Monday, September 30, 2013

Zafirah Buli Qhaliff lagi


Gaya Peace dari Zafirah


Sejak dua menjak dan memenjak ini gua pelik betul dengan perangai Zafirah..., bila jumpa rakan sebaya dia mesti dia jadi garang macam mama dia...

Bila rakan sebaya ada sebelah dia mesti dia nak mencepuk dan membedil muka atau kepala rakan sebaya dia...

Tapi kalau jumpa baby kemain dia suka dan nak cium baby tersebut...ha gitu...

Baru ni dia jumpa Qhaliff lagi anak si ben10 tu... bila jumpa qhaliff macam biasa dia nak mencepuk pipi Qhalif.., barang kali geram dengan pipi gebu qhaliff

Sebelum ini ada gambar gua dukung zafirah dengan qhaliff...tetapi zafirah pergi lempang qhaliff..hahaha tengok SINI




Tapi tengok gaya gambar atas ni macam gua pulak yang pergi suruh Zafirah lepuk Qhalif..hihi,

Nasib la Ben sporting kalau tak habis gua yang kena lepuk dengan ben..hahahahaha, bayangkan ben tumbuk muka aku woi....sila bayangkang.., mau pengsan atau bodoh seminggu gua...('',)

Sekian..Peace (~_^)v


p/s :  gambar curi dari FIza





Friday, September 27, 2013

Review FIlem BENCINTA




Baru ni gua kesempatan join majlis pra tonton filem BENCINTA di TGV Sunway Piramid.., dipendekkan cerita filem ini lebih kurang dengan jalan cerita filem  ENOUGH lakonan JLO

Sesiapa yang pernah tengok cerita ENOUGH tahu la jalan cerita dia macam mana...('',)


JLO dalam Enough

Nora Danish dalam BENCINTA


Dalam filem ini gua paling puji lakonan mantap 2 pelakon utama iaitu Farid Kamil dan juga Nora Danish

Nora Danish berjaya membawa watak yang manja, lembut, garang dan juga ganas..itu yang gua suka dalam lokonan dia dalam filem ini berbanding filem2 sebelum ini.


Farid Kamil pula berjaya membawa watak yang romantik dan juga panas baran yang sangat berjaya.., lebih power lagi dia boleh membuatkan kaum hawa membenci dia dalam filem ini.., tak caya pergi tengok...!!

Bestnya lagi filem BENCINTA ini ialah pengarah berjaya membuat babak suspen dengan menjadi.., penonton pasti teruja apabila beberapa babak yang akan membuatkan kita bercakap sendirian , nak tau babak mana pergi tengok nanti ok


Pelakon tambahan juga tidak mengecewakan kerana plot jalan cerita ini tersusun rapi kecuali beberapa babak dalam filem ini pengarah terlalu skema melakukan babak seperti memakai tali pinggang keledar ketika cemas di dalam kereta.., babak itu mustahil ada pada seseorang ketika cemas..so tak perlu terlalu skema nanti tak nampak real.. hihi

Bagi gua pengajaran dalam filem ini ialah si isteri jangan kuang ajar dengan suami..kita orang ISLAM hihi

gua masa kena interview REVIEW pasal filem BENCINTA

TRAILER
(siapa tengok trailer ni mesti membuatkan korang teruja nak tengok filem ini)



*************************

RATING
4.5/5


Thursday, September 19, 2013

YEeeeeee Rambut Zafirah dah boleh ikat



Sebelum ini rambut zafirah nak tanak jer tumbuh sejak kena cukur setahun lebih dahulu..kekadang jenuh nak jawap sebab orang tanya

"lelaki ke perempuan"

contoh rambut Zafirah sebelum ini dan berpakaian macam bawah ni la orang akan tanya


La ni sejak dah boleh ikat rambut dia kemain suka bila rambut dia kena ikat..selalu sebut

"babut...babut...babut.."
(sambil pengang rambut)

menandakan dia mintak rambut dia diikat


Friday, September 13, 2013

Jom Couple Dengan ALLAH



Salam Jumaat ~


Seandainya dirimu BELUM punyai PASANGAN, usahlah risau..kerana di sana masih ada KETENTUAN Allah buatmu..tetapi sepatutnya yang kamu perlu risaukan adalah jika IMANMU BERKURANGAN, MARUAHMU DIBIARKAN dan hatimu menjadi KELAM dalam KEMAKSIATAN..bimbanglah apa yang sepatutnya kamu bimbangkan dan lebihkan berfikir apa yang menjadi KEUTAMAAN..

