Monday, November 25, 2013

Kenapa Bil Elektrik TNB di cas 1%..? | Apa itu Feed In Tarif(FiT)

PART 2


Contoh Bil Elektrik


Siapa yang pernah bayar bil elektrik mesti ada perasan bil elektrik korang ada cas 1% untuk tenaga boleh baharu yer dak..? tu pun kalau bil elektri korang lebih pada RM77.

Ramai bising dan maki TNB kan..hahahaha, so gua salah seorang blogger yang join  SEDA MALAYSIA BLOGGER WORKSHOP ada diterangkan mengenai benda ni semua.

Mengenai kekeliruan yang ditimbulkan media-media sosial berkenaan caj satu peratus Dana Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) adalah kerja TNB sebenarnya adalah salah belaka..hehe

 TNB telah menerangkan caj berkenaan bukan baru diperkenalkan dan juga bukan skim untuk mengutip wang tanpa pengetahuan pelanggan...sebenarnya Caj 1% ini sejak 2011 lagi

TNB hanya bertindak sebagai ejen pengutip dana berkenaan bagi pihak Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

 Caj sebanyak satu peratus berkenaan telah mula dilaksanakan pada Disember 2011 dan dikenakan kepada semua pengguna, kecuali bagi pelanggan domestik yang menggunakan tenaga kurang daripada 300 kilowat/jam (kWh) atau RM77 sebulan.




*************************





Sistem Feed In Tarif (FiT)


Perlaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed – In Tariff / Fit) dan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan telah dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011.

FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.

Bagi menggalakkan pembangunan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber TBB ditubuhkan di mana pihak kerajaan akan mengenakan 1% caj terhadap penggunaan elektrik bagi tujuan pengumpulan dana tabung tersebut. Surcharge ini dinamakan “Dana Kumpulan Wang TBB” dan akan dipaparkan dalam bil elektrik pengguna.

Dana yang dikutip oleh TNB ini akan disalurkan kepada kerajaan iaitu Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi tujuan pembangunan sumber TBB dibawah Skim FiT.

Sistem FiT ini tidak dibiayai oleh kerajaan, walau bagaimanapun penyaluran kos kepada dana TBB iaitu, Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu merupakan hasil sumbangan 1% jumlah penggunaan bil elektrik pengguna yang menggunakan 300 unit ke atas (RM77)


Apakah FAEDAH TBB dan FIT kepada pengguna dan Negara?

Alam Sekitar – Penjanaan tenaga elektrik dari sumber TBB adalah langkah yang mesra alam. Sumber tenaga elektrik dari TBB mengeluarkan Gas Rumah Hijau (GHG) pada tahap minimum atau tanpa pelepasan (Zero emission) GHG. Kualiti kehidupan akan meningkat dengan alam sekitar yang lestari.

Ekonomi – FiT memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terlibat dalam penjanaan TBB termasuk pemilik rumah melalui pemasangan sistem solar fotovolta (PV) yang merupakan pelabur terbaik.

Amalan kecekapan tenaga dapat mengurangkan perbelanjaan bil elektrik pengguna–pengguna yang menggunakan elektrik kurang daripada 300kWj sebulan tidak perlu menyumbang kepada kumpulan Wang TBB bagi perlaksanaan FiT. Bilangan unit penggunaan elektrik akan berkurangan, seterusnya bil elektrik juga akan berkurangan. Pengguna masih boleh menikmati cara hidup yang sama dengan menggunakan tenaga elektrik secara bijak dan produktif.

Untuk maklumat lanjut korang boleh wusha WEBSITE SEDA MALAYSIA


Sekarang bermula januari 2014.., ia dah dinaikkan kepada 1.6% kerana apa boleh baca di SINI

*************************************

Akan datang gua akan kongsikan bagaimana dengan memasang tenaga solar dirumah dan perolehi pendapatan melalui Feed in Tarif (FiT)


Sekian..Peace


Thursday, November 21, 2013

Shopping di Hard Rock Cafe Phuket

SHOPPING LA SANGAT...!!!! 




