Wednesday, July 31, 2013

Malam Pertama di Rumah Baru



Biasa bila nak raya sahaja mesti ramai orang renovate rumah yer dak...? paling tak pun mood raya ni ada la yang nak baru yer dak..? kalau tak iyer...korang angguk yer kan jer la apa yang gua cakap ok..hahahaha

Mak gua dan mak mertua gua sekarang ini memasing beraya dengan mood rumah baru... yang mak mertua gua renovate rumah yang tak pernah duduk sekian lama..yang mak gua pulak renovate rumah lama yang satu tingkat menjadi 2 tingkat .so keseluruhan dalam rumah baru..(boleh baca di SINI)

Yang mendukacitakan kedua-dua rumah ini siap dalam bulan puasa..., so azab dia tahu sahaja la pindah bulan puasa ni macam mana... penat dia pindah tu dah macam mendaki bukit broga...fuh fuh.., air kencing sendiri pun rasa nak minum jer yer dak..?

So umah mak mertua gua secara rasminya berpindah masuk pada hari minggu hari itu (27/7/2012)


Bila katil dan almari bagai dah masuk rumah baru...so kena la tidur dirumah baru itu yer dak..??  nasib la mak mertua gua ni pindah rumah dekat jer...so barang-barang kecil biar je dulu rumah lama lain-lain hari nanti amik.

Hujung minggu hari tu bila dah pindah masuk malam jer susah nak tidur...lelagi bini gua .., tapi susah nak tidur ini aktiviti kami terbantut sikit sebab bulan puasa...wahahahahahhaa,, ops ops..

Erm.. korang ada tak biasa kalau pergi tempat baru atau mana-mana, hari 1st mesti susah nak tidur..???

Erm.. sambil-sambil tu raya nanti pada 17/8/2013 nak ajak korang datang beraya ke rumah emak gua.., ada kenduri sikit...

Sekian....Peace (~_^)v


Tuesday, July 30, 2013

Renovate rumah dah nak siap....




Yang renovate rumah ini ekceli bukan rumah gua , tapi rumah emak gua..hehe,

Asalnya rumah mak gua ni satu tingkat jer tapi dipecahkan habis menjadi 2 tingkat..., siapa kawan blogger yang pergi kenduri kahwin gua tempoh hari tahu la bentuk paras rumah asal yer dak..?? 60 orang blogger kan yang datang kenduri kawin gua haritu..hehe list ada di SINI





Design gua sendiri yang buat menggunakan Google Sketchup... asalnya conteng2 jer lukis sebab tak reti sangat guna... so tengok la hasil conteng nak cepat design






Tapi sekarang dah reti godek2 dah pandai sikit guna..hahahaha

Haaaa kagum dengan diri sendiri sebab berjaya lukis sempoi rumah omak den...hahahaha

Kos emak gua renovate termasuk pecah rumah lama ialah RM170k..., tapi banyak beberapa design yang gua lukis si indon tu tak ikut..grrrrrr

Sebenarnya gua nak cerita detail lagi proses renovate ni...tapi sebab malas so tak jadi cerita..hahahaha


Sekian..Peace (~_^)v


Thursday, July 25, 2013

Anak Ben Ashaari berat gila...!!!!!!!!!!!!


Muka gua tengah tahan keberatan , nasib baik masih macho



Siapa dalam dunia blog atau maya ramai yang kenal dengan Ben Ashaari yer dak..? dan gua rasa ramai dah tau yang dia tu ada seorang anak bernama Qhaliff

Semalam aku sempat join majlis berbuka puasa anjuran MATIC di Kuala Lumpur..., ramai la rakan blogger yang hadir dan salah seorangnya Ben Ashaari..

