Tuesday, August 19, 2014

Pemenang Ujibakat Drama Seludup DIUMUMKAN..!!!


Bulan lepas berlangsungnya sesi uji bakat untuk drama SELUDUP.., yang lagi canggihnya gua pun join ujibakat tu , tapi yang tak canggihnya ialah gua tak menang..hihi

Kalau dalam 10-15 orang yang join..., gua rasa potensi gua nak menang ada la gak..., ni 136 orang oi yang join...!!! mati la nak.....!!

Apa pun pemenang Ujibakat Seludup ini memang layak untuk menang...., sorang en abang..sorang lagi cik awek..hihi



********************************************

Bradek dengan awek ni nama dia Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan ini dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Drama Seludup ini dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran... so siapa yang dekat area situ boleh la lepak-lepak tengok dorang shooting... mana tau dapat jadi pelakon tambahan..hehe

Mohd Andika merupakan seorang pekerja restoran begitau  “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. 

Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, merekajuga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000 woooo..!!!!!!!!!!!!!

apa-apa korang boleh wusha FACEBOOK SELUDUP <-- klik="" nbsp="" p="">


***********************************

Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com         
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com                                                      
Siapa nak wusha Facebook cik awek pemenang tu boleh klik SINI .. hahahaha


Sekian...Peace (~_^)v





7 Orang Memberi Komen & Pendapat

Tak pe Ujang , cuba lagi. Heee

Tahniah kepada pemenang.

senang uji bakat skrg ni...online pun boleee...

ujang.. fb awek tu je ke ade.. brader yg menang tu takde ke link fb dia? hahahaha..

jgn nanges eh.. sila cuba lg lain kali.. :p

klu aku tak join mungkin ko menang jang... ahhahahaha

mantap gan artikelnya sangat membantu


EmoticonEmoticon