Thursday, January 30, 2014

Cara Memomon FIT


Sebelum ini gua ada menerangkan apa itu Fit.., lagi sekali gua ingatkan..FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB), dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik ( TNB dan SESB ) pada kadar harga jualan ataupun tarif premium dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan ( boleh rujuk laman web www.seda.gov.my untuk semakan kadar FiT ).

Kelebihan FiT juga ada gua terangkan sebelum ini cuma gua belum lagi menceritakan tentang teknologi-teknologi TBB yang boleh diguna pakai untuk memohon FiT ini yer dak..?

Berbalik kepada tujuan asal FiT ini diwujudkan, ianya adalah untuk memulihara alam sekitar sekaligus membantu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Maka dengan itu, beberapa teknologi TBB telah ditawarkan secara terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakannya.


Biomas



Tenaga biomas atau biojisim merujuk kepada bahan api berasakan tumbunan atau haiwan.Tenaga biomas dihasilkan apabila tumbuhan atau sisa haiwan terpilih setelah melalui proses tertentu sehingga menghasilkan gas metana dan etanol ( akibat tindak balas mikroganisma) namun begitu gas metana walaupun merupakan antara bahan api paling baik ia turut mencemarkan alam sekitar.

Kelebihannya ialah semua lebihan atau sisa pertanian dan haiwan dapat digunakan sebagai tenaga biomas( tenaga boleh diperbaharui).Malahan tumbuhan seperti jagung dan soya turut berpotensi menjana tenaga biomass.Amerika Syarikat membangun tenaga ini melalui penyelidikan yang berterusan terhadap jagung dan kacang soya.Daripada penyelidikan tenaga biomas ini maka terhasillah biofuel ( iaitu gas etanol,metanol,biodesel dan metana)

Malaysia sebenarnya sangat berpotensi untuk memajukan tenaga biomas dan biofule.kita mempunyai banyak sisa tumbuhan terutamanya kelapa sawit.Sejak dulu lagi rakyat Malaysia sudah terdedah kepada tenaga biomas



Hidro Kecil


Tenaga hidro kecil adalah tenaga yang terhasil melalui daya graviti atau tekanan aliran air..,
Pada dasarnya, tenaga hidro kecil memanfaatkan tenaga potensi jatuhan air... Semakin tinggi jatuhan air maka semakin besar energi potensi air yang dapat diubah menjadi tenaga elektrik.

 Disamping faktor geografi (keadaan muka sungai) , tinggi jatuhan air dapat pula diperoleh dengan menghalang aliran air sehingga permukaan air menjadi tinggi.

Ianya melibatkan pembinaan empangan  dan penjanaan tenaga elektrik oleh putaran turbin.., salah satu kelebihan tenaga hidro kecil ialah ianya tidak tidak mencemarkan persekitaran alam


Solar



Secara peribadi gua rasa sistem Solar PV merupakan teknologi tenaga boleh baharu yang paling berkesan dan mendapat sambutan. Ini terbukti kerana kuotanya sentiasa penuh bila ianya dibuka. Selain itu gua rasa  kerana konsepnya yang lebih bersesuaian bagi individu (untuk pemasangan di rumah), manakala yang selebihnya seperti biogas, biomass dan hidro kecil kurang mendapat sambutan kerana ia boleh dikatakan projek berskala tinggi yang memerlukan modal yang besar dan selalunya digunakan dalam sektor perindustrian sahaja

Bawah ini gua tunjuk Kadar Fit untuk Solar PV

Kadar Fit untuk Solar PV

sumber SEDA MALAYSIA


Malaysia merupakan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Jesturu,kita boleh memanfaatkan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk menggantikan tenaga elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi dan sesetengah kawasan tidak mendapat matahari untuk jangka masa panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan.

Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktu malam


******************************

CARA MOHON FiT

Bagi memohon teknologi TBB ini, sebenarnya ia mudah sahaja. Permohonan boleh dilakukan melalui sistem online e-FiT di laman web www.SEDA.gov.my.

Info – pemohon yang berjaya memohon untuk menggunakan teknologi TBB ini dipanggil Feed-in Approval Holders (FiAHs)

Untuk sistem online e-FiT ini..baca info ini dulu.


p/s : akan datang gua kongsikan contoh rumah yang dah pasang Solar PV dan telah mendapat faedah daripada FiT


EmoticonEmoticon