Gua bukan suka pun Ben Ashaari yang datang tapi gua suka si Qhaliff yang datang..hahahaha, tapi dia punya berat Ya ALLAH...,!!!!! sumpah berat gila kalau nak compare dengan berat si Zafirah...hihi

Si Zafirah wusha jer si Qhaliff ni bila gua dukung dua2...('',)


**********************************

Ramai lagi blogger yang datang Iftar ni.., siap ada menteri lagi....tapi menteri tu bukan orang yang gua mengundi bila Pilihan Raya haritu...hahahahah




Ketiga-tiga bapak orang ni mempunyai anak yang sebaya...hehe.., tapi tak sangka ramai ingat kami dukung adik...padahal kami dukung anak tau tau tau....('',)

Korang tak caya sudah ramai ingat kitaorang dukung adik.., siapa percaya gua nanti gua kasi duit raya doposen ok...('',)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : sampai sekarang gua rasa lenguh sebab dukong Qhaliff..hahahaha


Wednesday, July 24, 2013

Bapak Tinggi...!!! Sayang Bini



Ujang :  mak dato' ..bapak tinggi..
Ac Mizal : biasa la sayang bini

Ujang :  dato' ... kenapa sekarang ramai lelaki pakai seluar kaler2 dengan senteng(pendek) ek
Ac Mizal : biasa la sayang bini

*segala apa yang lelaki buat jawapan the best sebab sayang bini...('',)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Ac Mizal ni tinggi ke gua yang pendek..???




Tuesday, July 23, 2013

Kerana Mulut..!! (bukan kisah cium mulut)

Mulut



Kisah ini berlaku masa saya pegi klinik rakan medik di bandar baru bangi sebab sakit tekak(tonsil), yang saya nak jadikan isu ni bukan pasal sakit tekak, tapi pasal sikap seseorang sebagai pengajaran buat kita semua.

Adalah sorang mamat ni, di masuk klinik ni, pastu dia tanya kat kaunter "Ramai lagi ker?" pastu nurse itu jawab "ramai lagi dik"...

 (lepastu mamat tu berlalu sambil meninggalkan satu kata2 yang penuh sopan)

"BOLEH MAMPOS, LAMA AKU TUNGGU KAT SINI" (sopan tak???)

Apa dia ingat Allah pinjamkan mulut tu utk keluarkan kata2 mcm tu? Akhirat kelak apa dia nak jawab kalau Allah tanya?

Semoga kita menjadi orang2 yang menjaga kata2, ingatlah, kita pinjam je semua ini, Kalau pinjam harta orang pandai lak kita nak jaga elok2.

Wallhualam


***********************

Kisah teladan dicilok dari blog abang gua


Sekian...Peace (~_^)v


Friday, July 19, 2013

Major David Teo Bagi Duit Raya wooo


"Pagi-pagi lalu lebuh laya, 
Hari ini saya bagi luit laya..."


Siapa tak kenal dengan penerbit yang murah dengan pantun dan senyuman iaitu Major David Teo...hehe




Ekceli malam tadi gua join majlis berbuka puasa anjuran MIG bertempat di Restauran Shogun...., tahun lepas dia buat dekat opis MIG boleh baca SINI ..

Gua sebelum pergi sana google la dulu menatang apa kedai ni..., yer la nak gak tau menu kita berbuka makan apa yer dak..?

Sekali bila google tengok gambar penuh dengan SUSHI... haaa kalau korang yang suka makan SUSHI boleh la jawap "WOWWWW.." masalah gua ni mana makan seafood oi..!!!!!!! bukan alergi tapi tak suka...boleh menyebabkan muntah kalau makan...!!!

Gua dengan pasrah hati dan redha join jer la Iftar anjuran MIG tu sebab bini gua suka sushi...,

"redha itu iklas
pasrah itu menyerah.."


******************************

Apabila sesampai je gua di Restauran Shogun... dukacitanya menu di Restauran itu bukanlah seafood sahaja...hihi.., ada la menatang lain juga yang boleh gua mencekik..!!! yeeeeeeeeee *tepuk tangan.

Majlis tu buffet dan memang banyak gila makanan....punya la banyak makanan sampai gua lupa nak amik gambar...hahahahaah sebab dah lapar gila..!!!!

Jadi macam biasa gua amik gambar orang jer la...hahahaha jadah apa amik gambar benda tak bernyawa yer dak..?? *jangan nak setuju!

******************************


Adik gua yang hujung tu dah kenapa buat gwiyomi....pengaruh bobo barang kali..hahahaha, yang gua pulak pandang tempat lain bukan menandankan gua tak iklas amik gambar dengan bobo tau.., tetapi gua tengah wusha ada awek cun lalu...hahahahaha




Zafirah dah beberapa kali jumpa dengan uncle Hashim Rejab..so dia macam dah kenal dan nak lak dia didukung...hehe.., tengah tunggu filem arahan abang Hashim Rejab tak lama lagi iaitu LONGKAI..!!!




