Monday, June 2, 2014

Layan Gila Main WeChat Speed All Star Race

WeChat Speed Game


Korang pernah main game WeChat Speed dak..? serius layan gila..hahahah, gua mula terjebak bila Bro Framestone dengan Hafiz Rahim ajak gua.., ingatkan awek dari WeChat mana tadi mesej...

Sekali dorang ajak join dorang racing di WeChat Speed.., ala korang nak main download free jer.., WeChat speed ni satu game lumba kereta secara online

Sekarang ni ada WeChat Speed All Star Race dimana bagi setiap tiga orang yang dapat merekodkan kutipan mata tertinggi bagi setiap pasukan akan berpeluang untuk berentap secara Live bersama selebriti yang telah diwakili oleh mereka.

Team WeChat Speed All Star Race

Sekarang ni ada kempen di mana kita boleh join team All Star Race. Terdapat 6 selebriti yang akan berentap didalam WeChat Speed All Star Race

1 Adrian Chan 
2 Adam C 
3 Diana Danielle
4 Yumi Wong 
5 DJ JJ 
6 Elfira Loy 

Gua team dengan Diana Danielle!!!

Hadiah utama RM 15,000 wei..!!!


*******************************************

Sistem dalam game ini ialah korang kumpul coins dan juga diamond.., kerana dari coin dan diamond la korang boleh update pemandu korang ataupun kereta korang.

Lagi satu korang cuma kena elak supaya tidak terlanggar dengan kereta lain.., ala senang jer la tak perlu nak ajar banyak....

Cara nak dapatkan Diamond ialah :


 Bronze star events

Tamatkan perlumbaan dan sertai pasukan – 50 diamond
Menjemoput rakan-rakan untuk berlumba sebanyak 5 kali – 100 diamond
Mencapai markah sebanyak 100,000 - 100 diamond

Silver star events

Melengkapkan perlumbaan bersama kereta Class B ke atas - 50 diamond
Kongsikan sekali markah perlumbaan All Star anda di WeChat Moments - 150 diamond
Mencapai markah sebanyak 180,000 - 150 diamond


Gold star events

Mencapai markah sebanyak 250,000 - 200 diamond
Mempunyai 25 rakan permainan - 300 diamond
Mencapai ranking top 200 didalam pasukan - 300 diamond

Selain itu, cara yang lebih mudah untuk mendapatkan diamond free adalah dengan berkongsikan gambar markah yang telah korang perolehi setiap kali habis racing..dengan itu korang boleh 5 diamond secara percuma

Cara lain korang boleh dapatkan lebih diamond dengan ajak kawan-kawan WeChat korang. Kalau korang ajak 5 join game WeChat Speed ini korang akan dihadiahkan sebanyak 10 Diamond. Manakala bagi:

lebih 10 orang akan menerima 30 Diamond Lebih 15 orang akan menerima 50 Diamond dan lebih 20 orang akan menerima 70 Diamond.. power yer dak..?

Bonus Harian WeChat Speed


Login WeChat Speed setiap hari untuk anda menerima Bonus Harian. Setiap hari, ada bonus yang berbeza

5/19 : Dapat markah sebanyak 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 20 Diamond
5/20 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7? (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 5000 coins
5/21 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5000 coins.
5/22 : Belanja 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma.
5/23 : Cecah markah 1 juta pada hari ini untuk menangi 20 Diamonds.
5/24 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
5/25 : Guna Gas Tank sebanyak 3 kali untuk menangi 2000 coins.
5/26 : Belanja 200 Diamonds untuk dapatkan 50 Diamonds percuma.
5/27 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7? (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 20:00-22:00 untuk menangi 3000 coins
5/28 : Cecah markah 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 20 Diamonds
5/29 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5000 coins.
5/30 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
5/31 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7? (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 5000 coins
6/1 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5000 coins.
6/2 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
6/3 : Belanja 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma.
6/4 : Cecah markah 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 20 Diamonds
6/5 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “8? (e.g. 208,898) sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 5000 coins


*******************************************

Bawah ni antara gambar gua menang dengan kawan wechat...!!!!


Kenapa 1 jer gambar..?? jawapan dia sebab 1 ni je gua menang..!!! hahahahaha

Layan wo...so jom siapa yang ada WeChat..?? meh add ID gua UJANG9897...kita racing..!!!

Dorang yang dekat bawah ni yang top ranking !!! jin apa tah dorang guna...grrrr...!!!!








Sekian...Peace (~_^)v



7 Orang Memberi Komen & Pendapat

ni buat aku nk install wechat balik ni

bila da mula main game ni serius susah nak berhenti...huhu

Aku pun dah gila ni gara2 main wechat speed. Id aku: kembarsiam

Minta diamod boleh. Saya budak baru nak up. :-)

Kenapa eyh saya dah privatekan moment wechat tu , tiba tiba karang check balik jadi public moment. Apsal tu eyh? Kena hacked ke cemana? Huhu

Aku hairan mcm mna diaorang main smpi cecah markah 380 juta...sdgkn aku main abs tgi pn 8 juta..ada sapa thu rasia dia x???


EmoticonEmoticon