Thursday, October 17, 2013

Rumah Kena Pecah Masuk




Baru-baru ini rumah mak mertua gua kena pecah masuk oleh encik perompak yang berbangsa pak arab.., macam mana gua tahu pak arab kejap lagi gua cerita ok

Kejadian berlaku pada waktu magrib pada hari pertama kita menyambut Raya Haji baru ni.., agak cilaka betul encik perompak itu..,

Kejadian ini berlaku disedari oleh puan jiran kami yang terdengar bunyi bising dan mengintai lalu ternampak 2 orang yang mencurigakan lalu terus call encik polis.., dalam pada masa yang sama puan jiran menyuruh anak beliau pergi ronda untuk mengesahkan kejadian..,

Dalam anak puan jiran tengah meronda dia nampak 2 orang berbangsa arab memanjat dan melompat tembok pagar rumah untuk keluar melarikan diri.., lalu beliau terus mengejar 2 orang encik perompak itu yang berlari sepantas Ben Ashaari(kira perlahan la tu). Namun agak mengecewakan kerana belum sempat anak puan jiran menangkapnya sebijik kereta toyota menghampiri 2 perempok itu lalu 2 orang encik perompak itu terus menaiki kereta itu lalu berlalu pergi.

Bila polis sampai ditempat kejadian, lokasi rumah dipenuhi dengan jiran=jiran ...pada masa ini kami semua tiada dirumah kerana sedang beraya menziarahi keluarga di ampang.

Jiran yang prihatin terus kol kami supaya pulang kerumah kerana polis sudah sampai untuk masuk kerumah wusha-wusha apa yang hilang.

Sampai dirumah gua bersama 4 anggota polis yang bersenjatakan pistol masuk kedalam rumah yang gelap..,lalu gua sebagai tuan rumah membuka lampu satu persatu.., fuh situasi masa ni macam dalam filem Gerak Khas ('',)

Dipendekkan cerita barang yang hilang ialah cash duit raya Zafirah lebih kurang RM3000 dan juga seutas rantai emas bernilai RM3000.., syukur kejadian berlaku ketika kami tiada dirumah dan juga perompak tidak sempat mengambil beberapa barang bernilai yang lain kerana Jiran tertangga prihatin dan cepat bertindak..,

Mereka ketakutan itu pasal tak sempat ambil beberapa barang lain dan juga tertinggal bahan bukti iaitu skru driver besar disyaki alat yang mereka gunakan untuk mengopak pintu dan juga almari

Untuk pengetahuan rumah tak pasang alarm...so pengajaran untuk kami

**************************

Selepas repot polis dibuat.., unit penyiasatan dan forensik datang kerumah untuk mengesan cap jari.., dukacitanya apa bila encik detektif scan cap jari tak jumpa kerana encik perompak pakai sarung tangan.



Biasa gua tengok dalam CSI jer operasi kesan cap jari ni.., tapi ni dapat tengok depan mata macam mana kerja yang mereka buat..canggih wo..hehe

So kejadian pecah rumah ini bukanlah dilakukan oleh matpet dan juga mat indon sahaja.., rupanya beberapa geng pak arab yang kononnya hensem ni pun sebenarnya adalah perombak jugak..derm..!!! 1st time tahu pak arab ada merompak rumah

Untuk cerita lebih detail lagi tunggulah Yana update sebab dia rajin sikit menaip lebih detail..hahahaha



Sekian..Peace (~_^)v

p/s : Agak kecewa kerana lambat masukkan duit raya zafirah dalam Tabung Haji dia


19 Orang Memberi Komen & Pendapat

Banyak cilakak punya pak arab..datang merompak plak..hati2 bro..ada pak arab yang pandai pukau orang jugak.

bahayaaaaaa lah pak arab ni. grrrr

banyak duit raya zafirah,sian dia

banyak jugak duit raya zafirah yg kena curi yer.. Syabas la ujang even di rompak mampu ber encik lagi dgn perompak yer. Sekarang ni jenayah pecah umah memang dari makhluk asing. Akak pun baru 1st dengar pak arab pecah umah orang. selalu dok dengar depa ni pengedar dadah je kan. Apapun sabar la Ujang & Family. Mungkin akan menyusur lepas ni rezeki yg melimpah ruah.

benci perompak ! huhu tahun lepas pun kena masuk ngan mat pet dan oshin ada dalam rumah masa tu T____T

naseb semua xde kan..kalo x xtahu mcm mna..

mudah2an ada rezeki zafirah yg boleh ganti balik.. syukur semua selamat.

BESE DUIT RAYE ANK MMG CECEPAT MASUK BNK..TKUT JD KES GINI LA...

wah.sayangnye..kohajaq punya perompak..

kesian zafirah...ada hikmah di sebalik kejadian tu..semoga Allah memberi lebih dari apa yg hilang..

3 ribu ringgit duit raya, banyak kot..sayangnya..

banyak tue...raya besar la pak arab tue...

Patutnya masa kejar tu simbah asid terus kat encik perompak tu..

ish takutnya baca entri ni. nasib baik ada jiran peka rumah jiran sebelah. bahaya la pak arab ni

recent post : Buat Sendiri Cover Case Telefon

Kami rumah no 71 mngucapkan takziah. Bahaya sungguh Bangi sekarang.

Kami rumah no 71 mngucapkan takziah. Bahaya sungguh Bangi sekarang.


EmoticonEmoticon