Benda Yang Wajib Bawa Bila Ke Luar Negara | Tips Melancong




Kesemua mahluk yang normal pasti suka melancong yer dak..? kot la kau kata kau normal dan kata tak suka pergi melancong tu maknanya kau ego.., tak pun kau dah tua..hihi..('',)

Kalau melancong dalam negara gua rasa tak berapa banyak benda penting sangat yang perlu bawa dan kena ingat sebab kalau nak packing pun lebih kurang balik kampung jer yer dak..?

Ini gua nak senaraikan beberapa benda penting yang perlu bawa bila nak travel ke luar negara..checklist sebelum ke luar negara :


1. Dokumen Penting

- Benda ini adalah paling penting sekali sebab kot kau tak bawak pasport atau Visa memang merayu tahap dewa macam mana pun kau tak boleh lepas di airport.., so sebelum berlepas ke airport pastikan dokumen peribadi semua dibawa.. dan lebih penting sekali tengok Pasport kau tu mati bila..!!! kena ingat pasport kau kena hidup 6 bulan sebelum tarikh luput pastport kau tu paham dak..??? contoh nak fly bulan 2/14, pasport kau punya tarikh luput mesti 7/14 ke atas...,kalau gua silap bagitau


2. Duit 



- Opkos kalau kau nak ke negara orang mesti gunakan matawang dorang yer dak..? so jangan jadi bebal tak tuka duit di Malaysia siap-siap..hihi,

- Dan jangan lupa bawa duit cash RM ke negara luar kerana bila berlaku kecemasan duit RM tu boleh ditukar di negara orang tu, contoh biasa berlaku kecemasan ialah tak cukup duit shopping..hihi,

- Perlu diingat juga beberapa negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand kalau kita tukar RM di sana lagi berbaloi.., kena pandai cari Money Changer ok..


3. Universal Travel Adabter

- Benda alah ni agak penting kerana lain negara lain pulak kepala plug dia..samdol betul..hihi, kalau kau pergi Indonesia dan Thailand memang lain..kalau pergi London sama dengan Malaysia.., gua kekadang lupa bawak juga menatang ni..bila nak cas henpon or kamera dah tak boleh..jibauk betul..hihi

 - So kalau pergi ke luar negara bawak la Universal Travel Adabter ni.., kalau taknak bawa pun sukati lantak kau..!!! hahahaha , kalau dah tertinggal cuba tanya hotel korang duduk tu biasanya dorang ada kasi pinjam cuma kena letak deposit duit sikit.., lepas pulang depa kasi balik duit tu...

 
4. Ubat

-  Ubat ni tak berapa penting untuk yang antibody dia sihat macam gua.., tapi kalau jenis yang sensetif dengan cuaca atau apa benda yang kau sensetif bawa la ubatan atau supliment sikit.., paling tidak panadol walaupun panadol tu tak bagus..hahhaha
- Kot dah nak pergi berjalan tetiba tak sihat kan kurang best yer dak..??


5. Kad Kredit

- Kad kredit ni agak penting untuk kecemasan yang tahap dewa..,  contohnya paling utama ialah kau tertinggal kapal terbang bila nak balik.., jadi duit cash tak berapa nak ada.., so gunakan lah kad kredit untuk beli tiket baru gitu.., so kalau pergi jauh(selain asia tenggara) takde kad kredit pinjam la mak bapak or sesiapa family yang ada.

- Kot la kad kredit kau kata kecemasan untuk shopping gua tak berapa nak setuju..hehe,


6. Peta / Tentatif


London Tube Map

- Peta yang penting maksud gua ialah map...eh macam sama je..hahaha, maksud gua ialah map public transpot di negara tersebut.., sebelum pergi korang wajib study lokasi dan juga beberapa landmark penting tempat korang tuju supaya senang tak gelabah bila dah sampai nanti

- Selain itu jangan lupa bawa tentatif program korang ke negara tersebut.., contoh 1st day nak pergi mana tulis siap-siap lokasi dan anggaran masa, 2nd day pergi mana semua kena tulis dan setkan siap2 di Malaysia supaya masa korang di tempat melancong nanti terancang dan jimat masa...ini yang gua buat masa pergi London hari tu..atas ajaran RedMummy...., kot kau pergi ikut travel agent lantak kau..takyah buat semua ni pun takpe...hahahaha


Akhir sekali jangan lupa bawa

~

~


~

~

~

~
~

~

~
~


~


~

~

~

~
~

~

~
~

~


~
~


BINI..!!!!!!!!!!!!!

Dah kenapa gambar gua kepit ni..?? derm.!!!!


Dah pergi luar negara benda wajib bawak ialah bini dan anak..hahahahha.., sang isteri mesti setuju bab ni yer dak..???




***************************************

 Gua rasa ada lagi beberapa benda penting ni.., tapi macam malas nak taip dah..hahaha.., erm..apa lagi ek benda penting yang gua tertinggal...??

Sekian...Peace (~_^)v



p/s : lepas ini gua nak buat semua entri travel yang sebelum ini gua tak pernah buat...

{ 9 comments.. read them below or add one }

Shafiq Hashim Shafiq Hashim December 19, 2013 at 11:25 AM
tip berguna..

shafiqhashim.blogspot.com
AMMAR YASIR AMMAR YASIR December 19, 2013 at 11:54 AM
Rasa nak pergi London lah. Jom Jang pergi London lagi
eima eima December 19, 2013 at 12:08 PM
last tu buat aku tergelak ...hahaha
lama tak baca blog ko
risa risa December 19, 2013 at 12:34 PM
lama tak melawat sini...gud tips..tenkiu adik gemok!
::EIDA:: ::EIDA:: December 19, 2013 at 3:01 PM
buat buat jgn tak buat travelog anda.. heeee~
aizamia3 aizamia3 December 20, 2013 at 11:05 AM
kehkehkeh.. ofcosler anak bini kena bawak.. ;)
tak payahlah buat entry pasal jenjalan tu sebab dak Yana dah buat awal dah.. kihkihkih..
Erra Kyra Erra Kyra December 20, 2013 at 7:37 PM
Bagus ni bagus ni bagus nih *geleng pale*
Eim AG Eim AG September 30, 2014 at 3:01 AM
Tips yg bagus! Insha Allah sebelum gi travel overseas next time, nak rujuk lagi sekali blog adik, mana tau ada terlepas pandang hehe.. tqvm! :)

www.dunia-naeim.blogspot.com