 Ingatlah, syaitan itu amat LICIK dalam mengukir angan-angan dan HAYALAN didalam hatimu sehingga membuatmu TERLUPA dan leka dengan apa yang PERLU dalam hidup ini..CINTA MANUSIA itu urusan Dia, cintakan Dia itu urusan kita..jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita GAGAL menyempurnakan urusan kita...



*via lelaki soleh idaman wanita solehah


***************************


Sekian..Peace (~_^)v


Thursday, September 12, 2013

Bila Zafirah pun main Candy Crush






Ada ke sini yang tak tau apa itu Candy crush...?? kalau tak tau sudah..hahaahaha

Sejak kebelakangan ini si Zafirah suka nak main candy crush..., bila gula tu pecah je dia punya suka macam dapat keputusan UPSR 5A...


Ujang : zafirah meh la papa nak main

Zafirah : (*^O($^P&$)(@#_$   maksudnya (ala kejap la papa)

Ujang : bukan reti main pun 

Zafirah : *^&O%&*#$)(#_%#   maksudnya ( pandai la sikit je lagi ni)

Ujang : ish..., dah boring bagi papa ok


&)(&)(#&%)#%%
(bahasa baby)


gitu la seharian ganguan gua bila nak main candy crush di rumah.., ada je tukang kacau yang macam power nak main..hehe


******************************


p/s : orang yang power jer masih meneruskan main candy crush ni..hahahahaha


Tuesday, September 10, 2013

Kemalangan Ngeri Ragut Nyawa 4 Beranak Di Bangi


Kemalangan ngeri diteras jernang yang berlaku pagi semalam telah meragut nyawa seorang emak bersama dengan 3 anaknya..apa yang menyedihkan ialah mangsa kemalangan merupakan isteri kepada Ustaz yang pernah mengajar gua masa sekolah rendah dulu di SMKBBB =(

Ustazah Rohaya merupakan ustazah di sek jalan 2 Bandar Baru Bangi menaiki kancil terlibat dalam kemalagan ngeri dengan lori di kawasan teras jernang bangi lama pagi semalam . Isteri dan 3 anaknya meninggal dunia. Satu masih dirawat dihospital, mengikut sumber lain isteri sedang mengandung anak ke 8.

Difahamkan, ketika kejadian Ustazah Rohaya yang memandu Perodua Kancil bersama empat anaknya itu dalam perjalanan dari Bangi ke Kajang dipercayai mahu menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang, sebelum terbabas dan melanggar lori dari arah bertentangan.

Tiga anaknya, Nur Nabila Al-Huda, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, 1. Rohaya dan tiga anaknya itu maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi anaknya, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan kini masih dirawat di Hospital Kajang.



Gua dapat berita pun melalui kawan sekolah rendah dulu...,hurm...,




Ya Allah tenangnya ustaz taufiq menunaikan solat terakhir buat isteri dan anak-anaknya..,begitu tabah dan kuat jiwa Ustaz menghadapi dugaan semua ini.., sayu je hati tengok wajah uztas bersama anaknya berbaju kuning




Gambar kenangan Ustaz taufiq bersama dengan Isteri dan anak-anaknya...

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada untuk Isteri dan anak-anaknya...





p/s : walaupun mungkin ustaz tak ingat saya lagi tapi saya sebagai anak murid tetap ingat ustaz yang sporting..


Monday, September 9, 2013

Mainan Baru Zafirah Dari Ikea bukan benda BODOH



Hari minggu baru ini merupakan hari pertama gua tak pergi beraya rumah orang selepas sebulan setiap minggu berhari raya...haa amik kau paham tak penerangan yang macam bebal ni..hahaha.

Minggu ni gua pergi IKEA sebab nak beli mainan untuk Zafirah..