Haa... korang kenal dak siapa yang muka samseng hujung tu...*muat mulut muncung....

Kalau tak kenal bagus la sebab menandakan korang tak layan gosip...hihi..., kalau kenal sah sah korang layan gosip...hahahaha tu adalah KIAH PROPA... camni ha kalau dia gelak 

" hahahahahahahahahaah"
 *sila bayangkan



Ni bersama dengan Zalif Sidek yang comel..., kalau jumpa gua rasa nak tumbuk-tumbuk jer sebab comel sangat..hahahaha, last sekali dia jumpa Zafirah majlis buka puasa tahun lepas tengok SINI




Akhir sekali bergambar dengan beberapa orang blogger yang datang pada malam tu....

Gua kasi ZOOM sikit apa yang gua pengang tu ok..



Sampul duit raya wo...hahahahah isi dia nak tau berapa..????

RM50 wo..... tapi adik gua ada yang dapat RM10 dan ada yang dapat RM20 hahahahhahaah so rezeki masing-masing dapat berapa duit raya malam tu...hehe

TQ David Teo belanja makan dengan menjadi orang pertama kasi gua duit raya....('',)



Sekian..Peace (~_^)v





Wednesday, July 17, 2013

Papa Cium Zafirah..Zafirah pun cium Papa


Semalam bila time buka puasa Zafirah kemain nak manja-manja dengan gua..., biasa kalau gua kiss dia je lepas tu suruh dia kiss balik selalu geleng kepala sambil cakap

"nanak....nanak..."




Tapi semalam kemain lagi suruh ulang-ulang nak kiss pipi gua..., siap posing lagi bila mama dia amik gambar...hehe



Ok..kepada awek-awek diluar sana sila kagum dengan gua...hahahahahah


Sekian Peace (~_^)v


p/s : pagi tadi zafirah jatuh katill...gedebuk bunyi dia...



Monday, July 15, 2013

Burger Al-Lazat terbaik Di Abang Burn




Salam..,

Kepada sesiapa yang boroi seperti gua mesti pernah makan burger yer dak..?? dan tak boroi pun mesti pernah makan burger kan kan kan..?? oi..!!! jawap la...hihi.., kalau sesiapa tak pernah makan burger meh sini jumpa gua belanja..!

Ahhh lantak korang la pernah makan burger ker tak..., ekceli gua nak story sikit mengenai satu nama yang makin meningkat naik iaitu Burger Bakar Abang Burn (BBAB).


Seperti sebelum ini gua pernah cerita pasal Burger Abang Burn dan juga Meatball Burger Bakar Abang Burn.., secara tak langsung Abang Burn ada baca blog gua dan dia kata gua hensem jadi dia menjemput gua ke Majlis Sidang Media  Pelancaran Burger Al-Lazat ....wow menu baru lagi dari Abang Burn..!!

*************************

Nama burger baru ini ialah Al- Lazat... lazat sangat ker..???? hihi

Seawal jam 8.23 malam gua sampai ke lokasi.., gua datang dengan Yana dan Zack Zukhairi.., sesampai je tengok dah agak ramai orang yang datang.., apa pun kene register kedatangan dulu hihi



Majlis ini agak formal tapi sempoi.., awal majlis banyak la kata-kata aluan dari orang kuat abang burn..banyak yang dibebelkan..pok pek pok pek pok pek...

Tapi gua dapat beberapa point penting dengan apa yang dikongsikan oleh dorang antaranya ialah semperna bulan puasa ini abang burn Abg Burn akan membuka sebuah cawangan di Lembah Klang yang beroperasi 
semata- mata untuk tujuan infaq di mana kesemua keuntungan bulanan adalah untuk anak yatim dan fakir miskin . Target Abang Burn ialah sekurang - kurangnya RM 20, 000 sebulan terutamanya kepada rumah anak yatim dan fakir miskin yang tidak mampu mendapat bantuan 'mainstream' . 

Apa yang gua respek lagi Abang Burn bercadang untuk melaksanakan aktiviti ini setiap tahun sebagai tradisi !!!




Selepas habis pokpek pokpek bermula la sesi pelancaran Burger Al-Lazat tadaaaaaaa...!!!!!!!!! 



