Thursday, December 5, 2013

MATIC FEST 2013 syok wo...!!!




Sabtu baru ini gua sempat pergi ke Matic Fest 2013 ..., gua memula tak tau apa itu Matic..yang gua tau MATI hihi..

Matic sebenarnya adalah singkatan pada Malaysia Tourism Centre (klik) ,  atau dalam bahasa melayunya ialah Pusat Pelancongan Malaysia. Matic ini operasi dia adalah untuk kemudahan pelancong datang ke Malaysia dan bertanya apa yang menarik di Malaysia... haa nampak tak bagusnya pusat pelangcongan negara kita..hehe

Lokasi dia sebelah saloma bisto, berhampiran KLCC ..

So kalau ada pakcik atau sedara korang yang bukan orang Malaysia nak melancong boleh suruh depa datang ke MATIC untuk dapatkan maklumat lanjut..hehe


Website: www.matic.gov.my
Facebook: fb.com/PPMMaTiC


**********************

Berbalik kepada Matic Fest 2013 ni , gua pergi hari Sabtu bersama dengan Yana dan opkos Zafirah ..hehe


Banyak program yang ada disini antaranya ialah :


PaintBall


Selama 17 tahun aku hidup ini sekali pun belum pernah main PaintBall... sob sob

Pameran Kucing


Baru ku tahu kucing ada pelbagai wajah..., kok muka korang jenis macam mana..hihi

Pada belah pagi ada insan ingin bagi free berapa ekor anak kucing..siapa cepat dia dapat..hehe


Gusti Lengan


Bab main menatang ni gua tarik diri terus.., bukannya apa, tak tangan aku patah muka orang yang lawan dengan aku tu pecah kalau gua main...hihi



Pertandingan Karaoke


Akak ni nyanyi sedap gila siot..!!!!!!!!!!!!!!!!!!, dia nyayi lagu SHIMA "setelah aku kau miliki" , aku orang lain nyanyi aku buat bodoh je sebab aku rasa suara aku lagi sedap.., tapi bila time akak ni nanyi amik kau terus ke depan pentas aku amik gambar dia...hihi

Gua sebenarnya nak masuk gak.., tapi atas nasihat juri dia kata 

"tak payah la ujang kasi peluang orang lain"

So dari nasihat juri tu, gua harap korang paham la kekadang kita kena kasi peluang orang lain untuk menang...yer dak..?? 
*macam tak sampai je punchline aku


Pertandingan Tamiya


Bila tengok ada tamiya ni gua dah macam tak keruan dah..macam histeria pun ada..siap loncat-loncat sambil lari setempat..., lepas tu siap buat lompat bintang lagi...

Benda ni gua minat gila oi..!!!!!!!!! lepas tu bengang dan menyesal dengan diri sendiri sebab pergi buang semua tamiya dengan eksesori...gua kumpul semua ni dulu oi..!!!! kenapa la baru sekarang nak popular balik oi....!!! dulu ingat ni mainan budak-budak oi..!!! sekarang yang main semua orang tua oi...!!!!

Nampak tak banyaknya oi melambangkan kekecewaan gua.....

**********************

Festival ini secara purata memang enjoy sesuai dengan semua lapisan umur 60 tahun ke bawah..sebab kalau orang tua datang gua rasa buat dorang penat je...hihihi

Tapi cuma kedai makan dia gua rasa elok letak jauh sikit dari khemah utama sebab agak padat dan susah untuk orang lalu dan untuk membeli.., harga makanan adalah berpatutan..('',)

antara rakan blogger yang gua jumpa masa event ini ialah : melastik bintang, cik lilly, dan juga kelly 


Sekian..Peace ('',)


7 Orang Memberi Komen & Pendapat

abg aku dulu siap buat landasan tu buat sendiri ko ... bersemen bagai ...

nasib baik dengar nasihat juri.. kalau tak.. kena kutuk2 manja dalam blog dak Yana.. hehehe..

zafirah buat mulut mcm tu comelny.

wow seronoknya.. kucing tu paling win siap bagi free je

anak sangat minat ngn kucing..nampak entry ni tadi ada kucing bukan amin seronok lagi dia... seronok tgk koleksi mcm tu....

nice entry....

TQ ADIK... KOMEN BAB NYANYIAN.. GAMBAR YG KAMU AMBIL NI GAMBAR KAK DAN KAK LA PESERTA ITU...


EmoticonEmoticon