..bukan saja bini orang tapi emak kepada 3 orang anak..derm...derm..!!

Mak kepada 3 orang anak ni kalau korang jumpa mesti ingat 3 orang anak dia tu macam adik-adik dia jer.., muka tak macam orang tua padahal memang dah tua..hahahaha, perangai dia dengan anak dia sama jer suka lompat lompat..('',)

Gua malas la puji dia kang kembang pulak hidung dia walaupun memang dah kembang.., serius idung kembang kak ana ni, gua rasa kalau dia korek hidung mesti guna ibu jari..wahahahha,

Dah kenapa gua cerita pasal diri kak ana suzana pulak ni...cis cis..! gua nak cerita sesi beraya ke umah dia...haaa..curik gambar dari blog kak ana


*************************

 makanan yang ada..nyum nyum..


Habis makan jer gua jadi gemuk..sebenarnya gua kurus


lepas makan santai di tepi rumah kak ana yang ada kolam ikan...ohsem..!!



Zafirah : papa ni tak cukup ke dengan mama budak kecik pun nak ngorat

Ica (anak kak ana) : hye hye.., kita kecik lagi la mana boleh ngorat kita



*************************


Makanan semua akak ana masak best-best.., katanya resepi sendiri tapi gua tau mesti dia menggelabah pergi google resepi dekat internetkan..hahaha..

Best lepak dengan akak otak gila macam kak ana suzana ni.., kekadang rasa nak lempang-lempang jer..grrrrr

Nanti gua nak terjah lagi rumah dia.., sebab tak abis tour rumah dia lagi..hehe..sempat curi 3 ekor ikan dekat kolam ikan tu...mesti la kolam ikan kan..takkan kolam kucing..('',)


Thanks Kak Ana Suzana 


Sekian...Peace (~_^)v




Monday, September 10, 2012

Open House je berak-berak..

Gambar Hiasan


Musim raya ni gua rasa amalan kunjung mengunjung rumah saudara seislam masih diamalkan di negara kita tercinta iaitu Malaysia yer dak..?? *kemain bermadah lagi gua..hahaah

Walaupun dalam Islam sebenarnya sambutan hari raya adalah sehari sahaja iaitu pada 1 syawal tapi gua rasa tak salah kan amalan kunjung mengunjung ke rumah orang pada bulan syawal ni..hihi..gua rasa tak tak salah..ker salah ek..?? *jawap2

Tapi tahun ini rumah gua takda buat open house kejadah apa pun , gua je rajin singgah ke rumah kawan-kawan dan kenduri kawin kawan-kawan..('',)

Setakat ini Open House yang gua hadir semuanya berjalan lancar walaupun biasanya kalau pergi banyak kenduri jer mesti cirit birit yer dak..?? gua Alhamdulillah takda lagi kecuali ada satu kenduri kawin sedara haritu menjadi mangsa katering yang agak bermasalah..kesian sedara gua tu..., ramai yang pergi ke kenduri kawin dia kena cirit birit..

Biasanya masalah open house atau kenduri yang orang kena berak-berak ni sebab masalah katering.., ataupun tuan punya badan tu sendiri memang masalah usus..hihi

Jarang ada kes kalau masak sendiri dekat rumah ni tetamu kena cirit birit kerana boleh dikatakan tuan rumah punya masakan akan dijaga tahap kebersihan dia yang maksimum yer dak..??

Kepada katerer sila la jaga tahap kebersihan dan keaslian masakan anda ok..kesian tuan rumah kalau ada apa masalah kepada tetamu tau tau ...kesian tau..

Terima kasih kepada rakan blogger yang buat open house pada hujung minggu lalu yang sempat gua hadir iaitu Kak Chik Ella , Kak Ana Suzana dan juga Ben Ashaari  masakan korang memang sedap..!! ke beli..?? hahahaha

Sekian....Peace (^_^)v


p/s : gambar pegi open house umah kawan2 takda pun..!! derm..!!


Thursday, September 6, 2012

Gambar Banjir Di Serdang 4 September 2012

Hari selasa hati itu serdang dilanda banjir kilat yang sangat ohsem..., gua yang bekerja di UPM menjadi salah seorang saksi utama..hehe

Jem dekat highway dari tol sungai besi ke tol kajang ramai yang pelik kenapa..rupanya ada banjir teruk sebelum susur keluar di tol kajang..hihi

Lagi satu tak pernah-pernah dekat opis gua UPM di Fakulti Kejuruteraan banjir tiba2 petang selasa aritu banjir...serius  pelik..




