Tuesday, May 20, 2014

SUPERSQUAD Filem Animasi Terbaru Tempatan


filem animasi supersquad

Baru ini gua sempat pergi join pra tonton filem animasi terbaru tempatan iaitu SUPERSQUAD bersama dengan rakan blogger yang lain...

Kali ini dalam panggung wayang semua geng-geng blogger jer dan dipenuhi dengan anak-anak blogger...


Thanks Bro Framestone kerana mengajak gua join filem ini bersama dengan keluarga..., tapi yang bestnya si Zafirah takut pulak dengan patung supersquad .., kemain nangis gigil-gigil dia..






Filem animasi SuperSquad menceritakan mengenai lima adiwira muda juga mempunyai isu tersirat yang mahu diceritakan. Pengarahnya, Mohd. Rashdan Ramlee menyifatkan animasi yang akan ditayangkan 5 Jun depan itu mengajak golongan kanak-kanak untuk memikirkan tentang masa depan mereka. 

Filem animasi sekarang ini dah semakim meluas yer dak..? tapi apa yang kita boleh banggakan ialah dari anak tempatan pun dah boleh menghasilkan filem yang tidak kurang hebatnya..

Korang tengak gambar bawah ini.., cantik grafik dorang..

animasi supersquad

supersquad karton

Memang menarik grafik filem supersquad ini.., dan memang sesuai untuk bawa anak kita tengok.., filem ini mengajar kita erti setia kawan dan juga jangan jangan putus asa

Suatu yang menarik mengenai filem animasi SuperSquad ini adalah penggunaan suara-suara bagi watak-wataknya.

Suara pelakon antarannya Aaron Aziz, Dafi dan Diana Danielle digunakan bagi dalam filem animasi SuperSquad ini.

suara artis supersquad


Aaron memegang watak Laksamana Aaron iaitu bapa kepada Kapten Danny (Dafi) dan adiknya Elly (Diana). Sebenarnya saya memilih Aaron kerana ciri-ciri yang ada dalam dirinya yang sebenar untuk menggambarkan tentang watak tersebut.

Watak Laksamana Aaron merupakan seorang yang gagah dan tegas dan saya tengok perkara itu ada pada Aaron sendiri

Selain daripada Aaron Aziz, Dafi dan Diana Daniel, filem animasi SuperSquad ini juga turut menampilkan Radhi Khalid, Amran Ismail (Amaris) dan lain-lain lagi

Jangan lupa join kontes dari filem ini.., tiket wayang jangan buang..sebab korang boleh menang IPAD...

Sekian..Peace (~_^)v

Artikel Terkait

9 comments

rasa rugi gila x join haritu. =(

Bukan anak hang kan yang nangis dalam panggung hari tue?

boleh jadikan satu aktiviti masa cuti sekolah ni...

dah lama tunggu rakyat Malaysia keluarkan filem animasi tentang sukan Malaysia..macam sepak takraw atau skuad bola sepak yg layak ke olympik atau kejayaan piala thomas 92..

best dapat join hari tue...hehehe

selain zafirah. aku jugak takut. len macam weh haha

selain zafirah. aku jugak takut. len macam weh haha

diorang kena aktif buat promotion secara kerap - barulah ramai orang aware pasal filem nie

masa untuk jinakkan anak2 dengan kartun2 malaysia.kerana kartun dari luar adakalanya menyampaikan mesej yg tidak baik.inshaaAllah kartun malaysia sentiasa di kawal.


EmoticonEmoticon