Monday, February 25, 2013

Minah Saleh Bercinta dengan Melayu di Langkawi

Pergh...!! tajuk nak A jer yer dak..?

Baru ni gua ada pergi ke langkawi tajaan Tareeq Al-Jannah....banyak la tempat2 menarik yang gua pergi...(nanti gua cerita kemudian)

 Di suatu pulau ni sedang gua lepak seorang2...tiba2 ada minah saleh tegur gua



*********************


 Jesicca : Hai...u peminat Arsenal yer..

 Ujang : Yup...*sambil buat muka comel

 Jesicca : Hai nama saya jesicca..*sambil hulur tangan 

Ujang : hai jesicca...saya ujang, awak dari mana

 Jesicca :  Saya dari german..saja datang bercuri di Langkawi..

 Ujang  : Owh....*jawap ringkas sebab malas nak layan

 Jesicca :  muka awak macam player Arsenal la..Arteta..

 Ujang : wahahahahahaahhahahaha *gelak iklas tak iklas sangat

 Jesicca : serius la..i peminat arsenal gak.

Jesicca : Erm..saya datang Malaysia seorang..sudi ke teman saya..

Ujang : Sori saya sudah berkahwin *jawap gua gentle

Jesicca  : owh yer ker..., erm..ok

Ujang : ok la saya nak pergi mandi..

Jesicca : kejap2...nak ambil gambar dengan awak dulu

Ujang : ok....


**klik**

Jesicca dan Ujang


* dekat langkawi memang ramai gak orang melayu kapel dengan minah saleh...


Sekian Peace (~_^)v


Tuesday, February 19, 2013

Review Filem Pada Suatu Cinta Dahulu

PADA SUATU CINTA DAHULU


Semalam gua sempat join preview Filem terbaru MIG iaitu Pada Suatu Cinta Dahulu arahan pengarah hensem iaitu abang Hashim Rejab

Pada Suatu Cinta Dahulu secara ringkasnya mengisahkan zaman nakal dan percintaan budak sekolah pada era tahun 90an

Intan Lydyana

Filem ini menggabungkan pelakon lama dan muka baru antaranya ialah Intan Lydyana, Wawa Zainal, Zalif Sidek dan Nizam Zaidi

Wawa Zainal

Kalau kita tengok filem ini secara tak langsung kepada budak nakal zaman sekolah mesti mengembalikan zaman kegemilangan korang...hehe termasuk yang bercinta di zaman sekolah atau lebih tepat lagi zaman cinta monyet....bila tengok cerita ni mesti korang rasa diri korang macam bongok gila...kepada yang nakal dan cinta monyet  la..hehe


Antara babak yang ditampilkan dalam filem ini ialah bila gaduh dengan kawan kalau nak berbaik kena salam dulu..hehe selain itu bila rambut panjang kena potong bila perhimpunan dan denda kena rotan bontot..sakit woi..!!!!

Nizam Zaidi pelakon terbaik...!!


Sapa nak rasa muda balik jom tengok Filem ni...hehe

Antara rakan blogger yang hadir



Sekian...Peace (~_^)v

p/s : zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



tags : poster filem pada suatu cinta dahulu, review filem pada suatu cinta dahulu, pelakon filem suatu cinta dahulu, pengarah filem suatu cinta dahulu

Thursday, February 14, 2013

Genap Setahun Bergelar Bapa



Hari ini 14/2/2013 genap setahun gua menjadi bapa kepada puteri gua yang bernama Aimy Zafirah bt Mohd Azfar..

Fuh..fuh..rasa kekok jer taip nama ada bt Mohd Azfar ni..hahahaha



Kejap je rasa dah setahun...lepas ni tau2 anak gua dah nak kawin..hahahaha,.., setiap 14/2 orang yang kapel  menggelabah sambut valentine..tapi gua dan yana sambut bezday Zafirah...lagi terbaik yer dak..? ('',)

Macam-macam pengalaman gua sejak dah kahwin ni..siapa rajin baca la kisah macam mana saat gua dapat tahu bakal bergelar bapa...panjang lebar gua cerita..hahahahah baca SINI <----klik p="">
Dah la..sekarang ni gua dah tak reti nak bebel sangat...hahaha sebabnya baca SINI <---klik p="">


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : ada besday party zafirah nanti gua jemput ok..kalau ada

Friday, February 8, 2013

ADIK ADAM SYUKRI Meninggal Dunia


ADIK ADAM SYUKRI

Salam Jumaat...,

Siapa yang mak mak mesti ramai tahu pasal kes Adik Adam ni...nama sebenar dia ialah AHMAD ADAM SYUKRI  yang lahir secara vacum pada 4/3/2012, masa dilahirkan adik adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen dan  lebih menyedihkan lagi adik adam telah mengalamai BRAIN DAMAGED (SERVE HIE) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada urat saraf otak....serius sangat menyedihkan bila gua baca kisah adik ADAM.

Otak adik Adam rosak teruk dan dia tak pandai untuk menelan air liur dia sendiri dan bergantung kepada mesin oksigen ketika dia hidup...

