Monday, March 10, 2014

Sektor Tenaga Bio Malaysia menarik minat German



Sumber tenaga yang terdapat di Malaysia ada banyak yer dak..? dan salah satunya ialah dari Bio

Pengeluar dan peneraju teknologi boleh diperbaharui dari Jerman melihat potensi besar untuk terbabit sama dalam pembangunan industri tenaga berasaskan bio di Malaysia.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC), Jens Reisch, sendiri mengakui bahawa Jerman memang memiliki pengalaman lebih dua dekad membangun dan menerajui tenaga boleh diperbaharui di Eropah yang hingga kini menyumbang 24 peratus tenaga elektrik negara itu.

Namun, apa yang membanggakan kita beliau berkata, Malaysia berada di kedudukan lebih baik dalam industri itu berdasarkan kelebihan memiliki banyak biojisim dan bahan buangan perladangan yang sangat diperlukan sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui.


Malaysia miliki kelebihan sumber

Beberapa peserta dan peneraju industri dari Jerman mahu datang ke Malaysia dan meneroka peluang ini kerana mereka memiliki kepakaran yang menyeluruh dalam sektor tenaga berasaskan bio tetapi tidak memiliki kelebihan bekalan biojisim yang banyak seperti di Malaysia.

Mereka juga cemburu dengan kelebihan Malaysia ini, namun sayang tidak banyak syarikat perladangan di negara kita  ini yang ingin meneroka potensi sektor itu sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk membangunkan sektor itu. Selain itu mereka berpendapat Malaysia perlukan satu model atau sistem tarif galakan (FiT) yang tepat dan lebih menarik untuk menggalakkan minat peserta perladangan ini beralih membangunkan sektor tenaga berasaskan bio.

Sasar 100 juta tan setahun

Kementerian menyasarkan pengeluaran biojisim kelapa sawit akan meningkat kepada 100 juta tan setahun menjelang 2020 berbanding 83 juta tan tahun-tahun sebelum ini

20 juta tan itu akan digunakan untuk penggunaan bernilai tinggi, termasuk untuk membangunkan sektor tenaga boleh diperbaharui negara kita , sejajar usaha meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui dalam keseluruhan pembekalan tenaga negara.

Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui kepada 11 peratus menjelang 2020 berbanding sekitar 0.8 peratus kini dan kita sedang berusaha mencapai sasaran ini.


Malah, berdasarkan laporan Strategi Biojisim Kebangsaan 2020, pengeluaran biojisim yang tinggi juga dapat meningkatkan sumbangan RM30 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar menjelang 2020, mengurangkan pengeluaran karbon dan mewujudkan kira-kira 66,000 pekerjaan


EmoticonEmoticon