Review Lawak Ke Der 3

Poster Lawak Ke Der 3


Rabu baru hari tu iaitu 4/12/13 adalah hari pertama persembahan LAWAK KE DER 3 yang seperti Lawak Ke Der sebelum ini diadakan di Istana Budaya..ah asal ayat gua macam keling ni..hahaha, takpa janji paham yer dak..?

Gua pergi dengan isteri tercinta..YANA...cewah..!!!



Apa yang menariknya hari pertama di Istana Budaya ini boleh dikatakan Full House..!!!!!  terkena kejutan budaya gak gua bila 1st time masuk ke Istana Budaya ni..hahahaha

Cantik rupanya dalam Istana Budaya ni..lepas tu tak boleh amik gambar dan video dalam Istana Budaya.., kalau amik nanti ada laser hijau memancar tepat ke arah korang...hehe



**************************


Lawak Ke Der 3 kali ini mengekalkan hosnya iaitu Nabil Raja Lawak..dan menampilkan 2 muka baru iaitu Jambu dan juga Douglas Lim sebagai penganti kepada Jozan dan juga Boboi.

Pengarah Lawak Ke Der 3 iaitu Hans Isaac  secara peribadi gua rasa berani mengambil risiko dengan menampilkan Douglas Lim sebagai pelawak dalam Lawak Ke Der 3, untuk Jambu gua rasa tiada masalah sebab memang ramai dah kenal dengan lawak Jambu yer dak..?? tapi lawak ke Jambu dalam Lawak Ke Der 3...? hihi

Sebelum mula gua secara jujur tak mengharapkan langsung lawak daripada si Cina Douglas Lim ni.., dalam hati siap kata "apa cina ni nak buat lawak dekat melayu"..hihi

Perasaan itu sama juga apa yang gua rasa bila Harist Iskandar dalam lawak ke der 1., dan gua rasa siapa yang tengok lawak ke der 1 pasti rasa benda yang sama tak sangka Harist Iskandar lawak yer dak..??

Dan untuk korang yang tak tengok lagi percayalah Douglas Lim ni dia punya lawak pada malam Lawak Ke Der 3 itu mengalahkan Harist Iskandar apatah lagi Jambu...hahahahahahaha

Sebenarnya kesemua pelawak yang ada tidak mengecewakan langsung..!!!!! cuma secara peribadi gua suka lawak Douglas Lim  yang lebih santai, spontan , gila, sempoi, kohaja , dan "best gila babi sial.........."

Punchline lawak dari Douslas Lim sangat mengkremkan perut gua dengan lawak dia.., dan paling best penutup lawak dia dengan nanyian lagu dia yang sempoi gila abaq ang..!!!

Kepada yang tak tahu Douglas Lim adalah seorang stand-up comedy yang telah lama ada dalam negara kita tetapi dia buat lawak sebelum ini dalam bahasa inggeris.., dalam Lawak Ke Der 3 ini buat pertama kalinya dia buat lawak dalam bahasa melayu

Yang gua pun tak tau kenapa gua review ni cerita pasal Douglas Lim sahaja..hahahaha so kepada yang belum tengok boleh la tengok sebab gua rasa lawak hari pertama dan hari lain pasti berbeza kerana yang tengok pada hari pertama ini adalah "tikus" bak kata Nabil sebab kami semua bahan eksperimen jer..ahahahahah






Rating Lawak :

Nabil = 7/10
Jambu = 5/10
Harist Iskandar = 7/10
Douglas Lim = 10/10


******************************

Kepada yang berminat boleh la tengok beberapa detail di bawah :

Harga Tiket Lawak Ke Der 3

untuk maklumat lanjut boleh ke http://www.ticket2u.biz/  (klik)

Gua duduk di tiket berhuruf W yang berharga RM176..., nasib ada orang belanja..hahahaahah


******************************

Agak sedih pada malam Lawak Ke Der 3 sebab buat pertama kalinya gua tak bergambar dengan RETIS pada malam tu..., biasa gua kan sakai nak bergambar...hahahhahaah

Akhir kata terima kasih kepada penaja tiket gua pada malam itu iaitu ESCNOW dan juga BroFramestone kerana menjemput gua..tak lupa juga kepada semua rakan blogger yang hadir pada malam ini.

Apa itu ESCAPE?

- ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja.

- Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya

setempat.

*************************



Berita baik untuk pelanggan Celcom...korang semua boleh sertai peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000

 Caranya mudah je wei.., bermula 7 hingga 27 Dis 2013,

Pelanggan Celcom perlu menonton  YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik:
https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan

 - Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Nak tahu tahu lebih? dan untuk menonton Lawak Ke Der Online .. Layari laman web ESCAPE

Sekian...Peace (~_^)v


tags : pelakon lawak ke der 3, review lawak ke der 3, lawak ke der 3 2013, lawak ke der 2013, pengarah lawak ke der 3

{ 7 comments.. read them below or add one }

HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 6, 2013 at 12:35 PM
Hmm seronok korang kan .. hmm bro tgk dan baca entri je le .. :(
Emma Emma December 6, 2013 at 1:48 PM
Nampaj ujang, tapi takut nak tegur... hehehhe :)
YanaUjang YanaUjang December 6, 2013 at 2:11 PM
seat kita huruf X laaaa..douglas mmg terbaekk!!
Bahrain Bahrain December 7, 2013 at 11:27 AM
agak2x kuar kat pawagam tak macam lawak ke der 2..?
aizamia3 aizamia3 December 16, 2013 at 2:27 PM
kehkehkeh.. memang sempoi review dak Ujang kali ni.. ;)
tak tahan dengan perkataan 'sakai' tu..
Dkna Abza Dkna Abza December 17, 2013 at 4:04 PM
macam yana jer yang buat entry ni kat blog ko jang :p
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah December 18, 2013 at 12:00 PM
wah ! kemain lagi rating untuk douglas lim tu, tapi betul lah, dia mmg lawak, spontan jer, muka dia pon slumber jer ;)