Monday, December 23, 2013

Apa itu Tenaga Boleh Baharu (TBB) Dan Kepentingannya


Baru ini gua dapat email dari seorang hamba Allahyang berbunyi


"Salam.., apa itu tenaga boleh baru..apa pentingnya..?"



TBB adalah singkatan kepada istilah Tenaga Boleh Baharu, manakala KT merupakan singkatan kepada istilah Kecekapan tenaga.

Tenaga Boleh Baharu (TBB) adalah tenaga yang dijanakan daripada sumber-sumber tenaga yang tidak akan habis. terdapat 6 sumber tenaga boleh baharu yang tidak akan habis apabila digunakan iaitu:






 



 




 






Berikut adalah senarai negara pengeluar tenaga boleh baharu yang tertinggi :

Bagi Kuasa Angin
1.    Amerika Syarikat – 35,296 MW
2. Germany – 25,777 MW
3. China – 25,104 MW

Bagi Kuasa Hydro
1. China – 179,056 MW
2. Brazil – 81,955 MW
3. Amerika Syarikat – 78,054 MW

Bagi Kuasa Solar (PV)
1. Germany – 6526.00 MW
2. Spain – 5504.76 MW
3. Japan – 2347.00 MW

Bagi Kuasa Solar (CSP)
1. Amerika Syarikat – 900.0 MW
2. Sepanyol- 130.0 MW
3. Australia – 37.0 MW

Bagi Kuasa Geothermal
1. Amerika Syarikat – 3153.0 MW
2. Filipina – 2195.3 MW
3. Indonesia – 1132.0 MW

Bagi Kuasa Biogas
1. Jerman – 3,594 MW
2. United Kingdom – 1,425 MW
3. Amerika Syarikat – 1,047 MW

Bagi Kuasa Biomass
1. Amerika Syarikat – 9,391 MW
2. Jerman – 5,890 MW
3. Sweden – 4,522 MW



sumber


**************************


Mengapa perlu TBB dan KT? 




1. Membendung penggunaan bahan api fosil

-Sumber bekalannya semakin pupus
-Harganya semakin meningkat dengan kepupusannya
-Menghasilkan SOx dan NOx yang menyebabkan hujan asid

2. Memelihara alam sekitar

- Mengurangkan kesan proses pemanasan global
- Alam sekitar bukan satu warisan tapi hanya pinjaman dari generasi akan datang

3. Menambahbaikkan simpanan luar negara

 
Mengurangkan Pertukaran Wang Asing


4. Menjimatkan Wang

- Mengurangkan bayaran bil elektrik
- Dari hasil penjimatan wang boleh la kita belanja benda lain yer dak..?


KELEBIHAN MEMANFAATKAN SUMBER TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI



 Kesan Positif Tenaga Altenatif

Memanfaatkan tenaga alternatif dalam dalam kehidupan seharian menjadikan ia sebagai sumberpenjanaan tenaga elektrik yang terbaik. Lebih menakjubkan, sumber tenaga ini dianggap lebih bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi dan tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Sekiranya arang gas asli dan arang batu masih lagidigunakan, sudah pasti negara akan mengalami masalah dan kerugian yang besar.

Sumber alternatif ini mampu mengatasi masalah krisis penjanaan tenaga serta menjaminkestabilan ekonomi negara. Sebagai contoh, penjanaan tenaga solar dapat di jana pada sebelahpagi dan petang dan kemudiannya boleh di simpan untuk digunakan pada waktu malam pula. Iaboleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat di Malaysia. Ini sudahpasti menunjukkan penjanaan dan pengunaan tenaga elektrik boleh dijana pada tahap yang optimum.

Isu yang lebih besar adalah ia menjana cukup tenaga pada harga serendah yang mungkin untuk membangunkan pengeluaran tenaga yang berdaya maju. Terdapat juga beberapa sebab mengapa tenaga alternatif ini adalah sebahagian daripada penyelesaian tenaga kita. Ia tidak bergantung kepada mana-mana sumber asing kerana ia terdapat di hampir ke semua negara. Ia adalahperkongsian bersama yang telah Allah berikan kepada semua kehidupan di muka bumi ini. Malah proses ini adalah asli dan tidak membawa sebarang kemudaratan kepada manusia dan kehidupan yang lain


**********************************


Jadi selepas kesedaran kita mengenai kecekapan tenaga.., apa peranan kita..???

Meh gua kasi idea sikit beberapa amalan yang boleh kita lakukan dirumah untuk cekap tenaga


- Tutup semua suiz yang tidak digunakan


- Buat satu benda dalam satu masa yang sama contohnya basuh baju dan gosok baju sekali



- Tukar kesemua peralatan elektrik yang rosak kepada peralatan elektrik yang cekap tenaga



Kesimpulannya Tenaga Boleh Baru dan Kecekapan Tenaga adalah penting untuk masa depan negara dan dunia.




Untuk keterangan lanjut boleh wusha website SEDA (klik)



Sekian...Peace (~_^)v





Artikel Terkait

7 comments

hmmmm ...kos semua TNB jg yg tanggung sbb kena beli blk tenaga tu dgr hara lebih dr yg TNB jual.....

macama lecture notes dah kat atas tu ujang...hehehe nice sharing on the topics that Malaysian don't really give damn attention...

Rakyat hanya tau blame, mereka ambil mudah n xnk buat research dlu. Thanks saudara ujang.

Artikel yang menarik. Rakyat sekarang semuanya sibuk dengan teknologi, nk sejuk pkai aircond, nk cpt pkai mesin pencuci lepastu bsing kata harga letrik melambung. Diri sendiri xnk jimat mmg susah la..

Artikel yang menarik. Rakyat sekarang semuanya sibuk dengan teknologi, nk sejuk pkai aircond, nk cpt pkai mesin pencuci lepastu bsing kata harga letrik melambung. Diri sendiri xnk jimat mmg susah la..

Salam..mohon copy paste ilmu..thanks


EmoticonEmoticon