Haaaa sebenarnya gua tak sabar tunggu dorang habis pokpek pokpek sebab perut dah lapar...hahahaahaha, nak gak tau apa yang sedap sangat sampai nama Burger Al-Lazat.....!!!

Jap kita kasi wusha lebih dekat gambar Burger Al-lazat..!


Burger Al-Lazat 5 tingkat
(kredit Yana Yassin)


Tuuuuu dia.....tengok gambar serba sedikit telah menerangkan betapa rasa sedapnya..., tetapi gua tanak la tengok jer..!! gila apa datang jauh-jauh tengok jer..hahahaah

Menurut ceritanya abang burn dapat nama Burger Al-Lazat dari perkataan Arab.,lazat dalam perkataan arab ialah lazis..tapi kalau letak nama burger lazis macam pelik pulak..so kreatifkan untuk menjadi nama lebih komersial terhasil la idea namanya Burger Al-Lazat...haaa gitu la ceritanya...kalau dorang tipu gua...maksudnya gua tipu lu orang gak...hahahaha

Tapi lazat ke seperti namanya..???? jap lagi kita cerita...

Burger Al-Lazat ni dari pengamatan gua bukan burger biasa-biasa wei..., sebab sebenarnya ia adalah ayam percik tapi dah identiti Abang Burn ini ialah Burger Bakar..., jadi dorang pegi bakar la ayam percik ini so terjadilah burger ayam percik bakar abang burn...atau lebih hensem lagi namanya ialah Burger Al-Lazat.. haa paham dak..?? ('',)

Majlis ini bukan gua seorang jer yang dijemput.., tetapi ramai lagi blogger-blogger lain dan media tempatan yang turut hadir sama...meriah gak habaq ang..


*************************************

Fatin Liyana...,  Fatin Suhana..., Yuyu Zulaikha dan Cik Epal 


Jamar dan Puan Isteri


Name Roslan dan Encik Suami 


Faris(staf abang burn), Gua, Zack Zukhairi dan Mejah


Yana,  Wawa dan Ros


*************************************


Berbalik kepada Al - Lazat...!!!!!




Korang nampak macam mana terhasilnya burger Al-Lazat ni...?? baca dia pun dah layan macam mana ayam diperap dengan sos percik...lepas itu dibakar..gabung pulak dengan sos putih arab letak lagi salad segar..!!! arggghhh!!!!!!!



Gila apa siapa datang tak makan burger Al-lazat.., gua seperti biasa dengan muka tak malu terus sambar burger yang telah disediakan..buat apa nak malu yer dak..?? hahaha

Untung gila rasa dapat makan buger al-lazat malam tu... antara yang terawal merasa burger yang memang super duper best.!!!!


Sambil tu meh wusha video pembakar semangat untuk korang merasa Burger Al-Lazat..!!!!




Jom Beli Sambil Beramal di Burger Baru Bakar Abang Burn Sempena Bulan Puasa..!!



Untuk kesemua lokasi Abang Burn ni korang boleh check kat link : 

 Dan untuk keterangan lanjut jom singgah ke page Facebook Burger Abang Burn : https://www.facebook.com/abangburn 

Sekian...Peace (~_^)v



Friday, July 12, 2013

Senarai Buffet Ramadhan 2013



Bila bulan ramadhan jer pasti ramai mencari tempat menarik untuk berbuka puasa diluar yer dak..?? bukan la tujuan untuk membasir tetapi sekali sekala berbuka diluar bersama keluarga ataupun rakan kerja..hehe

Kalau di bangi gua suka makan di Village View... tengok SINI 

Selain itu korang boleh cuba gak Burger Bakar Abang Burn.. tengok SINI

Untuk melihat lokasi restauran menarik boleh ke MySelera ... tengok SINI


Bawah ni gua sediakan beberapa lokasi menarik yang menyediakan Buffet Ramadhan 2013


********************************

Senarai Buffet Ramadhan 2013 Kuala Lumpur dan Selangor

Citarasa Warisan Summit Hotel Usj
The Summit Hotel
Persiaran Kewajipan USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor
Tel: 03 8023 3000
Price : RM49 per Adult / RM25 per Child

Buffet Ramadhan Grand Dorsett Subang
Grand Dorsett Subang
Jalan SS12/1, Subang Jaya, 47500, Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03 5031 6060
Price : RM95.00++ per person