Gambar Banjir Depan KTM SERDANG





Gambar Banjir Depan Sekolah Serdang 




Banjir di UPM Fakulti Kejuruteraan






***********************


KUALA LUMPUR: Lebih 350 buah rumah dan 100 kenderaan ditenggelami air sedalam satu meter dalam kejadian banjir kilat di Taman Sri Serdang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata hujan lebat selama dua jam bermula 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah dan menenggelamkan rumah serta kenderaan penduduk sekitar.

“Turut terperangkap kira-kira 300 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah, namun berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat kira-kira jam 9.30 malam tadi,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di sini semalam.

Abdul Razak berkata pihaknya menyediakan pusat pemindahan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun tiada penduduk yang dipindahkan.

“Air mula surut sejak pukul 7 malam, dan saya dimaklumkan oleh penduduk kali terakhir berlaku banjir kilat di kawasan ini adalah 27 tahun lalu,” katanya.


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : tempat jalan kaki dekat opis gua pun banjir time ni...


tags : gambar banjir di serdang 2012, gambar bandir ktm serdang 2012, gambar banjir 4 september 2012

Wednesday, September 5, 2012

Review Filem SALAM CINTA


Semalam gua berkesempatan join Pra Tonton Filem ke 63 MIG iaitu SALAM CINTA yang bertempat di TGV Sunway Piramid.

Seperti biasa tak ada beza dengan Pra Tonton Filem lain majlis dihadiri oleh rakan media, artis dan juga rakan blogger bersama dengan penonton lain.

Jadah apa skema gila pembukaan entri gua ni..?? hahahaa



********************

Review Filem Salam Cinta

- Filem terbaru arahan Azhari Zain kali ini bagi gua best gak.., kalau filem seram dia sebelum ni kurang sikit..hihi..,

- Untuk filem genre Romantik Islamik ini bagi gua antara terbaik jika dibandingkan dengan filem azhari zain sebelum ini iaitu 7 Petala Cinta

- Lakonan Kamal Adli dan Diana Amir dalam filem ini memang bagus terutama sekali Kamal Adli..gua minat pulak tengok lakonan dia dalam filem ini..hehe

- Selain itu penyeri filem ini ialah dari lakonan lawak Syuk Balas, memang best jugak la lawak dia..menjadi..hahaha

- Filem Salam Cinta ini ialah filem pertama Diana Amir selepas berhijrah ke imej berhijap..('',)

- Bagi gua filem ini sangat penuh dengan pengajaran kepada Artis..., Peminat.., Pengarah.., Wartawan..,Keluarga dan juga kepada BLOGGER..!!! ('',) Filem ini secara halus membantai blogger juga kerana ada segelintir blogger yang suka update cerita gosip artis..hahaha sian depa..

- Dari Filem ini juga baru gua sedar sebenarnya ada gak artis yang masih menjaga maruah dan ramai juga artis yang telah mendekatkan diri ke jalan ALLAH..terbaik kepada yang telah berubah.., dan dalam filem ini ada juga tekankan Artis sebagai ikon yang ramai peminat boleh berdakwah dengan cara di filem..

- Babak yang paling gua suka ialah bila Diana Amir buat sembahyang istiqadah dan memohon doa kepada ALLAH untuk teruskan ke tak hubungan dia dan dia mendapat jawapan lepas tu sujud syukur..!! derm..memang best babak tu..gua siap dengar awek sebelah menangis..hahahaha..



********************

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 6 September ini.


Kepada sesiapa yang nak 2 tiket FREE dari gua untuk menonton filem ini.., bagi gua 2 nama pelakon utama dalam filem SALAM CINTA dan jangan jawap dekat sini..tapi hantar jawapan di mesej Facebook gua.., 

UJANG <- SINI
*area lembah klang sahaja
* siapa terpantas hantar jawapan dia la pemenang ok..!


Assalamualaikum bakal Imam Ku...
Waalaikumusalam bakal Makmum Ku...('',)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s :  Perempuan akan suka dengan perubahan seorang lelaki dari negetif ke positif

Punca Putus Cinta




C....I....N...T....A = CINTA

Sebagai manusia normal gua rasa mesti suka bila kita dicintai yer dak..? yang kata tak percaya pada CINTA tu sebenarnya dah kecewa tahap gaban ataupun keegoan yang tinggi gila.

