Tuesday, October 1, 2013

Hospital Az-Zahrah Bangi Servis SLOW




Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi merupakan salah satu klinik yang telah dinaik taraf menjadi Hospital kalau tak silap gua.

Dan majoriti penduduk bangi tahu kewujudan Hospital Az-Zahrah ni...,

Tapi satu gua tak paham dengan Az-Zahrah ni.., dorang tak pernah nak cuba baiki kelemahan utama dorang iaitu selalu Doktor tak ramai dan menyebabkan pesakit akan tunggu lebih dari 1 jam untuk berjumpa Doktor

Tapi gua rasa gua silap sebab mengatakan dorang tak pernah cuba baiki kelemahan itu.., rasa mustahil dorang tak pernah cuba untuk atasi yer dak..? tapi kalau dah cuba atasi apa cubaan yang mereka lakukan tu..?? hihi

Semalam sekali lagi gua kena tunggu selama 1jam 45 minit baru berjumpa Dokor

Gua cakap ini bukan berdasarkan sekali dua datang tetapi dah banyak kali sebab salah satu panel perubatan gua ialah di Az-Zahrah.

********************

Gua tengok banggunan Az-zahrah ni makin hari makin besar dengan buat renovation bagai.., tahniah la kerana makin maju...,tetapi kenapa kedekut nak panggil Doktor lebih ramai pada waktu puncak..?? kenapa..??? 

Benda ini dah lebih 2 tahun tak berubah..gua cakap sebab FAKTA.,  sebelum ini pun gua pernah tanya pada FACEBOOK mereka tengok gambar bawah..




Nampak jawapan mereka apa..? tidak menjawap soalan langsung yer dak..?? amin = admin


********************


Di kaunter amik ubat pun sama.., ditulis sila rujuk kaunter jika tunggu lebih 10 minit.., tapi bila lebih 30 minit tunggu gua tanya jawapan dia 

 "tunggu kami panggil"


Gua diamkan je la sebab kesiankan pekerja sikit tapi kerja banyak...


********************

Secara jujurnya dari segi layanan dan intonasi pekerja melayan pesakit memang bagus.., dari pekerja gua rasa takda masalah sebab memang pekerja dorang bagus..

Tetapi masalah yang orang lama menunggu ini adalah masalah dari pihak pengurusan.., gua harap Az-zahrah boleh mengambil benda ini serius sebab pesakit akan lebih sakit jika tunggu dengan lama...


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : pekerja dorang ramai comel-comel dan bercirikan islamik..hihi

8 Orang Memberi Komen & Pendapat

ingat nak cari pekerja locam tu senang ker... ramai doktor bz sekarang... huhu

selalunya org pergi swasta sebab taknak tunggu lama2.. kalau sampai sejam tunggu baik pergi gomen.. tp di sebabkan dia Rawatan Islam maybe org sanggup tunggu jugak kot.. so pihak hosp kena alert la.erk.. caj dia mahal tak??

sebab tu jwpn auto drp dorg..robot yg reply soalan ko tu.mmg ler dia xkan jwb ape2 yg ko tya hahahaha

sama laa ...az-zarah panel...so pergi laa...
tunggu dari anak suhu 38 ajee time tu dia demam sampai boleh jadi 40 sebab lame sangat k... baru dapat cepat pergi amergency...
sabar ajee laa...
penah satu ketika tu... org dt ambik nombor dulu encik pergi makan dulu nanti saya call yg jaga kaunter tu cakap...sabar ajee laaa

ni la masalah utama hosp skrng ni..kalo hosp swasta maybe staff die dh ok tp sbb kurang pekerja jd kualiti kurang la..sbb kena tunggu lama etc..

ntah kdg2 rs certain2 private hosp ni mcm guna sistem kapitalis kot..untung bg kt org atas2 je...org2 bawah ni dpt mana ya ado jer la..tu yg ade gk komplen kata even staff private tp still kualiti kurang memmuaskan..

eh melalut pulak..kebetulan sya pun share something pesal private n gomen hospital..meh la jenguk2 entry terbaru saya..)

lenkali pegi la hospital an nur
sebelah tu je
hehehe

gitulah masalah kalau klinik panel.. cam kes gua... klinik bukak 9 pagi , tapi doktor pukul 1030 baru masuk... waiting patient dah dekat 10 orang... memang demam boleh pengsan menunggu punya hal


EmoticonEmoticon