Tuesday, September 9, 2014

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian


Gambar hiasan kat atas ni ialah encik tom cruise..., gua tepek muka dia sebab ramai kata gua hensem macam dia..., siapa tak setuju gua unfriend dia dekat facebook..hihi

Masuk cabaran hari ke sembilan ini depa minta buat tajuk 5 lelaki yang menarik perhatian anda.., derm..!!!!!!!!!!!!!!  korang ingat gua gay ke..?? hahahahaha

Siapa yang punya idea suruh buat tajuk ni mesti perempuan.. kan kak sue..?? hihi

Ok fine, gua sporting so gua senaraikan la 5 ciri-ciri gua iaitu yang berjaya menarik perhatian kaum wanita..hahahaa

Buat apa gua kasi contoh orang lain kalau kita sendiri ada yer dak..??

***********************************

Kita utamakan adalah yang berciri agama ok..itu 1st.., tapi kita senaraikan 5 yang sampingan yang lain.


1. Suka budak-budak

- kajian daripada universiti of the souce mengatakan 90% wanita di muka bumi ini suka pada lelaki yang sukakan budak-budak... ini kerana lelaki yang sukakan budak-budak mempunyai sifat penyayang

* tengok gua kalau dengan budak-budak memang geram..., lagi gua suka bila buat budak tu menangis hahahahaha



2. Pandai Main Gitar

- Kajian dari universiti oxpotot mengatakan 85% wanita sukakan lelaki yang pandai bermain muzik.., hal ini dikuatkan kerana 5% wanita sanggup bunuh diri apabila clash dengan kekasih yang pandai bermain muzik..

* 100% bekas kekasih gua iaitu heliza, lisa surihai dan yana samsudin suka gua sebab gua pandai main gitar.. padahal bukan teror sangat pun main hahahaha



3. Romantik

- Dr elmatorer mengatakan lelaki romantik dia banyak jenis..dan dia sendiri menjadi gila kerana mengkaji benda yang dia sendiri tak pandai kaji

* gua ni tak la romantik..., tapi reti la nak kasi hadiah buat suprise untuk orang tersayang.., yang terbaru sempena ulang tahun hari tu gua kasi YANA hadiah iphone 5s so tu tanda gua romantik.., amacam riak tak..? hahaahhaa

4. Anak Mak

- Jangan nak mengutuk kepada lelaki yang anak mak ni..ALLAH sayang pada semua anak mak hihi

* gua anak mak tapi bukan jenis tinggalkan anak bini ..syukur mak gua pun fleksibel dan sporting



5.  Pelawak

- Kajian dari pakar kesihatan dunia mengatakan .., wanita suka kepala lelaki yang ada unsur lawak kerana boleh mengubati penyakit hati

*gambar bawah ini bukanlah menandakan gua tengah buat lawak.., dan kita tak perlu jadi pelawak seperti raja lawak..cukup kita boleh memberikan senyuman kepada pasangan kita.., itu dah cukup untuk kita mempunyai unsur lawak.


***************************

Jadi..., puan awek diluar sana bukan senang nak dapatkan 5 ciri-ciri lengkap ini ada pada seorang encik pakwe..

Tapi gua mempunyai kelima-lima ciri ini ..., beruntungkan si YANA dapat gua..?? hahahahaha

Sekian..Peace (~_^)v


#kelabbloggerbenashaari

21 Orang Memberi Komen & Pendapat

setuju tp sy xmnat mne mamat suka men gitar. haha 4 yg len mmg betul la antara ciri2 lelaki idaman..

Handsome tom cruise lagi... likenyer.. hahaha


CABARAN HARI KE-9

nampak sisi romantik ujang dalam gambar yg gitar tuh.haha

Ujang selalumenipu laaa

Ok what anak mak... haha.. KM tgh gigih na recall 5 lelaki yang menarik perhatian KM... erm...

p/s: oh ya.. done follow sini... jemput follow balik jika sudi.. daa..

Hahaha jujur sungguh

oit... berani cucuk igung abang aku tu... hahahaha!

entry puji diri sendrik ceh ... hahahhaha

hehe..semua ciri2 lelaki idaman. untung la..

6. kena tiru mcm aku; senang cerita hehe

rasa nak muntah jer kalau singgah sini.. confirm aku tak mengandungkan adik mikhail lagi ni jang hahhaaa

hahaha, stress baca duk puji diri sendiri. ahaha

Tak boleh blah ayat. Hahaha. Salam persahabatan.

bertuah sape yg dapat Ujang ni kan? hehe Ujang, bilo eh ekau nak ziarah belog den pulak? D :D :D

untungnye messi..ade orang nak sudi tolong korekkan hidung dia..hehe

Hahha yg bawah tu kesian btui messy .naseb bek patung je. Kakakakak


EmoticonEmoticon