Thursday, October 25, 2012

Review Filem Budak Pailang


Gua sekali lagi berkesempatan menghadiri majlis Pra Tonton Filem dari MIG iaitu Filem Budak Pailang arahan abang Hashim Rejab .



Filem Budak Pailang ni merupakan filem ke 68 MIG dan juga merupakan filem aksi pertama arahan abang Hashim Rejab yang sebelum ini lebih sinonim dengan cerita berkonsepkan romantik..hehe

Secara ringkasnya Budak Pailang kisah :

Bard(Aeril) dari jahat jadi baik
Rodi(Niezam) dari baik jadi jahat
She(Wawa Zainal)  dari baik jadi jahat



********************

Review Filem Budak Pailang

- Ok dari segi jalan cerita permulaan agak slow walaupun ada aksi pergaduhan, tetapi ada sedikit yang kurang kick..gua pun tak pasti dari segi apa..mungkin faktor beberapa pelakon baru dan juga beberapa pelakon yang terlalu over untuk kelihatan pailang...itu pendapat gua. Tapi sekurangnya ada peluang pelakon baru untuk beraksi

- Lokasi filem di sekitar Kuala Lumpur yang dipilih oleh pengarah sendiri.., memang menarik lokasi yang dipilih oleh abang Hashim Rejab kerana nampak macam real live view..ha camna gua nak terangkan pun tak tau..hahaha

- Dalam filem ini dialog untuk menunjukkan gangster tak berapa sangat tetapi aksi yang tunjukkan dalam filem ini memang ada kelas tersendiri..bukan kelas sekolah tu ok..tapi kelas tersendiri la...hihi.., Aksi pailang dalam filem ini memang kena dengan watak Airel iaitu budak yang baru habis sekolah yang nak jadi pailang..senang paham budak baru nak UP la..haa..

- Dari sembang gua dengan semalan.., Aeril bagi tahu tak adil watak dia nak dibandingkan dengan watak pelakon dalam filem gangster lain kerana watak yang dia mainkan bukan gangster otai remaja.., tetapi watak yang dia lakokan ialah seorang budak nakal yang baru habis sekolah yang baru nak cari pengaruh..macam gua cakap tadi budak baru nak UP.., secara peribadi gua memang suka lakonan Aeril


-  Dalam filem ini kelebihan dia adalah Stand Fighting yang ditunjukkan.., pengarah tidak menggunakan konsep double body.., aksi yang ditunjukkan dalam filem ini memang lakonan pelakon tu sendiri..., aksi  Aeril Zafril dengan Niezam memang terbaik...*sila tepuk tangan..


Niezam gua tengok mutu lakonan dia memang mantap..walaupun jarang-jarang kita tengok lakonan dia tapi bagi gua dalam Filem Budak Pailang dia memang berjaya melakonkan watak langsi dia dengan berjaya.., kira dalam filem KL Gangster dia ni dah macam Ajib la..heee..cuma dialog tak banyak tapi gaya dia tiptop.!!

Niezam Zaidi

Bila gua borak dengan Niezam masa pra tonton filem ni dia kata watak jahat yang dia lakonkan dalam filem ini memang kena dengan jiwa dia.. jadi memang takda masalah untuk dia menjiwai watak pailang ataupun budak jahat..secara peribadi dia lagi susah melakonkan wataknya yang jadi NERD..hee..

Berbeza pulak dengan si comel Wawa Zainal , dia kata bila melakonkan watak ganas lagi susah jika dibandingkan dengan watak lembut...biasa la perempuankan..perempuankan memang dijadikan lembut..*ayat backup wawa..('',)

Tak caya tengok gambar hiasan  bawah ni..lembut je wawa kan..hihi

Wawa Zainal


- Filem budak pailang ni memang aksi yang ganas.., siapa yang pernah tengok cerita gangster filem jepun atau korea ha gitu la ganasnya aksi dalam filem ini.., dia takda tanya banyak atau berpantun untuk gaduh..cara dia datang2 jer terus kasi kaki ataupun penumbuk sulung...so memang best.