Gua malas nak membebel soal CINTA ni, gua just nak senaraikan sahaja Kenapa Putus Cinta boleh berlaku..hihi.., korang rasa gua pernah putus CINTA ke tak..?? hihi

Bawah ni gua cuba senaraikan sebab untuk pasangan yang tengah serius bercinta bukan untuk yang bercinta dengan Playboy ataupun Playgirl.., kalau dah memang bercinta dengan Playgirl atau Playboy tu semua putus cinta sebab lain..hehe



Sebab Putus Cinta

1. CURANG

- Kajian gua mendapati punca putus cinta yang paling utama ialah CURANG..., curang ni banyak kategorinya.., ada yang kritikal ada yang tak kritikal. so gua rasa korang sendiri boleh nilai sendiri mana yang kritikal mana yang tak kritikal ok..('',)
- Kalau pasangan korang curang jangan tunding jari salah kepada dia seorang sahaja ok.., sila muhasabah diri dan tanya diri sendiri kenapa pasangan korang boleh curang dengan korang..pasti ada sebab..('',)


2. CEMBURU GILA

- Korang jangan ingat cemburu ni tanda sayang jer ok.., kalau korang punya jeles tu mengalahkan pasangan yang dah sah berkahwin jangan tanya kenapa pasangan korang tu boleh tension dan bosan dengan sikap cemburu buta tu..
- Jangan samakan kenangan korang dulu dengan pasangan korang sekarang.., bukan gua cakap jangan cemburu langsung..nak cemburu tu boleh tapi bertempat dan berpada-pada ('',)
- Dan dengan sikap CEMBURU GILA ini pasangan korang akan CURANG.....hihi


3. KONGKONG

- Benda ni gua rasa semua pasangan bercinta tau dan saja buat-buat tak tau dan juga tak perasan yang diri sendiri tu kuat kongkong macam kingkong...grrrr
- Kalau zaman sekolah bercinta boleh la kau nak kongkong pasangan kau tu.., nie dah besar panjang kalau kena kongkong bosan la woi.., bukan la gua kata tak boleh nak banyak tanya tapi beragak-agak la ok.., jangan nak kongkong sangat gua lempang kang tau la..hihi
- Dalam bercinta ni masa dia bukan 24jam untuk kau ok.., bagi dia ruang sikit ok sayang....('',)
- Dan dengan sikap KONGKONG ini pasangan korang akan CURANG....hihi


4. BOSAN

- Kalau lu orang hensem atau cantik macam mana sekali pun jangan nak konfiden sangat boleh memikat hati pasangan korang 100%.., awal-awal benda tu boleh la nak konfiden tapi kalau pasangan korang dah bosan dengan perangai kau sori la memang dia akan rasa tak best gila..!
-Bosan ni kebiasaannya datang dari pihak lelaki.., bila awal bercinta boleh la nak selalu jumpa sebab korang tengah menggelabah dilamun cinta.., tapi kalau dah lama tu kurangkan la berjumpa dan bergaduh.., kekadang benda ini menjadikan lelaki cepat bosan..gua ulangi kekadang ok.
- Selain itu selalu gayut juga boleh mendatangkan bosan ok..perempuan mungkin suka selalu gayut tapi lelaki kalau dah lama bercinta tu dia akan rasa rimas bergayut ni.., yang perempuan pulak menggelabah kata dah lama bercinta dah tak suka gayut tak sayang...derm..!!! woi dah sama-sama sayang bukan beerti kena bergayut selalu..grrrrr
- Dan bila pasangan korang mula rasa BOSAN dia akan CURANG..hihi

* ada lagi sesapa nak tambah..??

**********************

Sebenarnya senarai diatas ni kesemuanya berkait.., setiap pasangan yang curang pasti ada sebabnya ok..dan bila dah putus cinta tu jangan nak pangkah sifat jantina seseorang itu sehingga korang boleh tawar hati untuk bercinta..,

Kalau dah putus cinta dengan seseorang itu bagi gua tak salah kalau nak sambung balik dengan dia., jadikan kesalahan dulu sebagai pengajaran dan mulakan yang baru..takda istilah lidah jilat balik ok., jangan nak ego sangat gua lempang kang..hehe

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Putus cinta adalah satu perkara biasa.., tetapi putus kawan adalah sesuatu perkara yang luar biasa..('',)

Monday, September 3, 2012

Panggilan Hangit (Janji Tak Bawak)


Gua tiap-tiap pagi mesti akan dengar Panggilan Hangit, dan mesti gua gelak...hahahaha 



"sakit jantung tau tak.."...hahahah