Wednesday, February 12, 2014

KECOH..!! IMAM Dipecat Kerana Berkhutbah Isu Hudud



Gambar Imam dipecat isu hudud


PEMECATAN IMAM KERANA BERKHUTBAH ISU HUDUD DAN KENAIKAN HARGA BARANG

Pihak Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak didapati telah memecat seorang imam jemputan yang telah berkhidmat selama dua tahun dimasjid tersebut.

Antara sebab utama imam tersebut dipecat ialah beliau telah menyampaikan khutbah yang diklasifikasikan berbaur politik iaitu hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana halangan Kerajaan Persekutuan dan kenaikan harga barangan masakini disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan.



Setelah membuat penelitian, Dewan Pemuda PAS Perak :

1- Menyokong pendirian imam tersebut yang berani melontar pandangan berkaitan isu-isu semasa walaupun ianya menyentuh Kerajaan Persekutuan. Ini sesuai dengan hadith Nabi yang bermaksud “berkata benarlah walaupun ianya pahit”.

2- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak amat kesal dengan tindakan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang memecat imam tersebut tanpa dipanggil membela diri. Tindakan ini amat-amat bertentangan dengan ajaran Islam yang mementingkan soal keadilan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berpendirian bahawa isi khutbah yang diucapkan oleh imam tersebut tidak menyalahi agama bahkan menegaskan bahawa isu hudud adalah isu aqidah umat Islam yang perlu diperjelaskan dengan sejelasnya.

3- Tindakan yang dilakukan oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dilihat lebih kepada sentiment politik kepartian sedangkan tindakan imam tersebut melalui ucapan isi khutbahnya lebih kepada tuntutan agama iaitu mengajak masyarakat kembali kepada islam.

4- Pihak Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid perlulah menyedari tugas mengimarahkan institusi masjid adalah focus utama mereka dengan menjadikan masjid sebagai duta penyelamat ummah.

Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Perak membantah pemecatan imam tersebut dan mendesak supaya pemecatan terhadap imam tersebut hendaklah ditarik semula demi memelihara Institusi agama yang mulia ini.

AKMAL HJ KAMARUDIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Bertarikh : 07 Rabi’ul Akhir 1435H bersamaan dengan 07 Februari 2014


sumber Facebook

5 Orang Memberi Komen & Pendapat

butakan mata hati kerana politik ...hmmm

base gile molek hok buat mcm tu..bengong la..kerana politik sgup ketepikan agama.

umat akhir zaman lebih mengutamakan keuntungan dan kepentingan diri hingga mengabaikan hukum hakam...yang penting memberi keuntungan...walaupon benar tetapi mendatangkan kerugian akan ditindas..

haiya..
susah betuil nk idup snang skang.


EmoticonEmoticon