The Sultani Buffet Ramadhan Flamingo Hotel
Flamingo Hotel
The Sultani, Level 5, Hotel Flamingo Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang, Ampang Selangor
Tel: 03 4251 7360
Price : RM55.00++ per person

Sunway Resort Hotel Ramadhan Buffet
Sunway Resort Hotel
Lobby Level, Pyramid Tower Hotel, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03 7492 8000
Price : RM98++ per Adult / RM49++ per Child (4 - 12 years old)

Ramadhan Buffet Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Tel: 03 2380 8888
Price : RM138++ per Adult / RM69++ per Child (4 - 12 years old)

Buka Puasa Ala Kampung
The Spread, The Garden Hotel
The Gardens, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03 2268 1188 ext 6123
Price : RM108++ per Adult / RM54++ per Child (4 - 12 years old)

Ramadhan Buffet At Bora Ombak
Bora Ombak
G1 Persiaran Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang
Tel: 03 4251 6303
Price : RM39 per Adult


Buffet Ramadhan PUTRAJAYA

Ramadhan Feast by The Lake Putrajaya
Pullman Putrajaya Lakeside Hotel
No 2 Jalan P5/56, Presint 5, Putrajaya, 62200 Wilahay Persekutuan, Federal Territory of Putrajaya
Tel: 03 8890 0000

Price : RM100NETT per Adult / RM50NETT per Child (4 - 12 years old)


Buffet Ramadhan Istana Bambu 2013




Buffet Ramadhan BoraOmbak 2013

Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur 2013



tags : senarai iftar 2013, senarai buffet berbuka puasa 2013, senarai buffet ramadhan kuala lumpur 2013, senarai buffet ramadhan selangor 2013,


Thursday, July 11, 2013

Village View Bandar Baru Bangi | Jalan Reko Best !!!!!



Suruh senyum tanak..haaa amik Yana...hahahah


Salah satu tempat yang menarik untuk berbuka puasa di area Banda Baru Bangi ialah Village View.., kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan disini dan juga bersih dan selesa dan besar dan banyak parking dan banyak awek..hahahaha *ok tak lawak

Erm..., semalam 1st ramadhan secara segaja gua sekeluarga berbuka puasa di Village View Jalan Reko kerana nak menyamput bezday mak gua..




Ekceli bukan bulan puasa je gua selalu makan disini..., tapi hari biasa pun gua suka makan di Village View ini..tapi biasa gua pergi Village View Bandar Baru Bangi jer..

Gua selesa makan disini kerana beberapa faktor, antaranya ialah :

- Wifi percuma
- Surau disediakan
- Parking Banyak
- Mudah untuk booking
- Banyak pilihan makanan (boleh tahan sedap kecuali SATEY..!!! )


**********************************

Antara Menu Berbuka Puasa Village View









Untuk tempahan berbuka puasa di Village View korang boleh call no bawah ini 


No Telefon Village View


**********************************

Siapa yang rajin masak di rumah nak amik idea apa sepanjang bulan ramadhan ini boleh wusha di Blog Yana

Ada 30 menu pilihan untuk korang masak dirumah..tengok SINI


Sekian...Peace (~_^)v


tags : menu berbuka puasa di village view, no tempahan village view, no tel village view bangi, peta village view bangi, peta village view reko, no tel village view reko, 

Senarai Bazaar Ramadhan 2013



Bila mula je bulan Ramadhan antara tempat yang akan ramai orang singgah ialah Bazaar Ramadhan yer dak..?

Senarai kawasan bazar ramadhan ni gua rasa penting juga untuk kita tahu lokasi-lakasi untuk kita shooping makanan..hehe

 Lokasi Bazaar Ramadhan 2013 kali ini tak sebanyak Bazaar Ramadhan pada tahun sebelum-sebelum ini.., contoh terdekat yang gua perasaan di kawasan sekitar gua..,

Ini kerana banyak tempat yang menarik dulu telah menjadi tempat pembinaan banggunan pejabat..derm..!!!