************************

Sepanjang beraya rumah kawan-kawan gua perasan zafirah berkenan sangat dengan mainan yang kejadah apa tah nama dia

Benda alah ni gua tengok dekat kedai mana tah mahal gila...!! so nak beli tengok macam bodoh je budak-budak main tolak atas bawah kiri dan kanan..hahaha

Tapi ramai cakap benda alah ni bagus untuk perkembangan otak budak..majoriti rumah anak kawan gua ada benda alah ni...raya rumah Ben Ashaari pun dia belikan anak dia bendalah ni

Setelah beberapa kali si Yana tengok Zafirah suka benda alah ni gua pun kesian

Yana : papa jom la belikan Zafirah mainan ni

Ujang : macam bodoh je tengok mainan ni..hahahahah *gua gelak benda yang tak lawak

Yana : benda ni bodoh ke papa yang bodoh..*dialog tambahan

Ujang : mahal dow menatang ni..

Yana : dekat Ikea murah la...tak sampai RM50

Ujang : Ok esok kita pergi IKEA
*nampak punya caringnya gua

************************

Bila dah beli menatang ni belum sampai rumah tak habis-habis dia suruh buka.., time makan dekat ikea pun dia dah sibuk suruh buka..sian anak papa hihi




Bila sampai rumah je pasang je menatang ni kemain suka dia..siap cakap "fuiiyooooo....fuiiyoooo.., benda yang gua rasa bodoh ni rupanya merangsang minda untuk budak..mana faktanya pun gua tak tau..hahahaha




Benda yang paling  seronok kau buat dalam dunia  adalah gembirakan orang yang kau sayang....('',) jadi kepada sesiapa bapa dan emak yang belum beli menatang ni sila la beli di IKEA..hahahaah


p/s :  siapa tahu nama menatang mainan ni apa ek..??


Friday, September 6, 2013

Perempuan Umpama Angin Bukan Sial

Gambar Hiasan
(heliza)


Gambar untuk POYO
(hahahaha)


Gua dari zaman belajar memang disayangi orang.., baik wanita bujang ataupun dah berkahwin.., erm..ok kejap fakta ni takda kena mengena dengan entri gua..hahahaha

Ni nak share satu story zaman gua belajar dulu

Alkisahnya

********************************

Lokasi : rumah sewa
Waktu : dekat magrib


"macam sial la perempuan zaman sekarang..." kata seorang kawan gua selepas beberapa hari putus cinta bersama pasangannya yang tak berapa nak cun . Matanya masih bengkak, tumis bawang terlalu banyak barang kali

"kalau aku tahu dari dulu aku tak kapel dengan dia., dah la selalu menyusahkan orang.." makinya lagi sambil membuat muka bengis tetapi menjengkelkan..,

Gua yang dah biasa dengar makian bangang dia memang dah naik menyampah..,

"apa kena dengan kau ni.." tanya gua kepada dia

" perangai dia dari dulu sama je apa aku buat semua tak betul " adu dia kepada gua

Dia tak sedar semua benda dia suka salahkan perempuan.., tapi dia tak pernah pulak nak tahu apa silap dia  buat dekat perempuan.

"Perempuan ni umpangan angin wei" gua membuat kiasan ala-ala fadzilah kamsah

"umpama angin..?" dia tertanya tanya

"kadang kala bertiup lembut..terlena kita dibuatnya, ada masanya bertukar ribut kalut kita digugahnya.., sesekali jadi taufan..kecut kita" balas gua sambil bergurau..

" u are the best la ujang " puji dia kepada gua sambil peluk
*sila kagum dari jauh


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : ingatlah martabat wanita kepada lelaki sangat tinggi...

Thursday, September 5, 2013

Kisah Sejarah Percintaan Lisa Surihani bersama GUWA..!

Entri Berkaitan Lisa Surihani


AMARAN KERAS
(cerita ini berunsur poyo)




Gua pasti lebih dari satu juta rakyat Malaysia mengenali Lisa Surihani yer dak..? dan gua juga pasti tak sampai  seratus seribu rakyat Malaysia mengenali gua..hahahahha

Tapi apa kene mengena Lisa Surihani dengan gua..?? itu yang menjadi tanda tanya yer dak..?? mungkin ada yang tidak tahu gua dan Lisa Surihani pernah bercinta suatu ketika dulu..tetapi ketika itu media cetak tidak mengetahui kisah silam gua bersama dengan Lisa Surihani


*************************

Kisahnya bermula kira-kira 12 tahun lepas..,

Lokasi : kedai 7 eleven

Masa : 1 pm


Untuk pengatahuan semua masa sekolah dulu saya suka minum vitagen..,barangkali mungkin disebabkan saya selalu minum vitagen kulit saya kelihatan gebu sampai sekarang..mungkin ok mungkin..