- Gua paling suka babak gaduh di Car Wash dan juga scene akhir di rumah si Alex...dush..dush.. bunyi tumbukan gadoh dorang..hehe


Tagline Filem Budak Pailang ialah " Pukul Aku Sampai Mati" baca pun dah langsi yer dak..?

Nak tahu apa kesudahan Filem Budak Pailang...??

- Adakah Bard mati..? She mati..?
- Apa punca She dari baik jadi jahat.
- Aksi pasti mendebarkan...

Meh tengok Trailer dia yang gempak..!!




Saksikan di pawagam pada 1 November 2012 ('',)

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : kalau rajin gua update cerita gua gaduh dengan Aeril Zafril..hee


tags : Budak Pailang, Review Budak Pailang, Pra Tonton Filem Budak Pailang, Review Filem Budak Pailang, Pelakon Filem Budak Pailang

Tuesday, October 23, 2012

Best Main Burung..auw auw

Salam

Jangan main burung sendiri disini kerana di tempat awam..hahaha


Hari ke dua di London gua ada singgah di salah satu tempat sejarah di London iaitu Marble Arch..., gua tak tau sangat sejarah ni SPM pun sejarah dapat 3..hehe..tapi dah orang pergi gua pun pergi la..hahaha

Yang gua tahu dekat sini best main burung jer..hihi.., burung ini dinamakan burung merpati..kruk..kruk bunyi dia..

Bawah ni adalah rupa paras Marble Arch...hehe

Comel kan gua..hahahaha


Gua sekarang ni agak sibuk..malas nak update blog sangat.., kalau rajin nak baca kisah gua pegi London aritu baca blog bini gua si YANA tu ok..hehe


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : London best wei.!

Friday, October 19, 2012

Tour Ke Stadium Emirates ( ARSENAL)


Entri ni sumpah panjang.., tapi gua pasti korang tak baca..tengok gambar jer ok..so layan jer..('',)


tour stadium emirates

Salam...,

Kepada semua peminat BPL pasti akan teruja gila bila dapat jejakkan kaki ke Stadium team yang mereka minat yer dak..?? kalau ang jawap tak maksudnya ang tak minat bola..hehe..

Perasaan teruja tu umpamanya kau tak tahan berak dan bila lepas berak dia punya lega kau sorang jer yang tau..gitu la perumpamaan bangang yang dapat gua ungkapkan..,

Gua selaku peminat tegar Arsenal baru-baru ni berjaya menjejakkan kaki ke Stadium keramat ARSENAL yang terletak di Arsenal la..takkan dekat kota baru lak yer dak..??

Woi..tak pernah gua mimpikan akan sampai ke stadium ni woi woi woi..syukur dapat gak jejak.., jangan kata gua tak impikan ke tanah suci..gua lempang kang..('',)


*****************


Cara nak pegi Stadium Emirates ni kau kena naik TUBE lane piccadilly(kaler biru) benti dekat station Arsenal...senang jer...dari station tu jalan kaki dalam 5 minit dah sampai ke Stadium tu


Kaunter Beli Tiket

Kalau nak pusing2 dekat luar stadium tak kena bayar apa2.., tawaf la berapa kali korang nak pun...tapi gua selaku peminat tegar yang mungkin seumur hidup sekali sampai london ni beli la tiket untuk masuk ke dalam stadium.., Harga tiket untuk masuk ke dalam stadium ni kalau sendiri jalan £17.50  kalau Ringgit Malaysia sila la kali 5 ok..('',) kalau Legend Tour Guided £35

Tour Emirates Stadium ni ada 13 ke 14 zon tak silap aku.., dia akan bagi kau macam set ear phone untuk kau dengar penerangan dari pada setiap zon yang kau lalu.., kalau kau join tour legend kau dengar jer apa dia cakap.. gua lagi suka jalan sendiri sebab bebas sikit..hehe

 Patung Mr Bean(arsene wenger)


View dari tempat VIP




Peminat kecil ARSENAL




Tempat yang paling gua teruja masuk ialah bilik persalinan player.., wei ni gua jejak tempat terry henry pernah jejak wei..pergh pergh... tapi dia dah takda..hehe


 Pergh...muka nak poyo mamat ni..!!

