Thursday, January 9, 2014

PELAN PENJAGAAN PESAKIT BARAH – AXA AFFIN

KANSER

Barah. Kanser. Tumor. The Big C. Perkataan-perkataan ini mencetuskan perasaan pilu dan mampu menumbangkan kekuatan mental sesiapa sahaja yer dak...?  Walaupun kita berbekalkan ilmu dan amalan pencegahan barah seperti gaya hidup sihat, pemakanan yang seimbang dan sebagainya, statistik barah masih menunjukkan satu daripada empat individu akan menghidapi barah sebelum umur 75 tahun...haa amik kau gua taip ni pun kemain seram...


Barah mendekati insan tanpa mengenal jantina dan umur. Tak kisahlah kita merokok atau tidak, minum minuman keras atau tidak. Jika takdir kita untuk ditemukan dengan barah, lambat laun bertemu juga. Kita tidak mampu mengawal apa yang akan kita hadapi dalam hidup. Kehidupan manusia merupakan satu proses yang merangkumi penuaan, sakit, dan kematian. Namun demikian, kita mampu mengawal bagaimana kita menghadapi ombak dugaan yang kita hadapi...sob..sob...


Dalam mencari ilham untuk blogpost ini, gua terbaca dengan entri blog mengenai Lori Hope. Beliau merupakan seorang yang menempuhi dugaan hidup dengan kanser paru-paru. “Berada di sisi pesakit barah, anda akan terkejut dengan hakikat nyawa mudah melayang –  anda sememangnya berdepan dengan kebarangkalian kematian.” kata beliau. Dalam buku yang ditulis oleh Lori Hope, beliau menyatakan apakah yang para pesakit barah ingin kita ketahui.


Salah satunya ialah “Ia adalah OK untuk silap berkata atau melakukan perkara yang silap”. Kita harus akui yang kita tidak menahu apakah yang dialami si pesakit. Kita hanya perlu berada di sisi mereka kerana pada masa inilah sokongan moral amat diperlukan mereka. Kebanyakan masa, kita menjauhkan diri dari pesakit barah kerana takut tersilap bahasa atau perbuatan. Namun ia tidak mengaa bagi si pesakit kerana merekan hanya perlukan kehadiran anda dalam hidup mereka.


Para pesakit barah juga ingin keriangan hidup. Mereka hanya ingin ketawa dalam keriangan dan melupakan barah buat seketika. Individu dengan barah tahu bahawa keriangan membawa harapan dan membawa pandangan positif pada kehidupan si pesakit. Ia tidak mudah untuk melepaskan diri dari genggaman “cancerland” di minda atau badan, maka tawa-tawa riang menjadi pengubat kepada emosi negative para pesakit.


Para pesakit memerlukan kita untuk mendengari cerita mereka dan membiarkan mereka mengangis. Ada perlunya mereka menceritakan kisah mereka dengan barah untuk percaya ia benar-benar berlaku kepada mereka kerana barah bagi kebanyakan pesakit terasa maya. Sebagai insan yang berada di sisi pesakit barah sebagai sokongan, ia adalah sukar untuk kita menerima emosi sebegitu kerana kita ingin sentiasa positif tetapi ini BUKAN hanya tentang KITA. Kita perlu focus kepada si pesakit: biarkan mereka meluahkan isi hati dan melepaskan tangisan mereka.


Secara ringkasnya, satu-satunya yang penting bagi pesakit barah ialah harapan. Harapan membolehkan seseorang menempuhi cabaran hidup yang sukar. Beberapa hari yang lepas, saya didekati oleh Richard Moh dari Lion and Lion tentang inisiatif yang dikerjakan bersama antara AXA AFFIN dan National Cancer Society Malaysia. Dalam inisiatif ini, setiap blogger yang menghasilkan satu blogpost akan membolehkan seorang pesakit mendapat sumbangan dana daripada AXA AFFIN untuk membiayai sebahagian daripada kos penggunaan pusat penjagaan pasca rawatan kemoterapi. Anda boleh menhubungi Richard Moh di richard.moh@lionandlion.com atau 0168022801.

1 Orang Memberi Komen & Pendapat

Tak tahu nak komen ape tp nak komen gak...


EmoticonEmoticon