Ok sambung cerita...

Sedang saya membuka peti ais di 7 eleven untuk mengambil vitagen tiba-tiba

gedebuk..!!!
*bungi orang tergantuk kepala

"adoi...,!! woi.."
jerit seorang wanita yang berambut panjang paras bahu dan manis berbaju kurung

"  erk...sori awak saya tak sengaja " rayu gua mohon keampunan sambil buat muka cuak

"buta ke..nak bukak pintu pun tengok orang la " marah wanita itu sekali lagi

" sooooooo...."
 belum sempat habis gua cakap sori lagi  wanita itu terus capai vitagen di peti ais dan terus berlalu pergi ke kaunter...

Fuh dalam hati kecil gua memang puas hati gila sebab berjaya menghentak kepala seorang wanita comel walaupun tak sengaja...hahaha

Dalam pada masa yang sama gua cepat2 capai vitagen kaler hijau dan terus ke kaunter juga...

"Takpe saya bayar" pelawa gua kepada wanita tadi

sambil menoleh kepada gua wanita itu bersuara " apa ingat aku tak mampu ke "

" eh eh tak..ni tanda maaf saya kepada awak" balas gua lembut selembut suara aaron aziz dalam filem ombak rindu *

"ok kalau macam tu saya nak amik lagi sebotol vitagen..boleh..? " tanya wanita itu

"sukati awak la ..." jawap gua ringkas

Gua ingat dia main-main rupanya betul-betul pergi amik lagi sebotol...jahanam betul perangai....

"nah bayar 2 botol vitagen" sambil hulur vitagen kepada gua

"bukan 2 la tapi 3..." jawap gua manis sambil tunjukkan botol vitagen juga.

Sambil bayar vitagen tu sempat gua wusha-wusha dia sambil mata terpandang pada bahagian dada dia.., woi bukan buah dada ok..bahagia dada... gua wusha sebab ada tanda nama dia dekat baju kurung tu hihi,, nama dia LISA

Lepas bayar kami keluar dari kedai 7 eleven sama-sama....

*bersambung




 p/s : tulis panjang-panjang orang malas baca..hahaha



Wednesday, September 4, 2013

Selera Kembar Seiras Tak Sama



Baru-baru ni gua ada pergi tengak wayang terjumpa dengan 2 orang kembar iaitu Nelydia dan Uqasha Senrore...

Sempat la sembang sepatah dua...

Nelydia Sensrose kalau yang tak kenal siapa dia yang berlakon dalam drama "setia hujung nyawa"



******************************

 Situasi 1

(ketika bersama uqasha)

Uqasha Senrose : ek..ujang..u nampak gemuk la...tak hensem macam dulu

Ujang : yeke.., hehe (dalam hati nak bagi penumbuk jer)


Situasi 2

(ketika bersama nelydia)

Nelydia Senrose : eh ujang..lama tak jumpa

Ujang : haah kan dekat setahun tak jumpa kan..(sambil peluk laga2 pipi)

Nelydia Senrose : sekarang ni badan u dah berisikan...comel je..dulu kurus hensem..


Ujang :  yeke.., hehe (dalam hati nak kiss kiss jer)



Nampak disitu selera dorang lain-lain..tapi dua-dua tetap kata gua hensem la..hahahha, macam gua ni lain pulak...gua tengok dua-dua gua selera..hahahahahaah *dush dush




 ******************************

         

Sekian...Peace (~_^)v



p/s : cuba teka yang mana uqasha yang mana nelydia
 

Tuesday, September 3, 2013

"babi la minyak naik doposen"



Tadi gua seperti biasa rutin pagi pergi makan di tempat makan berdekatan dengan opis gua ni.., gua pergi naik kereta proton buatan Malaysia yang ramai benci tapi beli gak...hihi

Perjalanan gua dari opis ke tempat makan lebih kurang 1km sahaja kira-kira menggunakan sebanyak satu liter petrol RON95.. jadi kos perjalanan gua ke tempat makan adalah RM2.10

Sampai di parking kedai makan dari jauh kelihatan seorang pakcik tua menebar roti canai "hebat pakcik ni" kata hati kecil gua

Sampai sahaja di kedai, gua pun duduk dikerusi yang berwarna merah pudar jenama diamond yang dibeli di kedai hardware barang kali..

