Thursday, January 23, 2014

Victoria Bridge Yang Buat Terkencing



Caer Bersama Ujang

Baru ini gua join program anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama RTAM.., yang gua ada cerita naik pengalaman naik ETS tu kan.., baca SINI...,so dapat la melawat satu destinasi bersejarah di negeri Perak iaitu Victoria Bridge

Gua pergi sini pada hari terakhir selepas bermalam 2 hari di Kg Beng.., kisah di Kg Beng boleh baca SINI

Siapa sini orang Perak...???

Haaa siapa orang Perak mesti tau di mana lokasi Victoria Bridge ni yer dak..? Jambatan Victoria ini dibina pada tahun 1897 dan siap sepenuhnya pada tahun 1900..gila lama kau...!!! masa ni doremon pun belum lahir lagi..hahahaha.

Ketinggian dia yang membolehkan buat gua terkencing kerana tinggi dia lebih kurang  banggunan 3 tingkat kau tau dak..??? woi..tau dak tinggi..????



Hurm...ok...ramai kata tak tinggi sebab korang tak gayat kot..hehe.., lantak korang la tak gayat tapi secara jujurnya gua memang gayat kalau duduk tengah-tengah landasan keretapi tu..

Kalau jatuh mati wooooiii!!! kenapa mati..sebab tinggi..bawah tu sungai pulak..gua dah la tak reti berenang..so memang mati oooooiiii!!!!!!!!!!!!!! oiiiii!!!!!


******************************

Program yang gua join ini semperna perasmian Jambatan Baru Victoria atau dalam bahasa orang putih dia Victoria Bridge.. 

Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia (RTAM) bercadang untuk menganjurkan satu acara ‘Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ bertempat di Victoria Bridge, Seberang Karai, Padang Rengas, Perak. 

Tujuan penganjuran acara ini bagi memulihara dan memelihara kawasan persekitaran tempat bersejarah ini dan mewujudkan ‘Victoria Bridge’ sebagai destinasi terbaru pelancongan di Kuala Kangsar bagi mendapat pengiktirafan dan diwartakan sebagai Tapak Warisan daripada Jabatan Warisan Negara.

Gua selaku wakil dari media disambut dengan penuh hormat dan macam raja siap dikalungkan dengan kain batik melambangkan kemesraan orang kampung dengan tetamu yang diundang


Nampak comelkan muka gua kena kalungkan dengan kain batik...kan kan kan...hihi

Masa perasmian ini ada beberapa das destuman meriam diletupkan..dia punya kuat gegaran dan bunyi tu dengar cerita sejauh 5KM...kau bayangkan gua yang dalam 300-500meter ni macam mana terkejut..,

Bila sekali letupan tu boleh buat pundi kencing terus penuh wo..!! kalau punci kencing kau dah penuh silap haribulan terkencing terus....

kebaaabooom...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Program gua join ini bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.., kami pihak media diundang untuk menyertai suasana kampung Krai bersama dengan YB Dato Seri Nazri Mohammad...dia yang rasmi program ini...eh macam dah pernah cakap je hihi

Gua malas la nak cerita panjang pasal victoria bridge ni..., gua tepek gambar je la hahahahah



Bersama rakan blogger geng KBBA di memorendum Victoria Village.., gua tak tau sebut betul ke tak...tolong betulkan nanti gua edit..hahahaha

Gua pun nak cuba main meriam...., tapi sayangnya kabait habis...so bergaya jer la..baru poyo hahahaah


Geng awek dari KBBA dari kiri : yanty, qaseh, erra, mieza dan sue



Disebabkan ketampanan gua...gua cuba beranikan diri untuk berdiri ditengah landasan untuk gambar kenangan di atas Victoria Bridge...

Walaupun lutut gigil...,punci kencing bagai nak mencurah suruh kencing..., gua gagahkan juga untuk mencabar diri gua...

Atas jambatan ni cantik untuk buat gambar pre wedding ataupun wedding.. lagi cantik kalau korang amik gambar untuk bunuh diri...hehe

********************************

Entri berkaitan dengan program Kementerian Pelancongan Malaysia



Sekian...Peace (~_^)v



13 Orang Memberi Komen & Pendapat

Meh dtg umh aku la ujang. Rendah je. Tingkat 2............................puluh. Hahahaha

bila dah pergi sna rasa nak buat jambatan atas rumah #eh

sobs sobs gambar aku yg tunduk tu jugak ko nak letak kan...huuhuu

HEBAT KO DPT JOIN ....

ORG JAMAN DULU WAT JAMBATAN SEBAGAI JAMBAN ..IKAN MKN PUN DPT MKNAN ... HIHI

Orang tampan saja yg boleh berdiri tengah landasan? Hahaahaha

nama mat saleh juga yang dipakai..

gua sokong lu bro, gua pun gayat bro

Aduhai... Mmg xleh ingat la muka Ujang yg mmg sah gayat.. de terkuncil ke dlm seluar...?

bajet je ko p cucuh meriam tu hahaha plastik sangat ekekeke

salam ukhwah.. 1st time dtg singgah sini.. dari : http://thescreammer.blogspot.com/

amboiii gambar i y hodoh je letak ehh haha yg lagi hodoh xde? haha tlg delete komen nih =.= annoying sgt

meriam tuh leh gugurkn jantung2.. huhuhuhu.. tersedak masa makan..kui3

http://www.norainyusoff.com/2014/02/victoria-bridge-salah-satu-khazanah.html


EmoticonEmoticon