Wednesday, May 21, 2014

Review Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya?

Review Awak Nak Kahwin Dengan Saya



 review awak nak kahwin dengan saya tak


Semalam gua lepak Sunway Piramid ,  join Pra Tonton Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya arahan akak  Eyra Rahman

Setelah sekian lama tak join pra tonton filem MIG.., kali ini saja nak join sebab tengok trailer filem ini macam best.., so gua ajak Yana dengan Zafirah join sekali..hehe

 *******************************


Secara peribadi...., jujur dari hati..., bagi gua filem ini sangat best dan bagus untuk ditonton oleh semua...,  Filem ini lengkap dengan komedi dan emosi..

Banyak pengajaran yang boleh dapat dalam filem ini antaranya Cinta dua darjat.., Sikap bos dan pekerja.., Cara melayani suami(cewah..)..,  dan juga kekeluargaan.

Dari segi plot cerita pun tak berat dan bagi gua.., antara semua filem akak Eyra Rahman ini adalah yang paling terbaik..!! Dialog yang best dan sempoi...nampak lebih spontan..

Kekuatan filem ini tak gua nafikan adalah pada pelakon utama dia , iaitu Fezrul Khan dan Erin Malik.., memang jahanam pengkres gua gelak dengan gelagat 2 orang pelakon ini.. Erin Malik sengal..!!! hahahahaa , tak lupa juga kepada pelakon veteren kita iaitu mak mah memang best dan juga Shima Anuar yang jadi gedik pun bagus.

Untuk pelakon lain secara purata ok dan tak mengecewakan terutama BOBO..hihi...,

 *******************************

 Sinopsis Awak Nak Kahwin Dengan Saya

Cerita ini menceritakan tentang percintaan antara Andika dan Puteri . Andika merupakan Ketua editor majalah tersebut , manakala Puteri bekerja sebagai pembantu peribadi Andika dan yang paling setia dalam tempoh tiga tahun. Seorang gadis yang messi , tetapi dia sangat peka dan bijak. Andika dapat memahami Puteri . Cerita ini bermula apabila Andika menerima panggilan daripada bekas teman wanita , SARA , menjemput beliau ke majlis perkahwinan beliau. Sara mencabar Andika untuk membawa teman wanitanya pada perkahwinannya hanya mahu menunjukkan bahawa pelajar Andika terlupa kenangan. Andika berasa dicabar dan dia perlu untuk membawa seorang gadis untuk perkahwinan untuk membuktikan kepada Sara bahawa dia telah lama dilupakan lalu. Pada masa yang sama, ulang tahun kelahiran Andika juga semakin hampir dan meminta Andika kembali. Andika akhirnya bersedia untuk kembali selepas tiga tahun tidak pulang ke rumah kerana konflik dengan bapanya, DATO OSMAN. Andika meminta bantuan daripada anak perempuan yang menyamar sebagai kekasihnya dan kembali ke kampung. Kehadiran Wanita disambut mesra , dan dia terkejut melihat bagaimana keluarga menerima beliau. Selepas seminggu di kampung, Puteri terkejut dengan perubahan berlaku. 

Puteri hidup bersendirian selama ini , bagaimanapun, kini Puteri mula berasa gembira selepas Andika mengenali keluarga ini. Puteriwho telah mula berasa gembira hidup bersendirian dengan kasih sayang keluarga Andika . Pada masa yang sama, Andika juga mula berasa sesuatu yang aneh pada Puteri . Andika mula tersenyum, ketawa dan mula ambil mudah dalam kehidupan. Adakah keseronokan mula menyelubungi mereka , Sarah muncul dengan rasa tidak puas hati dan mula mempersoalkan Puteri yang boleh mengubah orang-orang seperti Andika 

 Meh tengok Trailer Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya?



*******************************

Secara ringkasnya filem ini memang happening..!!

Rating 
Lawak 10/10
Plot Cerita 8/10
Pelakon 10/10



3 Orang Memberi Komen & Pendapat

asal ada bobo?? ok gua x nak tgk....

alamak jantan jelita lah hahaha
erin malik yg buat cerita ni hidup, serious bak hang.

Hurmmm.... tengok macam boleh je untuk bayar tiket wayang - sebagai hiburan ringan waktu lapang...


EmoticonEmoticon