"Makan apa dik" tanya seorang brader berbaju biru yang amik order kepada gua

"Bang roti tampal satu, milo ais satu" jawap gua kepada brader tadi

Selepas 13 minit roti tampal yang gua order tadi pun sampai dan selang 2 minit lepas itu baru milo ais sampai.., agak bebal lak rasa makanan sampai dulu baru makanan...grrrr

sedang gua mengunyah roti tampal yang garing itu tetiba gua dengar beberapa bualan geng-geng remaja bersembang di depan gua


"babi la minyak naik doposen" kata mamat berbaju oren berkolar hitam

"ala semua ni kerajaan nak untung lebih " kata mamat berbaju hitam penuh yakin

" aku dah agak dah minyak naik punya lepas pilihan raya bla bla bla bla" bidas mamat berbaju oren tadi dengan yakin seakan dia ahli nujum



Gua yang dengar perbualan mereka sambil makan sambil angguk kepala mana yang gua setuju dengan bualan mereka.., mana yang macam bangang punya pendapat gua senyum je seorang2 macam orang gila..*sila banyangkan


**********************


Gua hampir pasti majoriti yang sedang baca entri gua sekarang ini tahu tentang isu minyak di Malaysia naik doposen yer dak..? tak kira la subsidi dikurangkan ke atau penyelarasan hanga ke tetapi orang normal yang dah biasa isi minyak tahu yang mereka perlu bayar tambahan doposen seliter...so istilah mudahnya minyak naik harga...

Banyak pandangan yang dilemparkan di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter... ada pandangan yang bagus boleh diterima akal dan ada juga yang pandangan bangang..hahahahah

Kalau tanya gua pendapat tentang kenaikan harga minyak jawapan gua secara jujurnya tak setuju la...., siapa bebal je suka bayar lebih yer dak..?? hahaha, tapi yang setuju dengan kenaikan harga minyak ini mereka bukan setuju tetapi mereka berfikir lebih positif dan memikirkan benda yang lebih matang...

Tetapi yang setuju sangat dengan kenaikan harga minyak ni mereka tak tahu ke bahawa geng yang bising ini marah kerana mereka sudah masak dengan inflasi kenaikan harga barang mentah akan selari naik juga dengan kenaikan harga minyak ini

Secara logik memang golongan yang kaya tidak mengambil peduli dengan isu ini kerana bagi mereka itu hak kerajaan ataupun hak negara.., tapi jangan bebal sangat tak amik peduli kerana kalau tiada golongan yang membangkang ini rakyat akan diperbodohkan dengan mainan ekonomi oleh segelintir...diulangi segelintir puak kerajaan yang tak bertanggungjawap. ('',)

Bagi pendapat gua.., kerajaan nak rakyat berjimat cermat..., tapi kenapa kerajaan sendiri tidak amalkan sikap berjimat cermat..?? jangan tanya gua apa yang kerajaan tak jimat itu ok.. hehe


****************************

Semalam : RM1.90 / Liter
Sekarang : RM2.10 / Liter

1. Semalam : RM1.90 / Liter
RM1.90 x 10 liter sehari =Rm19

30 hari x Rm19 = Rm570 sebulan

Setahun : RM570 x 12 = RM6840
setahun

2. Sekarang : RM2.10 / Liter
RM2.10 x 10 liter sehari = Rm21

30 hari x Rm21 = Rm630 sebulan

Setahun : RM630 x 12 = RM7580
setahun

Cuba buat perbezaan.
RM7580-RM6840 = RM740 seorg dlm stahun. (Banyak tuh !!)

Ini baru kiraan setahun bagi SEORANG rakyat Malaysia. Kira la rakyat Malaysia ni ada berapa juta dan darap la dgn RM7580.. ('',)



Sekian...Peace (~_^)


p/s : kekadang yang ramai menyalak tanda setuju dan tak setuju dengan isu minyak ni mereka yang tak guna pun petrol..tetapi lebih suka menyalak dengan isu politik..baik yang setuju dan tak setuju..('',)