Thursday, May 15, 2014

Cara Ajar Anak Kecil Solat

budak kecik sembahyang

Kepada semua yang ada anak pasti inginkan anaknya tidak tinggal solat yer dak..? dan menjadi satu kewajiban setiap mak dan ayah untuk mendidik anak solat yer dak..? tak setuju sudah...hehe

Solat merupakan tiang agama.., jadi jika solat tidak sempurna..sudah pasti pendirian agama kita dan segala urusan kita akan goyang.., percayalah...!! ibarat rumah tanpa tiang pasti tidak kukuh yer dak..? begitu la perumpaan yang senang untuk bercerita mengenai pentingnya solat dalam agama kita.

Tips Untuk Mengajar Anak Solat


Cara mengajar anak sembahyang adalah sejak dia dari baby lagi.., memang dalam Islam menyuruh anak solat pada umur 7 Tahun.., tapi kalau anak dah umur 7 tahun baru nak ajar solat pakatnya memang liat la dia..., tapi benda ini subjektif.

Perkara pertama yang patut ada dalam jiwa seorang mak ayah terhadap anaknya ialah bercita-cita  anaknya tidak tinggal solat.., ini amat penting sekali..

Kenapa ada diantara kita.., bila anak kita kecil kita tak sabar ajar dia menari.., menyanyi.., berenang dan lain2..,?? tak salah nak ajar semua itu.., tapi apa kata tambahkan dengan mengajar anak Solat yer dak..?

Bawah ini gua kongsi sedikit tips untuk mereka yang mempunyai anak bawah 4 tahun terutamanya

Cara paling mudah untuk mengajar anak kecil solat ialah :

1. Selalu solat depan anak kita

- Sebelum solat amalkan borak atau bagitau anak yang kita nak solat atau sembahyang kejap..., contohnya "aimy..sat na.., mama nak solat"  atau "aimy ang tunggu sat naa..papa nak solat"

- Bila kita solat biarkan anak kita disebelah walaupun dia baru beberapa bulan atau lebih tepat lagi ketika bayi.., memang dia kita tengok macam bodoh lagi..tapi dari macam bodoh itulah dia serap dalam otak dia yang solat itu perlu

- Bila anak dah berumur 1-2 tahun teruskan solat disebelah mereka ataupun kasi mereka nampak.., ini amat penting kerana proses meniru mereka sangat hebat.. dan dalam umur inilah anak kita anak tiru gaya kita sembahyang.., macam anak gua bila kita sujud dia akan meniarap.., bila kita rukuk dia sujud..hihi.., jika ada pekembangan anak korang begini tahniah..!! 

Dan pastikan bila korang sedang solat tetiba anak korang buat gaya disebelah , sila tahan gelak sebab gua memang tak tahan gelak kalau anak tiru gaya sembahyang...('',)


2. Terangkan dan Ajar Gerakan Dalam Solat

- Bila proses meniru gaya solat anak anda dah semakin hebat.., itu tandanya dia dah mula berminat dan ingin tahu..,ini amat penting sekali kerana bukan senang nak ajar anak kecil ni.. biasanya dalam umur 1-2 tahun proses meniru itu memang hebat...

- Bila lepak dengan anak didepan TV jika azan berkumandang, jangan tuka chanel lain..!!! biarkan dan terangkan dia yang kita nak solat.., dan dalam video azan tu pun ada gaya orang sedang sembahyang yer dak..? so bagitau dia gaya yang dalam video tu pun sama macam kita solat.

- Bila habis solat ataupun tengah borak dengan anak, kita tanya dia 

" aimy..macam mana mama sembahyang.."
"aimy...macam mana mama sujud"
"
Jika dia buat gaya solat dengan cara dia.., tahniah...!!!! 


3. Sediakan Kemudahan Untuk Anak Bersolat

- Bila anak kita dah besar sedikit sedikan la mereka telekung/songkok dan juga sejadah untuk mereka punya sendiri.., ini boleh mendatangkan mood mereka untuk ikut kita bersama

- Bila anak kita pakai telekung/songkok puji dia

 "comel la anak papa ni pakai telekung"
"bestnya aimy pun ada sejadah..sama macam mama.."

-  Bab menggayakan mereka untuk solat memang agak payah.., tapi lama kelamaan dorang akan syok sendiri dan akan minta kita sendiri mana telekung dan sejadah dia sendiri..kemain lagi...hehe

cara mudah ajar anak solat


4. Rajin Bawa Anak Ke Surau/Masjid

- cara bawa anak ke surau atau masjid adalah bertujuaan untuk memberi anak kita suasana berjemaah.., memang agak payah untuk mak bapak bawa anak berjemaah ke masjid dengan alasan busy.., takpe tu hak korang.., tapi bila ada solat tarawih ke.., sembahyang raya ker.., bawa la anak kita sekali join paling tidak memang kena bawa mereka..

tips ajar anak sembahyang


5. Doa

- seperti biasa senjata utama kita sebagai umat Islam adalah doa yer dak..? jadi banyakkan la berdoa supaya anak kita tidak tinggal solat dan berjaya mengikuti kita dalam solat.


Gua ucapkan tahniah kepada YANA kerana berjaya didik Zafirah minat dengan solat.., semoga istiqamah

*****************************************


Gua boleh kongsi cara ini untuk anak yang berumuh lebih kurang 4 tahun kebawah sebab apa yang gua praktikkan.., jika umur anak kita meningkat kita akan ke step seterusnya..., tapi asas adalah amat penting

Dan setiap apa perubahan yang berjaya diikuti oleh anak kita.., jangan kedekut untuk memujinya.., pujian terhadap budak adalah amat penting kerana boleh menaikkan semangat mereka.

Benda lain kita eksited nak ajar anak,  kenapa tidak solat yer dak..??


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : skali lagi gambar dari blog Yana menjadikan idea entri..hahahaha


tags : tips ajar anak solat, tips ajak anak solat, cara mudah ajar anak solat, cara ajar anak solat dalam islam, cara berkesan ajar anak solat, tips ajar anak sembahyang, cara ajar anak sembahyang

Artikel Terkait

8 comments

boleh amalkan nanti bila ada anak sendiri.. mohon share ye..

heee.mst sblm nk ajar tu.anak duduk depan kita tgh solat tu dh pasti.

moga menjadi anak solehah zafirah.
zafirah comel sangat !

Moga dak Zafirah menjadi anak yang solehah.. ;)

Itu yg kami terapkan solat terbuka sambil sediakan sejah extra utk ank

anak saya dah nak masuk 5 tahun dan skarang saya dalam proses nak ajar dia solat. tenkiu for d info ya!
JOM SINGGAH BLOG SAYA

mohon share ye..tips yg berguna..tp sy ltak blog anda sbg sumbernye^_^


EmoticonEmoticon