 Woi woi...

 Ni tempat player mandi manda.., jangan tanya gua dorang mandi bogel ker tak..?? gua tak tengok dorg mandi..hehe

 Ni tempat urut2..bukan urut batin ok..!!!

Ni tempat dorg berus gigi dan berak-berak.., takkan nak tau gaya dorang berak pulak kan..sama je macam kau...hihi


Jom tengok Padang Emirates..('',)

Terowong ke arah padang

 Seorang bapak sedang membongak anaknya dengan mengatakan

"padang ni la papa main bola..siap masuk tibi lagi"
 Ni gua duduk sebenarnya tengah coverline nak curi rumput padang emirates..berjaya gak la..hahaha




Gua malas nak tepek banyak-banyak..., nanti fan club team lain jeles stadium Arsenal lawa sangat..('',)


Sekian....Peace (^_^)


p/s : lelaki yang minat team Arsenal memang ohsem..susah nak jumpa..hihi




Thursday, October 18, 2012

1st Day Di London

Salam..,

Syukur Alhamdulillah gua dan keluarga telah selamat sampai di Malaysia selepas 5 malam berada di Kota London..

Kepada yang tak tau kenapa gua berada di London boleh baca di SINI <---

*****************

9/10/12 
(10.30 pm)


Sebelum bertolak ke London bergambar bersama Zafirah yang memakai baju I Love Arsenal..


Rakan blogger bernama Angah yang sempat jumpa di KLIA

*****************

9/10/12 
(11.15pm)

Kali ke 3 naik kapal terbang..kali ini canggih sikit sebab 12 jam perjalanan boleh tengok movie sepanjang perjalanan...('',)


Makan dalam kapal terbang tak la best sangat..tapi boleh la..eh tak boleh la..sebab tak sedap..hee


Baby tak tidur ni la kerja gua dalam kapal terbang..dodoikan baby sampai tidur.., biasala papa mithali..hahahaha

*****************

10/10/12
7.15am(waktu amsterdam)

Benti singgah amsterdam jap untuk tuka kapal terbang...


Sebelum mendarat di Airport Heatrow London..

*****************

10.10.10
10 am (Waktu London)



Di Lobby Hotel Holiday Villa London




Zafirah telah siap bersedia untuk berjalan..('',)

Sampai di Hotel gua dan Yana letak barang dan siap-siap tak rehat apa terus berjalan ke destinasi pertama iaitu Stadium Emirates..!!!!


Berada di hentian tube station ARSENAL...lebih kurang 30 minit dari hotel..


Tempat beli tiket masuk Tour ke Stadium Emirates..hehe.. 18.50 pound sekali masuk..derm derm.!!


Gua , Yana dan Zafirah(tgh tidur) bersama patung Arsene Wenger...

Cerita di sebalik stadium Arsenal nanti kalau rajin gua cerita la ok....hee

*****************

Ini namanya entri malas menaip.., tepek gambar je sudah..


Sekian...Peace (^_^)v

Friday, October 12, 2012

Akhirnya Sampai Juga Emirates Stadium



Salam.., gua tak dapat nak online lama dekat London ni..dapat online kejap tepek jer gambar sehelai dulu..hihi

Salah satu tempat yang gua tak pernah mimpikan untuk sampai akhirnya sampai gak...

