Tuesday, February 11, 2014

Senawang Food Festival 2014 Bersama Rock Kapak....!!!



Tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia yer dak..? jadi banyak pula program yang telah dianjurkan di Negeri seluruh Malaysia..

Sebelum ini gua ada join event di Negeri Perak baca SINI

Baru ini gua join event di Negeri Sembilan pulak.. iaitu Senawang Food Festival..hehe

Senawang Food Festival di anjurkan oleh My Media Event & Management dengan kerjasama Kementerian Kesenian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia , KIP MART , Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan


Majlis ini berlangsung selama 3hari bertempat di Kip Mart senawang Negeri Sembilan


**************************************






PERASMIAN




Majlis dimulakan dengan bacaan doa.., dan selepas itu dirasmikan oleh Encik Baharudin bin Jalil Pengurus Besar, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan





Upacara perasmian dihadiri oleh rakan media dan blogger , para tetamu VIP bersama dengan semua penduduk yang membanjiri pengkarangan Kip Mart Senawang.


Kami disajikan persembahan tarian dari Kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia.., pergh dorang punya joget membuatkan bahu gua bergoyang-goyang menandakan gua menikmati setiap lenggok dari tarian mereka..hihi



Selepas itu persembahan dari penyanyi amatur yang tidak kurang hebat dia..sedap gak habaq ang...,


**************************************

Sepanjang Senawang Food Festival 2014 ini banyak aktiviti yang akan disajikan antaranya ialah :

- Pertandingan Karaoke
- Pertandingan Mengukir Buah
- Pesta Buah-Buahan
- Pertandingan Makan Tanpa Tangan
- Mask Changing Performance
- Acrobatic Lion Dance
-  Pertandingan Dekorasi Kek
 -Pertandingan Memasak Lauk Tradisional N.9
- Program Amal Bersama Anak Yatim Piatu & Miskin
- Persembahan Artis

Senawang Food Festival ni terdiri daripada pameran jualan, minuman kesihatan, barangan kraftangan dan banyak lagi...pameran jualan ini di buka oleh peniaga-peniaga tempatan khususnya dari Persatuan Peniaga Makanan Halal...

Karnival yang di anjurkan oleh MY MEDIA MANAGEMENT ini sebenarnya bertujuan untuk mengenalkan dan mempromosi jenama IKS dan HALAL FOOD kepada umum....ini satu usaha yang baik yer dak..?


Food Hunt


Aktiviti makan ini paling gua suka banyak jenis yang gua cuba di setiap gerai hehe






Sekitar Aktiviti


Aktiviti yang paling ramai menarik minat pengunjung ialah tarian naga.., ialah masa majlis ini berlangsung ia jatuh pada perayaan tahun baru cina

Jadi memang kena la dengan pesembahan tarian naga yang disajikan yer dak..?


gambar lion dance

gambar penunjung
pengunjung yang hadir

Untuk kanak-kanak pula ada pertandingan melukis

kanak melukis


Persembahan bersama otai rock kapal..!!!


Antara otai rock kapak yang hadir yang sempat gua jumpa ialah penyanyi dari kumpulan Laksamana (Nizam) Utopia (Afee) dan juga Olan (Duan)



Disebabkan ketaksuban gua..lu tengok dengan gua-gua sekali naik atas pentas untuk nanyi bersama otai rock..hehe..

Terima kasih kak Hartina Arsid, Pengurus Operasi dan Jualan My Media dan Event Management sudi invite gua dan rakan bloggers lain untuk memeriahkan lagi festival ini....kepada pihak² lain yang terlibat, syabas atas usaha anda dalam menjayakan festival ini


Sekian..Peace (~_^)v



2 Orang Memberi Komen & Pendapat

hebat tu ... dah jd media dah korg ek ..s iap dpt jemputan pi event tu


EmoticonEmoticon