*****************************

Senarai Bazaar Ramadhan 2013 di KUALA LUMPUR


BANDAR TUN RAZAK
  • Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
  • Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
  • Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
  • Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
  • Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
  • Taman Len Sen
  • Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
  • Parking Bersebelahan LRT Cheras
  • Jalan Budiman 25, Taman Mulia
  • Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
  • Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
  • Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak
BUKIT BINTANG
  • Siarkaki Leboh Pudu
  • Jalan Masjid India
  • Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
  • Lorong Berangan
  • Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
  • No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendirian
  • Jalan Haji Taib
  • Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)
BATU
  • Tapak Parking Pasar Selayang
  • Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
  • Sentul Pasar
  • Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
  • PPR Batu Muda
  • Taman Wilayah Selayang Fasa 3
  • Kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks, kawasan lapang di tepi Kompleks dan didalam Kompleks, Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
  • Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
CHERAS
  • Taman Segar
  • Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu
  • KEPONG
  • Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
SEPUTEH
  • Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
  • Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
  • Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama
LEMBAH PANTAI
  • Jalan Sri Jati 3
  • Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
  • Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
  • Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
SEGAMBUT
  • Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
  • Jln Cochrane
  • TITIWANGSA
  • Pasar Datuk Keramat
  • Jln Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
  • Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
  • Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang
SETIAWANGSA
  • Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
  • Jalan Wangsa Melawati 3
  • Jalan Wangsa Delima
  • Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
  • Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak
WANGSA MAJU
  • Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
  • Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
  • Jalan Langkawi, Teratai Mewah
  • Kaki lima Plaza Idaman
  • Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
  • Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
  • Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
  • Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
  • Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
  • Tapak Pasar Malam Taman Melati
*****************************

Senarai Bazaar Ramadhan 2013 Kedah Malaysia
  • Stadium Alor Setar
  • Taman Wira Mergong, Alor Setar
  • Pantai Johor, Alor Setar
  • Taman Ria, Sungai Petani
  • Peremba, Alor Setar
Senarai Bazaar Ramadhan 2013 Perlis Malaysia
  • Bazar Ramadhan Stadium Kangar
  • Bazar Ramadhan Mata Ayer, Perlis
Senarai Bazaar Ramadhan 2013 Selangor Malaysia
  • Putra Height Alam Megah, Shah Alam
  • Perbadanan Kemajuan negeri Selangor (PKNS)
  • Stadium Shah Alam
  • Klang
Senarai Bazaar Ramadhan 2013 Melaka Malaysia
  • Klebang
  • Taman Cempaka Peringgit
  • Melaka Baru
  • Peringgit
  • MITC (Depan Mydin)
  • Telok Mas
  • Taman Seri Duyong
  • Semabok
  • Alor Gajah
  • Kampung Tun Razak
  • Hentian Bas Masjid Tanah
Senarai Bazaar Ramadhan 2013 Johor Malaysia
  • Jalan Harmoni 9, Taman Desa Tebrau
  • Jalan Bayan, Bandar Masai
  • Jalan Perwira 3, Taman Ungku Aminah
  • Jalan Emas 1, Taman Impian Emas
  • Jalan Ara 5, Taman Sri Skudai
  • Jalan Kemulian, Taman Universiti
  • Gelang Patah, Medan Nusa Perintis
  • Jalan Indah 5/7, Taman Bukit Indah
Senarai Bazaar Ramadhan 2013 Kelantan Malaysia
  • Pasar Ramadhan Stadium Sultan Muhamad Ke-4
  • Pasar Ramadhan Tesco
  • Pasar Ramadhan KB Cyber Plaza
  • Pasar Ramadhan Pengkalan Chepa
  • Pasar Ramadahn Kubang Kerian
  • Pasar Ramadhan Wakaf Bharu
  • Pasar Ramadhan Ketereh
Senarai Bazaar Ramadhan 2013 Negeri Sembilan Malaysia
  • Bazar Ramadhan Dataran Senawang
Senarai Bazaar Ramadhan 2013 Terengganu Malaysia
  • Pasar Teluk Ketapang
  • Pasar Malam Wakaf Tengah
  • Pasar Malam Gong Badak
  • Kampung Baru Seberang Takir
  • Pasar Kedai Payang
  • Pasar Manir
  • Pasar Bukit Besar

Senarai Bazaar ramadhan di kuantan 2013

Klik disini untuk paparkan senarai Bazar Ramadan 2013 di kuantan


credit

*****************************


Gua bila bulan puasa ini antara yang peberet ialah..., ayam golek.., air tebu dan juga roti john..!!!! hahaha gila  best..