Kepada pengumpul barangan Hard Rock Cafe bila melancong salah satu tempat yang wajib singgah mesti Hard Rock Cafe yer dak..??

Gua selaku salah seorang yang sakai pengumpul barangan Hard Rock Cafe , so bila di Phuket tempat pertama yang dituju haruslah Hard Rock Cafe...hehe

Gua pengumbul T-Shirt Hard Rock Cafe...setakat ini ada la dalam 10-12 helai tshirt Hard Rock Cafe termasuk yang local..hihi

Yang gua pakai tu Tshirt Hard Rock Cafe Manchester


 T- Shirt Hard Rock Cafe Phuket


Hasil rembatan di sini gua beli 2 Helai satu kiriman dari Lan Careno dan selai lagi milik gua sendiri.., sebelum ini ada gua tanya siapa nak kirim..tapi ramai la pulak..duit tak bawak banyak so tak sempat pegi beli balik..hahahaha

Harga T shirt Hard Rock Cafe ini lain negara lain harga dia walaupun design yang sama dan kualiti yang sama.., so far setakat ini paling harga T shirt Hard Rock Cafe paling murah di LONDON...

 **********************

Untuk T Shirt Hard Rock Cafe yang local gua beli agak banyak gak untuk kiriman kawan-kawan di tanah air...fuh ayat ....!!! hahaha

Contoh design local adalah sama stendet di mana-mana negara...tengok gambar gua beli selai untuk anak gua...



Kenapa gua beli yang local untuk anak gua...??? senang je jawapan tu sebab mahal yang ori..hahahahaha, untuk yang original gua dah beli sehelai  untuk dia Singapore punya..

Hard Rock Cafe Phuket ni siapa yang duduk area Patong jalan kaki je untuk pergi sini.., kalau tak tau jalan tanya orang Hotel kau tu macam mana nak jalan kaki pergi ke Hard Rock Cafe..,

Kalau orang Hotel tu bebal gak tak tau dekat mana tanya dia mana Patong Top Shopping Paradise , tunjuk dia gambar bawah ini tanya dekat mana sebab Hard Rock Cafe ni betul-betul depan menatang ni..


 
 Sekian..Peace (~_^)v


p/s : siapa rajin otesyen luar negara tu bagitau ok..gua nak kirim tshirt hard rock cafe..hehe







Thursday, November 14, 2013

Pergi Phuket Oi.. oi...Oi..!!!!!

* Sila baca tajuk dengan nada suara yang gedik..!!


Haaa.. bezday gua hari tu iaitu 7/11/13 gua dengan pertama kalinya pergi ke negara jiran kita iaitu Thailand...,  owh lupa nak bagitahu kepada yang belum tahu.. 7/11 adalah bezday gua..so setiap kali pergi 7eleven sila ingat bezday gua ok..auw auw...

Gua pergi Phuket ni Free jer sebab YANA belanja..hahahaha , biasa la bezday boy saja paw isteri tiket kapal terbang...Rm700 gak la tiket..hihi, kenapa mahal..?? sebab beli last minit..grrrr BAZIR..!!!!!



  

Kami berlepas dari Malaysia lebih kurang pukul 6.10 waktu tempatan...sampai Thailand pukul 6.30 waktu tempatan.. ha nampak tak macam setengah jam je perjalanan.., ? sebenarnya kalau Thailand 6.30 dekat Malaysia dah 7.30..hihi..


Lain kali gua nak cerita detail pasal PHUKET sebab sebelum gua pergi gua google entri pasal phuket majoriti blogger tak cerita detail..nyusahkan gua je..hahaha



Gua sebenarnya malas nak taip dan cerita panjang pasal bercuti ni sebab YANA kompom dan buat entri pasal Phuket ni..!!!!!!!

Sekian...