Ketabahan mak kepada adik Adam iaitu NORAISYAH MD MALENA sangat gua kagum kerana lebih kurang dekat setahun dia tabah menjaga adik Adam..dipahamkan lebih kurang 1 jam sehari sahaja tidur kerana menjaga adam...bila baca pasal kes adik adam ni air mata gua mengalir secara tiba-tiba kerana usia adik Adam lebih kurang dengan anak gua ...tak boleh bayangkan perasaan kalau jadi kepada diri sendiri..ya ALLAH berilah keluarga aku kesihatan .

Adik Adam selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam 7/3/2013 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.., Adik Adam akan dikebumikan hari ini 8/3/2013 di tanah perkuburan Islam Kabong.

Boleh baca kisah adik Adam di facebook dia di SINI <----- p="">





* =(


************************

Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri

Detik-detik sayu ketika pengurusan jenazah Allahyarham Adik Adam sebelum diterbangkan ke hampung halamannya di Sarikei Sarawak semalam.

Ciuman terakhir dari ibu..semoga adik adam bahagia di sana.. Al-fatihah


Ke syurga la tempat mu wahai adik ADAM....AL -FATIHAH
  =(


TAGS : AHMAD ADAM SYUKRI, ADIK ADAM SYUKRI, FACEBOOK ADIK ADAM SYUKRI, KISAH ADIK ADAM SYUKRI, ARWAH ADIK ADAM SYUKRI, NAMA MAK ADIK ADAM, 


Thursday, February 7, 2013

STAF KFC Surau Pun Tak Tau Dekat Mana...!!




Al-kisahnya :

Sejak gua makin boroi ni..., gua dah jarang pergi ke THE MINES shopping complex.., apa kena mengena boroi dengan tak pergi gua tak pasti.., sebab sebenarnya gua tak tau nak mukadimah cerita macam mana..hahaha

Dari gua pergi THE MINES gua lagi suka pergi ke ALAMANDA.., sebab ALAMANDA best sikit nak jalan2..yer dak..?? * setuju je la.!!

Baru-baru ni gua pergi THE MINES  sebab nak pergi repair talipon bimbit gua...haaa kalau sapa nak repair atau beli talipon bimbit boleh la ke THE MINES sebab situ senang dan murah...

Ok sambung cerita..,  bila sampai dalam THE MINES gua tengok banyak yang dah berubah antaranya toilet dah makin cantik dan surau yang dekat tepi bowling tu pun dah tutup dan dijadikan toilet untuk orang cacat.

Di pendekkan cerita selepas urusan talipon bimbit gua selesai gua pergi makan dengan Yana di KFC..., masa tu dah masuk magrib sambil Yana makan gua ingat nak la pergi solat Magrib dulu.., tapi bila teringat surau di tepi boling tu tutup so gua dah tak tau lokasi surau so tanya la staf KFC situ

***********************

Lokasi : dikaunter KFC
Masa : 7.50pm

"dik surau dekat mana ek" tanya gua penuh sopan ala2 ustaz don kepada adik KFC yang lengkap bertopi KFC

dengan penuh konfiden adik KFC jawap " surau dekat tepi boling tu bang "(lokasi lama)

"situ dah jadi toilet la dik.." jawap gua selamba

dengan mimik muka tebal adik KFC tu terus tanya kawan dia di kaunter sebelah yang berjantina wanita
" wei ain surau dekat mana yer "

" dekat tepi boling tu la.." jawap kawan adik KFC dengan penuh konfiden gak..

"erm...takpa la dik..nanti ustaz cari sendiri " jawap gua rendah diri sambil buat muka ala ustaz don...('',)


Di ringkaskan cerita 3 orang staf KFC disitu tidak dapat menjawap lokasi surau di dalam THE MINES.., secara positifnya gua beranggapan mungkin surau tepi boling tu siap renovate jadi toilet dalam masa tak sampai 24jam...('',)

*siapa yang biasa pergi THE MINES paham la jalan cerita dan lokasi cerita ni..., surau THE MINES dah berpindah ke tengah2 tingkat 3 tak silap...


***********************

"moral of the story"
- kerja KFC ke Doktor ker solat tu jangan tinggal
- kalau dah kerja kawasan situ kena amik tau lokasi surau mana






Friday, February 1, 2013

Kawen Bukan Untuk Beromen Jer.!

Gambar Hiasan


Salam Jumaat...('',)

Sekarang ni ramai kawan-kawan sebaya gua dah ramai kahwin...alhamdulillah..moga bertambah umat nabi Muhammad yer dak..?

Ramai orang nak kahwin bagi alasan "kawin awal mampu mengelakkan maksiat".....tapi jangan pula kau lupa sesungguhnya kalau suami dayus....isteri derhaka maka boleh jadi pasangan itu ahli NERAKA

Guwa bukan TUHAN...tapi ini JANJI TUHAN...... tak percaya..bukala AlQuran.. bukala kitab-kitab yang ulama ulaskan pasti engkau akan jumpa jawapan. bukan aku marah engkau wahai teman.... tapi kerana aku sayang kerana itulah aku berpesan ('',)

Ramai juga yang kawin tanak anak...adoi...!!!

Sama-samalah kita jaga apa yang diajarkan oleh islam ok...('',) ingat pukul bini bukan dayus tapi kejam..dayus ni tengok tak kejam tapi hukumnya lagi teruk dari orang yang berperangai kejam....hehe

*via lelaki soleh idaman wanita solehah...


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : sebenarnya gua nak tulis panjang..tapi panjang2 takut ramai tak baca habis...('',)