Sekian...Peace (~_^)v



tags : senarai bazar ramadhan selangor 2013, senarai bazar ramadhan 2013,  bazar ramadhan di KL


Wednesday, July 10, 2013

Review Honda Civic | Pengalaman Memandu Honda Civic


Salam

Pada tahun lepas gua dijemput pihak Honda untuk menguji kereta Honda Insight keluaran terbaru mereka boleh baca SINI 

Tahun ini atas kepercayaan penuh dari pihak Honda.., gua sekali lagi dijemput untuk menyertai Program Test Drive bersama Honda.., kali ini menguji Honda Civic...vrooooom...!!!!!!!!! yeeehaaaaaaaaaaa




Seramai 21 orang blogger terpilih untuk menyertai test drive Honda Civic dan dibahagikan dengan 7 kumpulan, bermakna satu kumpulan adalah seramai 3 orang.. setiap kumpulan dibekalkan dengan sebijik Honda Civic yang berlainan jenis.., haaaa paham dak..? ('',)

Untuk pengetahuan korang Honda Civic ada 4 jenis iaitu :

- Civic 1.8S
- Civic 2.0S
- Civic 2.0 Navi
- Civic Hybrid


Bila sampai di Publica kami geng blogger ni masing-masing tengok jenis kereta Honda Civic dan tak sabar nak tahu kereta mana yang akan kita orang dapat... heboh gila habaq ang.





Ahli kumpulan gua terdiri daripada gua sendiri , Isaac Tan dan Yana Yassin dan kami dapat kereta

Honda Civic 2.0S...!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bila dapat tahu jer team gua dapat kereta Honda Civic 2.0... opkos la happy yer dak..?? nak beli tak mampu..hahaha


***********************




Lebih kurang dalam pukul 2 petang kesemua kereta Honda Civic dari Publica dilepaskan dan bermula lah pengalaman kami menguji kehebatan Honda Civic..

Lokasi yang dituju ialah Desa ParkCity tetapi sebelum itu kami akan melalui beberapa jalan yang mencabar seperti Jalan Lebuhraya..., Jalan Jem..., Jalan Berlopak.., Jalan Berbukit.. dan berjalan-jalan...hahaha

Dari Publica ke Desa ParkCity kami akan berhenti ke 3 checkpoint dimana setiap hentian akan tuka pemandu..jadi dapat la kesemua dalam satu team rasa bawa Honda Civic ni yer dak..?




Sepanjang perjalanan dari Publica ke Desa ParkCity ini antara jalan yang kami lalui ialah higway dari jalan duta ke rawang..., jalan dalam di rawang lepas itu lalu jalan yang rosak dan naik bukit tiba-tiba tembus di kundang..., lepas itu lalu jalan kampung hapa tah..dan masuk higway balik dan sampai la ke Desa Park City hahahah

Apa point yang gua nak sampaikan di atas itu bukan la pengenalan nama jalan..hihi tetapi Honda saja bawa kami semua melalui jalan yang berbeza situasi dan jalan yang mencabar untuk kami merasa sendiri apa kehebatan Honda Civic..  bila lalu jalan yang berayun dan berlopak serius tak berapa nak rasa


Bila turn gua drive macam biasa la kena poyo sentiasa..hahahahaha, gua suka betul lenjan Honda Civic ini sebab dia punya performence memang tidak  mengecewakan...terbaik gak ..!!


Bila dekat highway ada giliran yana yassin pula bawa.., tah apa menggelabah bila tengah drive tiba-tiba dia bersuara

Yana : woooo wooowo woooo
* buat suara menggelabah

Ujang : kau dah kenapa..

Yana : gila aku tak perasan dah  160km/h

Ujang :  ceh....
*sambil tengok speedometer

Yana  : ingatkan baru berapa dow..!!

Ujang : eleh....
*padahal gua pun tak sangka dah 160km/j hahahahah


Haaa nampak tak betapa steady jer honda civic ni...


***********************

Bila sampai di Desa ParkCity.. , kesemua blogger akan diberi pengalaman yang mencabar tahap-tahap kecekapan Honda Civic

Sebelum mencuba dan menguji kereta kami diberi penerangan untuk setiap ujian yang dilakukan

nampak tak muka macho-macho lelaki melayu terakhir yang kusyuk mendengar arahan..


