Wednesday, December 25, 2013

Sebab-sebab Tenaga Boleh Baharu dilaksanakan.





Sebelum ini gua ada terangkan APA ITU TENAGA BOLEH BAHARU yer dak...? yang nak tau lanjut boleh baca di SINI <--- p="">

Kali ini gua terangkan apakah beberapa sebab-sebab untuk melaksanakan inisiatif  Tenaga Boleh Baharu (TBB)?


Terdapat 3 sebab utama iaitu:

Mencapai Jaminan Tenaga

• Malaysia kaya dengan sumber asli bahan api fosil dan bergantung kepada sumber-sumber tersebut (contoh: campuran tenaga 2010 - gas asli 51.5 %, Arang batu 43.3%, hidro 4.2% dan TBB 1% - JPPPET 2013) untuk menjana tenaga.

• Walau bagaimanapun, sumber bahan api fosil di negara ini semakin berkurangan dari masa ke semasa. Gas asli hanya tinggal untuk tempoh 20 tahun sahaja dan Malaysia telah mengimport arang batu.

• Menurut kajian oleh Vermont Law School, Institute for Energy & The Environment, USA (2012 ), Malaysia berada di kedudukan teratas di kalangan 1 1990-2010 . Faktor-faktor utama yang mendorong Malaysia mencapai kedudukan ini ialah kelulusan Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu Negara oleh Kabinet pada April 2010 dan komitmen Kerajaan ke arah pelaksanaan tarif galakan di negara ini. Walaupun ianya merupakan pencapaian yang baik, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan peningkatan jaminan tenaga yang berterusan. Peningkatan caj kutipan sebanyak 0.6% yang dikenakan ke atas bil elektrik bagi kutipan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) merupakan salah satu daripada langkah yang diambil bagi mencapai jaminan tenaga tersebut .

Mencapai Autonomi Tenaga

• Selaras dengan tema belanjawan 2014 dalam mencapai ekonomi yang berdaya tahan dan pengurangan kebergantungan terhadap bahan api yang diimport merupakan salah satu daripada langkah untuk mencapai autonomi tenaga dan bebas daripada ketidaktentuan harga tenaga dunia (mendiang Dr. Hermann Scheer).

• Penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) tempatan secara optimum dalam jangka masa panjang adalah amat penting bagi negara. Peningkatan penggunaan sumber boleh baharu menyumbangkan kepada autonomi tenaga dan seterusnya mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan .

Mengurangkan perubahan iklim

• Para saintis telah mengenal pasti kaitan antara pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) dan perubahan iklim. Kebelakangan ini kesan perubahan iklim dapat dilihat dengan jelas di beberapa Negara antaranya seperti Taufan Haiyan yang telah berlaku di 2 menyebabkan fenomena alam sekitar yang lebih extreme.

• Perdana Menteri telah menyatakan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pembebasan GHG sebanyak 40% berbanding Indeks KDNK menjelang tahun 2020 di sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen pada bulan Disember 2009. Memahami risiko perubahan iklim dan kesannya terhadap kehidupan rakyat, Perdana Menteri telah menyatakan pendirian jelas bahawa Malaysia akan menjadi sebahagian daripada Negara yang berusaha untuk membantu mengurangkan perubahan iklim.



Artikel Terkait


EmoticonEmoticon