Sekian..Peace (^_^)v


p/s : sojuk wo sini...grrrrr

Tuesday, October 9, 2012

Review Filem Aku Terima Nikahnya



Gua berkesempatan join majlis Pra Tonton Filem AKU TERIMA NIKAHNYA yang diadakan di TGV Sunway Piramid. Filem lakonan dari 2 pelakon cun dan hensem ini iaitu Nora Danish dan juga Adi Putra pasti dinantikan untuk peminat filem Romantik..heha


Mesti korang masih ingat dengan drama yang popular lakonan 2 pelakon ini iaitu drama TENTANG DHIA yer dak..?? haaa gitu la KIMIAnya lakonan mereka dalam Aku Terima Nikahnya..auw auw..



Filem pertama arahan Eyra Rahman ini bagi gua boleh diberi pujian kerana banyak juga babak yang boleh membuatkan peminat filem romantik mengalirkan air mata..hehe., walaupun ada yang pertikaikan Filem arahan Eyra Rahman ini tiru filem luar dan juga amik idea luar..bagi gua apa salahnya kita tengok hasil dari anak tempatan walaupun dia ada amik idea luar..., kiranya akak Eyra Rahman ada buat reseach gak la yer dak..?? ke tak setuju.., tak setuju pun takpa sebab pendapat masing2..hee



Dari segi lakonan Adi Putra tak boleh nak dinafikan lagi..dia bukan sahaja boleh berlakon aksi tapi jadi mat jiwang pun ok..hehe.., Nora Danish pulak dari Filem ini gua tengok memang ratu air mata betul la..memang dia gunakan pengalaman diri dia untuk menjiwai watak seorang isteri yang diabaikan..cuma ada beberapa dialog yang agak lawak dikeluarkan oleh Nora danish..kekadang nampak kaku..cowi....('',)

Secara peribadi filem romantik gua suka arahan abang Hashim Rejab...('',)


Review Filem AKU TERIMA NIKAHNYA

- Ok bagi gua filem ini permulaan dia agak slow sikit kerana kurang dialog dan lebih kepada video saat romantik..tapi itu cara  pengarah cuba menunjukkan kepada penonton betapa secocoknya pasangan dua sejoli ni..ok la..tak mencacatkan sangat filem.., satu pujian ialah pengarah bijak mengambil mood penonton untuk menunjukkan romantik tanpa cium mulut..kalau orang putih romantik jer cium mulut yer dak..?? tapi best apa tengok orang comolot..hahahahaha..derm derm


- Pertengahan jalan cerita bermulanya saat sedih dan cabaran yang dialami oleh Arlisa lakonan Nora Danish.., ketabahan seorang isteri menghadapi cabaran yang suaminya tidak kenal dirinya kerana kena penyakit hilang ingatan selepas eksiden..di sini bermulanya pengarah bermain dengan emosi penonton..kalau terkehel dan masuk kan diri korang dalam filem ini kaum hawa pasti menitiskan air mata..('',)

Bertambah konflik lagi bila Johan ada perasaan kepada kawan karib Arlisa iaitu Suriya lakonan mon ryanti.., pergh..bila tengok agak kurang ajar gak la kawan baik dia ni..hehe..jahat jahat..hee

- Di hujung filem ada babak dalam trailer yang disangka buruk sebenarnya tidak...siapa yang buat trailer juga boleh diberi pujian...('',)

Apapun tahniah kepada pengarah..!!!!!!!!!!


Babak yang buat korang akan geram..!!


Arlisa yang tengah dahagakan pelukan Johan datang dari belakang dan berkata "abang...sayang rindu sangat dekat abang" (sambil memeluk dari belakang)

Johan dalam pada masa yang sama melepaskan tangan Arlisa dari pelukannya sambil berkata "maaf saya belum bersedia"

derm derm..!!! Nora Danish tu wei..hahaha


Layan Trailer dulu sebelum ke panggung..baru best..!!!!




Filem ini korang akan tertanya-tanya apakah kesudahannya....??

- adakah johan akan mati..??
- adakah Arlisa akan mati..??
- adakah johan menceraikan Arlisa...??
- adakah Johan akan berkahwin dengan kawan Arlisa iaitu Suriya..??
- adakah filem ini happy ending atau sebaliknya..??

