Wednesday, February 26, 2014

Contoh Rumah Cekap Tenaga

Rumah Cekap Tenaga



Baru ini gua berkesempatan pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah untuk mengikuti program  Lawatan Ke Melaka World Solar Valley Tour Media dan Blogger.

Tujuan kami ialah untuk membuat lawatan tapak mengenai tenaga solar...ada 3 lokasi yang gua pergi iaitu rumah Pn. Stephanie Mary Bacon ( FIAH Holder) , AUO-Sunpower Sdn Bhd , dan  Kumpulan Melaka Berhad

Lawatan ini dianjurkan oleh SEDA Malaysia untuk wakil blogger  bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih kepada kami dalam penggunaan dan industri sistem Solar PV yang semakin mendapat tempat dikalangan pengguna. Dengan erti kata lain, mempelajari apa sahaja ilmu yang berkaitan dengan kecekapan tenaga.

Gua ikut rombongan ini menaiki bas bersama dengan wakil dari Seda , Media dan rakan blogger yang lain.., Kami berkumpul di KL Sentral seawal jam 8 pagi dan bertolak ke Melaka pada jam 8 pagi.


Untuk entri ini gua nak kongsikan di lokasi pertama iaitu :

Rumah Pn. Stephanie Mary Bacon ( FIAH Holder)




Rombongan kami tiba dirumah Pn. Stephanie Mary Bacon pada jam 11 pagi.., bila bas sampai parking depan rumah dia, dia dah terpacak menantik ketibaan kami..hehe..baguih

Rumah dia terletak di kawasan elit Bukit Katil iaitu Tiara Gold and Country Club. Dan ianya merupakan aset kebanggaan milik Pn. Stephanie Mary Bacon (salah seorang FiAH) yang berasal daripada England.



Sampai sahaja kami diluar rumah lagi beliau menerangkan serba sedikit mengenai konsep rumah yang beliau miliki ini sejak tahun 2007 lagi

Stephanie Mary Bacon dan suaminya, mendiang Harry Boswell tinggal di sebuah rumah sejuk, COOLTEK Home . Rumah ini telah direka untuk menggunakan penyaman udara secara berterusan dan oleh kerana itu ia merupakan sebuah bangunan yang bertutup bagi mencegah kehilangan udara sejuk ke luar. Ia adalah sebuah bangunan yang kecil, mempunyai dekorasi yang minimum dan tidak mempunyai halangan seperti tiang yang banyak dan lantai yang bertingkat-tingkat, lantas memastikan ianya adalah satu reka bentuk yang cekap tenaga.

***************************

Korang percaya dak bahawa 20 buah rumah seperti COOLTEK hanya memerlukan jumlah tenaga yang sama untuk SATU rumah standartrd Malaysia ?

 Biar gua terangkan bagaimana keajaiban yang berlaku kerana gua yang dapat ilmu dari lawatan ini hehe. Reka bentuk kecekapan tenaga rumah ini mempunyai lima aspek utama, perlindungan, orientasi, penebat, pengudaraan dan penyiasatan.


Ciri-ciri menarik tentang rumah cekap tenaga milik Pn. Stephanie ini:




-Ianya dibina pada tahun 2007 dan bermodalkan RM125,000 untuk membangunkan sistem solar PV sahaja.

-Residen yang pertama di Malaysia yang menggunakan sistem solar PV 4.8 kWh (sebelum kemunculan Feed-in Tarif lagi).

atap rumah cooltek
atap rumah cekap tenaga

-Menggunakan komposisi keluli tahan karat sebagai atap rumah bagi memantulkan haba matahari.

-Terdapat satu lapisan aluminium foil berkualiti tinggi dibawah atap untuk mengurangkan kepanasan yang terpancar ke dalam bangunan

.- Rekaan tingkap dan pintu sedikit tenggelam daripada permukaan dinding agar ianya dapat dilindungi daripada haba matahari.

design rumah cooltek
rekabentuk rumah cekap tenaga

-Rekabentuk rumah berbentuk segiempat tepat dengan kedudukan dinding kosongnya menghadap Timur dan Barat, manakala dinding yang bercermin menghadap Utara dan Selatan (bagi mengurangkan pendedahan terhadap haba matahari.

-Cermin yang digunakan adalah dari jenis double glazed diisi dengan gas argon ditengah-tengahnya dan juga mempunyai salutan berpancaran rendah (low-emissivity coating) untuk mengurangkan kemasukan haba dari luar.

-Menggunakan blok bata berongga 250mm yang ringan sambil dilitupi oleh pelekat dinding setebal 2mm bagi mengurangkan pengaliran haba dari luar dinding kedalam rumah.


***************************

Beberapa keratan akbar yang berkongsi tentang kelebihan rumah cekap tenaga yang dipraktikkan di rumah puan Stephanie




 **************************

Jika dilihat secara teliti, ciri-ciri yang diterapkan pada rumah ini adalah cara terbaik untuk meminimumkan penggunaan tenaga. Walaupun diberitahu pada awalnya bahawa penggunaan penyaman udara didalam rumah ini adalah secara berterusan, kami ditunjukkan data pengiraan oleh Pn. Stephanie sendiri yang mana sepanjang tempoh FiT diperkenalkan beliau tidak perlu membayar bil elektrik tetapi dibayar oleh pihak TNB diatas sumbangan tenaga elektrik yang telah dijana oleh rumah beliau. Hampir 50% pulangan modal yang dilaburkan pada 2007 sudah pun diperolehi.




Oleh kerana banyak usaha dan sumbangan yang dibuat oleh Stephanie dan arwah suaminya, Harry, COOLTEK HOME menerima Tenaga Projek Pertandingan Pengurusan Diperbaharui ASEAN (Pertama Runner Up) di Anugerah Tenaga ASEAN 2009.

Pn Stephanie
Gambar kenangan bersama tuan rumah cekap tenaga


Korang boleh menghubungi Puan Stephanie bila-bila masa di cooltek.my@gmail.com jika korang ingin tahu lebih lanjut mengenai hijau dan bangunan mampan. COOLTEK Home dibina di:

350 Jalan Woodland,
Tiara Melaka Golf &
Country Club, Ayer Keroh,
75450 Melaka, Malaysia.


Akan datang gua kongsikan bagaimana Puan Stephanie boleh berjimat dan memperolehi pendapatan dengan rumah cekap tenaga dia selepas beliau mengamalkan FiT.


Sekian..Peace (~_^)v


1 Orang Memberi Komen & Pendapat


EmoticonEmoticon