Ujian  yang pertama ialah :


1 . Menguji tahap kecekapan brek (ABS or Anti-Lock Braking System)


- kami akan disuruh bawa laju-laju ketahap kelajuan maksimum lepas itu dia akan suruh brek..!!!! bila mana kita brek emergency disitu kita akan rasa apa bestnya ada ABS ini....fungsi ABS ini ialah bila kita brek dia tak akan terus stop tiba-tiba..kalau kereta kita stop tiba-tiba itu yang boleh jadi kereka brek terseret..!! kalau ada ABS ini dia akan stop..tapi kereta masih bergerak lepas itu dia lock tayar kereta kita.., so dengar la bunyi crittt...critttt haa gitu bunyi break dia..., nak terangkan pun susah..hahaha


2.  Menguji kepentingan VSA (Vehicle Stability Assistance)


- Fungsi VSA ini ialah dia tidak akan membuatkan kereka kita membuang bila kita tarik handbrek.,semua ini adalah kerja elektronik..dia ada sensor yang boleh kesan tahap kestabilan kereta kita.., VSA ini dia berfungsi sekali dengan ABS.. bila Fungsi VSA ini hidup..roda kereta kita akan bergerak 1 sahaja berbanding 4..ini semua jangan risau kerja sensor..dan sistem ini ada di Honda Civic..so memang POWER..!!

-Tambahan pula, VSA juga berfungsi dengan Honda Civic's Electronic Power Steering system (EPS). Apabila kenderaan menjadi tidak stabil, EPS juga akan membantu membetulkan keadaan dalam bentuk kaunter mengemudi semasa oversteer. Semasa understeer, ia menghalang stereng dari lebih-memotong (reducing the turn)


3. Menguji masa terpantas pemanduan


- Part ini paling best sebab kita boleh menguji tahap kesemua sistem yang ada dalam Honda Civic seperti yang kami cuba pada awal tadi.. dan lagi best pemanduan kami melalui kon kon yang disusun ala track F1..hahahah so jangan langgar kon ok.., siapa langgar paling banyak kon dia loser..!!!!!!!!!!!!!!

- apa yang best siapa paling pantas masanya akan membawa pulang hadiah wo..!!!!!!!!!


******************************

Bila habis pandu uji oleh kesemua blogger..., kami pun pulang balik dari Desa Parkcity ke Publica...penat habaq ang.

Untuk ujian masa tadi yang pertama dimenangi oleh :

Vernon

AIM (ohmedia)




Dan pemenang paling istimewa
"silicone cone killer"

ialah....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


UJANG...!!!!

Hahahahaha..serius bila ada hadiah kategori ini semua menyesal tak langgar kon banyak-banyak..., gua pun tak sangka rupanya gua adalah orang paling loser yang melanggar kon paling banyak..derm..!!!

Nasib baik dapat hadiah...hahahaha


*gambar kredit IsaacTan

***********************************


Honda Civic adalah kenderaan enjin berpetrol yang pertama datang dengan fungsi Assist ECO.  ECO berfungsi untuk membantu  kedua-dua enjin petrol dan hibrid bagi mencapai tahap yang terbaik dari segi bahan api jimat dalam satu jangka masa panjang. Apapun faktor utama ialah gaya pemanduan anda adalah salah satu faktor utama yang menentukan kereta anda mencapat tahap penjimatan bahan api yang optimum. yer dak..? senang cerita Jimat minyak la...

Untuk pengetahuan korang.., Honda Civic adalah syarikat pengeluar enjin kereta Hybrid yang pertama di Malaysia dan dengan itu Honda prihatin terhadap pelanggan mereka jadi mereka memberi jaminan bateri selama 8 tahun...!!! so no isu bateri mahal ok..hahahah

Dalam dia gua minat gak..sebab cantik ala-ala bawak kapal terbang..hahahaha




RATING.  :

Rating Keselesaan Pemanduan : 
9/10
 Keluasan Bonet :
 8/10
 Harga :
 9/10
Penjimatan Minyak :
 9/10
 Bentuk dalaman kereta : 
9.5/10
 Kerusi : 8/10

Jom layan review Video dari kami.. :



***************************

THE POWER OF DREAMS

Secara keseluruhannya pengalaman memandu uji Honda Civic kali ini memang best dan terbaik dan kena dengan tagline Honda.., untuk keterangan lanjut mengenai honda boleh ke laman sesawang mereka di HONDA.

Sekian...Peace (~_^)v