Semua ini menjadi tanda tanya kepada korang semua.., nak tau kesudahan filem ini saksikan di Pawagam berhampiran korang pada :

11 Oktober 2012


***********************

Bila tengok Filem Aku Terima Nikahnya gua memang teringat saat gua diijabkabulkan dengan Yana.., baju sama kaler yang dipakai yer dak..?? tapi gua lagi hensem la dari Adi Putra..hahaha


Dan gua lagi romantik dari Adi Putra..hahaha


Rajin bacalah



Sekian...Peace (^_^)


p/s : hari ini gua bertolak ke LONDON bercuti bersama Yana...('',)

Tags: Aku Terima Nikahnya Review, review aku terima nikahnya, pelakon aku terima nikahnya, pengarah aku terima nikahnya, review filem aku terima nikahnya, gambar filem aku terima nikahnya

Thursday, October 4, 2012

Kohaja Betul, Gemuk Sangat ke Gua??

Bangun pagi petik bunga., 
Apa khabar semua..('',)


Sejak muda remaja lagi gua memang suka berjalan.., dan gua tak kisah berjalan dimana sahaja..mungkin itu sebab gua menjadi kegilaan ramai wanita diluar sana..*tiba2

Kebiasaannya gua suka berjalan di dalam mall-mall terkemuka di tanah air..erm..apa ek mall terkemuka tanah air ni..?? hahahah..ala semua mall la dekat lembah klang ni gua pernah jejak..senang cite yer dak...??

Sambung cerita, dalam mall gua tak suka shoping tapi gua suka window shooping.., sebab apa..? sebab gua kedekut..hahaha padan muka sapa yang kapel dengan gua sebab gua kedekut..('',)

Dah apa yang gua nak cerita sekarang pun gua tak tau...owh..pasal salesman...derm derm.., punya la dalam sejarah hidup gua bertahun jalan-jalan dalam mall..tak pernah gua kena situasi macam ni.

**********************

Al-kisahnya

Pada minggu lepas gua bersama yana pergi ke shopping complex yang tersegam indah di serdang iaitu The Mines...eh yer ker terletak di Serdang..lantak la...,

The Mines adalah tempat kedua yang gua dan Yana suka dan selalu pergi..selepas Alamanda.., dari zaman kapel dulu 2 tempat ni jer selalu gua dan Yana pergi.., barangkali cat baru di Mines tu hasil kutipan pembelanjaan gua dan yana sahaja di mines..ha gitu la perumpamaan lamanya gua berbelanja di mines.

Berbalik kepada cerita.., motif gua dan yana ke The Mines minggu lepas ialah untuk mencari baju sejuk anak kesayangan kami si Zafirah tu..dan juga mencari talipon bimbit gua yang baru.

Dalam pusing-pusing dalam The Mines tu tiba-tiba ada salesman tegur gua

"Bang tengok ni bang..." sambil menghulurkan pemplet,

Gua menyambut pemplet yang dibagi sambil berkata "terima kasih"

"Cuba la bang pakej ni, ada 5 sesi" kata si salesman lagi yang segak berbaju hitam bertai merah.

"Sesi apa..benda apa ni.." tanya gua ramah kepada salesman itu

Salesman itu dengan penuh semangat terus menjawap "kami buat promosi pakej penurunan berat badan 5 sesi percuma 1 sesi dengan......"

"Ish..takpala..!!!" gua terus mencelah dan mamatikan kata-kata salesman tu..,dalam pada masa yang sama salesman tu terus buat muka mr.bean tanda protesnya kepada gua yang agak emo..


Yana yang memang suka bahan gua terus bantai gelak dan sound gua..

"itu tandanya u memang dah gemuk"


Siot betul...dalam bertahun gua hidup dan berjalan di shopping compleks., ini kali pertama gua dipromot dengan produk kelansingan badan..derm derm..

Ini tak boleh jadi..., gua kena kurus balik ni...hihi




Sekian...Peace (~_^)