Tuesday, April 22, 2014

Petua dan Tips Anak Kena Chicken Pox | Demam Campak

anak kena demam campak


Gua rasa antara perkara yang paling mak dan ayah risau adalah bila mana anak kita kena ciken pox atau demam campak yer dak..??

Kenapa risau..? opkos la sebab tak sanggup tengok anak kita gatal2.., tak selesa badan dan juga beberapa perkara yer dak..?

Selain itu kepada ibu bapa yang bekerja pasti risau sebab akan memikirkan siapa nak jaga anak yer dak..? sebab takkan nak hantar anak ke Taska bila anak kena chicken pox..hehe

Nak dijadikan cerita anak gua sendiri baru-baru ini terkena dengan jangkitan chicken pox ini.., spekulasi kuat mengatakan yang di berjangkit dengan rakan di taskanya.. jadi kepada mak bapak yang anaknya terkena chicken pox atau demam campak janganlah pentingkan diri sendiri hantar anak ke taska juga ek...

Bab penjagaan Zafirah pula aku sebagai pekerja yang senang dapat cuti memainkan peranan utama untuk bercuti menjaga Zafirah di rumah... *sila kagum dari jauh hahahaha

Bila Zafirah kena chicken pox ni gua lega sikit sebab dia tak demam dan lembik , rutin harian dia seperti biasa lasak macam papa dia juga.., so senang nak jaga... ke budak kena chicken pox memang tak demam ek..hehe


*****************************

Bawah ini gua senaraikan beberapa petua orang tua untuk diamalkan..,kalau petua orang muda takda sebab orang muda pun amik petua orang tua...hihi..,  kalau dari hospital tu korang sendiri dah biasa dengan yer dak..? sapu je ubat kelamin ke calamain ke jadah apa gua lupa nama ubat sapu hahahaahah


Petua 1

 Boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem.

Petua 2 

Selain daripada itu, anak yang kena demam campak juga boleh diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air). Insya-Allah demam campak akan beransur hilang.

Petua 3

 Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campak atau chicken pox dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).

Petua 4

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering). Selamat mencuba!

**Elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

petua kredit kepada blog petualamaku


*****************************


Dan setakat ini nama penyakit chicken pox ini sudah 2 kali gua sebut chicken chop di klinik...grrrrrr


Situasi diklinik kesihatan Bandar Baru Bangi

Nurse : ye abang hensem boleh saya bantu..?

ujang : erm..anak saya ni ni *sambil tunjuk ke arah zafirah yang tengah berlari-lari anak

Nurse : owh dah kawin.., anak sakit apa yer..?

ujang : tah la rasa kena chicken chop..*jawap penuh konfiden

Nurse : eh...dah la hensem tapi kelakar pulak..

Ujang : Yang awak ni dah kenapa main-main pulak

Nurse : lapar sangat ni..., bukan chiken chop la..chicken pox

Ujang : huh...?? *terus berlalu pergi tanpa berkata apa2

Nurse : duduk dulu ye nanti saya panggil 

*dialog dihensemkan untuk kepuasan penulis..('',)


*****************************


Sekian...Peace (~_^)v

p/s : siapa ada tambahan dan tips lain boleh tolong share..


tags : cara merawat anak demam campak, cara merawat anak kena chicken pox, cara atasi demam campak, cara atasi chicken pox , petua hilangkan parut chicken pox, petua hilangkan kesan chicken pox

4 Orang Memberi Komen & Pendapat

haha..

tang dialog tu memang serius hensem! heeeeee

Ank sy br je kna chickn pox ni d mskkn ke wad hukm 2 hr..xlega jg jd mcm melecur 1 bdn alasan slh mkn ubat last skli sy sapu krim gamaton lega trs tp krim 2 mmg ssh cr 1 chowkit pusing cr mmg xde dlm.tenet promosinya 2 thn lps tp mmg bkesan sbb dia keringkn kulit x berair n cpt smbuh..sy bli kt kg d perak skrg pn dh hbs.xde stok ktnya nk bli sbb1 umh dh kna chken pox ni trmsk pengasuhnya skli..

ngek ujang..chiken chop.

bagus gak petua ni jang...anak kak alin pun dua2 tgh kena chicken pox ek...bukan chicken chop..ngeh..ngeh..


EmoticonEmoticon